en
Feedback
Sirah Nabawiyah

Sirah Nabawiyah

Open in Telegram

Channel yang mengisahkan kehidupan Nabi Muhammad ﷺ, sunnah Baginda Nabi ﷺ, kelebihan Baginda Nabi ﷺ dan Syamaail Baginda Nabi ﷺ

Show more
2 499
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Kuliah Subuh Tuan Guru Sheikh Aminuddin Abdul Rahim Al Azhari حفظهم الله Sambungan Kisah Perang Uhud - Bab Kewafatan Saidina Hamzah رضي الله عنه 1. Wahsyi (yang membunuh Saidina Hamzah رضي الله عنه ) adalah hamba kepada Jubair 2. Dia ditawarkan kemerdekaan oleh Jubair jika berjaya membunuh Saidina Hamzah رضي الله عنه dalam perang uhud, sebagai membalas dendam kerana Saidina Hamzah رضي الله عنه telah membunuh bapa saudaranya dalam perang badar 3. Wahsyi adalah orang Habsyah, dan memang telah masyhur bahawa orang Habsyah memang sangat pakar dalam melontar lembing 4. Maka, hadirnya Wahsyi ke peperangan uhud semata-mata untuk membunuh Saidina Hamzah رضي الله عنه, dan akhirnya syahidlah Saidina Hamzah رضي الله عنه akibat tertusuk tombak di bahagian bawah pusat sehingga pangkal peha 5. Setelah syahidnya Saidina Hamzah رضي الله عنه، Wahsyi mengambil semula tombaknya dan kembali semula kedalam tentera, dan kemudian pulang ke Makkah dan di merdekakan (jelas Wahsyi ke sana semata-mata untuk membunuh Saidina Hamzah رضي الله عنه، hanya untuk memerdekakan dirinya) 6. Saidina Hamzah syahid pada usia sekitar 50 tahun (dan lebih sedikit) - Imam Ibn Kathir dalam Al Bidayah Wan Nihayah 7. Akhirnya Wahsyi memeluk Islam dan berjaya membunuh Musailamah Al Kazzab (manusia yang mengaku rasul) 8. Saidina Hamzah رضي الله عنه juga merupakan bapa saudara Rasulullah ﷺ & juga merupakan saudara susuan bagi Rasulullah ﷺ (Riwayat Imam Al Bukhari) 9. Saidina Hamzah diberi 2 gelaran, iaitu Asadullahi Wa AsadurRasul (Singa Allah ﷻ & Rasul ﷺ) & juga Sayyid As Syuhada’ (penghulu sekalian syuhada’) 10. Imam Tabrani dalam Mu’jam Al Kabir menyebutkan hadis tentang hal ini (Saidina Hamzah رضي الله عنه adalah Singa Allah ﷻ & Rasul ﷺ) dan tercatat ianya di langit yang ke 7 11. Pemimpin para syuhada’ pada Hari Qiamat nanti adalah Saidina Hamzah رضي الله عنه dan Rasulullah ﷺ menyebutkan dalam sebuah hadis, bahawa Baginda ﷺ akan menjadi saksi kepada mereka (Disebutkan dalam Kitab Wafa’ ul Wafa’) 12. Orang yang lebih qurannya ketika hidup (hafal @ baca), akan dapat banyak kelebihan setelah kita mati (dalam qubur & di akhirat kelak) Kisah-kisah Sahabat lain yang gugur sebagai Syuhada’ dan kedudukan mereka (Sahabat & Para Anbiya’) yang telah syahid dan wafat 1. Saidina Ja’far ibn Abi Talib digelar Ja’far At Thayyar dan berterbangan didalam syurga bersama para Malaikat, kerana tangannya dipotong kedua-duanya didalam perang Mu’tah kerana mempertahankan Islam (panji-panjinya) sehingga syahid, maka digantikan ia dengan sayap yang indah didalam SyurgaNya 2. Para Sahabat رضي الله عنهم yang gugur sebagai syuhda’ dan sedang meni’mati ni’matnya syurga Allah ﷻ ingin menyampaikan kepada para Sahabat رضي الله عنهم yang masih hidup tentang ni’matnya Syahid, maka Allah berjanji Dialah yang akan sampaikan berita itu kepada mereka, maka turunlah Ayat 169 Surah Ali Imrah, Juzu’ yang ke 4 3. Ayat 169 & juga Ayat 170 Surah Ali Imran ini sebagai motivasi buat para sahabat رضي الله عنهم yang masih hidup untuk terus kuat dan tidak lari dari berjuang dijalan Allah ﷻ, kerana balasannya disisi Allah ﷻ kelak tersangatlah indah dan besar anugerah dan ni’matnya 4. Dari ayat inilah para Ulama’ mengistinbatkan hukum “hidupnya” para Anbiya’ selepas kewafatan mereka disisi Allah ﷻ, kerana, andai para Syuhada’ pun hidup disisi Allah ﷻ, maka para Anbiya’ & Rasul lebihlah utama untuk hidup (kerana maqam Anbiya’ lebih tinggi dari maqam Syuhada’). Malah, kesemua mereka mendapat ni’mat dan rezeki disisi Allah ﷻ 5. Malah, Sayyidil Imam Al Baihaqi رحمهم الله telah mengarang sebuah kitab untuk menceritakan “kehidupan” para Anbiya’ selepas kewafatan mereka Catatan dengan serba kurang dan lemah Al Faqir Wal Muznib Abu Mu’az Masjid Pondok Tuan Guru Sheikh Aminuddin Abdul Rahim Al Azhari حفظهم الله Kuliah Subuh 16 Zulqaedah 1444 هـ 5 Jun 2023 (FB: Pencetus Ummah Izzat)

