en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 772 subscribers, ranking 976 in the Family & Children category and 2 336 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 772 subscribers.

According to the latest data from 21 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -145 over the last 30 days and by -5 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.81%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.16% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 601 views. Within the first day, a publication typically gains 341 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 22 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 772
Subscribers
-524 hours
-327 days
-14530 days
Posts Archive
5 tangki emosi ini saya cek setiap hari sekiranya ada tertinggal. Material tu boleh sesekali dan bersebab (reward untuk anak/latih si anak), manakala 4 lagi tangki perlu konsisten setiap hari ok. ..... Apakah 5 Tangki Emosi Anak Yang Kita Perlu Tahu dan Buat? (1) Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan: - pujian spesifik - ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau emosi tak baik . (2) Tangki sentuhan selamat: - usapan (bahu dan belakang), - pelukan (full dada to dada), - ciuman di dahi/pipi. . (3) Tangki masa istimewa: - temankan mereka bermain di playground atau di rumah, - solat - makan bersama, - dengar cerita mereka - dating one to one dengan anak, dll. . (4) Tangki layanan yang baik, bukti dengan tindakan: - layan macam VVIP, - senyum kepada mereka, - pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda. . (5) Tangki material bersesuaian: - ikut kemampuan, - dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya . . Jum sama-sama PENUHI nya untuk Diri, Pasangan dan Anak kita. Kalau hari ni terlupa peluk anak (tangki sentuhan selamat), cepat cepat usaha peluk mereka nanti ya. Terlupa puji mereka, usaha cari satu kebaikan atau apa jua untuk diberikan perkataan yang baik. . OLEH: Maznah Ibrahim Telegram channel: t.mazn.me/chan Video panduan EQ Anak: https://www.maznahibrahim.com/product/eq-anak

photo content

5 + 1 Perkataan Baik Ini Kita Perlu Kuasai dalam Komunikasi Harian Kita dengan Anak: . Perkara baik walau amat kecil mana pun : 1. Suka 2. Kagum 3. Bangga 4. Bertuah 5. Bersyukur Perkara tak baik walau besar mana pun : 1. Bimbang . ............. Mari saya berikan contoh ayat situasi lazim setiap hari ya: 1. Mama SUKA tengok anak Mama main elok-elok dengan adik dia. Nanti adik pun akan suka main dan sayang kat kakak, kan 😊. . 2. Ayah KAGUM tengok tadi abang sabar dengan adik, siap berjaya tarik nafas lagi.. Ayah percaya adik nanti akan faham apa abang cakap dan dia pun hormat kat abang 😃. . 3. Mama BANGGA tengok abang dan kakak kemas mainan lepas main. Senang hati Mama bila rumah kita dah kemas cantik 😍. *walau kemas dia seadanya aja, Mama akan murnikan lagi bagi sempurna seperti spesifikasi Mama 😄 . 4. Ayah BERTUAH dapat anak yang terror baiki jam rosak kita, nanti boleh lah baiki yang lain pulak kan. 😃 . 5. Mama BERSYUKUR abang boleh makan sayur walau satu daun. Abang jadi contoh adik-adik. Mesti badan abang pun kuat boleh lawan virus penyakit kan. 😁 . Perkara Silap Anak: 1. Ayah BIMBANG bila abang marah adik tadi, adik jadi tak hormat abang. Ayah nak minta Abang cakap lah baik-baik dengan adik ya.... Nanti suatu hari adik akan faham apa abang cakap, dia boleh hormat dan sayang lagi kat abang, ok. . Cuba kuasai 5+1 ini ya 😍. Ini memang biasa diulang-ulang dalam latihan komunikasi saya berkaitan ibubapa kepada anak dan sesama orang dewasa. Perlu spesifik, segera dan fokus kepada PERASAAN KITA berkenaan tingkahlaku pelaku, bukan terus fokus kepada pelaku... 🚀 💥 Manakala cara nak tegur anak pula perlu ikut 5 tips tegur anak dalam webinar live saya dahulu, ok. Kongsikan poster dan link post ini kepada ramai kawan kita agar sama-sama tahu perkara penting ini: . CARE 💝, Maznah Ibrahim. Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di sini: T.mazn.me/chan Ebook yang mengandungi banyak lagi tips perkataan tepat ada di sini: https://ebook.hypnoscript.cc

