en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 765 subscribers, ranking 967 in the Family & Children category and 2 337 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 765 subscribers.

According to the latest data from 23 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -148 over the last 30 days and by -6 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.88%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.17% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 611 views. Within the first day, a publication typically gains 342 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 24 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 765
Subscribers
-624 hours
-307 days
-14830 days
Posts Archive
photo content

photo content

Macam mana nak menumbuhkan sikap suka membaca buku fizikal di kalangan anak-anak kita ni? Ingati 4 poin dari poster ini, Fahami dari audio podcast ini. Silakan. https://open.spotify.com/episode/5wsGTfSMMQIwMwGymePDPG... Maznah Ibrahim. Telegram channel: T.mazn.me/chan

photo content

7 MATLAMAT KEIBUBAPAAN HARI INI Ramai berusaha dan berniat nak jadi ibubapa positif setiap hari, tapi ramai juga tersasar, tiap kali tersasar, ingatlah anda di 'track' yang betul, sebenarnya 😉 Sebab yang diuji ialah yang berniat dan mengaku mahu berubah, Ia tanda Allah sayang, Allah dekat, Allah perhati, Allah nak BERI apa anda hasratkan itu, dan Allah nak naikkan darjat ibubapa sabar diri anda itu. BERTUAHNYA diri kita diuji. Jadi, DOA, SABAR, SANGKA BAIK, TERUS PERBUAT BETUL. Mulakan yang kecil kecil dulu, matlamat anda hari ini. Contoh: 1⃣. Niat dan AIM kan nak RESPOND' pada anak, tidak react. . ❗ sebab kerapkali mak ayah tersilap react dulu tidak respond kepada apa anak nak sampaikan sebenarnya. . 2⃣. Nak anak nampak wajah baik anda, yang manis, iaitu anda SENYUM pada anak, pandang matanya 😍 . ❗ Sebab kerapkali anak nampak wajah mak ayah masam serius, bila nak marah / tegur, mereka jadi takut nak cakap / cerita. . 3⃣. DENGAR dulu cerita anak, baru kita bercerita padanya. (konsep give first). . ❗ Kerapkali mak ayah cakap dulu baru anak boleh cakap. . 4⃣. Katakan YA kepada permintaan anak, BOLEH, kemudian baru TAPI .. (Boleh main kat playground, tapi kita tak boleh beli mainan/makanan manis, Mama dah bawa air masak dan bekalan buah). . ❗ Kerapkali mak ayah kata 'tak boleh' tanpa fahami seluruh makna permintaan anak itu kerana trigger momen lampau dengan anak. . 5⃣. PUJI anak dulu tiap kali sebelum TEGUR dia. "Bagus berani kakak nak kacau air panas ni, tapi kacaulah pelan pelan agar tak merecik", "Berani dan kreatif abang nak gayut dalam kereta, tapi kita HANYA boleh gayut kat playground, lebih selamat dari dalam kereta". . ❗ Kerapkali mak ayah terus tegur silap anak, lupa nak puji niat sebenar dan bakat anak bijak aktif ini. . 6⃣. Aim kan dapat PELUK setiap anak, sebaiknya waktu pagi, untuk mulakan hari dia. Peluk minima 16 saat, buat sekurang nya SEKALI sehari. Kemudian tambah bilangan ke 3 dan 5 kali sehari. . ❗ Kerapkali mak ayah terlupa nak hadiahkan pelukan lama powerful untuk anak ni, sebab masa terhad sangat. Kualiti sekali sehari dah memadai. . 7⃣. Masa nak tidurkan anak malam tu, DOA kan untuk dia, sebutkan hasrat dan apa kita nak pada dia, bagi DIA TAHU dan DENGAR, sebut yang positif dan elok sahaja perkataannya, > contoh tak nangis bangun pagi kepada bangun pagi ceria dan senyum gembira. [ Ammar sabar bila marah Ammar gembira nak kelas pdpr Ammar solat subuh awal pagi esok, Ammar pantas siap nak kelas pdpr etc...] . ❗ Kerapkali mak ayah doa dalam solat aja anak tak dengar apa kita doakan untuk dia, atau dia tidur dengan doa sebelum tidur saja, tak ada mesej untuk tingkahlaku baik mereka esok. . . Kongsikan dengan pasangan anda dan rakan anda ya ❤❤❤ Terima kasih😃 Maznah Ibrahim. Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di sini: T.mazn.me/chan

