en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 313 subscribers, ranking 967 in the Family & Children category and 2 350 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 313 subscribers.

According to the latest data from 13 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -125 over the last 30 days and by -1 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 4.21%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects N/A% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 687 views. Within the first day, a publication typically gains 0 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 14 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 313
Subscribers
-124 hours
-247 days
-12530 days
Posts Archive
Semasa saya selesai menyiapkan slide untuk 'Live Webinar' malam ini: Bagaimana Mendorong Anak degan Bahasa Cinta, Saya dapati
Semasa saya selesai menyiapkan slide untuk 'Live Webinar' malam ini: Bagaimana Mendorong Anak degan Bahasa Cinta, Saya dapati bahasa cinta ini perlu kita kembalikan semaraknya, amalannya dalam seharian kita Kerana teknologi komunikasi kini telah mengganti banyak komunikasi kita dengan pasangan, anak-anak dan individu lain. Hmm... tidaklah mengapa, kerana teknologi membantu kita sampaikan mesej dengan cepat, cuma ada pro and cons nya aja kan. . Berjumpa malam ini, Sudah 1100+ orang telah mendaftar, Alhamdulillah Semoga dilancarkan semua urusan kita pada malam ini ya 😍 CARE ❀, Maznah Ibrahim Pastikan tidak ketinggalan ya... Jika ada belum mendaftar, boleh ke sini: https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

KETAHUI DAN PERCAYAI, SETIAP ANAK KITA BERBEZA KELEBIHAN DAN POTENSINYA - KELUARKAN BINTANG DALAM DIRI ANAK . Tak suka tapi selalu push anak agar capai tahap terbaik diri mereka, kan? . Namun seringkali kita meletakkan ekspektasi tinggi dan lebih kepada berpusat diri kita, bukan anak. Minat kita, bukan minat anak. . Jadi, ini mungkin cara yang lebih harmoni untuk kita dan anak :- . 🌟 Beritahu diri, diri kita pun tak suka dipaksa. Fitrah manusia lebih suka disokong akan apa yang kita minat dan boleh kuasai satu satu skil itu secara sukarela, seperti minat cerita korea, mahu tonton siri itu dan tidak mahu dipaksa tonton wayang cerita perang. . 🌟🌟 Perhatikan minat anak bidang apa, iaitu bila dia buat, dia nampak gembira dan siap awal. Contoh ke kelas renang dia teruja dan dia siap dulu (tapi jika kelas matematik dia lambat lambat siapnya). Maka jadikan kelas yang dia minat itu sebagai ganjaran pabila dia lakukan apa kita minta pada kadar dia mampu buat (contoh solat lengkap minima 2 kali sehari atau siap kerja sekolah 5 hari, adik dapat ke kelas renang Sabtu ni). . 🌟🌟🌟 Laburkan sedikit duit untuk kelas mereka minat ni sebagai terapi diri mereka, iaitu emosi mereka seimbang bila dapat buat apa mereka minat. . Ingat, pelaburan ilmu untuk anak kuasai itu adalah selamanya berguna, takkan sia sia, .. manakala harga emosi anak juga amat penting dan tidak ternilai dengan wang ringgit kita, untuk kesihatan mental mereka kelak. . Jadi sentiasa pastikan anak seimbang dari segi tanggungjawab IQ, EQ dan SQ nya. Kita bimbing mereka. . ❀, Maznah Ibrahim. Sudah lebih 400 orang mendaftar ke webinar bagaimana mendorong anak dengan bahasa cinta pada 12 Mac 2021 Jumaat 930 malam ini, silakan segera mendaftar jika belum lagi πŸ˜‰ https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