photo content

Kadang kita terasa hati dengan anak, terluka dengan tindakan, kata-kata anak. Kita boleh lakukan 7 langkah ini ya. Refleksi,
Kadang kita terasa hati dengan anak, terluka dengan tindakan, kata-kata anak. Kita boleh lakukan 7 langkah ini ya. Refleksi, Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Berbanding saya ibubapa gagal hari ini kerana satu-satu perkara kecil sama ada silap kita atau silap anak, Tukar kepada saya ibubapa hebat untuk semua ujian ini!!! Setiap ujian itu (ujian emosi kita, ujian tingkahlaku anak dll) adalah persediaan dari Tuhan untuk kita mendepani cabaran lebih besar kelak. Jika kita di fasa anak remaja, ini ujian untuk kita memperbaiki hubungan (bonding) kita dengan anak, dengan kembali kepada fitrah asal hubungan dan kekuatan kita dengan anak, apa yang mereka minati sekarang menjadi perkara aktiviti yang kita nak perbuat bersama secara rutin: sama-rata-level kita dan dia, seperti kita bermain di atas lantai sewaktu mereka bayi dulu : sama-rata-level kita dengan anak kecil. CARE, Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Mendengar perkataan yang kurang enak yang dilontarkan ibu bapa kepada anak-anak kecilnya, Belum lagi campur dengan nada tinggi, berbaur ancaman, jeritan pekikan, tidak dapat dibayangkan bagaimana anak-anak ini membesar, bertumbuh.....secara sihat dalamannya.... Fizikal mereka tumbuh membesar, dalaman, mungkin emosi tertentu semakin membesar (marah, keliru, marah, takut, rasa bersalah) dan pastinya keyakinan diri sebenarnya semakin mengecil, dan itulah yang menjadikan mereka seorang yang semakin keras dalamannya (atau luarannya), dan kurang empatinya mereka. Aduh, marilah kita berusaha menutup mulut dan urus emosi kita ya. 🌈Sabar dan kuatkan kesabaran, 💝Hamburkan rasa-rasa tak enak itu kepada saluran lain yang lebih selamat seperti membasuh, mencuci, bersenam dsb.... 💐 Bajai lah mereka dengan secukupnya layanan baik, menyantuni mereka sebaiknya (VIP dipinjamkan oleh Allah kepada kita), kata-kata doa yang yakin kepada kemampuan mereka bertingkahlaku baik seperti kita dambakan.... Moga anak kita tumbuh di taman syurga rumah kita yang baik persekitarannya, insyaAllah. . Care, Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan Https://ebook.hypnoscript.cc

photo content

Apa khabar semua hari ini, petang hari? Hari yang sibuk dan tidak lupa untuk : memeluk memandang wajah berdialog meluang masa
Apa khabar semua hari ini, petang hari? Hari yang sibuk dan tidak lupa untuk : memeluk memandang wajah berdialog meluang masa dan minum bersama anak-anak kita. . CARE, Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

KENAPA, KENAPA, KENAPA...? Kenapa ambil tepung mama ni? Kenapa tepuk adik baby? Kenapa sepah mainan lagi ni? Kenapa tak pakai seluar lagi ni? Kenapa tak faham-faham Papa dah ajar banyak kali ni? Kita tukar, kepada APA. . Ramai dah mencuba kata kunci 'APA' berbanding 'KENAPA' untuk situasi anak buat silap, sesuatu kurang kena dan seangkatan dengannya.... Dan mendapati .... memang magik!!! sebab anak menjawab sesuatu yang kita tak pernah terfikir pun!!! Oh! Namun untuk situasi meneroka dan menggalak berfikir (suasana positif pembelajaran yang emosi kita pun baik-baik aja), tidak mengapa tanya 'kenapa awan warna gelap?' dan sebagainya, namun, TIDAK sekali-kali untuk situasi biasa harian yang melibatkan kesalahan anak atau kita ternampak sesuatu tak kena pada mata kita. ELAKKAN lah tanya KENAPA adik buat macam ni, macam tu, gitu gini semua, KENAPA sepah mainan, KENAPA pukul adik baby so on.... Just tanya frasa magik ini: APA yang adik buat ni........ Oh sangat comel jawapan mereka tau. *kondisi anak mampu menjelaskan makna perbuatan mereka :) . CARE, Maznah Ibrahim. p/s: banyak lagi 'keyword' penting/utama dan tepat untuk kita gunakan, ada dalam: https://ebook.hypnoscript.cc T.mazn.me/chan

