en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 269 subscribers, ranking 963 in the Family & Children category and 2 369 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 269 subscribers.

According to the latest data from 21 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -128 over the last 30 days and by -6 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 7.26%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.52% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 1 182 views. Within the first day, a publication typically gains 410 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 22 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 269
Subscribers
-624 hours
-367 days
-12830 days
Posts Archive
photo content

VIDEO PARENTING TERBARU [KESILAPAN BIASA YG BOLEH MATIKAN KREATIVITI ANAK] . Perkara ni akan jadi automatik, just nak touchup sedikit, insyaallah akan make different. . Kita usahakan sama-sama ye, untuk future generation :) . Saya nak buat banyak Lagi Video & Perkongsian sebegini, boleh follow channel telegram saya untuk tak terlepas next video ye . p/s: Terima kaseh kepada yang kongsikan pandangan, kisah atau pengalaman anda pada video-video sebelum ini, saya suka membacanya. insyaallah saya usahakan jawab soalan-soalan jika ada :) . . #tipskeibubapaan #parentingtips #parentingguide #parentingvideo #keibubapaan . . Video 👇👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1240623766112205&id=477691842405405

Abang Fateh : "Cik Na pandai lap sendiri"😱 (terkejut) Iyer CikNa memang dah pandai lap sendiri dah Bang. Dia lap air masak yang dia sendiri tertumpahkan tadi. Mummy bagi dia kain aja. (Dah berlaku beberapa kali ni, faham sangat dah kegemaran dia minum air masak pastu celup tangan masuk cawan, kan). ( Mummy pun cepat cepat ambil phone minta lap lagi ) Last tu Baru CikNa tau alat penyapu dan penyodok tu berat 🤣. (Seolah "Berat ah") ----------------- Untuk anak kecil 0-7, cuba cuba buat ni semua adalah main pada mereka. Namun besar maknanya pengalaman ini pada mereka, 'body will remember'. Bagi peluang dan ruang tu cuma berapa saat aja ... tak rugi support perkembangan pro sosial mereka ini. Maznah Ibrahim

photo content
+3

Terima kasih Pn Afifah bertanya soalan ini, mudahan semua kita jelas sebab kita guna Self Affirmation / Hypnoscript ini ya 😃. 👇👇👇👇👇👇

photo content

ANAK TAKUT NAK BUAT, JANGAN KONDEM DIA. Tapi ajarkan anak-anak skrip tegas diri (‘Self Affirmation’) pabila mereka sedang hadapi isu takut atau tidak yakin diri, bermula usia 3 tahun. Caranya kita sebutkan ayat, minta dia ulang. Contoh : 🍦Anak nak beli aiskrim dan kurang berani. Maka saat itulah digunakan untuk PECAHKAN BARRIER DALAM DIRI DIA dia sebab dia nak sangat aiksrim tu. - Ajar dia sebut : “M (nama dia) berani beli aiskrim sendiri” (sambil tepuk dada kiri dia) - Tunggu dan observe aja. - Puji bila berjaya. - Temani bila dia tak berjaya, cakap kat dia: "Tak apa, NANTI M (nama dia) boleh beli lagi. . ⚽️ Anak kecil kita nak main bola sepak dengan abang besar: - “Saya berani main bola sepak dengan abang-abang”. . 🏊‍♀️ Anak nak berenang tapi takut tenggelam: - “M berani berenang di kolam besar. M berjaya terapung. M berjaya berenang”. . . Skrip tegas diri ini bantu terapkan yakin diri kerana bermula dengan perkataan ‘Saya’ atau ‘Nama dia’, dan disusuli dengan perbuatan tingkahlaku spesifik yang mereka mahu, pada saat mereka sangat mahu, dan pada lokasi yang sesuai (tepat). . Ia lebih berkesan berbanding dipaksa atau disuruh di saat mereka belum bersedia ;) . Maznah Ibrahim. p/s Kongsikan dengan pasangan anda ya, kita saling peringatkan. . -------------------------------------------- Cabaran RM1 °°°°°°°°°°°°°°°° Ini cara kami terapkan pada anak sulong kami, Fateh. Masa usia dia 2 tahun 8 bulan, saya bagi dia peluang beli sendiri bila dia nak sangat beli aiskrim kat kedai runcit, tapi dia pulang dengan RM1 layang-layang. Setelah kejadian itu, siri kejayaan membeli sendiri berulang dan saya namakan 'Cabaran RM1' dan meningkat ke RM2 dan seterusnya. . Kaedah 'Self Hypnoscript' °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dia mula ada 'rasa' takut bila usia 3 ke atas (sebab usia 3 sudah mula berfikir), maka saya gunakan skrip 'Self Affirmation' ini untuk bantu dia. Next dia boleh train adik dia Khairunnisa' pula. (Gambar lama Julai 2018)

