en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 270 subscribers, ranking 969 in the Family & Children category and 2 365 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 270 subscribers.

According to the latest data from 23 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -121 over the last 30 days and by -3 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 5.56%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.43% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 904 views. Within the first day, a publication typically gains 395 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 24 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 270
Subscribers
-324 hours
-377 days
-12130 days
Posts Archive
photo content

Anda risau anak jenis introvert? Boleh baca ini. 👇👇👇👇👇 ---------------------- Anak Personaliti Introvert... Macam Mana Nak Bantu Tak semua anak selesa di khalayak ramai, ini dinamakan introvert. Jenis introvert ni lebih selesa bekerja dengan benda dan data berbanding dengan manusia, bila besar nanti. Personaliti Introvert ini diwarisi secara genetik, dan tidak salah sama sekali. https://maznahibrahim.com/anak-personaliti-introvert-macam-mana-nak-bantu/

Untuk Anak Usia 2-3 Yang Mencabar, - Meminta itu dan ini (contoh nak makan itu, nak minum ini, nak mandi camni, nak gosok gigi macam ni, nak baju ini bukan itu…) . Penuhilah ia, . Sebab: ❓ Mereka belum cukup upaya (fizikal) penuhi sendiri keperluannya ❓ Mereka belum cukup bijak (akal) menilai cara ini betul atau salah ❓ Mereka cuma mahu buat seperti apa mereka fikir betul dan mungkin boleh dapat (egosentrik dan peringkat kognitif praoperasi 2-7 tahun) . Cara nak FIKIR SABAR 🔓Fahamkan 3 point di atas (asas perkembangan kanak-kanak). 🔓 Fikirkan nanti KITA TUA pun akan banyak ‘songeh’ / kerenah macam tu. 🔓 Nanti mereka akan buat SAMA macam kita buat kepada dia bila kita tua nanti. Sebab ini adalah PENGALAMAN AWAL perhubungan kemanusiaan yang dia alami dan pelajari. 🔓 Soal diri, aku nak dilayan macam mana? Maka mulakan dengan aku layan anak aku SEKARANG seperti aku mahu dilayan oleh anak aku KELAK. 🔓 Masa emas ini TIDAK akan berulang kembali. . Hadiahnya nanti : ❤ Usia sedikit matang seawal 3 tahun (ia akan berlaku sekitar 3-6 tahun), anak ini akan boleh penuhi keperluan asas anda. ❤ Perhatikan, ketika dia main masak-masak, dia akan serve dan tanya anda nak makan / minum apa, kemudian dia serve dengan penuh HORMAT dan BANGGA. Ketika anda minta bantuan di saat amat perlu, mereka dengan GEMBIRA dan TERBUKA akan bantu buatkan atau ambilkan. ❤ Lambat jadi macam atas ni, sebab lambat anda sabar dengan kerenahnya, maka lambat lah lagi nak tuai hasil, dan banyaklah adegan marah beremosi negatif kepada anak. . Refleksi, Maznah Ibrahim t.me/ehsabar www.maznahibrahim.com www.taknakmarahanak.com

photo content

Pabila rasa anak anak banyak kerenah / buat hal.... . Rindu pada kemulusan anak anda yang dah semakin membesar.. Kembalikan EMOSI HEBAT yang pernah anda rasai, untuk MULA SEMULA pandangan fitrah kasih sayang kepada mereka.. Mereka tetap anugerah terindah terbaik dari Pencipta untuk anda dan pasangan. Dan anda tetap ibubapa terpilih, dan TERBAIK untuk pimpin tangan mereka, bimbing mereka menjadi insan terbaik kepada dunia ini. No doubt! #tipsbonding Maznah Ibrahim

photo content

photo content

Sentiasalah "Intervene' - masuk campur dalam urusan anak, sejak awal. Follow rapat-rapat orang kata. Jika dibiarkan tak buat apa-apa, akan semakin menghala ke arah tak baik / negatif. Bantu awal, isu anak, sebab anak masih bawah umur, kematangan, dan pengalaman. Maznah Ibrahim. . https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=806427102865209&id=477691842405405

Terima kasih Pn Eyza dari Bidadari.my Semoga kita semua berupaya berada dalam self control yang baik, bijak dan berhikmah semasa dengan anak anak kita, kerana caragaya kita hari ini, menjadi caragaya mereka kelak sebagai ibubapa. Jadi mulakan dahulu. Sedikit sedikit, pelan pelan kayuh. Maznah Ibrahim https://www.bidadari.my/5-alternatif-berkata-tidak-atau-no-kepada-anak/

photo content

. Sentiasa sedar diri, anak tetap anak. Kita ibubapa ada peranan dan tanggungjawab lebih besar, . iaitu tidak berperangai macam 'anak-anak'. Sedar dan refleksi diri selalu, . kita payung memayungi si anak dari cuaca tak menentu, . hakikatnya tangan mereka amat kecil untuk memayungi kita pula, kan? . . Refleksi, Maznah Ibrahim

