en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 324 subscribers, ranking 975 in the Family & Children category and 2 355 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 324 subscribers.

According to the latest data from 09 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -134 over the last 30 days and by -3 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 4.27%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 1.93% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 697 views. Within the first day, a publication typically gains 315 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 10 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 324
Subscribers
-324 hours
-267 days
-13430 days
Posts Archive
photo content

Keras/Tegas vs Lembut : Mana Yang Lebih Sesuai https://fb.watch/mcCdBQh3Sl/?mibextid=Nif5oz Jemput tonton tips dan strategi basic saya berkenaan tajuk di atas ya😍

Stress Management Vs Emotional Management - mana lebih kita perlu ? https://fb.watch/mbokLLoZ0h/ Jemput live video pendek saya petang tadi yaπŸ˜πŸ‘πŸ»

HUKUMAN VS KONSEKUEN - Kita belajar untuk beri anak konsekuens natural dan logikal berbanding hukuman tidak sesuai/tidak berbaloi dengan kesilapan mereka / tidak kena mengena dengan kesilapan mereka. Silakan. https://maznahibrahim.com/fahami-pendekatan-konsekuen-berbanding-pendekatan-hukuman/ *Sempena hijrah tahun baru 1445H kita berniat dan usahakan yang lebih baik, insyaAllah ya πŸ’ͺ❀️🌷

Menjadi PARENT yang empati. Tidak mudah, tapi tak mustahil. Biasanya saya katakan, cuma tarik nafas, duduk diam-diam, renungkan kembali momen tadi yang mungkin kita struggle sangat nak kawal emosi. Katakan terlepas laku, terbabas, terlupa teknik baru belajar ke apa. Masa 'pause' tulah masanya untuk kita refleksi diriπŸ’†.πŸ€” Apa yang ok,πŸ‘ Apa yang tak berapa ok,😐 Apa yang sangat tak ok.😩 Apa punca ? . . Biasanya punca adalah diri kita, Aksi anak-anak adalah trigger sahaja. Trigger tu apa? Cetus. Push the sensitive button. Kena tepat pulak tu 🫣, Terus termometer shoot naik ke atas πŸ’₯. So apa yang kita sensitif sangat? Bench mark tinggi sangat? Tak boleh rendahkan ke? Teruk sangat ke bila anak-anak tak capai bench mark kita ? Perlu sangat ke mereka capai standard itu ? Tak. Memang tak. Mereka dalam proses belajar mengenai erti kehidupan dan nilai standard yang kita nak latih tu. Kita yang tentukan standard itu. . Dari mana datang standard itu ? . . Biasanya dari pembesaran kita, Kesan yang kita alami bila kita sendiri tak achieve that standard. (Contoh masa kecil kita kena bersihkan lantai kotor habuk/ mainan sepah/ dsb = itulah standard yang kita telah diberitahu untuk kena capai, dan kita perit/pain sewaktu usaha capaikan ia ...) . Kini kita menurunkan atau mewariskan standard itu kepada anak kita, dan kita sendiri mengulangi trigger rasa perit dalam diri sewaktu memenuhinya....😁 Sendiri tetapkan, sendiri usahakan capai lah, so penat sendiri kenapa nak marah anak-anak kan? Habis tu takkan nak biarkan anak dengan perangai tak capai standard? Relaks, Ada cara alternatif. Anak perlu lakukan dengan kefahaman dan dengan emosi gembira, bukan dengan emosi terpaksa, keliru tak faham, susah, benci, marah dengan kerja itu... Faham, Lakukan dengan gembira, Tak faham, Lakukan dengan tak gembira. Empati. Dan engkau bermula dengan memahami keperluan diri kita sendiri dahulu. Kita perlukan pujian, penghargaan, pengesahan yang kita telah buat dengan sangat baik. Well done Mama! Terima kasih kerana membaca sampai habis, Terima kasih kerana berusaha memahami diri anda sendiri, Ini adalah besar maknanya kepada perubahan dalam diri anda dan kesan kepada anak-anak anda. Maznah Ibrahim Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari: T.mazn.me/chan

photo content

Hanya dengan selalu mendengar, memahami secara mata hati sahaja buatkan kita faham lens mata anak kita. Walau anak kecil, mahupun anak remaja. (Sebab perspektif dia tetap lain, otak individu lain). Dengar, Faham Baru Respon dengan betul πŸ‘. Maznah Ibrahim Telegram channel keibubapaan kita sehari2: T.mazn.me/chan