photo content

Bila ditanya, bila boleh mula puji anak? Seawal yang boleh, kat saya. Hatta dalam kandungan (contoh semasa dia respon kepada cahaya yang anda suluhkan atau lagu-laguan spritual/stimulasi yang anda perdengarkan, atau anda sedang makan makanan gembira anda dia summersault berpusing dan dia respon bila ayah dia atau adik beradiknya tiup 'bubble' di perut anda), Mahupun semasa di labour room setelah berjumpa live dengan dia, Dia pandai menyusu anda secara semulajadi tanpa diajar, Dia kelihatan mendengar sewaktu anda berbicara, Ataupun sewaktu pantang anda, Bermacam tingkahlaku baiknya, Mahupun sewaktu usia mobile nya, Menjulur merangkak berjalannya, Hmm bebila masa aja. *contoh-contoh kecil ini adalah sebahagian dari momen sebenar yang saya lakukan untuk ketiga-tiga anak saya sejak dalam kandungan lagi . . Cuma, pastikan puji usaha dan kelakuannya, Bukan orangnya. Biar spesifik bukan umum. Jelas. Dan ia berterusan, sampai dia besar. . . Sebab kecil-kecil banyak nak dipuji, Besar besar banyak nak dimarahi/ditegur kan? . Jadi sesekali anak dah besar tu, panggil dia dan nyatakan apa yang anda kagum kepadanya sangat. . . Tengahari tadi, Saya peluk kuat-kuat Khairunnisa', cium tepi dahinya dan nyatakan kepadanya betapa saya kagum dengan kesabaran dan kelembutan dia bila Yumna 2 tahun tarik rambut dia, dia tak balas dan tak marah Yumna, Bila dia kuat semangat dan boleh happy go lucky walau dia ada momen amat sedih dan menjerit kesakitan (mummy pun rasa sakit hati sedih bila dengar jeritannya) bila mandi kerana kesan garuan ekzemanya sesekali. . Fateh juga walau amat tegas, garang dan sesekali kasar, namun amat bertanggungjawab dan akan melaksana apa jua arahan, tugasan, mahupun peraturan rumah yang diingatkan, walau dalam keadaan mulut dia mengomel ngomel bising, kami nyatakan kebaikan uniknya kepadanya selepas solat jemaah kami sekeluarga bersama. Dan Yumna yang amat bijak, manis, suka makan buah, panjang akal dan berusaha, untuk fasa autonomi dan 'explorace'nya itu, dia sendiri akan menunjukkan hasilnya (show off budak kecil usia ni), pujian terus diberi untuk hasil kerja, juga selalu dapat ciuman dan tepukan diberi tanda sokongan kepada fasanya ini. . . Setiap anak ada kekuatan, keunikan, Cari kebaikan kecil dia dan puji besar-besaran, Ia tangki emosi 'words of affirmation'. Biar dia penuh dengan penjelasan dalam dirinya, dan fikirannya akan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka tentang perilakunya, dan makna teguran kita, bukan yang penuh dengan kekeliruan apabila dimarahi tak bertempat tak kira masa, apa aku buat ni semua salah aja ke. . Puji. Berterusan. Dengan kaedah pujian yang betul. Ia tak luak, tak mengulit mimpi anak, Kerana ia diletakkan pada tempat dan haknya, Ia tangki pengesahan perkataan yang ramai orang dewasa masih terkial-kial mencari dan cuba mendapatkan dari orang lain, Tiada keyakinan diri, mencari-cari nilai diri. Asbab masa kecilnya tidak dapat pujian dan pengesahan dari sang Ibu Ayah yang sebenarnya wajib nyatakan kepadanya. Refleksi, Maznah Ibrahim. Jom join telegram channel saya untuk sama-sama reminder bagi keibubapaan positif dan supportive di sini : t.mazn.me/chan Sudah daftar ke webinar bagaimana mendorong anak dengan bahasa cinta pada 12 Mac 2021 Jumaat 930 malam ini? https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

photo content

photo content

photo content

Dear Zindagi dan Tribhanga Dua filem ini saya sarankan untuk ditonton bagi yang ingin memahami punca trigger isu emosi dalaman kepada anak, dan kepada ibubapa sendiri. Nanti saya tuliskan perspektif saya dan masukkan ke dalam blog post saya ya πŸ™‚ Selalu sebut masa webinar live dan ramai tanya semula apa nama filem yang puan suggest tengok tu? Ha inilah dia. Ada banyak kupasan. Mudahan sempat mencoretnya πŸ™‚ Boleh jenguk jenguk dulu di Netflix/ internet heheheh.

