en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 273 subscribers, ranking 962 in the Family & Children category and 2 361 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 273 subscribers.

According to the latest data from 20 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -128 over the last 30 days and by -12 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 6.19%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.52% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 1 008 views. Within the first day, a publication typically gains 410 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 21 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 273
Subscribers
-1224 hours
-347 days
-12830 days
Posts Archive
photo content

Tips #28 ( 1 Signature Touch Kecil Namun Berharga ) Jum beri 1 aksi kecil yang luar biasa dan pasti anak-anak suka, sebab mungkin jarang buat😊. Itulah yang jika dijadikan rutin, bina bonding kuat dengan anak-anak, Dan mereka ingat momen tu sampai besar tau. . Contoh : Mak saya sebelum tidur dia ajak main lawan geletek geletek sampai saya surrender πŸ™…β€β™€οΈ, Ayah saya tiap kali nak hantar sekolah ajak adik beradik saya lawan berlari siapa sampai kereta dulu (atau masuk bilik air untuk mandi dulu)πŸ‘¨πŸ‘, Mak saya suka main kejar2 dengan kami guna suara binatang yang kelakar sangat πŸ˜„ . Baca Idea di Poster 😍. Anda pasti ada signature touch lain yang lagi menarik, kan? Tulis di komen, sama-sama kawan nak baca. . *Nota. Biasanya yang anak ingat ialah yang super kelakar, yang fun, dan elemen play, bukan yang formal formal education tu sangat tau 😁. . CAREβ™₯️, Maznah Ibrahim . t.mazn.me/chan

Ini aktiviti penting untuk semua anak kecil perlu tahu. Iaitu apa dia boleh buat bila dia rasa emosi Tak OK. Ada cara positif lain dia boleh buat selain cara kebiasaan yang kurang selamat. . [FREE DOWNLOAD] RODA 'STRESS MANAGEMENT' ANAK KECIL >>>ACTIVITY SHEET - COPING SKILL STRATEGIES<<< Tujuan: 1. Untuk lakukan 1 aktiviti bonding #IbuBapaKini dengan anak, bagi aspek EQ (Cerdas Emosi) . Manafaat yg dapat : 1. Untuk IbuBapa tahu apa yang anak suka sangat buat - ia sebenarnya juga adalah strategi dayatindak (coping skill) positif bila emosi Tak OK dirasai πŸ‘‰πŸ˜ŠπŸ‘ . 2. Untuk perkenalkan kepada anak ada cara lain untuk urus emosi Tak OK selain cara kebiasaan yang mungkin tak berapa selamat (i.e. pukul adik bila marah -- boleh pukul punching bag bila marah dan banyak lagi option lain tau) . Link download : https://copingstrategies.zkart.com https://copingstrategies.zkart.com https://copingstrategies.zkart.com . Semoga bermanfaat untuk anda semua ya 😍 . . CARE β™₯️, Maznah Ibrahim p/s Kongsikan dengan ramai kenalan anda ya agar sama-sama boleh jadi coach emosi anak, insyaAllah...πŸŽˆπŸŽπŸŽ€

Bila kita bayangkan yang terburuk tentang anak kita, itulah yang akan kita nampak/lihat dan dapati. . Sentiasa meletakkan impian (visualise) yang terbaik, saya ulang, yang TERBAIK untuk capaian anak-anak kita, Dari sudut pencapaian: πŸŽ€ Tingkahlakunya (i.e dia boleh bangun pagi awal), β™₯️ Emosinya (i.e dia boleh sabar dan tenang), 🌟 Pelajarannya (i.e dia boleh lancar membaca), "Aim the star, you ll get the moon" (At least 😊) . . Sebab ia akan membuka, membesarkan potensi mereka dan keupayaan diri kita sebagai πŸ’ͺpendorong mereka yang memotivasikan mereka dan percaya kepada mereka. . Kerana anak sebenarnya HIDUP dalam lingkungan HARAPAN dan KEPERCAYAAN yang telah kita letakkan untuk mereka tanpa sedar. . . Kepercayaan yang TERBAIK bantu β™₯️ bentuk hubungan dan bonding yang terbaik untuk #IbuBapaKini - ANAK. πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰ Investment waktu tua dan akhirat kelak πŸ‘΄πŸ‘΅ . Hadiah apakah lagi yang boleh kita berikan, selain PERCAYA dan doa yang terbaik untuk mereka. Hasil ? Dari Allah jua. Tak kira apa hasilnya, PERCAYA yang ia adalah yang terbaik buat masa ini untuk kita dan anak-anak kita. . CAREβ™₯️ Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

