Masjid Alam Impian
Open in Telegram
Assalammualaikum, this channel is to provide you information about Masjid Alam Impian activities. Cheerios 😉
Show more1 169
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
+730 days
Posts Archive
1 168
📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡
السلام عليكم ورحمة الله
JEMPUTAN KE MAJLIS YASIN/TAHLIL/DOA SELAMAT
Tarikh : 3hb SEPTEMBER 2026
________
Salam Hormat, YB/Tuan/Puan dijemput hadir bagi majlis seperti ketetapan berikut:
MAJLIS BACAN YASEEN/TAHLIL/DOA/SOLAT HAJAT di Masjid Alam Impian, seperti berikut:-
1 . Permintaan daripada *Sdri Hazwani binti Islakh* dari , Kejiranan Jalan Mat Kilau 35/72B, Alam Impian
Nama² Arwah,
1. Harishon binti Md Sahabudin
2. Islakh bin Mardan
➡Tempat: Masjid Alam Impian
No 2 Jalan Tun Teja 35/1
Seksyen 35 Alam Impian
40470 Shah Alam, Selangor
TENTATIF RINGKAS
7.15malam
▪Solat Maghrib
▪BACAAN YASIN & TAHLIL
▪Solat ISYA'
*jamuan
9.00 mlm
Jamuan disediakan
Lajnah Kebajikan Masjid AIam Impian.
📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡
1 168
BULETIN (50) MASJID ALAM IMPIAN BULAN SEPTEMBER 2025
MINI KARNIVAL MASJID ALAM IMPIAN 7.0 SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2027
Assalamualaikum,
Pihak Masjid Alam Impian akan menganjurkan Mini Karnival Masjid 7.0 pada:
📆 19 SEPTEMBER 2026 | SABTU
⏰ 05.30 AM - 05.00PM 🕌 MASJID ALAM IMPIAN SEKSYEN 35 SHAH ALAM
🎉 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga!
✅ Kuliah Subuh Perdana ✅ Cabutan Bertuah
✅ Food truck
✅ Tapak jualan & gerai makanan(Car boot sales) ✅ Kaunter saringan kesihatan
✅ Aktiviti & pertandingan menarik
🌟 Jangan lepaskan peluang untuk bersama kita memeriahkan sambutan penuh warna-warni ini!
Pendaftaran dan syarat-syarat aktiviti & pertandingan boleh dirujuk melalui pautan dibawah sebelum 15 September 2026 atau sehingga penyertaan telah penuh:
https://linktr.ee/MasjidAlamImpian
Selain daripada itu, terdapat aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan pendaftaran yang akan dijalankan pada hari tersebut.
💡 Ayuh hadir beramai-ramai, raikan kemerdekaan dengan penuh kesyukuran & semangat patriotik.
📲 Jangan hanya jadi penonton! Sertai aktiviti & daftar penyertaan anda sekarang!
Terima kasih.
Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian
1 168
BULETIN (49) MASJID ALAM IMPIAN BULAN SEPTEMBER 2026
📢 VIDEO SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026/ 1448H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Video Sambutan Maulidur Rasul 2026/ 1448H (Sabtu, 22 Ogos 2026 boleh diperolehi dengan layari pautan berikut:
https://youtu.be/1rogMIbF8hE
Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian
1 168
BULETIN (48) MASJID ALAM IMPIAN BULAN OGOS 2026
📢 KULIAH SUBUH PERDANA SEMPENA HARI MERDEKA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh sukacita, Masjid Alam Impian menjemput seluruh warga jemaah, penduduk setempat serta keluarga untuk bersama-sama untuk menghadiri Kuliah Subuh Perdana bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-69.
Butiran adalah seperti berikut:
🌙 Kuliah Subuh Perdana
Tajuk: Kemerdekaan: Nikmat Yang Disyukuri, Amanah Yang Dipelihara 📅 30 Ogos 2026 (Ahad) 🕰️ Selepas Solat Subuh 📍 Masjid Alam Impian 🎙️ Penceramah: Ustaz Mohammad Farid Bin Mohammad Zainal (M3, Ketua Divisyen Syariah Dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor)
🍽️ Sarapan pagi istimewa turut disediakan kepada para jemaah yang hadir.
📌 Jemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat.
Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian
1 168
BULETIN (47) MASJID ALAM IMPIAN BULAN OGOS 2026
📢 UACAPAN SALAM MAULIDUR RASUL 2026/ 1448H
🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙
12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seluruh warga Masjid Alam Impian mengucapkan Salam Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama menghayati dan memperingati sirah serta perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, dengan memperbanyakkan selawat, meneladani akhlak Baginda serta berusaha mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.” (Surah al-Ahzab: 56)
Maulidur Rasul bukan sekadar sebuah peringatan tentang kelahiran Baginda, bahkan menjadi ruang untuk kita menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperkukuhkan kecintaan kepada sunnah dan memperindah akhlak dalam kehidupan.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW menjadi sebab kita terus berusaha mencontohi akhlak Baginda dan memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
🌙 Salam Maulidur Rasul Daripada: Ahli Lembaga Tadbir & Ahli Jawatankuasa Masjid Alam Impian
Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian
1 168
BULETIN (46) MASJID ALAM IMPIAN BULAN OGOS 2026
📢 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026/ 1448H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pada hari semalam (Sabtu, 22 Ogos 2026, pihak Masjid Alam Impian telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2026/ 1448H.
Program dimulakan dengan Kuliah Subuh Perdana oleh Ustaz Mohammad Khair bin Zainal (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid Alam Impian, Shah Alam)
Selepas itu ahli kariah telah diraikan dengan sarapan pagi dari pihak masjid.
Acara diteruskan dengan Perarakan Sepanduk Kanak-Kanak (Peringkat TADIKA) Alam Impian.
Orang ramai juga dijamu dengan makan tengahari.
Gambar-gambar boleh diperolehi melalui pautan berikut:
https://www.facebook.com/share/1Dstmr2KTQ/?
#MasjidAlamImpian #MaulidurRasul1448H #MaulidurRasul #CintaRasul #KuliahSubuh #PerarakanKanakKanak #MasjidAlamImpian
Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian
1 168
📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡
السلام عليكم ورحمة الله
JEMPUTAN KE MAJLIS YASIN/TAHLIL/DOA SELAMAT
Tarikh : 20hb OGOS 2026
________
Salam Hormat, YB/Tuan/Puan dijemput hadir bagi majlis seperti ketetapan berikut:
MAJLIS BACAN YASEEN/TAHLIL/DOA/SOLAT HAJAT di Masjid Alam Impian, seperti berikut:-
1 . Permintaan daripada Sdra Razman Roy Gunadasa bin Abdullah dari Kejiranan Ukiran
Nama Arwah, Allahyarhamah
*Pn Aminah Poornam Mathavan Nair
2 . Permintaan daripada Hj Shahrul Nazli
dr kejiranam Pentas
Nama² arwah:-
1. Azizan abdul aziz
2.
3 . Permintaan daripada Hj Zainal Abidin Omar dr kejiranam Canting
Nama² Arwah:-
1. Nenda Hj Abbas,
2. Nenda Hjh Aishah
3. Hj Omar
4. Hj Mohd Tahir (Masih hidup)
5. Hj Abd Wahab
6. Hjh Saripah
7. Hjh Mariam
8. Khadijah
➡Tempat: Masjid Alam Impian
No 2 Jalan Tun Teja 35/1
Seksyen 35 Alam Impian
40470 Shah Alam, Selangor
TENTATIF RINGKAS
7.15malam
▪Solat Maghrib
▪BACAAN YASIN & TAHLIL
▪Solat ISYA'
*jamuan
9.00 mlm
Jamuan disediakan
Lajnah Kebajikan Masjid AIam Impian.
📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡
1 168
BULETIN (45) MASJID ALAM IMPIAN BULAN OGOS 2026
📢 KELAB KOMPANG MASJID ALAM IMPIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
🌙 KELAB KOMPANG MASJID ALAM IMPIAN KINI DIBUKA! 🥁
Pihak Masjid Alam Impian dengan sukacitanya menjemput kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas serta golongan remaja untuk menyertai Kelab Kompang Masjid Alam Impian.
Program ini bukan sahaja bertujuan melatih kemahiran bermain kompang, malah menjadi ruang untuk:
🥁 Melatih kemahiran berkompang
🤝 Mempererat ukhuwah dan silaturahim
🌱 Menanamkan disiplin dan tanggungjawab
🕌 Membudayakan seni Islam yang mulia
💰 Yuran penyertaan: RM20 seorang
📲 Pendaftaran & pertanyaan:
Ustaz Asyiqul
📞 013-556 3749
📌 Pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan kod QR pada poster.
