en
Feedback
FELDA 🏅

FELDA 🏅

Open in Telegram

FELDA adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956.

Show more
1 039
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Yayasan Felda meneruskan kecemerlangan dengan menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records bagi Sumbangan Komuniti Terbesar dan Penglibatan Sekolah Paling Tinggi dalam Pembelajaran Robotik Secara Interaktif. Pengiktirafan ini telah disampaikan kepada YBhg. Dato’ Mohd Banuri Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA. Kedua-dua pengiktirafan ini bersandarkan kepada kerja keras menjayakan inisiatif seperti Program Skim Bantuan Kasih FELDA yang telah memberi manfaat kepada 8,053 isi rumah manakala Program FELDA Digital Maker Hub: Coding and Robotic telah berjaya dilaksanakan di 85 buah sekolah rendah FELDA seluruh negara. Pengiktirafan ini juga menjadi lebih bermakna sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun Yayasan FELDA. Insya-Allah FELDA dan Yayasan FELDA akan terus menjayakan program-program kemasyarakatan dan pendidikan yang memberi manfaat terus kepada komuniti FELDA dan warga Malaysia amnya. #SegalanyaFELDA #FELDAPrihatin *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02xQLuV3uwhhk4GDvd8h7DTw7GocXMsAWhNtjdYJVLEVTrPjbwWPN4fophUkg7uFHql&id=100064478960733&mibextid=CTbP7E

Inovasi petugas FELDA Pasak dalam usaha menangani serangan gajah ke ladang sawit peneroka. #beliafelda #SegalanyaFELDA #inovasi #highperformanceculture *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://fb.watch/p13RIC8oor/?mibextid=CTbP7E *IG myfelda* https://www.instagram.com/reel/C1Bx6Uyy8QZ/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== *Telegram* https://t.me/myfelda

FELDA komited dan akan terus dalam usaha kelestarian tanpa menggangu ekosistem habitat tersebut. #SegalanyaFELDA #feldaprihatin #ESG #feldalestari #CSR #CSR #LadangLestari #LadangKitaHasilKita *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0kdWzokEJ77bU8NUVY9D4DqQBTktYtUfccMReY5Uyq2paA9TLF72UY6S7TF3UFXRl&id=100064478960733&mibextid=CTbP7E *IG myfelda* https://www.instagram.com/p/C1BhmWIsXl4/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== *Telegram* https://t.me/myfelda

PROGRAM PENGURUSAN KONFLIK GAJAH DAN MANUSIA FELDA melalui pengurusan wilayah dan rancangan telah mengadakan taklimat Program
+4
PROGRAM PENGURUSAN KONFLIK GAJAH DAN MANUSIA FELDA melalui pengurusan wilayah dan rancangan telah mengadakan taklimat Program Pengurusan Konflik Gajah dan Manusia di FELDA Pasak bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peneroka akan kelakuan gajah dan kaedah menangani serangan gajah dengan selamat. Inisiatif program ini dengan penglibatan Jabatan Perhilitan negeri Johor amat memandang serius akan ancaman yang dihadapi oleh warga peneroka dan penduduk sekitar dan akan bersama dalam usaha penyelesaian yang holistik, yang mengambil kira keperluan konservasi gajah dan kepentingan ladang sawit sebagai sumber pendapatan peneroka khususnya. FELDA juga menyediakan satu kit pengurusan gajah yang terdiri daripada unit dron dan alatan memantau bagi memudahkan pemantauan petugas akan pergerakan gajah di ladang.

Bantuan bernilai RM800 mengikut kategori yang ditetapkan ini adalah atas dasar keprihatinan dan komitmen FELDA dalam membantu meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh bagi memastikan kelestarian peneroka dapat dicapai. Peneroka yang terlibat boleh merujuk ke pejabat rancangan masing-masing bagi maklumat lanjut. FELDA juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan dan RISDA atas inisiatif menyalurkan bantuan ini kepada peneroka getah FELDA. Semoga bantuan ini akan dapat membantu meringankan bebanan peneroka getah sepanjang musim tengkujuh melanda negara. #SegalanyaFELDA #BMT *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0243kqAdsLYf2ov1DVQxvGPUNj8SaVy7Hc9EqZLJ5bpiyBdkoVmfhvLqE55rHEaB2Cl&id=100064478960733&mibextid=CTbP7E *IG myfelda* https://www.instagram.com/p/C1A8Hb8saLj/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== *Telegram* https://t.me/myfelda