photo content

photo content

Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak? Perkataan adalah kecil peratusannya namun ia amat penting sebagai pengesahan kerana bila tidak diungkapkan dengan jelas, mana-mana individu akan interprete sendiri dan mungkin akan salah faham. Jemput memahami aspek tangki emosi perkataan ini ya. https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-1/

12 Ayat Pengesahan Kepada Anak . . "Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".πŸ€” "Mama tak pernah pun puji saya". "Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik". "Mama tak suka peluk saya ke?"☹ "Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?" . . Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal. Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat. . Anak rasa tak dihargai, Tak disayangi, Tak betul. . Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan. Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak, Cuma ibuayah terlepas pandang... . Lupa nak #jadilebahbukanlalat. Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini. 12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita. . Mudahan, ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka.. . Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka. Subur. Mekar. Mewangi dan merahmati Alam. CARE 🧑, Maznah Ibrahim. . . p/s : Sudah daftar webinar Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta? Kalau sudah dan tidak mendapat whatsap/email link webinar live, perlu daftar lagi sekali ya. https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t . Telegram channel psikologi anak dan parenting: t.mazn.me/chan

photo content

Macam Mana Ajar Anak Guna Hypnoscript untuk Diri Dia Sendiri Saya kongsi sedikit bagaimana saya dorong anakanda soleh Fateh akan kaedah ini dan nampaknya sekali sahaja saya ajar dahulu dia boleh aplikasi sendiri dalam situasi lain secara kemahuan sendiri. https://maznahibrahim.com/anak-amal-hypnoscript-sendiri/

Sabar Banyak Untuk Anak 2 Tahun Ni... Untung ada anak yang boleh bercakap/luah dan beritahu kita jawapan ini, maka kita senang faham apa dalam pemikiran pra operasi konkrit dia tu. "Kenapa CikNa sepahkan mainan ni...?" "Sebab CikNa nak main..". . Senang dan logik aja jawapan dia. Hahahah.. mak dari mata helang ni tersedar. Betul lah CikNa ku. Hmmm... kalau tak 'sepah', macam mana nak main kan πŸ˜†. Alahai si anak. . Teringat masa Fateh usia 3 dulu, "Kenapa Fateh tak pakai seluar balik?" (lepas habis buang air kecil di tandas). "Sebab nanti Fateh nak kencing balik".. πŸ˜πŸ˜„πŸ˜…. Ok, ok. Logik pada pemikiran si kecil. Then saya educate dia pasal keperluan pakai dulu seluar sebab pelihara anggota badan terutama bahagian sulit badan. Kebersihan, kesihatan dan adab. "Kenapa Fateh tak kemas mainan ni?" "Sebab nanti Fateh nak main lagi". Ok ok... Then saya educate dia juga mengenai kemas sedikit agar tidak terlalu kecah nanti terpijak mainan so on sakit kaki, kita kemas di hujung hari tapi in between siang hari tu kalau terlalu sepah tidak enak di pandangan mata. . Fateh juga berupaya menggunakan kuasa memberitahu/bercakapnya itu di kala saya salah faham mengenainya baling mainan dan terkena adik baby Khairunnisa baru lahir masa tu. "Mummy, tadi tu Fateh baling mainan ke ayah, bukan Fateh sengaja nak bagi kena adik" - kemudian dia lari setelah dia explain (sebelum tu immediately dia lari dan kemudian kembali untuk menerangkan/ memperjelaskan / mempertahankan kebenaran dirinya, perspektif dirinya).. . . So pelajarannya parents: 1. Anak ada sebab kepada satu-satu tindakan dia, silap pada mata kita, tidak silap pada mata dia. Maka kita fahami dan educate untuk bantu kematangan peringkat seterusnya aja. 2. Anak kecil ada perspektif kepada dunia dia sendiri. Usia macam ni memang kerja dia adalah : - main - buat sepah - conteng Kerja dia bukan lagi 'pelajar/murid' sebab dia belum bersekolah. Tapi sebenarnya kerja dia yang bermain, buat sepah dan menconteng tu adalah pekerjaan dia yang hakiki yang mana ia sebenarnya merupakan 'belajar' untuk peringkat usia dia itu. Belajar melalui penerokaan alam dunia dia yang unik, dan melalui segala bentuk main, sepah dan conteng itu, sebenarnya membantu banyak proses dalam pemikiran dan otot fizikal dia yang telah terstimulasi. 3. Sabar dan kuatkan kesabaran. Kita memahami KENAPA kita perlu berSABAR bukan sebab kita disuruh bersabar semata-mata, kita bersabar dengan KEFAHAMAN tentang keperluan perkembangan usia dia, dan keperluan kita sebagai ibu bapa yang memahami, menyokong dan tidak judge dia secara silap, adalah amat penting sebagai first supporter/ protector dia yang positif. Kita tak mahu dia mendapat support dan kepercayaan itu dari luar, which is ye kadangkala guru, kawan mahupun teman istimewa dia kelak. Perlu bermula dari diri kita sendiri. Refleksi, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan p/s: Dengarkan audio post saya mengenai 5 ciri anak usia 2 tahun di sini : https://open.spotify.com/episode/03swhmxtkjtwildZHvUoch?si=5bd5711aab984371 .

