en
Feedback
Nota Cikgu Mohd Fadhli

Nota Cikgu Mohd Fadhli

Open in Telegram

Suka berkongsi dan menulis mengenai ilmu kekeluargaan, Pendidikan Reproduktif utk Anak-anak & Isu Semasa Pendidikan. Mempunyai 24k Follower di Fb dan 4k di Twitter Saya bukan yg terbaik tetapi cuba menjadi yang terbaik.

Show more
Indonesia12 640The category is not specified
5 598
Subscribers
No data24 hours
-77 days
-2530 days

Data loading in progress...

Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
October '25
October '25
+3
in 0 channels
September '25
+2
in 0 channels
Get PRO
August '25
+3
in 0 channels
Get PRO
July '25
+15
in 0 channels
Get PRO
June '25
+16
in 0 channels
Get PRO
May '25
+16
in 0 channels
Get PRO
April '250
in 0 channels
Get PRO
March '25
+7
in 0 channels
Get PRO
February '25
+7
in 0 channels
Get PRO
January '25
+3
in 0 channels
Get PRO
December '24
+8
in 0 channels
Get PRO
November '24
+9
in 0 channels
Get PRO
October '24
+6
in 0 channels
Get PRO
September '24
+8
in 0 channels
Get PRO
August '24
+12
in 0 channels
Get PRO
July '24
+13
in 0 channels
Get PRO
June '24
+7
in 0 channels
Get PRO
May '24
+10
in 0 channels
Get PRO
April '24
+8
in 0 channels
Get PRO
March '24
+5
in 0 channels
Get PRO
February '24
+20
in 0 channels
Get PRO
January '24
+16
in 0 channels
Get PRO
December '23
+7
in 0 channels
Get PRO
November '23
+6
in 0 channels
Get PRO
October '23
+8
in 0 channels
Get PRO
September '23
+15
in 0 channels
Get PRO
August '23
+4
in 0 channels
Get PRO
July '23
+9
in 0 channels
Get PRO
June '23
+16
in 0 channels
Get PRO
May '23
+9
in 0 channels
Get PRO
April '23
+8
in 0 channels
Get PRO
March '23
+18
in 0 channels
Get PRO
February '23
+12
in 0 channels
Get PRO
January '23
+16
in 0 channels
Get PRO
December '22
+12
in 0 channels
Get PRO
November '22
+7
in 0 channels
Get PRO
October '22
+116
in 0 channels
Get PRO
September '22
+12
in 0 channels
Get PRO
August '22
+19
in 0 channels
Get PRO
July '22
+21
in 0 channels
Get PRO
June '22
+466
in 0 channels
Get PRO
May '22
+6
in 0 channels
Get PRO
April '22
+11
in 0 channels
Get PRO
March '22
+7
in 0 channels
Get PRO
February '22
+12
in 0 channels
Get PRO
January '22
+7
in 0 channels
Get PRO
December '21
+5
in 0 channels
Get PRO
November '21
+4
in 0 channels
Get PRO
October '21
+9
in 0 channels
Get PRO
September '21
+19
in 0 channels
Get PRO
August '21
+23
in 0 channels
Get PRO
July '21
+17
in 0 channels
Get PRO
June '21
+543
in 0 channels
Get PRO
May '21
+29
in 0 channels
Get PRO
April '21
+31
in 0 channels
Get PRO
March '21
+26
in 0 channels
Get PRO
February '21
+25
in 0 channels
Get PRO
January '21
+249
in 0 channels
Get PRO
December '20
+9 324
in 0 channels
Date
Subscriber Growth
Mentions
Channels
31 October0
30 October0
29 October0
28 October0
27 October0
26 October+1
25 October0
24 October0
23 October0
22 October0
21 October0
20 October0
19 October0
18 October0
17 October0
16 October0
15 October0
14 October0
13 October+1
12 October0
11 October0
10 October0
09 October0
08 October0
07 October+1
06 October0
05 October0
04 October0
03 October0
02 October0
01 October0
Channel Posts