photo content

Pesanan Khidmat Masyarakat: Untuk anak kita yang bila bercakapnya kuat sangat, menjerit, dan marah-marah tak tentu pasal 💁‍♀️💁‍♂️ Pening mak pak eh. Pesanannya cuma: "Tak perlu jerit-jerit, Yumna. Cakap elok-elok aja". "Rendahkan suara..." "Tarik nafas..." (sambil kita tarik nafas dalam sekali) Anak fasa ini (2-3 tahun) adalah fasa mereka belajar meregulasi emosinya, mengurus emosinya. Ya kadangkala mereka mungkin ada 'trigger', benda tak selesai, marah tak lepas/luah, terpendam. Kadangkala juga just kerana fasa emosi swing mereka, kerana peringkat 'emotional brain' dia tengah main peranan. Beri pesanan khidmat masyarakat yang pendek seperti ini. Anak usia 5-6 ke atas? Boleh sangat peringatan / pesanan khidmat masyarakat seperti ini, cuma tambah sesi 'one to one' dan beri mereka luah, perkaitan perlakuan tadi dengan mana-mana peristiwa berkaitan. Tanyakan, pasti ada sebab 'underlying'nya. Pengurusan emosi anak, boleh mula dibimbing sejak usia 2 tahun lebih. Hasilnya anak yang lebih matang emosi, beri kesan untuk peringkat seterusnya (prasekolah, sekolah rendah, menengah), bermula sewaktu otak rasional pula main peranan sekitar usia 4 tahun ke atas. Kita boleh jadi coach emosi kepada anak kita sendiri, Kitalah siapa lagi. . Care, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan p/s: Nantikan webinar EQ dan Master Skill yang kita perlu kuasai agar anak kita dan diri kita juga terdidik secara emosi baik, insyaAllah. Saya akan umumkan nanti.

photo content

4 Perkara Penting Ini Adalah Tips Bagi Mengurangkan Gangguan Emosi dan Tingkahlaku Anak Kita di Rumah Sehari-Hari Apakah ia?
4 Perkara Penting Ini Adalah Tips Bagi Mengurangkan Gangguan Emosi dan Tingkahlaku Anak Kita di Rumah Sehari-Hari Apakah ia? Asas aja: Makan, Rehat, Aktiviti dan Tenang Diri. Kita usahakan bantu mereka ok? Care, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan p/s: Nantikan saya umumkan webinar berkenaan EQ dan master skill yang perlu ibu ayah kuasai agar anak kita nanti seimbang dan sukses dalam kehidupannya kelak, juga gembira pada masa kini kerana didengari emosinya, diiktiraf emosinya dan mampu luah emosinya dengan baik ya......

Selamat tengahari yang positif. Selamanya kita tetap menjadi ibu ayah kepada anak kita sampai kita mati dan walau mereka tela
Selamat tengahari yang positif. Selamanya kita tetap menjadi ibu ayah kepada anak kita sampai kita mati dan walau mereka telah tua 😄. Didik dan terus mendidik mereka, Didik dan terus mendidik diri kita jua. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Pada kebanyakan situasi, Ibubapa tidak bermasalah pun untuk anak yang dikatakan ada 'masalah', ada isu, ada mencabar kita dan sebagainya... Hakikatnya ibubapa itu adalah solusi atau jawapannya. Saya percaya bila ibubapa tahu, faham, ada kesedaran, Maka ibubapa akan mampu perbuat lebih baik untuk menyokong perkembangan anak-anak secara fitrah. Maka wahai ibubapa, Kita adalah solusinya. Bila ada hadapi cabaran berkaitan anak dan keluarga, Kita akan merenung diri, bermuhasabah diri dan insyaAllah akan menjumpai jawapannya. Untuk revolusi atau perubahan dalam menjalankan sedikit hikmah, sedikit lebih positif dalam keibubapaan, satu-satunya jawapan ialah Ibu Ayah itu sendiri. Mari kita bersama untuk kekal meraih ilmu, mencari jawapan dan membuat keputusan. Jawapannya Allah akan ilhamkan, Pelaksanaan juga bermula dari kita. Kita berubah, anak akan berubah. Percayalah. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan . "Bila saya berubah, cakap baik-baik dengan anak, yang mana dulunya saya memang selalu menengking dan marah-marah, hukum, cubit, maki masa zaman anak remaja saya dulu usia bawah 6 tahun, kini baru saya sedar adik-adiknya yang kecil tu, mereka berubah. Eh mereka boleh mendengar lah... Allahu... yang kakak remaja tu dah terlepas dah. Saya sedar sekarang". - customer Ibu, Ebook Hypnoscript. Https://hypnoscript.cc