photo content

Sahabat saya Pn Aishah Suhaimi dan anakandanya Aisyah Humaira, yg awesome. Saya berpendapat semua anak perlu dapat peluang ini untuk bentuk, groom skil bercakap di depan, secara perlahan-lahan, tiada paksaan. Bila kita pun tak berapa mampu nak buat dgn baik, elok hantar kelas macam ni, Kalau kita buat di rumah pun ok cuma anak2 kita usia berbeza dan bilangannya pun maybe sedikit 2-3 anak kan. So di sana dia dapat persekitaran membina (supportive) untuk minat dan bakat dia, Surrounded by rakan sebaya, Memang mempercepat proses pembinaan skil ini. Ada anak minat tapi mungkin bakat bukan ke situ -- 👍Masuk ini untuk pengalaman awal dan pendedahan skil - asal minat, ia boleh bawa jauh (passionate) Ada anak berbakat tapi tak da peluang macam ni -- Elok sangat masuk ini👍 especially anak Feeling, anak Drh O Ada anak tak bakat kat sini, juga sangat jelas tak minat --- Takyah masuk, nanti memaksa pula, eloklah masuk kelas lain ya 😁 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH BANTU ANAK?* Alhamdulillah, minggu lepas saya dapat berjumpa anak-anak Smart IQ. Ramai datang keliling teacher. Datang untuk bersalaman, ada yang nak bercerita dan ada yang datang peluk. Rindu teacher agaknya. Teacher pun rindu lama tak jumpa. 😇❤🥰 Tiba-tiba Aishah Humaira Ikhwanus datang cuit teacher. *_Aishah_* : Teacher…teacher ingat tak performance kita hari tu? *_Saya_* : MasyaAllah…mestilah teacher ingat, Aishah. Aishah pun tersenyum-senyum malu dan berlalu masuk kelas. Terserlah kegembiraan diwajah Aishah. Mungkin teringat kenangan persembahan Julai lepas. Selepas berborak-borak sekejap dengan anak-anak, saya pun mula melangkah kaki untuk pulang. Dalam masa itu terfikir betapa anak-anak sangat ternanti-nantikan peluang untuk menonjolkan bakat mereka. Sebagai ibu bapa kita hanya perlu memberi peluang serta sokongan dalam proses menggilap bakat anak-anak. Tn/Pn nak jadi ibu bapa yang *supportive* ? Tn/Pn sedang mencari *jalan* untuk *bantu* anak: 🔹️ *Menjadi lebih yakin diri* 🙋‍♂️🙋‍♀️ 🔸️ *Dapat berkomunikasi dengan lebih baik* 🤝 🔹️ *Berani bercakap di khalayak ramai* 🎤🎙 🔸️ *Mempunyai kelebihan di sekolah, institut pengajian tinggi dan seterusnya di dalam bidang pekerjaan* 👨‍🎓👩‍🎓👨‍🎨👩‍🚀👨‍⚖👩‍🏫👨‍⚕️👩‍🍳 Jika " *YA* " jawapannya. *Program Intensif 12 Minggu KIDS PUBLIC SPEAKING* oleh *AHM Speaking Academy* adalah untuk anak anda. Program ini akan membantu anak-anak: ✴ *Membina keyakinan diri* 💪 ✅ *Mengawal perasaan gugup apabila berada di hadapan ramai orang* 🧘‍♂️🧘‍♀️👏👏👏 ✴ *Meningkatkan kemahiran sosial* 👬👬👭👭 ✅ *Bersedia untuk masa depan mereka* 👍👍👍 Jom sertai *Program Intensif 12 Minggu KIDS PUBLIC SPEAKING* dibawakan khas oleh *AHM Speaking Academy* 🎙🎤🗣🎬🌟 🗓 Program ini akan bermula pada bulan *September 2019* . 🎤 *12 Minggu KIDS PUBLIC SPEAKING* terbuka kepada anak-anak berumur : *6 – 12 tahun* . 📣Kelas *Percubaan* dan *Penilaian* *PERCUMA* disediakan. 🤩 Bagi pengambilan kali ini anak-anak akan menjalani 2 aktiviti luar, iaitu: 🎤 Menjadi *Host* di *SPP Bookstore* , Bangi dan 👨‍🎓👩‍🎓 *Graduasi di De Centrum Mall* , Bangi. https://www.wasap.my/60132097982/12mingguKPSAHMSpeakingAcademy *Program Intensif 12 Minggu KIDS PUBLIC SPEAKING* oleh *AHM Speaking Academy* akan diadakan di: 📍 *SMART IQ Academy* , Taman Putra Kajang, Seksyen 7, Bangi. Jom mulakan dari awal 👨‍👧‍👦👩‍👧‍👦👨‍👩‍👧💓 Berikan anak-anak anda peluang untuk menyerlah🌟🌟🌟🌠🌠🌠 Hubungi kami untuk info lanjut https://www.wasap.my/60132097982/12mingguKPSAHMSpeakingAcademy Dan saksikan kehebatan anak-anak anda nanti 📈🚀🔥👏😍😇💥