photo content

Hidup tidak mudah dan tidak seorangan. Dahan tempat bersandar - ada sumber bantuannya yang terdekat. Goncangkan dahan itu unt
Hidup tidak mudah dan tidak seorangan. Dahan tempat bersandar - ada sumber bantuannya yang terdekat. Goncangkan dahan itu untuk dapatkan hasil bantuannya, Jika tidak, kelak kita pasti buntu merintih seorang diri. . Care, Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Boleh join Program Intro STIFIn, Sabtu ini, 9.10.21 dan hubungi penganjur, Cg Line di nombor 011 1079 2018 ya. *sebaiknya tel
Boleh join Program Intro STIFIn, Sabtu ini, 9.10.21 dan hubungi penganjur, Cg Line di nombor 011 1079 2018 ya. *sebaiknya telah test STIFIn, sekiranya belum, boleh juga hadiri untuk dengar dan fahami. *boleh share dengan kawan-kawan lain ya.

Mari saksikan Live di FB: Ibu, Kau Luar Biasa https://fb.watch/8o5IxfJqq7/

Ibu, Engkau Luar Biasa! "Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia". Namun besar sungguh cabaran sebagai seorang
Ibu, Engkau Luar Biasa! "Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia". Namun besar sungguh cabaran sebagai seorang ibu pada masa kini? Bersama moderator Pn Che' Nurdalila, founder Suri Al Quran, dan Pn Maznah Ibrahim, kaunselor berdaftar dan coach keibubapaan akan membincangkan mengenai tugas keibuan, dan cabaran dari aspek emosi, fizikal, mental dan spiritual secara dalaman dan luaran. Semoga bermanfaat untuk diri kita semua. Kongsikan dengan seramai mungkin kenalan anda ya.

photo content

Peringatan diri kita malam ini... Sebagai ibu ayah kepada anak kita, kita mahu perbuat yang lebih baik setiap hari dengan mer
Peringatan diri kita malam ini... Sebagai ibu ayah kepada anak kita, kita mahu perbuat yang lebih baik setiap hari dengan merujuk diri sendiri sebagai tanda ukurnya. Semalam ke hari ini, esok dari hari ini ya ☺☺☺. 💝, Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Sayang Diri Kita, Anak-anak sayang ibu-ibu, Ayahnya sayang diri ibu, Allah sayang diri ibu. Ramai sayang ibu. . CARE <3 Maznah Ibrahim Channel telegram ibu ayah positif dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