photo content

Semoga sambutan hari kemerdekaan kali ini tetap memberi suatu hikmah pelajaran, dan ilham solusi kepada diri kita, dalam sett
Semoga sambutan hari kemerdekaan kali ini tetap memberi suatu hikmah pelajaran, dan ilham solusi kepada diri kita, dalam setting keluarga kita. Antaranya usaha tingkatkan bonding, penyusunan semula aktiviti dan tugasan ahli keluarga, laksana rutin bersama dan mengambil berat serta prihatin terhadap sesama ahli rumah kita. Perkuatkan bahagian itu dan carilah solusinya, pasti ada. Semoga dipermudahkan semua urusan kita untuk mendepani cabaran kehidupan sehari-hari ya. Salam kemerdekaan 2021, Bebaskan diri dari belenggu emosi masa lampau, Mulakan langkah solusi membantu diri, Secara spiritual dan emosi. CARE, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Anak kita berusia 3-6 tahun banyak idea, Suka buat eksperimen itu ini, Sepah itu ini, Ada idea/plan/imaginasi dia. Tanya aja:
Anak kita berusia 3-6 tahun banyak idea, Suka buat eksperimen itu ini, Sepah itu ini, Ada idea/plan/imaginasi dia. Tanya aja: 'Apa adik nak buat ni?' 'Apa maksud 'benda' ni?' (hasil dia) . Rai aja: 'Wah kreatifnya adik punya istana' 'Oh ... rupanya adik nak buat xyz... baru mama faham' . Solusikan: Ok lepas dah siap, nanti kita kemas sama, boleh? . Hasil kemudian nanti: - 'Problem solving skills' dia, - Kreativiti dia dalam penyelesaian masalah - Usaha dia dalam nak mencapai sesuatu . Peranan kita: Faham peringkat perkembangan dia, Rai, sokong, puji, solusi Tenang-tenang aja ya, Fasa ini tak berulang enthusiasm dia sama macam fasa ini. Executive functioning dia, untuk berfikir dengan baik dan bantu selesaikan masalah dia dan orang lain nanti. . Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan -

photo content

Yang telah daftar, nanti tonton rakaman ya, tempoh 30 hari sahaja, hadamkan dan amalkan nanti dan kongsi feedback. Semoga ber
Yang telah daftar, nanti tonton rakaman ya, tempoh 30 hari sahaja, hadamkan dan amalkan nanti dan kongsi feedback. Semoga bermanfaat!

Alhamdulillah selesai malam ini untuk Siri 2, Webinar Perkembangan dan Pendidikan Seksualiti Anak Kita, Semoga bermanfaat dan menjadi perisai keselamatan peribadi anak kita kini dan akan datang ya... Jumpa nanti webinar akan datang, berkenaan EQ Anak Kita Penting Macam Mana Nak Buat? bulan September ini. Salam sayang semua, Doa saya sentiasa bersama kalian yang berusaha menjadi ibu ayah terbaik setiap kali dan setiap hari... Maznah Ibrahim

InsyaAllah kita akan bersambung Webinar Siri 2 bagi tajuk Pendidikan dan Perkembangan Seksualiti Anak Kita pada malam ini ya.
InsyaAllah kita akan bersambung Webinar Siri 2 bagi tajuk Pendidikan dan Perkembangan Seksualiti Anak Kita pada malam ini ya... Saya bangga dengan peserta saya minggu lalu yang komited dari 9-12 malam,... Siap print notes semua siap-siap. . Tega dan teguh hingga akhir masa. Semoga dengan mengetahui aspek ini dapat membantu menjadikan diri kita sebagai ibubapa yang terbuka dan mampu menge 'coach' anak kita bila tiba masanya... Pencegahan lebih baik dari mengubati, kan. Boleh tonton rakaman 30 hari kan. . CARE ❤, Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Jemput esok, 9 pagi hingga 4 petang. Kita ambil peluang untuk menimba ilmu dari pakar-pakar berkenaan pendidikan dan perkemba
Jemput esok, 9 pagi hingga 4 petang. Kita ambil peluang untuk menimba ilmu dari pakar-pakar berkenaan pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak. .............................................. Ingin tahu bagaimana cara menghadapi isu dan cabaran dalam menangani masalah perkembangan kanak-kanak? Bahagian GENIUS, KPM dengan sukacitanya menjemput semua follower Page ini mengikuti Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan seperti butiran berikut: Tarikh : 28 Ogos 2021 Masa : 9.00 pagi Platform : FB Live Program Genius https://www.facebook.com/programGenius TAJUK: KENALI YANG NORMAL- ISU DAN CABARAN DALAM MENANGANI MASALAH PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti seminar ini!! *Slot saya pada 11 pagi - 12.30 tengahari ya. Kongsikan kepada seramai mungkin kenalan anda.

Jom Saksikan WEBINAR PENYUSUAN SUSU IBU & MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH
Jom Saksikan WEBINAR PENYUSUAN SUSU IBU & MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2021 📍Platform: FB LIVE Persatuan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Negeri Kedah (PKSPK) di page https://m.facebook.com/susuibukedah/ 🗓Tarikh: 26 Ogos 2021 (Khamis) ⏰Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang Pemenang bagi Pertandingan Menulis Cerpen “Coretan Titisan Kasihku” & Anugerah Ibu Contoh Penyusuan Susu Ibu Peringkat Negeri Kedah juga akan diumumkan semasa Majlis Perasmian. MyCPD A3: 4 mata 🤱🏻 #WBW2021 #worldbreastfeedingweek2021 p/s: Slot saya pukul 11-12 tengahari ya https://www.facebook.com/susuibukedah/videos/312760150604428/