Self-Healing
Open in Telegram
6 154
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-3530 days
Posts Archive
6 154
BERHENTI BERHARAP
_
Manusia yang pernah lalui tahu bagaimana rasanya. Begitu sakit berharap pada seseorang. Dengan kata-katanya dan kepercayaannya.
.
Jangan mudah percaya dengan kata-kata seseorang kerana manusia itu sering melakukan kesalahan dan kadang ia juga tidak jujur dalam apa jua hal.
.
Berharaplah pada Allah kerana Allah tidak akan mengecewakan dirimu, bahkan akan beri kebahagiaan untuk kamu.
.
Bagaimana hendak berharap pada Allah? Laksanakan segala suruhan-Nya, banyakkan berdoa padanya, yakinkan pada dirimu bahawa segala doa yang kamu minta DIA akan makbulkan.
.
Cuma lambat atau cepat saja ππ
#pesanandiriku #doakansaya #halimghani
6 154
WAHAI WANITA
_
Hari Raya ini semua inginkan pakai baju yang cantik-cantik dan pasti akan upload gambar.
.
Nak bergambar? Tidak salah, tapi cek dahulu jika ada part yang terdedah aurat...
.
Tak tahu mereka tidak perasan atau mereka sengaja memakai pakaian yang ketat menampakkan aurat tubuh badan dari atas sampai bawah.
.
Ingatlah pesan Rasulullah SAW, jangan memakai pakaian hingga menampakkan seseorang itu seperti telanjang.
.
Didunia kamu mungkin boleh berbangga, tapi fikirlah ada yang mencatat dan ada alam akhirat kelak. Jangan sampai muflis kelak disana kerana sengaja melihatkan aurat.
.
Bagi suami yang isterinya masih belum menutup aurat atau pemakaiannya seperti telanjang, tegurlah jangan sampai jadi suami yang dayus.
.
#pesanandiriku #doakansaya #halimghani
6 154
SAHABATKU (Tag Kawan Baik Kita)
_
Bila diriku berjauhan dengan dirimu, bukan berarti aku lupakan kamu. Walaupun jarak memisahkan kita. Doa untuk dirimu tak pernah aku lupakan.
.
Rindu? Memang aku rindu. Tapi jarak itu membuatkan rindu aku semakin kuat. Jarang kita jumpa, tapi bila jumpa mengalahkan adik beradik, perasaan itu seakan kita ini bercinta tapi cinta itu semua kerana Allah.
.
Semoga Allah kekalkan hubungan kita hingga ke Jannah, Rasulullah SAW juga berpesan suruh mencari sahabat yang baik dan boleh mengingatkan kita tentang kebaikan π
.
Lebiuuuu ππ
#pesanandiriku#doakansaya #halimghani
6 154
KINI SENDIRIAN
_
Saya melihat yang dahulunya dia ada suami/isteri kini sudah tiada, saya melihat dahulu ia bahagia bersama keluarga kini raya hanya bersama anak-anak saja.
.
Wahai ayah/ibu yang sendirian...
.
Semoga terus kuat dengan ujian, semua sudah tertulis jadi redha dengan apa terjadi. Betapa tabahnya kamu membesarkan anak-anak walaupun ia hilang ayah/ibunya.
.
Allah SWT pasti akan gantikan kebahagiaan buat dirimu, kerana setiap ujian ada hikmahnya...
.
#pesanandiriku #doakansaya #halimghani
6 154
RAMADHAN BAKAL PERGI (Tag Kawan-Kawan Kita)
.
Bulan yang penuh Berkah, yang membawa Rahmat, yang membuka pintu Syurga dan menutup pintu Neraka serta membelenggu seluruh syaitan yang menggangu hamba beribadah.
.
Besar keagungan Ramadhan disambut dengan penuh bahagia.
.
Semoga di bulan Ramadhan, dosa-dosa kita semua diampunkan.
.
Terima kasih kerana membawa malam paling baik berbanding 1000 bulan, Malam Lailatulqadar menghiasi amalan-amalan seseorang hamba bertambah baik..
.
Semoga kita dipertemukan ramadhan akan datang...
_
#pesanandiriku #doakansaya #halimghani
Music : @lah_ahmad - Kehadiranmu
Telegram : https://t.me/Pesanandiriku
6 154
TERCIPTA UNTUK DIRIMU (Tag Seseorang)
.
Kisah percintaan yang dialami setiap insan manusia itu berlainan, tidak semua sama.
.
Ada orang cepat dipertemukan jodoh, ada orang sampai sekarang masih tidak jumpa jodohnya. Namun kadang tidak sempat ia jumpa dirinya telah pergi menghadap ilahi.
.
Kadang orang persoal mengapa jodoh aku tidak jumpa? Dimana pasangan yang dijanjikan Allah?
.
Allah tidak mungkin tidak memberi, kerana Allah itu Maha Menepati Segala Janji-Nya. Jika jodoh itu tidak datang, mungkin kesalahan itu ada pada diri.
.
Jodoh itu suratan takdir yang telah ditentukan Allah sejak manusia lahir. Manusia yang bertaqwa akan berserah pada Allah dan berdoa agar diberikan jodoh yang Soleh atau Solehah.
.
Tugas kita bukan mencarinya, tapi persiapkan diri untuk menerimanya. Ketika tepat pada waktunya, Allah pasti akan datangkan jodoh tanpa diduga.
.
Bersabarlah, Perancangan-Nya itu lebih baik ππ
#pesanandiriku #doakansaya #halimghani
Music : @afgansyah.reza - Jodoh Pasti Bertemu
Telegram : https://t.me/Pesanandiriku
6 154
PENEMAN SETIAP WAKTU (Tag Seseorang)
.
Jangan benci pada diri, jangan cepat menghukum atas benda yang terjadi pada diri. Sesuatu terjadi itu bersebab, DIA nak kita pelajari atas kesilapan kita.
.
Cuba kita check balik siapa yang tinggalkan siapa? Allah tinggalkan kita atau kita yang tinggalkan Allah π
.
Kadang hadirnya kesedihan itu membuat hati kita terasa tenang, banyak menangis kerana Allah itu akan mengubah hidup kamu, cubalah walau payah. Ada keindahan disebaliknya π
.
Pegang ayat ini,
βBiar kita hilang sesuatu kerana Allah, jangan kita hilang Allah kerana sesuatu.β
#pesanandiriku #doakansaya #halimghani
Music : @nurhelizahelmi @hazwanihelmi - Ayat Cinta Dari Tuhan
Telegram : https://t.me/Pesanandiriku
6 154
BAHAGIA BERSAMA DIRINYA (Tag Seseorang Yang Perlu Nasihat Ini)
.
Pernah tak kita terfikir mengapa kadang hubungan itu berakhir begitu saja?
.
Adakah disebabkan dia? Disebabkan ego? Atau diri kita?
.
Manusia ini apabila sudah dapat yang ia inginkan, jika ia tidak hargai maka akan bosan/benci. Islam mengajar kita agar sentiasa bersyukur, tidak kira rezeki, pasangan semua perlu bersyukur. Kerana bersyukur itulah mendidik hati kita untuk hargai pasangan kita. Bila sudah hargai akan datang rasa bahagia.
.
βA good marriage is not just about marrying the right person, it is also about being the right person.β ππ
.
#pesanandiriku #doakansaya #halimghani
Music : Melly ft Amee - Ketika Cinta Bertasbih
Telegram : https://t.me/Pesanandiriku
6 154
DERITA MENIMPA DIRIKU (Tag Seseorang Yang Perlu Nasihat Ini)
.
Kehidupan manusia itu berlainan, ada hari ini ia bahagia. Tiba esok lusa ia menjadi derita/sedih π
.
Tidak semua benda itu kekal selamanya, ia berubah kerana semua aturan Tuhan. Apa yang terjadi pada diri kita banyakkan tabah, kuatkan hati. Kerana sepanjang kita hidup ini akan ada ujian mendatang.
.
Ingatlah, jika kamu mahu tempat yang tiada disakiti, merasa derita dan kesedihan. Kamu harus lalui kehidupan didunia ini dengan penuh hikmah kerana kelak diakhirat itulah sebenar kebahagiaan π
.
#pesanandiriku #doakansaya #halimghani
Music : @naimdanielx - Sumpah
Telegram : https://t.me/Pesanandiriku