Kesan rahmat Baginda Nabi Muhammad ‎ﷺ kepada alam ini: 1. Orang beriman (di dunia) - Nabi ‎ﷺ sebagai pembawa hidayah. 2. Orang beriman (di akhirat) - Nabi ‎ﷺ akan memberikan syafaat. 3. Orang munafiq - ditangguhkan hukuman bunuh dan tawanan ke atas mereka. 4. Orang kafir - ditangguhkan azab ke atas mereka. 5. Haiwan - diberikan rezeki kepada mereka. Sumber: Ustaz Muhammad Shahir Bin Shihabuddin https://vt.tiktok.com/ZSL2bMPdG/

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad ‎ﷺ

Malaikat akan sampaikan selawat kita kepada Nabi Muhammad ‎ﷺ
Malaikat akan sampaikan selawat kita kepada Nabi Muhammad ‎ﷺ

photo content

photo content

photo content

Repost from N/a
بسم الله الرحمن الرحيم... KEMULIAAN HARI ISNIN SATU KETIKA dulu, Hari Isnin tidaklah famous di kalangan orang Arab; tak serupa hari Juma'at. Oleh itu, hari Isnin disebut sebagai “Yaumun majhulun ‘inda al-‘Arab” (hari yang tidak terkenal Di kalangan orang Arab). Lain Hari Jumaat yang sangat dikenali oleh orang Arab dengan sebutan Saiyyidul Ayyam (Penghulu kepada semua hari). Tapi difikirkan, Baginda Nabi مُحَمَّدٌ ﷺ tidak dilahirkan pada hari agung yang lain, macam hari Asyura, iaitu hari أَللّٰهُ ﷻ menyelamatkan Nabi Musa عَلَيْهِ السَّلَامٌ . daripada Firaun dan dikatakan pada hari ini bahtera Nabi Nuh عَلَيْهِ السَّلَامٌ berlabuh di atas Bukit Judi. Atau pada hari Arafah yang terkenal pada hari itu Nabi Ibrahim عَلَيْهِ السَّلَامٌ menyeru manusia mengerjakan fardhu haji. ********* Nabi ﷺ مُحَمَّدٌ tidak dilahirkan pada hari atau bulan besar yang mempunyai fadilat atau peristiwa penting yang bersejarah dan masyhur. Sayyidina Ibnu Abbas رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُماَ berkata: “Rasulullah ﷺ dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi Nabi pada hari Isnin, berhijrah dari Makkah ke Madinah pada hari Isnin dan mengangkat Hajarul Aswad pada hari Isnin.” Melalui kajian Ahlul Azwaq (orang-orang yang mendapat limpahan rasa kemanisan yang dapat melihat rahsia kurniaan أَللّٰهُ ﷻ mereka mengatakan, أراد الله أن يكون فضل هذا النبي فضل اِسْتِقْلالِيَّا منفردا ليس تابعا لأحد Allah ﷻ menghendaki agar kelebihan yang ada pada Nabi ini kelebihan yang tersendiri dan istimewa, yang tidak mengikut kelebihan yang lain.” Maksudnya, Baginda Nabi مُحَمَّدٌ ﷺ mulia bukan disebabkan oleh tempat, keadaan, masa dan waktu. Sebaliknya tempat, keadaan, masa dan waktu itulah menjadi mulia kerana kelahiran dan kewujudan رَسُولُ اللّٰه ﷺ Begitulah juga dengan tanah Madinah yang tandus dan kering kontang, menjadi mulia kerana menjadi tempat tinggal رَسُولُ ُ اللّٰه ﷺ Madinah dan Masjid Nabawi menjadi mulia dan menjadi tempat ziarah umat seluruh dunia kerana adanya jasad Nabi ﷺ yang mulia di dalamnya. #rabiulawal2022 #5000selawatsehari Ustaz Adnan Al Yamani https://t.me/+_NYXWtigVYZkYzM1

photo content

Maklumat dan Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad ﷺ, disediakan oleh al-fadhil Ustaz Muhammad Shahir b Hj Shah Budin.