Rumah itu mereka bina bersama. Dari kosong, jadi tempat tawa. Tempat anak-anak membesar. Tempat isteri belajar jadi ibu. Tempat suami belajar jadi pemimpin keluarga. Pinjaman perumahan itu suami yang bayar. Bertahun-tahun. Setiap bulan dipotong gaji. Kadang sempit, kadang cukup makan. Tapi dia tak pernah culas. Isteri tak pernah minta lebih. Cukup ada bumbung atas kepala, cukup ada tempat anak-anak lena. Cukup ada tempat untuk duduk semeja setiap malam makan apa yang ada. Tapi hari itu, semua berubah. Suami tercinta dijemput Ilahi. Tiba-tiba. Tanpa isyarat. Tanpa pesan akhir. Jenazah disambut dalam linangan air mata. Anak-anak menangis, isteri hampir rebah. Orang kampung datang bantu. Keluarga terdekat datang beri sokongan. Tapi esoknya, sesuatu yang isteri tak sangka berlaku. Rumah yang mereka duduk tu kata abang ipar, "Kena faraid." Ada bahagian untuk mak si arwah, adik-beradik arwah, dan anak-anak. Isteri terkedu. ā€œBukankah rumah ni suami saya beli untuk kami? Untuk saya dan anak-anak?ā€ ā€œYa, tapi dia tak buat hibah. Rumah tu atas nama dia. Kena ikut faraid. Awak dapat bahagian, tapi bukan semua.ā€ Kata mereka, perlahan… tapi menikam jiwa Itulah hakikatnya. Ramai isteri yang tak tahu. Ramai anak-anak yang terbiar. Bila suami meninggal, harta itu bukan automatik milik isteri dan anak. Ia jadi milik waris. Dan waris, mengikut hukum, ramai. Jika tak ada persetujuan semua, rumah itu boleh dijual, difaraid, dibahagi. Apa jadi pada isteri dan anak-anak? Mungkin perlu keluar dari rumah. Mungkin terpaksa sewa di tempat baru. Mungkin bergantung pada belas kasihan keluarga si arwah. Tapi… Kalau masa hidup dulu suami itu ambil satu polisi hibah RM200,000 dengan niat untuk lindungi keluarga Maka lain ceritanya. Hibah itu bukan harta pusaka. Ia milik mutlak si penerima. Bayangkan saat suami pergi, si isteri terima hibah RM200,000. Bukan soal kemewahan. Tapi ini soal bertahan. Boleh bayar sewa rumah sementara. Boleh sambung persekolahan anak-anak. Boleh bayar ansuran rumah untuk elak dilelong. Boleh bayar peguam untuk bantu uruskan faraid. Boleh terus hidup, walaupun hati masih luka. Hibah bukan tentang berapa banyak yang kita tinggalkan. Tapi tentang apa yang kita mahu berlaku selepas kita tiada. Kerana kasih suami bukan hanya waktu dia hidup. Kasih sebenar suami ialah bagaimana dia masih mampu melindungi selepas dia pergi. Jangan tunggu esok. Sebab ajal tak pernah tunggu kita bersedia. Hibahkanlah kasih sayangmu hari ini, sebelum ia jadi cerita sedih yang tak mampu diundur kembali. Mohd Fadhli Othman Yang bantu keluarga korang Nak dapatkan quotation ? https://whatsform.com/9gMWT_

2
KALAU TAK MENULIS, MAKNA NYA TAK BERJASA KEPADA BANGSA Kita ni, hari-hari buat kerja besar di sekolah. Urus guru, selesaikan masalah murid, latih kepimpinan barisan tengah, buat inovasi sana-sini, layan ibu bapa yang macam-macam ragam, dan pastikan sekolah terus berfungsi. Tapi satu benda kita selalu abaikan kita tak tulis pun semua tu. Padahal itu semua emas. Kalau tak ditulis, tak akan ada siapa tahu. Kalau tak dicatat, takkan sempat jadi manfaat. Kalau kita bersara nanti, semua tu ikut kita masuk fail peribadi dan kenangan, bukan jadi panduan untuk orang lain. Saya nak ajak semua pengetua, guru besar, pentadbir dan pemimpin sekolah mari kita mula menulis. Bukan menulis untuk popular. Bukan sebab nak masuk pertandingan. Tapi kerana kita tahu, kita memimpin dan sedang mencipta sejarah kecil di sekolah masing-masing. Sejarah ni perlu direkodkan. Kalau bukan kita, siapa lagi? Saya percaya setiap sekolah ada cerita. Ada strategi yang berkesan. Ada pendekatan yang unik. Ada kisah yang boleh jadi inspirasi untuk pemimpin lain. Tapi kita diam. Kita buat kerja senyap-senyap. Kita fikir, ā€œalah biasa je ni.ā€ Tapi sebenarnya tidak. Ia luar biasa. Ia wajar ditulis. Saya percaya juga, kalau semua pemimpin sekolah rajin menulis satu hari nanti kita tak perlu lagi rujuk teori kepimpinan dari luar negara. Kita boleh cipta teori kita sendiri, daripada pengalaman sebenar pemimpin pendidikan Malaysia. Saya melihat, selama 7 bulan di sini peranan IAB bukan sekadar melatih, tapi membina budaya pemikiran dan kepimpinan yang ditulis, dibaca, dan diwariskan. Jadi jangan tunggu ada anugerah baru nak menulis. Mulakan dengan coretan kecil di FB. Tulisan 300 patah perkataan tentang apa yang kita belajar minggu ni. Tentang satu kes yang kita uruskan. Tentang pendekatan kita ketika mendamaikan guru. Tentang cara kita suntik semangat kepada murid. Menulis itu amal. Menulis itu dakwah kepimpinan. Menulis itu jasa. Kalau tak menulis, maknanya kita hanya simpan ilmu itu untuk diri sendiri. Dan itu, bagi saya, bukan sifat seorang pemimpin pendidikan yang sejati. Bangkitlah wahai pemimpin sekolah. Buka laptop, buka nota telefon. Tulis. Catat. Wariskan. ā€œTulis walau sebaris. Kerana mungkin itu satu-satunya cahaya yang dibaca oleh generasi selepas kita.ā€ Mohd Fadhli Othman #KepimpinanPendidikan #MenulisUntukBangsa #PemimpinIAB #TulisanAdalahJasa #SekolahMilikMasyarakat #KamiPemimpinPendidikanMadani
615
3
No text...
451
4
Berikan Ruang, Percayakan Usaha: Sebuah Seruan Rasional dalam Menghadapi Krisis Apabila sesuatu isu besar melanda negara—terutamanya yang melibatkan nyawa, keselamatan awam atau kepentingan rakyat emosi orang ramai akan melonjak. Itu lumrah. Kita manusia yang punya hati, rasa simpati, dan keinginan untuk melihat keadilan ditegakkan serta penyelesaian segera dilakukan. Namun dalam keghairahan kita menuntut tindakan, adakalanya kita terlupa bahawa penyelesaian kepada sesuatu isu tidak semudah membuat hantaran di media sosial. Saya pernah duduk di pejabat menteri. Dalam ruang itu, barulah saya sedar betapa setiap satu langkah yang diambil tidak boleh sewenang-wenangnya diputuskan. Keputusan di peringkat kementerian tidak boleh digerakkan hanya berdasarkan rasa simpati atau tekanan awam semata-mata. Ia perlu datang dari pertimbangan yang rasional, data yang sahih, undang-undang yang jelas dan kesan jangka panjang yang mendalam. Misalnya, kalau ada satu insiden besar melibatkan rakyat, kita sebagai orang luar akan cepat sekali membuat penilaian. Muncul pelbagai andaian, sindiran, dan kadangkala kutukan terhadap pemimpin atau institusi yang bertanggungjawab. Kita rasa kita tahu segalanya. Kita rasa kementerian 'tak buat kerja', atau 'terlalu lambat', atau 'tidak peka'. Namun, realitinya jauh berbeza. Pihak berwajib sebenarnya sedang bergerak. Mungkin dalam diam. Mungkin tanpa gimik. Tetapi percayalah, mereka lebih tahu beban yang mereka galas. Setiap kenyataan rasmi yang dikeluarkan mesti ditapis. Setiap tindakan perlu melalui pelbagai peringkat semakan. Setiap keputusan mesti ada justifikasi yang mampu bertahan jika dicabar di Parlimen, mahkamah, atau oleh rakyat sendiri. Kritikan itu penting. Kita raikan demokrasi yang membenarkan suara rakyat. Namun, biarlah kritikan itu membina, bukan