photo content

Jika kerap komplen tentang suami, renungkan ini ===================================== Ya kita sukar ubah suami, kerana dia sudah besar gajah. Sudah buluh orang kata. 😂 Klien saya yang mengeluh suami kurang proaktif, dan isteri rasa buntu sampai tahap tidak tahu buat apa dah, Saya hanya berkata selain buat sahaja apa yang puan boleh buat, doa, fokus diri dan capaian puan boleh, iaitu anak dan urusan lain, Latihlah anak lelaki puan sebagaimana puan mahu ia dewasa nya kelak. Mahu seorang suami yang rajin tolong ke dapur, Latihlah anak lelaki buat kerja rumah. (Alhamdulillah bab ini memang saya latih betul untuk anak lelaki sulong saya, fitrah mereka kan suka buat apa kita buat, jangan risau anak lelaki suka main masak-masak, kecil-kecil ni nak beri pengalaman saja, besar sedikit otomatik dia kurang buat bila sibuk aktiviti luar lain. Kebetulan juga saya amat bertuah suami sangat banyak membantu dalam bab kerja rumah, maka anak ada model lelaki buat kerja rumah sebab ayah suami juga rajin buat kerja rumah kerana kematian isteri). Mahu seorang suami pandai meluahkan emosi dengan kata-kata (agar tak salah faham dan jelas dengan apa dia rasa dan fikir), latihlah anak lelaki menjadi seorang yang pandai meluah dengan perkataan bukan perbuatan sahaja. 😀 . ***Tetiba teringat semalam Fateh beritahu setelah berkurung beberapa minit menutup pintu sebab tak diberi tonton Tobot (kerana dia belum mandi, dia offer membayar dengan baca surah sahaja, saya tidak setuju) : Keluar dari bilik, katanya "Tadi Fateh sangat marah. Marah kat Mummy. Sekarang Fateh tak marah dah". Haha saya sudah jangka. Tak mengapa. Saya suka dengar mulut comelnya meluahkan rasa hatinya. Saya jelas. Maka saya mudah untuk didik dia. Dia jenis perlu diberi masa untuk rasa dan tunjuk protes marah dia pada kami. Tempoh masa protes tu singkat aja (5-10min) tapi rasa macam lama... Tempoh tu kena sabar sangat-sangat. Asal dia selamat. (Mudah aja saya terbabas nak marah denda dia tapi itu bukan solusi terbaik, dia 4 tahun sedangkan saya 30-an : beza puluh tahun tu, tak wajar nak berlawan). Saya hanya katakan, dan perteguhkan peraturan rumah (stick to the rule): "hanya mandi, solat dan baca surah boleh dapat keistimewaan tonton cerita kegemaran". Macam biasa adik KN boleh dimandikan awal, maka ceritanya dia boleh tengok. Saya tahu Fateh sudah reda. Sambil saya berkata tu dia dah angkat tangan untuk dibukakan bajunya. "Allow and recognise their feeling. That's all they need". Benarkan, dan raikan, apa anak rasa. Kerana perasaan itu real. Tak salah untuk rasa marah. Hanya cara luahkan sahaja, samada selamat atau tidak. Tidak selamat, beri contoh yang lain yang lebih baik. Contoh anak marah dengan kaki (tendang tendang kita), minta dia habiskan 10 pusingan jogging dalam rumah. Marah dengan tangan, minta dia tumbuk habis-habisan sekelompok bantal dan bear besar, atau tilam tebal. Komunikasi adalah key utama dalam perhubungan manusia yang sukses. Luah emosi dengan perkataan, baru jelas sebenarnya 😉 Jika tidak, ramai pasangan tak boleh 'baca' apa sebenarnya dia ni nak. 🙄 Mak macam kita ni bolehla sebab anak sendiri, kan. Tu pun kena pandai observe dan analisis tingkahlaku si anak dan situasi pattern yang sama... emosi yang sama. . Mak yang masih sentiasa belajar, Maznah Ibrahim.

Fasa STATUS perkembangan anak usia 7 tahun pertama ialah RAJA', manakala RUANG LINGKUP nya adalah BERMAIN. Ia berdasarkan riwayat Rasulullah s.a.w dalam membahagi tahap kehidupan seseorang, "Dalam tujuh tahun pertama, anak adalah RAJA; tujuh tahun kedua, menjadi PEMBANTU (yang harus taat dalam menjalankan perintah); sedangkan tujuh tahun ketiga, menjadi WAZIR (menteri) yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugasnya. Fasa ruang lingkup yang dijelaskan Rasulullah s.a.w adalah sebagai, "Biarkanlah anak-anak kalian bermain dalam tujuh tahun pertama, kemudian didik dan bimbinglah mereka dalam tujuh tahun kedua, sedangkan tujuh tahun berikutnya jadikan mereka bersama kalian dalam musyawarah dan menjalankan tugas". Untuk anda yang punyai anak berusia bawah 7 tahun, bagaimana kita menjaganya? Jika seorang RAJA, pastinya kita harus hormati dan melayani segala keperluannya, kan? Tidak mungkin kita akan boleh membentak, memerintah atau memukul RAJA ini, malahan RAJA ini ada hak, atau ruang lingkup sebebasnya sehingga boleh memecat atau menghukum kita!!!...(baca lanjut) https://maznahibrahim.com/anak-anda-adalah-raja-kecil/

photo content

Post setahun lalu, bermanfaat utk diingati dan diamalkan. Jum fahami, dan buat. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=756737514500835&id=477691842405405