photo content

6 Mac 2021, Sabtu Webinar Zoom: Program Intro STIFIn (PIS) Dato' Dr Baha & Pn Maznah Mari kita refresh / bantu sebarkan pada
6 Mac 2021, Sabtu Webinar Zoom: Program Intro STIFIn (PIS) Dato' Dr Baha & Pn Maznah Mari kita refresh / bantu sebarkan pada kenalan yang belum hadir PIS lagi untuk PIS Online kali ini. http://www.wasap.my/60139115114/PIS6Mac *Sebaiknya test dahulu STIFIn baru hadir PIS agar boleh relate dengan apa diterangkan ya. *Mesin STIFIn di seluruh Malaysia boleh cek di sini: T.me/STIFInMalaysia

Audio Post Podcast Season 2, Episode 3 Berkenaan Anak 2 Tahun, Fahaminya dan Kita akan Lebih Tenang. . https://open.spotify.com/episode/03swhmxtkjtwildZHvUoch?si=5bd5711aab984371 .

Berjumpa kita nanti pada 12 Mac 2021 ya. Link daftar di sini: https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t
Berjumpa kita nanti pada 12 Mac 2021 ya. Link daftar di sini: https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t P/S : Yang telah mendaftar sebelum ini mungkin perlu daftar lagi sekali sekiranya tidak menerima whatsap dan email link webinar live ini.

Mari kita berusaha memeluk anak, kalau tak dapat 5 kali sehari (sekejap-sekejap), dapat sekali sehari (lama sikit) pun dah me
Mari kita berusaha memeluk anak, kalau tak dapat 5 kali sehari (sekejap-sekejap), dapat sekali sehari (lama sikit) pun dah memadai dari tiada langsung kan πŸ™‚ Antara kebaikan utamanya adalah anak akan mudah meregulasi emosinya (aspek urus/kendali/seimbangkan emosinya kerana dia rasa selamat, disayangi, dikehendaki) serta lebih lagi untuk kesihatan mental dirinya kelak (jangka masa panjang). . Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan . P/S: Link webinar 'Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta' perlu diisi semula pendaftaranya ya kerana sistem ada isu teknikal sedikit, dan pendaftaran anda sebelum ini tidak masuk ke sistem pendaftaran kami, mohon untuk isi semula nanti. Once sistem dah up semula saya inform di sini dan di channel telegram saya 😍.