menghina. Bukan dengan tohmahan liar atau tuduhan yang menyakitkan hati keluarga mangsa. Bayangkan jika kita berada di tempat mereka sedang bergelut dengan kesedihan tetapi yang datang hanyalah kecaman dan spekulasi. Luka mereka bertambah parah. Justeru, dalam masa yang getir ini, berilah ruang. Percayalah pada sistem. Berikan peluang kepada pihak berwajib menyempurnakan tanggungjawab mereka. Sebagai rakyat, kita masih boleh memainkan peranan: dengan bertanya soalan yang betul, menulis pandangan dengan berhemah, dan menuntut ketelusan secara beradab. Kita bukan menutup ruang kritikan. Kita cuma menyeru agar kritikan disulam dengan empati dan kefahaman. Kerana dalam negara yang matang, bukan hanya pemimpin yang rasional rakyat juga harus bijak menilai dan memilih cara bertindak. Kita semua mahukan penyelesaian. Maka biarlah kita bergerak bersama ke arah itu bukan dengan jeritan kosong, tetapi dengan suara yang sedar dan sedar diri. Mohd Fadhli Othman Semoga Arwah adik Zara dapat keadilan https://www.facebook.com/share/p/16e6JMtV61/
494
5
https://www.facebook.com/share/p/16e6JMtV61/
1
6
Kita solat malam. Kita baca Quran. Kita bersedekah. Kita berulang kali ke Tanah Suci. Kita rasa diri kita sudah cukup hampir dengan Allah. Kita rasa amalan kita sudah melayakkan kita menjadi penentu siapa baik, siapa tidak. Tapi kemudian, datang satu ujian. Dan saat itu – terserlah satu sisi gelap dalam diri. Kita mula menghina. Kita mula mencela. Kita mula meletakkan hukum dan label pada orang lain seolah-olah syurga dan neraka itu milik kita. Sedangkan Nabi SAW pernah menyebut tentang seorang wanita – bukan wanita suci, bukan wanita solehah – seorang pelacur. Tetapi wanita itu masuk syurga hanya kerana dia memberi air kepada seekor anjing yang kehausan. Dalam hadis itu, tak ada satu pun celaan terhadap dosanya yang lalu. Yang dinukil adalah amal kebaikan kecilnya yang cukup besar di sisi Allah. Mengapa Allah cerita kisah itu kepada kita? Supaya kita belajar. Supaya kita insaf. Bahawa Allah tidak melihat siapa kita dulu. Tapi apa yang kita lakukan sekarang. Bahawa bukan banyaknya ibadah yang jadi ukuran tetapi hati yang bersih, dan amal yang ikhlas. Boleh jadi orang yang kita anggap hina itu lebih mulia di sisi Allah. Boleh jadi keluarga yang kita pandang serong itu lebih dirahmati Allah. Dan boleh jadi orang yang kita label ā€œtak baikā€ itulah nanti yang mendoakan kita saat kita rebah. Jangan cepat menghukum. Jangan cepat mencela. Sebab kita semua hanya hamba – penuh dosa, penuh cela. Kalau benar kita ahli ibadah… maka lebih mulia kita merendah. Kalau benar kita dekat dengan Allah… maka lebih cepat kita memaafkan. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Terlalu singkat untuk menanam dendam. Doakan, bukan kutuk. Peluk, bukan tolak. Tegur, bukan herdik. Kerana yang kita harap saat ajal menjemput nanti, bukan pujian manusia… tetapi redha Tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati. – Mohd Fadhli Othman ā€œKita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa. Cukuplah Allah sebagai Hakim yang Maha Adil. Kita hanya perlu jujur pada hati… dan terus berjalan di jalan yang lurus.ā€
1 376
7
Kadang kita lihat sebuah keluarga itu nampak bahagia. Senyum, bergambar indah, anak-anak comel, rumah tersusun. Tapi apa yang kita nampak itu hanya kulit. Yang tak nampak adalah isi – isi luka, isi sunyi, isi jerih payah yang mereka sendiri tak mampu luah. Kita mudah menilai. ā€œKeluarga dia tak pandai jaga anak.ā€ ā€œAnak dia pelik, lain macam.ā€ ā€œKena didik betul-betul tu.ā€ Tapi siapa kita untuk tahu segala yang mereka lalui? Ramai yang membesar dalam kecukupan material – baju cantik, makanan cukup, pendidikan sempurna. Tapi dari sudut emosi dan rohani, kosong. Anak lelaki membesar tanpa pernah tahu bagaimana rasa menjadi lelaki sebenar dari ayahnya. Anak perempuan pula membesar tanpa pernah dapat jadi dirinya sendiri di depan ibunya. Dan beginilah jadinya bila hidup dibesarkan dalam acuan ā€œikut sahajaā€. Sejak kecil diajar: – Jangan tanya. – Jangan bantah. – Jangan fikir lain. – Jangan buat keputusan sendiri. Akhirnya bila sudah dewasa, mereka takut untuk berdiri dengan kaki sendiri. Bila mereka akhirnya cuba bersuara, mereka dianggap derhaka. Bila mereka memilih jalan sendiri – walaupun tidak salah di sisi agama – mereka dihukum dengan doa yang pahit dan kata-kata yang menyakitkan. Ibu ayah bukan Tuhan. Didikan mereka bukan wahyu. Dan anak-anak bukan boneka. Mereka ada hati. Ada fikiran. Ada cita-cita yang Allah ilhamkan sendiri ke dalam jiwa mereka. Sebagai anak, kita cuba taat. Tapi taat bukan bererti patuh membuta tuli. Taat ada hadnya – selagi tidak menyalahi syariat, kita punya hak untuk memilih jalan yang kita rasa Allah redha. Sebagai ibu ayah, kita cuba membimbing. Tapi membimbing bukan bererti mengheret. Bukan menyusun semua langkah hingga anak tidak tahu mana satu langkahnya sendiri. Bersederhanalah. Tundukkan ego. Belajarlah untuk saling memahami. Kerana keluarga bukan medan untuk siapa menang dan siapa kalah. Tapi medan untuk kita semua pulang… pulang sebagai hamba yang redha dan diredhai. – Mohd Fadhli Othman ā€œDidik anak untuk mengenal Tuhan, bukan mengenal takut pada kita. Bila dia kenal Tuhan, insyaAllah dia akan tahu jalan… walaupun bukan jalan yang kita pilih untuknya.ā€
921
8
Jika ada ahli nak generate *INCOME* dari facebook. Boleh dapatkan ebook di sini Jom tukar FB jadi Duit ! JANGAN MAIN FACEBOOK SAJA – BUAT DUIT SEKALI! Ramai guna Facebook tiap-tiap hari, tapi tak ramai yang tahu cara nak ā€˜convert’ likes jadi ringgit! Dalam eBook ā€œMonetize Facebookā€ ni, saya bongkarkan: āœ… Cara bina personal brand yang orang suka dan percaya āœ… Strategi simple tapi power untuk tarik pelanggan tanpa hard sell āœ… Formula posting yang boleh buat orang tak sabar nak beli āœ… Tools & template untuk mudahkan kerja anda Tak perlu follower ribu-ribu pun! Yang penting anda tahu trick dan teknik yang betul. Kalau anda serius nak mula buat duit dari Facebook, eBook ni adalah langkah pertama anda. Klik link ni sekarang untuk dapatkan eBook ā€œMonetize Facebookā€! Jangan tunggu sampai pesaing anda dah start dulu baru nak menyesal. https://amarmagical.onpay.my/order/form/ebookfbmonetization/190
3 114
9
*PAK CIK LAN NAK PESAN* Mengenai nikmat lisan.Nikmat lisan ni berkait rapat dengan telinga-pendengaran. Dalam kita membina komuniti untuk kita tinggal bahagia, ajarlah diri kita utk periksa segala cerita dan berita agar kita tidak malu dan tidak menzalimi org lain. Jagalah keharmonian hidup bermasyarakat dengan amalkan konsep Periksa dulu..."tabayyun" _JDt 9_ https://vt.tiktok.com/ZSr2GkMCV/ #AISAR
765
10
No text...
570
11
Tajuk: Saat Suami Pergi, Isteri Tanggung Segalanya Suri duduk termenung di hujung katil hospital, matanya merah menahan tangis. Di hadapannya, suaminya, Azhar, terbaring lesu dengan wajah pucat. Dulu, lelaki itu gagah mencari rezeki, memikirkan segala keperluan rumah, memastikan tiada satu pun yang kurang buat dia dan anak-anak. Tapi kini, tubuhnya tak berdaya, terlantar akibat sakit yang datang tanpa amaran. ā€œAbang rehatlah, jangan risau pasal duit,ā€ Suri cuba mengukir senyum, walaupun dalam hati dia sudah hampir rebah. Tapi hakikatnya, gaji Azhar sudah tiada. Dia tak mampu bekerja lagi. Duit simpanan semakin susut, komitmen rumah tetap berjalan. Dulu, dia hanya perlu menjaga rumah, melipat baju suami, menyambutnya pulang dengan senyuman. Kini, dia perlu bekerja dua kali ganda—bukan hanya mencari nafkah, tapi juga menjaga Azhar dan anak-anak mereka yang masih kecil. Malam-malam, Suri menangis sendirian. Dia letih. Fizikal, mental, emosi—semuanya remuk. ā€œKalaulah abang ada buat hibah,ā€ bisiknya perlahan. Andai ada RM1 juta, sekurang-kurangnya dia tak perlu risau pasal rumah, tentang susu anak-anak, tentang perbelanjaan hospital suaminya. Sekurang-kurangnya dia boleh fokus menjaga lelaki yang selama ini berkorban segalanya untuk mereka. Tapi semua itu hanya angan-angan. Azhar tidak sempat bersedia. Dan kini, segala beban terpikul di bahunya seorang. Hibah bukan soal kemewahan, tapi kasih sayang yang kekal walau nyawa telah tiada. Jangan biarkan yang tersayang menanggung segalanya sendirian… Beringatlah, sebelum terlambat. Meh saya buatkan quotation. Buatlah hibah https://whatsform.com/9gMWT_
562
12
Sahabat saya, Tuan Akhi Fairuz akan adakan seminar online cuti sekolah pada minggu ini: šŸ‘Umur anak 7 - 10 tahun https://akhifairuz.onpay.my/order/form/webinarcs/4 šŸ‘Umur anak 10-18 tahun https://akhifairuz.onpay.my/order/form/webinarcs/fadhliothman 1. Seminar Remaja Hebat Jauhi Maksiat untuk anak usia 10-18 tahun. Tarikh 15 Feb (Sabtu), 8.30 am - 12 pm. 2. Seminar Kerana Dirimu Begitu Berharga untuk anak usia 6-9 tahun. Tarikh 15 Feb, 12.30pm - 2.30pm. Tambah ilmu anak kita, insyaAllah anak jadi lebih kuat mengharungi zaman remaja mereka. Daftar sekarang di sini: šŸ‘Umur anak 7 - 10 tahun https://akhifairuz.onpay.my/order/form/webinarcs/4 šŸ‘Umur anak 10-18 tahun https://akhifairuz.onpay.my/order/form/webinarcs/fadhliothman
1 124
13
No text...
920
14
No text...
896
15
11 bulan berturut-turut berada di dalam poster. Beberapa kali ada di atas podium. Yang penting, bukan senang nak kekal selama setahun. Tahun ni pula tahun ke 4 saya berada dalam industri Takaful. Terima kasih tidak terhingga di atas kepercayaan korang yang beri amanah kepada saya untuk mengurus dan menjaga perlindungan kecemasan. Ada yang buat untuk diri. Ada yang buat untuk keluarga. Untuk berada di tahap ni sangat sangat perit. Walaupun belum mencapai tahap yang dikehendaki, namun 11 bulan ni membuktikan saya komited dalam menyampaikan kesedaran dan menguruskan polisi korang. Yang mana nak tahu atau bertanya mengenai quotation Medical Card atau Hibah, boleh terus ke sini https://whatsform.com/9gMWT_ Mohd Fadhli Penjaga Polisi korang
503
16
No text...
412
17
Jom, yang nak saya buatkan quotation Takaful Hibah, boleh tekan https://whatsform.com/9gMWT_
631
18
No text...
559
19
Ramai lagi yang ambil mudah pasal replacement income atau pengganti gaji. Pengganti gaji ni boleh digunakan sekiranya diri kita tiba tiba sakit sehingga tak boleh bekerja. Akhirnya hilang sumber pendapatan. Baru baru ni ada satu kisah seorang suami yang langsung tak ingat nama isteri. Ini menyebabkan suami ni hilang punca pendapatan. Namun, bayaran rumah, duit barang dapur dan pendidikan anak wajib dipenuhi demi kelangsungan hidup. Akhirnya isteri yang buntu dan perlu mencari sumber pendapatan bagi menampung pembelanjaan seharian. Sehingga bila ? Itu yang tiada jawapan. Sebab tu antara replacement income atau pengganti gaji yang paling baik adalah Pampasan Nyawa atau popular disebut Takaful Hibah. Tapi itulah, benda ni ramai lagi tak nampak. Sebab belum hadapi. Mohd Fadhli Sedarkan diri sendiri
456
20
+1
No text...
405