Perihal kehidupan Nabi dialam barzakh 1- Terdapat begitu banyak dalil yang dinukilkan secara mutawatir menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah Al-Musthofa hidup seperti biasa,bulan yang tidak pernah hilang cahayanya 2- Tubuh mulia Baginda didalam liang lahad umpama mawar yang sentiasa segar tidak tercemar dengan kelayuan 3- al-Hasyimi terhias dengan segala sifat yang indah tidak pernah diubah oleh perubahan masa dan zaman 4- Ulat tidak dapat menghampiri jasad Baginda,binasa dan hancur tidak diizinkan untuk mendekatinya 5- Jasad Baginda tidak dimamah tanah,tidak dagingnya tidak tulangnya 6- Sentiasa ada malaikat yang menyantuni Baginda dan mendengar apa yang Baginda ucapkan 7- Para malaikat menghidangkan rezeki yang mulia kepada Baginda , berbuat bakti seperti yang diperintahkan Allah keatas mereka 8- Berpuasa dan berhaji setiap tahun sesuatu yang harus dan tidak mustahil berlaku kepada Baginda 9- Bersuci dengan air yang datang dari khazanah ghaib kemudian mendirikan solat dialam sana, begitulah yang ditunjukkan oleh dalil 10- Didalam makamnya Baginda sentiasa mengerjakan solat lima waktu tanpa jemu-jemu 11- Setiap hari , amalan umatnya dibentangkan kepada Baginda supaya berbahagia Baginda mendengarnya 12- Sekiranya amalan soleh umat diperdengarkan,Baginda akan memohon kepada Allah agar diterima amalan tersebut 13- Namun jika sebaliknya maka Baginda akan memohon kepada Allah agar diampunkan dosa mereka 14- Ruang yang menyimpan jasadnya adalah sebenarnya taman syurga yang luas sejauh mata memandang 15- Ruang tersebut mendapat kemuliaan saat jasad mulia mengisi lapangnya 16- Ruang itu lebih mulia dari tujuh petala langit dan tujuh petala bumi,lebih mulia dari malaikat yang memenuhi segenap cakerawala 17- lebih mulia dari Arash dan syurga yang penuh dengan kenikmatan 18- Didalam kubur yang mulia,kamu dapat melihat Baginda hidup, daripadanya dapat sampai keseluruh tempat 19- Setiap Nabi seperti itu juga ,mereka hidup bersama jasad mereka yang tidak dimamah tanah 20- Tidak ada seorang Nabi pun yang diketahui kedudukan makamnya secara pasti melainkan makam Rasulullah 21- dan makam yang berada di Hebron disana ada ruang gua yang menyimpan jasad-jasad sebahagian rasul antaranya Nabi Ibrahim Al-Khalil 22- Jika Baginda tidak hidup dan mempunyai kesedaran seperti yang diriwayatkan oleh ulama 23- nescaya tidak bersusah payahlah matahari umat iaitu ulama datang menziarahi Baginda dari setiap pelusuk dunia,mengucap salam kepada Baginda pagi dan petang 24- nescaya para hujjaj tidak mengunjungi Baginda dan mengharapkan mereka memperoleh penerimaan 25- unta-unta mengharungi lembah dan padang pasir, bergerak kegirangan dengan iringan merdu suara penunggang,memacunya bergerak laju,dahaga dan panas tetap dirasa nyaman dan bahagia 26- unta-unta itu memanjangkan tengkuknya meluru memecut laju kerana rindu pilu terhadap Baginda penghuni kubah hijau,sambil air mata mengalir laju dari kelopak mata 27- Baginda bertemu para penziarah saat mereka bertandang dan melihat mereka saat mereka bersesak datang 28 Baginda mendengar selawat yang mereka ucapkan dengan telinga Baginda sendiri 29- Barangsiapa yang tidak beriktikad secara yakin bahawa Baginda mendengar selawat yang diucapkan oleh penziarahnya maka dia adalah zindiq lagi jahil Terjemahan dan olahan dari qasidah yang dirangkaikan oleh Sheikh Ibnu Hajar Al-Haitami Catatan: Maulana Ahmad Lutfi Muharam