PENEROKA TANAMAN GETAH TERIMA PERUNTUKAN BERJUMLAH RM9.4 JUTA BAGI BANTUAN MUSIM BANJIR (BMT) Peneroka FELDA tanaman getah me
PENEROKA TANAMAN GETAH TERIMA PERUNTUKAN BERJUMLAH RM9.4 JUTA BAGI BANTUAN MUSIM BANJIR (BMT) Peneroka FELDA tanaman getah menerima peruntukan berjumlah RM9.4 juta bagi pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 yang disalurkan oleh Kerajaan khas untuk pekebun kecil dan peneroka getah. Bayaran kepada 11,784 peneroka tanaman getah yang layak telah mula dikreditkan ke akaun bank iaitu Fasa 1 pada 18 Disember 2023 dan akan dikreditkan secara bulanan mengikut Fasa sehingga Februari 2024.

Aktiviti sukarelawan FELDA di Taman Pulau-Pulay Penyu (TPPP) dalam usaha memberi perlindungan dan pemuliharaan penyu di Pulau
+3
Aktiviti sukarelawan FELDA di Taman Pulau-Pulay Penyu (TPPP) dalam usaha memberi perlindungan dan pemuliharaan penyu di Pulau Bakungan Kecil, Selingan dan Gulisaan. Program CSR dan Program Konservasi Penyu: Tekad Bersama Memulihara bersama sukarelawan dalam usaha menyediakan sebanyak 333 sangkar untuk penyu bertelur dimana sangkar ini ditaja oleh FELDA dengan peruntukan RM50,000. Semoga melalui usaha ini akan terus memperkasakan usaha pemuliharaan ekosistem laut yang semakin terancam. #KonservasiPenyu #feldalestari #SegalanyaFELDA #ESG #CSR #FELDA *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02y8AhcnrpYv7EXrD1GLZeA48MY6YF7biynKVuGdQGMbtdMHpkQGmHWqsefAYuaUzvl&id=100064478960733&mibextid=CTbP7E *IG myfelda* https://www.instagram.com/p/C00zsdHM5cm/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== *Telegram* https://t.me/myfelda

https://www.instagram.com/reel/C00b2sKyMes/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== Roti Arab padu sangat di FELDA Bukit Sagu 1. Lepas makan jalan-jalan tengok kincir anginnn. #SegalanyaFELDA #anakfelda #feldabukitsagu #kuantan #tempatbestkuantan #rotiarabbest #fypp #foodie #jalanjalancarimakan

GENERASI BAHARU FELDA MEWAKILI FELDA KE VIETNAM Generasi Baharu FELDA terus melakar pembangunan cemerlang dalam sukan bola se
+4
GENERASI BAHARU FELDA MEWAKILI FELDA KE VIETNAM Generasi Baharu FELDA terus melakar pembangunan cemerlang dalam sukan bola sepak apabila ke Vietnam bagi Kejohanan Bolasepak Vietnam Japan International Youth Cup U-13 2023. Pasukan yang berlepas pada hari ini akan menjalani latihan di Vietnam sebelum perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat nanti. Seluruh warga FELDA mendoakan kejayaan cemerlang kepada pasukan Akademi Bola Sepak FELDA dan di doakan berjaya menjulang piala kejohanan kelak. 🤲💪 #SegalanyaFELDA #GenerasiBaharuFELDA #GenerasiBaharuFELDABerjaya #MobilitiSosialFELDA *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0nCkUpYJ9SRxL5qjDkB8bhdAbioU5DzuxV4Brbh9qeREnggLgqRiy9PUWnvx3Shn8l&id=100064478960733&mibextid=CTbP7E *IG myfelda* https://www.instagram.com/p/C00EpX5L32D/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== *Telegram* https://t.me/myfelda

https://www.instagram.com/reel/C0xzm0gSnfk/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== Kisah mesra FELDA Neram 2 #SegalanyaFELDA #JomMasukFELDA

𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐔. FELDA terus memperkasa agenda kelestarian menerusi Program Konservasi Penyu: Tekad Bersama Memulihara yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA di Sandakan, Sabah. Sumbangan berjumlah RM50,000 dari FELDA dalam program ini adalah satu usaha untuk membantu Pengurusan Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) memberi perlindungan dan pemuliharaan penyu di sekitar Pulau Bakungan Kecil, Selingan dan Gulisan melalui inisiatif tajaan 333 sangkar penyu yang dijangka dapat menampung purata 33,000 ekor anak penyu bagi setiap pendaratan induk. Program ini turut melibatkan pelbagai aktiviti termasuk kempen kesedaran yang dilaksanakan bersama sukarelawan, dimana UKM-GSB sebagai penganjur program, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), United Nations Sustainable Development Solutions Network Asia Headquarters (UNSDSN ASIA) hosted by Sunway University serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) turut berkolaborasi bagi menjayakan program ini. Semoga melalui usaha ini akan terus memperkasakan usaha pemuliharaan ekosistem laut yang semakin terancam. #SegalanyaFELDA #ESG #sdg #KonservasiPenyu #CSR #FELDA #feldalestari https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0aBzKf3opmE3mYQPdQpq1U7tR7nBHCLsg8H6NZ1euVa6w3RWCESvHLy6JyVtwGKVGl&id=100064478960733&mibextid=Nif5oz

Sesi Pemantapan pengurusan ladang bersama Pengurusan FELDA Wilayah Sahabat Encik Izham Mustaffa, Timbalan Pengarah Besar (Ope
+4
Sesi Pemantapan pengurusan ladang bersama Pengurusan FELDA Wilayah Sahabat Encik Izham Mustaffa, Timbalan Pengarah Besar (Operasi) telah mengadakan sebuah sesi bersama pengurusan FELDA Wilayah Sahabat yang memfokus kepada pemantapan pengurusan ladang di wilayah tersebut. Dalam sesi ini, beliau menegaskan kepada semua petugas untuk terus meningkatkan pencapaian hasil ladang melalui inisiatif Ladang Lestari serta berusaha menggandakan pusingan menuai serta jalinan usahasama bagi manfaat peneroka dan negara. Semoga dengan sesi ini akan terus memantapkan pengurusan ladang dengan usaha memastikan kos operasi yang optimum serta produktiviti maksimum untuk kelestarian warga peneroka. #SegalanyaFELDA #LadangKitaHasilKita #LadangLestari

Satu Program Belia Tani PPP FELDA bersama Agrobank telah berlangsung di Wisma JKKR Neram 1 pagi tadi. Turut hadir dalam program ialah Puan Raja Faridah Raja Ahmad, Timbalan Pengarah Besar(Pembangunan Komuniti) dan En Hasrin Ismail, Pengarah Pembangunan Pertanian & Ternakan. Antara intipati program adalah penerangan berkaitan pembiayaan input pengeluaran agromakanan oleh Agrobank serta perkongsian offtaker ternakan ayam kampung oleh Aqina Farm. Usahawan dan generasi digalakkan mengambil peluang untuk mendapatkan pembiayaan yang fleksible ini untuk mengembang perniagaan. Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke kebun durian musang king di kebun durian FELDA Neram 1. #SegalanyaFELDA https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02odCLQZzDVfmTY8W9PzjBnSbGJm2rkQShjDrF4534BDcwFP7L9rgy1QrJig4ZnHwHl&id=100064478960733&mibextid=Nif5oz

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN MCMC DAN FELDA KE ARAH KOMUNITI PINTAR Memorandum Persefahaman Memorandum of Understanding (MoU) di antara MCMC dan FELDA temetrai semalam bagi tujuan melaksanakan Kempen Komuniti Pintar bagi menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai melalui pemerkasaan PEDi di rancangan FELDA. #PEDi #RevolusiTeknologi #pemangkinekonomidigitalnegara #SegalanyaFELDA https://fb.watch/oD_LcJ6QAY/?mibextid=Nif5oz

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐢 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐢 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑 Perasmian Persidangan PEDi MADANI 2023 yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menzahirkan komitmen kerajaan dalam usaha memperkasa komuniti melalui program keusahawanan, ICT dan program-program multimedia. Persidangan ini memfokuskan kepada nilai tambah kepada PEDi termasuklah PEDi di dalam rancangan FELDA yang akan menawarkan latihan keusahawanan digital sebagai batu loncatan dalam mempercepatkan ekonomi digital selari dengan kepesatan revolusi teknologi kini. Persidangan ini juga telah memberi pengiktirafan kepada petugas, pengurus serta penolong pengurus PEDi terbaik seluruh negara dan anugerah telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri. Tahniah diucapkan kepada barisan pengurus dan penolong pengurus PEDi dalam rancangan FELDA yang telah dinobatkan sebagai Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik 2023. Anugerah Pengurus PEDi Terbaik 1. PEDi FELDA Sungai Mas 2. PEDi FELDA Mempaga 3 3. PEDi FELDA Soeharto Anugerah Penolong Pengurus PEDi Terbaik 1. PEDi FELDA Gunung Besout 2 2. PEDi FELDA Pasoh 4 #PEDi #RevolusiTeknologi #pemangkinekonomidigitalnegara #SegalanyaFELDA https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02sLEGqv99wLquHEnasbfbW81YDHGaj2PUSFmk6ysPw41prWtVmhRpRX94KnUV5JqXl&id=100064478960733&mibextid=Nif5oz