7 S Vitamin Emosi Ibu Kita mudah penat dan rasa penuh sesak dada, rasa nak 'cuti' dari jadi ibu hari ini...MC, tapi tak boleh .. Ini antara yang kita boleh 'check' dan cuba amalkan, cukupkan setiap hari. 7 S: 1. SENYUM lah, cuba senyum sekarang selebarnya. Otak ingat kita sedang happy dan bahagia, insyaAllah. Otak kita akan melepaskan molekul kecil yang disebut neuropeptida bagi membantu kita mengatasi tekanan. Kemudian neurotransmitter lain seperti dopamin, serotonin dan endorfin juga akan dirembes bersama. Endorfin ni bertindak sebagai penghilang/mengurangkan rasa sakit yang ringan (macam sakit kepala atau otot badan letih tu kan), manakala serotonin tu memang antidepressant (cegah kemurungan). Senyumlah selebarnya dan ucapkan S kedua di bawah ini. 2. SYUKUR. Syukur aja apa ada, apa sedang dihadapi, walau ujian yang kita rasa sukar, walau ganjaran yang kita rasa gembira sakan. Syukur akan membantu meredakan rasa tekanan dalaman diri kita, dan beralih ke tindakan seterusnya iaitu tindakan positif yang baik-baik. Anak tumpah air, tarik nafas, syukur... Anak tak letak pinggan ke sinki? Senyum tarik nafas syukur.... buat aja, lepas tu beritahu mereka apa kita mahu dia buat, cakap elok-elok, sebenarnya mereka boleh buat dan beri kerjasama, cuma nya bila solusi diberi ketika emosi amarah, mesej mendidik tak sampai, yang melekat di telinga hati mereka cumalah sakit hati, semua salah, takda betul, apa kena buat ni? Tak masuk di kepala pun. Syukur, apa ada, ada anak, meriah rumah, Ada orang sunyi rumah anak tak ada kerana sebab tertentu. Syukur apa ada nya, keberadaan, kewujudan, pemilikan apa ada walau rasa tak pernah sempurna pun ianya. Sebab memang dunia ni takda apa yang sempurna pun 😁. Siapalah kita nak marah-marah sebab tak sempurna pesemua benda nak komen, kan....😌 . 3. SABAR. Sabar datang setelah kita bersyukur tadi. Kita menahan rasa marah dan nak membebel apa semua sebab kita telah letakkan rasa syukur as pertama tadi. Sabar dan kuatkan kesabaran, niat dan target kan tiada bebel hari ini dan bising marah, hanya perbuat aja, kalau keluar perkataan pun perkataan yang baik dan tepat baik aja (setelah syukur dan tenang hadir). Menahan marah=sabar, syurga buat kita... . 4. SENAMAN Check balik diri, dah senaman belum hari ini? Belum? Sudah? Optimum seminggu 3 kali, 30 min setiap kali. Aargh lamanya... Kalau jenguk medsos ada tak tiba-tiba eh dah 45 minit masa berjalan. Apa aku buat tadi tu? Hmm maka prioritikan, senaman sebagai utama ya dalam antara aktiviti harian kita. Ia bantu banyak untuk dalaman kita agar seimbang, sihat, dan positif. Bersenamlah, bersyukurlah masih boleh bergerak sebab nanti bila ditarik nikmat kesihatan, nak bersenam pun sewaktu baring atau kelip mata aja untuk solat nya kita.... 5. SPIRITUAL. Amalan spiritual kita boleh amalkan yang mudah dan rutinkan, contoh solat awal waktu, zikir 33 kali, zikir 100 kali, Quran 1 ayat pun tak apa, tahajud malam kita berapa kali seminggu semua, cari waktu ketetapan untuk diamalkan, tiada culas lagi. Ia bantu keseluruhan keseimbangan dalaman diri kita ya. Ibu jadi lebih tenang, InsyaAllah. 6. SATU kerja satu masa, FOKUS. Ia bantu kita siap dan bukan tertangguh tak siap-siap sebab buat semua benda satu masa. Bila siap, kita dapat hormon dopamine, sebab kita rasa rewarded, puas, siap kerja kita satu part. Walau siap lipat baju satu bakul, atau siap cuci satu dinding di satu bilik air, atau kemas almari baju lama disisihkan, apatah lagi kerja berkaitan pejabat dan kerja kita yang lain. Fokus satu kerja satu masa ok. 7. SENDIRIAN - Me Time Ini paling perlu, boleh sekalikan dengan me time aktiviti spiritual kita mahupun selitan minum hot chocolate dan baca berita kita pilih/ tapis tapis shopping cart kita di shopee ke, dan baca buku kegemaran kita. Chill.... Bayangkan duduk di satu sudut kegemaran kita di satu tempat, dan nikmati ianya... sebentar 10 min pun dah kira ok. Badan kita perlukan kita untuk dimanjakan dan diberi perhatian, ok.