5 KESILAPAN BIASA IBUBAPA BILA ANAK BUAT SALAH ELAKKAN ( X ): 1. Kritik / kondem anak: “Ha tu lah berlagak lagi, kata pandai sangat nak buat sendiri air susu, kan dah tumpah”. 2. Salahkan anak : “Sebab Abang tak dengar cakap Mama, sebab tu Abang jatuh. Sakit tak?” 3. Ketawakan anak : “Haha, padan muka Abang”. 4. Sindir anak : “Iyerlah, kan Kakak kata Kakak pandai buat sendiri. Hah, buatlah Mama nak tengok jadi tak kek Kakak tu”. 5. Marah/Herdik : “Hey kamu ni, tak dengar kata. Menyusahkan betul Mama ni penat nak sapu mop banyak kali tau!”. . Jadi, macam mana nak tegur anak bila dia buat silap? . BILA ANAK BUAT SILAP, INI CARA NAK CAKAP BUAT ( / ) 1. Beri perkataan menenangkan: “Allahu akhbar, sakit sangat ni, nanti Mama sapu ubat ya”. 2. Beri perkataan mendidik: “Oh.. tumpah dah. Macam ni sebenarnya cara tuang susu dari skop ni, Kakak”. Atau “Abang nak tahu tak cara tulis huruf 8 dengan cara betul dan cikgu suka?” 3. Beri perkataan tegah dengan cara betul: “Tak boleh lari laju, jalan aja. Sebab lantai sini tak rata”. 4. Beri kata pujian dulu baru tegur kesalahan: “Wah semangatnya Kakak buat kek sendiri. Adalah lebih baik Kakak buat kerja satu tempat, dan barang dah pakai satu tempat. Taklah pening nak kemas nanti”. Gantikan kepada sudut pandang yang baik dan sampaikan niat positif anda tu dengan cara lebih baik sahaja ya ;) . Sama-sama kita usaha ya, jadi ibubapa prihatin, bercakap elok-elok, kelak anak juga akan prihatin dan cakap elok-elok kat kita. Maznah Ibrahim. Kongsikan dengan pasangan anda ya.

Mahu Anak Jadi Kreatif? Ini 3 Syaratnya.. Ramai sebenarnya ibubapa yang nak anak jadi kreatif, dan sebenarnya ibubapa sendiri ada ciri fitrah kreatif itu. Cuma kita tak sedar 3 perkara ini menghalang anak kita dan kita jadi kreatif. https://maznahibrahim.com/nak-anak-jadi-kreatif-ini-3-syaratnya/