FELDA di Persidangan PEDi MADANI 2023 Persidangan PEDi MADANI 2023- Pemangkin Ekonomi Digital Negara menyasar misi memartabatkan komuniti setempat menerusi peningkatan capaian internet dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah terhadap Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi memperkasakan komuniti B40 melalui Program ICT, Keusahawanan dan Program Multimedia. Persidangan ini dihadiri oleh barisan usahawan dan pengurus dari seluruh pelosok negara yang berkongsi kejayaan perniagaan dan PEDi, termasuklah PEDi di dalam rancangan FELDA. Melalui persidangan ini , FELDA nekad serta komited menjadi peneraju transformasi digital menerusi Program Digital MADANI, seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Sambutan Hari Peneroka FELDA 2023. #PEDi #RevolusiTeknologi #PemangkinEkonomiDigitalNegara https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0kfJHbrNiKBChgua9yUw4P8dnpHTvhLLtqpdCBnWjWLikvatQGfVjg6DgQaaQxStMl&id=100064478960733&mibextid=Nif5oz

Banjir membawa risiko tidak hanya kepada harta benda, tetapi juga kesihatan kita 🌊 Hindari risiko penyakit seperti keracunan
Banjir membawa risiko tidak hanya kepada harta benda, tetapi juga kesihatan kita 🌊 Hindari risiko penyakit seperti keracunan makanan dengan menyimpan makanan dengan teliti, elakkan makanan yang terdedah kepada air banjir. Sama-samalah kita menjaga dan mengutamakan kesihatan diri dan keluarga ketika banjir 💪 #WaspadaBanjir #FELDAprihatin #SiapsiagaBanjir #SegalanyaFELDA *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0gvQbMMUJa97vhM4qu4tAJUGV1GmjAfV2twsbFXTbT2y7vNkpfRAZ2bqfmSF8LHmPl&id=100064478960733&mibextid=CTbP7E *IG myfelda* https://www.instagram.com/p/C0N6n7ASGgh/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== *Telegram* https://t.me/myfelda

FELDA di Persidangan PEDi MADANI 2023 Persidangan PEDi MADANI 2023- Pemangkin Ekonomi Digital Negara menyasar misi memartabat
+3
FELDA di Persidangan PEDi MADANI 2023 Persidangan PEDi MADANI 2023- Pemangkin Ekonomi Digital Negara menyasar misi memartabatkan komuniti setempat menerusi peningkatan capaian internet dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah terhadap Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi memperkasakan komuniti B40 melalui Program ICT, Keusahawanan dan Program Multimedia. Persidangan ini dihadiri oleh barisan usahawan dan pengurus dari seluruh pelosok negara yang berkongsi kejayaan perniagaan dan PEDi, termasuklah PEDi di dalam rancangan FELDA. Melalui persidangan ini , FELDA nekad serta komited menjadi peneraju transformasi digital menerusi Program Digital MADANI, seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Sambutan Hari Peneroka FELDA 2023. #PEDi #RevolusiTeknologi #PemangkinEkonomiDigitalNegara *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0kfJHbrNiKBChgua9yUw4P8dnpHTvhLLtqpdCBnWjWLikvatQGfVjg6DgQaaQxStMl&id=100064478960733&mibextid=CTbP7E

Pembiayaan Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) terus membantu usahawan -usahawan belia FELDA mengembangkan perniagaan. Kerjasa
Pembiayaan Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) terus membantu usahawan -usahawan belia FELDA mengembangkan perniagaan. Kerjasama bersama Bank Islam juga membolehkan mereka menerima latihan bagi memperkasakan kemahiran serta selok-belok pengurusan perniagaan yang lebih mampan. #SegalanyaFELDA #TUBF #UsahawanBeliaFELDA #UsahawanFELDA *Facebook* 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0HgKRSrfQctQBJihyAaS7rsZkXW3sXD1AW4Crhnq727Fubg46mAsLJ3dXrwiwcZJDl&id=100064478960733&mibextid=CTbP7E *IG myfelda* https://www.instagram.com/p/C0NmBxdp9cu/?igshid=MzRlODBiNWFlZA== *Telegram* https://t.me/myfelda