photo content

Assalamualaikum wbt & Greetings! βœ…Are you an Internet user in Malaysia? βœ…Do you have a child aged 7-17 who is also an Internet user? If you meet the two criteria above, you're the one we're looking for! I am Dr Siti Khadijah, a doctorate of philosophy candidate in Public Health from the University of Malaya in collaboration with Cybersecurity Malaysia (CSM) under the Ministry of Communications and Digital. I am delighted to invite you to participate in our study. The title of this study is β€œDeveloping a Theoretical-based Questionnaire on Protection Behaviour of Malaysian Parents towards their Children's Problematic Internet Use”. Want to know the latest cyber-parenting guideline in Malaysia? Help us answer this survey. If you answer all the way through, we'll share the guidebook with you! We need 700 participants to improve children's cyber safety system in Malaysia. Join us! Click this link: https://redcap.link/childrendigitalhealth Bantu saya sebarkan soal selidik ini, saya part of experts yang menilai soal selidik ini. Jum jawab. Terima kasih semua.

Terima kasih ibu ibu ayah semua β™₯️🀲 Pengorbanan kalian Tuhan sahaja tahu dan ganjarinya sebaik mungkin. Maznah Ibrahim
Terima kasih ibu ibu ayah semua β™₯️🀲 Pengorbanan kalian Tuhan sahaja tahu dan ganjarinya sebaik mungkin. Maznah Ibrahim

Kekal Kuat dan Positif, Ibu Ayah Walau apa jua ujian melanda, pilihan yang lebih baik adalah hadap, bukan elak. Hadap pula adalah hadap dengan baik, terima. Bukan hadap dengan marah-marah dan tak boleh terima..... Cari jalan, solusi sentiasa ada. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Melakukan teknik yang BETUL secara BERULANG akan membuatkan kita semakin BIASA (fasih), tidak kekok. Ia umpama MUSCLE dalam diri ibu ayah, Untuk gaya keibubapaan kita sehari-hari. Ia DIBINA, bukan terus jadi. Ada proses. Rutin, biasa, otomatik. Sama juga dengan bebel/marah/kritik/kondem yang otomatik.🀐. Mulakan HARI INI Tidak perlu tunggu esok yang tidak pasti Atau sehingga sempurna. Masa berjalan. Saya teringat konten dalam Webinar Tegas dalam Hikmah yang saya curahkan semua yang saya tahu setakat ini, khusus untuk ibu ayah yang mahu teknik yang betul dalam membentuk anaknya dengan cara yang lebih baik. Saya tak guna perkataan 'disiplin' sebab anak kita bukan pelajar yang mana kita adalah guru disiplin, sebab kita ada PARENT kepada anak kita. Relationship kita dengan anak dari sebelum dia lahir hingga ke hari 'kemudian' nanti. Bancuhkan, Canai-canaikan, Bentukkan sehingga menjadi seperti apa kita mahu, Berbekalkan serba sedikit ilmu positive parenting yang kita tahu. Waduh. Tidak mudah. Namun tidak mustahil. 😁Jalan Aja. Rujuk. Cuba. Ulang lagi. Mahirkan. +DOA tak tinggal, kuatkan lagi DOA Maznah Ibrahim Sentiasa mencuba perbaiki diri Channel reminder keibubapaan kita T.mazn.me/chan Webinar Tegas dalam Hikmah masih dalam promosi istimewa: https://webinar.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=060701t . .

photo content

Tanpa sedar kita ada mengukuhkan tingkahlaku negatif si anak. Tegas dalam Hikmah: Webinar yang akan selalu kita perlu remind diri semula ; https://maznahibrahim.com/product/webinar-keibubapaan-tegas-dalam-hikmah/

photo content

Selamat berhujung minggu yang berkualiti masanya. Anak-anak memerlukan ibu yang gembira selalu seperti diri mereka yang selalu happy happy. Tune in, Maznah Ibrahim Telegram channel keibubapaan reminder kita sehari-hari, T.mazn.me/chan

photo content

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1444H / 2023 Semoga amalan kita diterima oleh Nya. Dan setiap pengorbanan kecil kita dipandang o
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1444H / 2023 Semoga amalan kita diterima oleh Nya. Dan setiap pengorbanan kecil kita dipandang oleh Nya.. Semoga kita sentiasa kuat dalam meletakkan rasa ikhlas kerana Allah, dalam tindakan-tindakan usaha kita ke arah kebaikan, dan juga dibantu olehNya selalu.. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Terus ke depan, Ibu Ayah β€οΈπŸ’šπŸ’™
Terus ke depan, Ibu Ayah β€οΈπŸ’šπŸ’™