Marilah kita bersama-sama menghidupkan seni kompang warisan Melayu yang penuh dengan adab dan nilai, di samping memperkukuh ukhuwah dalam kalangan anak-anak dan remaja kariah kita.
✨ Melayu Budaya Kita, Islam Pedoman Kita.
Jom sertai! 💚
Kelab Kompang Masjid Alam Impian — Bersatu Rentak, Eratkan Ukhuwah.
Terima kasih.
Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian
1 168
**BULETIN (44) MASJID ALAM IMPIAN BULAN OGOS 2026*
📢 PENGUMUMAN PROGRAM MAULIDUR RASUL 1448H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh sukacita, Masjid Alam Impian menjemput seluruh warga jemaah, penduduk setempat serta keluarga untuk bersama-sama memeriahkan Program Maulidur Rasul Peringkat Masjid Alam Impian.
🌙 Kuliah Subuh Perdana
Tema: Cinta Rasul, Pedoman Hidup
📅 22 Ogos 2026 (Sabtu)
🕰️ *Selepas Solat Subuh*
📍 Masjid Alam Impian
🎙️ Penceramah: Ust Mohammad Khair bin Zainal (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid Alam Impian, Shah Alam)
👧🏻👦🏻 Perarakan Sepanduk Kanak-Kanak (Peringkat TADIKA)
📅 22 Ogos 2026 (Sabtu)
🕢 Perarakan bermula: 7.30 pagi
📍 Perkarangan Masjid Alam Impian
🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!
🍽️ Sarapan pagi turut disediakan untuk para jemaah dan peserta.
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid, menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta menghayati akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
*“Madani Dihayati, Ummah Diberkati.”*
📌 Jemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat.
#MasjidAlamImpian #MaulidurRasul1448H #MaulidurRasul #CintaRasul #KuliahSubuh #PerarakanKanakKanak #MasjidAlamImpian
Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian
1 168
📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡
*السلام عليكم ورحمة الله*
*JEMPUTAN KE MAJLIS YASIN/TAHLIL/SOLAT HAJAT/DOA SELAMAT*
*Tarikh: 13hb Julai 2026*
Salam Hormat, YB/Tuan/Puan dijemput hadir bagi majlis seperti ketetapan berikut:
MAJLIS BACAAN YASEEN/TAHLIL/DOA/SOLAT HAJAT di Masjid Alam Impian, seperti berikut:-
*1. Permintaan Tahlil/Yasen/Doa*
dari Sdra Bilal * Muhd Ariff Hakimim* dr kejiranan Canting.
*Nama2 arwah :-*
Almarhumah
1. HAJJAH RUHANI BINTI ABDUL SAMAD
TENTATIF RINGKAS
Keseluruhan program selepas solat magrib.
➡Masa: 7.30pm - 9.00pm
➡Tempat: Masjid Alam Impian
No 2 Jalan Tun Teja 35/1
Seksyen 35 Alam Impian
40470 Shah Alam, Selangor
Lajnah Kebajikan Masjid AIam Impian.
Terima kaseh
1 168
BULETIN (43) MASJID ALAM IMPIAN BULAN JULAI 2026
🌹 SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌹
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ahli Lembaga Tadbir dan Jawatankuasa Masjid Alam Impian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
USTAZ AHMAD 'ARIF BIN AHMAD JAMHARI
Pembantu Pegawai Hal Ehwal Islam S1
atas segala jasa, bakti, komitmen dan khidmat cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Masjid Alam Impian bermula 15 Mac 2017 hingga 10 Ogos 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam memperkasakan pengimarahan masjid, memperkukuh penyampaian syiar Islam serta berkhidmat dengan penuh dedikasi demi manfaat seluruh jemaah dan masyarakat setempat.
Semoga segala amal kebajikan dan jasa yang telah dicurahkan diterima sebagai amal soleh, diberkati Allah SWT serta menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Kami juga mendoakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam meneruskan amanah serta perkhidmatan di tempat baharu.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang terbaik.
Ikhlas daripada
Ahli Lembaga Tadbir & Jawatankuasa Masjid Alam Impian
Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian
