en
Feedback
Self-Healing

Self-Healing

Open in Telegram

Impak positif kehidupan seharian ✨

Show more
6 154
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-3530 days
Posts Archive
Semoga segala yang kita hajati dan rancang dipermudahkan untuk dicapai, insya-Allah. Moga kita menjadi insan yang lebih baik,
+6
Semoga segala yang kita hajati dan rancang dipermudahkan untuk dicapai, insya-Allah. Moga kita menjadi insan yang lebih baik, sentiasa bersemangat, dan dikurniakan rezeki seluas langit dan lautan. Aamin. #SelfReminder

Hati tak akan pernah cukup bila semua untuk mata orang. Tenang tu datang bila kita tahu, cukup Allah yang tahu usaha kita. Bukan dunia. #SelfReminder

photo content
+6

Kadang-kadang, letih tu bukan sebab lemah… tapi sebab dah terlalu lama bertahan dalam diam. Tapi ingat, • penat tak bermaksud kau gagal. • menangis tak bermaksud kau kalah. Allah tahu kau tengah kuat walaupun tak cakap. Allah nampak setiap usaha, walau tak dihargai manusia. Allah dengar, walau cuma bisik dalam hati. Untuk kau yang masih berjuang ambil masa, rehat dengan tenang, dan teruskan langkah perlahan. Sebab janji Allah itu pasti : “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah: 6) #SelfReminder #SpreadKindness

photo content
+5

Hi, July ✨Moga bulan baru ini hadir dengan lebih banyak ketenangan, rezeki yang halal dan hati yang lapang. Semoga segala doa yang terpendam dikabulkan oleh Allah dan setiap langkah kita diberkati. Amin ya Mujib. Terima kasih Ya Allah.

photo content
+5

Penat tu biasa. Semua orang pernah rasa. Kadang kita rasa macam nak berhenti, macam dah tak larat nak teruskan. Tapi dalam penat tu, cuba tarik nafas. Rehat kejap. Bukan untuk putus asa. Tapi untuk kumpul balik semangat yang hampir hilang. Sebab… Allah tahu lelah tu. Dia nampak setiap air mata dalam diam. Setiap usaha yang tak semua orang nampak. Kau tak sendiri. Ada doa yang sedang naik ke langit. Ada harapan yang Allah belum kabulkan bukan sebab Dia tak sayang, tapi sebab Dia tengah susun waktu yang paling tepat. Jangan menyerah dulu. Mungkin esok, semuanya akan mula berubah. Mungkin esok, Allah akan tunjuk kenapa hari ni kau kena kuat. #SelfReminder #SpreadKindness

photo content
+6

Kadangkala, anak yang kelihatan paling nakal itulah yang menyimpan potensi paling besar untuk menjadi seseorang yang luar biasa. Jangan cepat menilai atau menghukum hanya berdasarkan kelakuan sekarang. Setiap anak melalui fasa pembentukan sama seperti hujan yang jernih lahir dari awan yang hitam dan gelap. Kita semua pernah melalui zaman ‘gelap’ kita sendiri waktu di mana kita sedang mencari identiti, belajar melalui kesilapan dan menyesuaikan diri dengan dunia yang mencabar. Begitu juga anak-anak. Apa yang mereka perlukan bukanlah hukuman semata-mata, tetapi bimbingan, kasih sayang dan kepercayaan bahawa mereka mampu berubah dan berkembang menjadi lebih baik. Ingatlah, awan gelap itu tidak selamanya membawa ribut. Kadang-kadang, ia membawa hujan yang menyuburkan bumi. Dapat sesuatu kan? Moga bermanfaat. #SelfGrowth #SelfReminder #SpreadKindness

Selamat datang, Mei. Bulan baru, harapan baru. Semoga setiap langkah yang kita ambil dalam bulan ini lebih dekat dengan kebaikan, lebih dekat dengan versi diri yang lebih kuat dan tenang. Mungkin bulan-bulan sebelumnya ada luka, ada kecewa, ada penat yang tak terlihat oleh sesiapa. Tapi hari ini, kita diberi peluang lagi untuk mencuba, memperbaiki dan membina semula impian yang pernah hampir kita lupakan. Ambil masa untuk sembuh. Ambil ruang untuk percaya bahawa Allah sedang aturkan sesuatu yang lebih indah. Bukan semuanya perlu difahami hari ini. Ada jawapan yang hanya akan kita temui bila kita teruskan berjalan. Jadi, wahai Mei… Semoga engkau hadir membawa ketenangan dalam hati, kejernihan dalam fikiran, dan rezeki yang tak disangka-sangka. Semoga langkah yang kecil ini, penuh dengan harapan dan tawakal. Untuk kamu yang membaca pesanan ini semoga bulan Mei ini menjadi titik mula yang indah buat kamu 😊🫶🏻 #SelfMotivation #SelfGrowth #SpreadKindness

photo content
+6

“Jika penat, berehat. Bukan berhenti selamanya.” Kadang-kadang dalam hidup, kita akan rasa letih. Penat dengan rutin, penat mengejar impian, penat menghadapi cabaran yang tak pernah putus. Tapi ingatlah penat itu isyarat untuk berehat, bukan alasan untuk berhenti selamanya. Ambil masa untuk tarik nafas. Nikmati saat-saat tenang. Rawat diri sendiri. Kerana selepas rehat, kita akan kembali lebih kuat, lebih bersemangat untuk teruskan perjalanan yang masih panjang. Jangan biarkan keletihan hari ini memadamkan impian besar yang pernah buat hati kita berdegup kencang. Teruskan perlahan-lahan, asalkan tetap berjalan. Kerana setiap usaha kecil yang kita kumpul hari ini, akan membuahkan hasil yang besar suatu hari nanti. Insya-Allah 😊 #SelfGrowth #SelfReminder #SpreadKindness

photo content
+6

Kadang kita merasa doa kita seperti tidak berbalas. Kita berusaha, kita berdoa, kita berharap tapi jawapannya belum tiba. Jangan pernah menyerah. Allah Maha Mendengar setiap harapan yang kita bisikkan, bahkan yang kita pendam dalam diam. Setiap penantian mengajar kita untuk bersabar. Setiap sabar membentuk jiwa kita menjadi lebih kuat dan lebih yakin. Percayalah, kadang Allah tidak memberi apa yang kita minta kerana Dia sedang menyiapkan sesuatu yang jauh lebih indah, lebih besar daripada apa yang kita bayangkan. Tetaplah berdoa, tetaplah berharap dan tetaplah yakin. Di balik setiap usaha dan doa yang belum terjawab ada rencana yang sempurna menunggu waktu terbaiknya. #SelfReminder #SelfGrowth #SpreadKindness

Tanda kita mula benar-benar dewasa, bukan lagi pada umur semata-mata. Tetapi bila kita semakin banyak bersabar terhadap orang
Tanda kita mula benar-benar dewasa, bukan lagi pada umur semata-mata. Tetapi bila kita semakin banyak bersabar terhadap orang lain, terhadap keadaan, malah terhadap diri sendiri. Kita tidak lagi mengikut hati untuk marah tanpa sebab, tidak lagi melayan perkara-perkara kecil yang hanya membuang tenaga dan merosakkan jiwa. Kita mula memilih, mana yang perlu dilayan, mana yang lebih baik didiamkan. Kerana kita sedar, kebahagiaan diri lebih penting daripada memenangkan ego. Kita tidak lagi mudah terasa, kerana kita faham… tidak semua hal perlu diambil hati. Kadang-kadang, bukan kerana kita lemah bila memilih untuk diam. Tapi kerana kita kuat, cukup kuat untuk tidak membiarkan hal kecil mengganggu kedamaian dalam hati. Itulah tanda sebenar, kita sedang membesar… dan menjadi versi terbaik dari diri kita sendiri. Satu langkah kecil, tetapi bermakna. Hi, Korang dapat sesuatu tak dari posting ni? 😊

Setiap langkah yang kita ambil.. sama ada ke depan atau ke belakang, Allah tahu kenapa kita perlu laluinya 😊

photo content
+6

Tanpa kita sedar punyai kawan yang baik ini, mereka sentiasa mendoakan kebaikan untuk kita. Sebaik-baik kawan adalah yang menunjukkan kepada suatu kebaikan ✨