photo content

Tiada yang lebih teruji pabila berada dalam satu satu kekurangan sepanjang hayat. Boleh bayangkan yang ujian kita biasanya datang dan pergi. Namun sedarkah kita ada jenis ujian yang kekal bersama kita selamanya. Iaitu keadaan atau kondisi kekal sama ada semulajadi sewaktu kita lahir atau sebab insiden semasa seperti kemalangan. Apa pilihan yang mereka ada adalah hanya satu, iaitu hidup bersama kekurangan itu sepanjang hayat, dengan baik dan terima ia. Jika mereka hidup juga dengan kondisi itu tetapi secara negatif, tidak terima dan keluhan banyak, maka banyaklah perkara tidak enak datang dalam hidup mereka kerana mereka akan menarik aura dan perkara tidak baik sama seperti doa mereka. Sebab itulah banyak orang yang kurang upaya amat hebat kerana tenaga besar ujian untuk diri mereka itu, mereka telah pilih untuk sambut, dan terus mara ke depan tidak toleh belakang. Rasanya semangat mereka 'double triple' dari kita, kefokusan mereka untuk capai matlamat mereka amat menakjubkan, berbanding kita yang serba lengkap dan terlalu banyak leka pabila fokus kepada perkara remeh remeh sebab ada banyak sangat nikmat tak dihitung dan banyak sangat kesukaran yang nak dihitung. Fikir fikirkanlah. Jadi, bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, mari bersama renungkan, apa sangat lah ujian kita selama ini berkaitan anak dan pasangan. Kerana, ia bersifat sementara dan boleh diurus. Percayalah yang Tuhan beri ujian ini bukan seperti kita mahu atau tidak mahu tetapi seperti apa yang kita PERLU. Apa yang kita perlukan ialah satu siri bimbingan dari Nya untuk pembentukan karektor kita, seperti doa kita mahupun seperti apa Allah telah tetapkan dan putuskan untuk kita. Ingat, Dia Yang Paling Tahu kita sebab Dialah yang menciptakan kita ;). . Maka, padanglah setiap ujian itu dengan sepositif, dan sangkaan yang baik sebaik mungkin. Pasti ada ketenangan akan hadir pabila kita memilih untuk bersangka baik dan menerima, serta bertindak secara positif terhadap ‘ujian’ itu. . . Salam Maal Hijrah 1441 H/ 2019, Pandang positif selalu. Maznah Ibrahim

photo content

Salam Kemerdekaan 62 Ya telah 62 tahun negara kita bebas dari jajahan. Taklukan. Tentunya sebagai ibubapa kita juga mahu bebas dari taklukan atau perangkap kisah yang memberi emosi tidak enak berkaitan kehidupan dan perjalanan parenting kita. Boleh. Pasti, InsyaAllah. . . Katakan Ya kepada Apa Yang Anda Idamkan, Hasratkan, Impikan, . Contoh: kesembuhan anak, sikap anak, matlamat famili, 'break the cycle', dan bermacam lagi. InsyaAllah, CARANYA:- (1) HATI - Emosi Full Mahu bermula dengan niat, Mahu diri berubah, Mahu ia berubah, (2) MINDA - FOKUS, Sungguh2 doa Doalah secara spesifik, Fokus, Jalan akan hadir depan mata. InsyaAllah..... . (3) BADAN - Bergerak Laksana Perubahan Perlu ada aksi/tindakan/gerakan. . KATAKAN BOLEH! . MOTIVATION : MOTIVE+ACTION . Maznah Ibrahim. (motivasi diri sendiri) 😃 (Apa Jua Ujian) (=Allah sayang kita)

photo content

Yes Social Pain is real pain. Long term can effect your overall health. "Social pain is real, we need to give it a voice to express" - Hiro Koo Come n register, My friend Hiro n Dr Azzy Azizah the one who is leading this professional art therapy area in Malaysia. https://www.facebook.com/1170086734/posts/10218764710726769/

photo content

Merdekakan Jiwa dan Minda Kita 🎊 Pagi Rabu semalam sebenarnya bersama staf Pusat Kesihatan Universiti UUM, untuk 2 jam slot khusus ini. (Menariknya LUA kami, sahabat penganjur Dr Firdaus doktor gigi, MC nya farmasis, dan pengarah PKUUUM semuanya asal bertugas dengan KKM Perlis dulu 😁) Ya, untuk bebas dari perangkap emosi negatif dan peristiwa lampau yang kurang enak, Perlu buat keputusan. Iaitu simpan ia cuma untuk kurang dari 16 saat, Maknanya bebaskan, lepaskan ia👍. Lebih dari itu, ia tersimpan sebagai sel memori kekal. Aduh, memang amat singkat, Namun pilihan di tangan anda. Bersama nanti untuk sahabat online lain yang tidak berkesempatan mengalami sesi tadi, InsyaAllah kita sama sama lakukannya ok 😊👍 Selepas #QuranHour pada 30 Ogos ini, Mudahan vibrasi anda sangat tenang untuk melakukan proses ini. Allah mudahkan urusan kita semua. . *mood teruja 😊 ------------------------- Daftar di Sini >>> https://eb.mazn.me/BebasEmosi Dan ikut arahan selanjutnya ya 😉 Maznah Ibrahim