Badar al-Kubra Peristiwa Badar disebutkan dalam Al-Quran : Surah Al-anfal ayat 7,8, Pertolongan malaikat disebutkan dalam Surah Al-Anfal ayat 9,12,17,26 juga Surah Ali Imran ayat 124&125 Berkenaan tawanan perang disebutkan dalam Surah anfal ayat 1,67,68 Keteguhan hati mereka walaupun pertembungan antara keluarga yang musyrik dirakamkan dalam Surah al-Mujadilah ayat 22 Kemenangan mereka dirakamkan dalam Surah Al-Imran ayat 123. *313 Ahli Badar* .Kebanyakannya daripada golongan ansar (penduduk Madinah) seramai 226 orang, yang berbaki adalah muhajirin. Adapun pecahan mengikut kabilah, khazraj lebih ramai 165 orang berbanding kabilah aus yang hanya 61 orang. Peperangan ini merupakan peperangan yang sangat menguji iman para sahabat terutamanya golongan muhajirin. Bukan hanya pertempuran biasa antara seseorang dengan musuh bahkan pertembungan antara mereka dengan keluarga mereka yang musyrik. Medan Badar ini sangat memilukan menyaksikan pertembungan ayah dgn anak, pertempuran sesama Adik beradik, pertempuran antara anak buah dan bapa saudara. Tindakan mereka ini menunjukkan prinsip mereka yang mengutamakan Allah dan Rasulnya. Keteguhan Hati mereka ini dirakamkan dalam Surah al-Mujadalah ayat 22. Peristiwa Badar Al-Kubra mempunyai impak yang besar buat umat Islam. Kemenangan ini menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain. Antara faktor kejayaan perang ini : 1) Sokongan yang padu 2) Pemilihan tempat yang strategik 3) Berkat Musyawarah 4) Pentingnya munajat dan berdoa kepada Allah (Ustaz Amirul Solehin al-Azhari)