MUSIM PERAYAAN, EMOSI MULA TAK TERKAWAL... . Cek keperluan asasi kita (Maslow Hierarchy), 2 paling bawah tu: . 1⃣. FISIOLOGI ✅ Makan - banyak makan kuih raya sangat ? Anak lapar nasi, mak ayah pun, nak nak kurang sayur dan buah, lagi tak seimbang, otak kacau, buat hal, emosi meledak. - Caranya : Cari nasi dan lauk seimbang, legakan tekak, perut, otak. . ✅. Tidur - tidur adalah istirehat. Penat fizikal melampau, ibubapa pun mula marah-marah, kan bila anak buat kerenah. Anak pula dah tak rutin nap tidur siang, tidur merata di dalam kereta, di riba, di lantai rumah orang, otak kacau, mula buat hal (perangai). - Caranya : orang dewasa, jaga solat, solat tu sebelum perform kena ambil wudhu', insyaAllah jaga solat, energy kekal tahap baik. Bila bawa anak sekali, mereka juga akan dapat tempias aura baik ibubapa, dan juga basahkan badan (mandi bertukar baju) untuk fresh up. . ✅. Cuaca - panas berlebihan, orang ramai keliling, mandi sejukkan badan amat penting, bawa set baju tukar dan pampers. - Caranya : Mandi bersih diri di masjid sangat ok, masjid besar dan sejukk walau tengahari panas. Air mineral jangan lupa stok untuk minum kerap ya. . 2⃣. SAFETY Tengah ramai, di rumah orang, jarang ketemu, anak rasa tak biasa, tak secure. Senang buat hal bila di ruang tak biasa. Bawa mainan/barang kegemaran anak, untuk tambah rasa selamat tu. Ajar anak ingat yang Allah jaga, baca Al Fatihah sekurangnya sebelum ke mana-mana. Ingat rule sentuhan selamat, say No Run n Tell. Asertif beritahu tidak/jangan kepada perilaku tak suka, tapi elak pukul dengan fizikal kepada orang lain. . 3⃣. TANGKI EMOSI i. perkataan (cakap elok2, ucapkan penghargaan kepada mereka: thanks) ii. layanan/perbuatan (pandang mata, dengari keperluan mereka, senyum pada mereka) iii. sentuhan (peluk usap) iv. masa istimewa (masa one to one, dan all in one contoh di bawah) v. hadiah (benda material kecil habuan untuk mereka) . . °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° 3 Tips Mudah & Pantas Penuhi Tangki Emosi Anak Musim Cuti . cuba lakukan 3 steps ini dengan sepenuh hati😉 . 1) Pandang tepat mata nya, sama level . 2) sentuh bahu nya dengan sebelah tangan (sentuhan fizikal - boleh juga usap belakang/kepala sebentar) . 3) beri perhatian penuh tanpa berbelah bagi. dengar, angguk, respond. . . 30 SAAT (atau tak sampai pun, sebab anak dah habis bercerita, terkesima mak layan best macam raja/puteri), . TANPA celah atau bertanya atau menegur. . Full beri perhatian dengan dorongan minima suara (hmm, ooh, aaa, ahaa, oohh) jika tak tahan nak keluarkan suara juga 😂. . Tengok hasil. . Tangki emosi positif meningkat. . Anak gembira lain macam. . Anak mudah dengar kata, ikut kata, bekerjasama. . Mengapa? . Kerana anak rasa didengari, dihargai dan disayangi. Saya penting. . Yelah di celah-celah event orang dewasa banyak sangat, kan? . Rupanya suara hati kecil saya ini juga penting 😊😉😚. . . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat kembali ke fitrah, dan ingat, anak-anak fitrah lahiriahnya adalah baik dan suci, Kitalah yang mencorakkan dan membentuknya dari kacamata Tuhan yang sempurna. dan Maaf kan saya sekiranya ada salah silap kata dalam penulisan, reply mesej dan sebagainya. Saya doakan Aidilfitri kali ini memberikan suatu makna yang baik dan positif untuk anda dan keluarga. Bagi yang bukan Islam, Selamat bercuti panjang bersama keluarga tersayang, dan semoga semua perancangan aktiviti berjalan dengan baik :) Salam 1 Syawal 1439 H Maznah Ibrahim https://maznahibrahim.com/fitrah-anak-adalah-baik/

photo content