PERATURAN MARAH / ANGER RULES ------------------------------------------------------ Ya, memang rasa marah adalah tidak salah, kerana ia hanyalah satu perasaan spontan dirasai bila trigger/ tercedera emosi kerana nak melindungi dari diri dilukai. . Cuma untuk anak-anak, penting untuk diingatkan kepada mereka, . "Marah adalah okay, cuma pastikan adik tidak : 1) cederakan diri 2) cederakan orang lain 3) rosakkan barang lain di sekitar" . Exactly peraturan yang sama di dalam PlayTherapy Room kami, . "Adik boleh buat apa saja adik mahu dalam bilik ini, asalkan adik tidak cederakan diri, cederakan kakak, atau rosakkan barang di dalam bilik ini. Sesi masa istimewa kita 40 minit, dan kakak akan beritahu bila masa nak habis. Dan pasir, hendaklah di dalam kotak pasir sahaja". . Clear rules, kanak-kanak akan rasa sangat selamat sebab tahu apa boleh apa tak boleh. . Untuk anak semasa dia sedang show the tantrum, berada di situ, TIME IN, . katakan kepada mereka, "Mak akan ada di sini untuk teman adik, pastikan adik selamat. Adik dah habis marah, boleh datang dekat Mak, okay?" . Jika Mak nak TIME OFF diri, katakan, "Mak juga sangat marah macam adik. Mak akan pergi ke sana (cth bilik/dapur) untuk tenangkan diri mak sebab Mak taknak cederakan adik. Adik boleh teruskan keluarkan marah adik, Bila adik dah selesai, adik datang dekat Mak". . πŸ‘Anak tahu apa dia boleh buat, πŸ‘Anak tahu mak dia berada di mana πŸ‘Anak tahu mak dia pergi sebab i) nak make sure dia selamat sebenarnya dan ii) mak juga nak bertenang. . . Mesej Utama saya: 1) Marah adalah okay, tidak salah sama sekali 2) Cara ekspres marah sahaja ada OK dan ada Tak OK, pilih yang OK 3) Cara marah yang selamat diluah menggunakan anggota badan adalah tukar saja kepada alternative ways, dan berbeza ikut individu, kerana setiap orang ada pattern dia tersendiri, boleh diajar untuk 'tukar' seperti jika selalu marah di mulut tukar dengan hembus nafas kuat (selepas tarik nafas dalam) atau zikir di mulut atau menyanyi, . Cumanya biasanya mudah terbabas sukar nak 'pause', . Maka latihan atau amalan kawalan emosi dalaman untuk tukar impulse control spontan tu, amat perlu seperti : πŸ‘ latihan pernafasan awal pagi (60 saat / 10 minit / 15 minit atau lain2 jenis) πŸ‘ Istighfar minima berapa ratus kali (anda tetapkan) πŸ‘ Body Workout - semudah brisk walk dulu 10 minit / tingkatkan hingga 30 minit satu masa. . CARE β™₯️, Maznah Ibrahim. . t.mazn.me/chan

photo content

photo content

Tips Parenting #27 ( Buat Semuanya Untuk Siapa ?) . Mahu berubah jadi tenang ? Jadi lagi berang. Mahu berubah jadi sabar ? Jadi lagi mak 'dinasour'. Mahu jadi lembut, baik-baik ? Jadi laaagi keras, siap bertempik-tempik. . . Pabila mahu berubahnya kita itu kerana Manusia (kerana anak, kerana pasangan), . Maka lagilah tak tentu arah. . Ingat, Keterbatasan diri kita sebagai manusia, Amat rendah nilainya, Bila lakukan sesuatu ini kerana manusia juga. . Buatlah kerana Tuhan Yang Maha Pencipta. . InsyaAllah bila lemah terus rasa mahu Maju πŸƒβ€β™‚οΈ, Maju ke depan kerana matlamat nan Satu☝️, Iaitu Redha Tuhanmu. . Visi akhirmu mahu berada di syurga kekal. CARE β™₯️, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Bagaimana Kita Boleh Ajar Anak Guna Sendiri Teknik Hypnoscript Pada Waktu Sukar Dia ? Saya kongsikan di sini. Jemput. https://maznahibrahim.com/anak-amal-hypnoscript-sendiri/

πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽˆCOMING SOON πŸŽπŸŽ€πŸŽˆπŸŽŠπŸŽ‰ Free Gift untuk anda yang BERMINAT DAN MAHU sahaja. . Cheat Sheet untuk aktiviti DIY Roda Impian Coping Strategies anak anak anda. (stres, marah, sedih, takut dll). . . Hasil Aktiviti Roda Impian anak saya usia 5 dan 8 tahun telah saya kongsikan di dalam Channel Telegram saya semalam : . t.mazn.me/chan . πŸ‘‰Stay Tune πŸ‘ˆ 😍 *Gambar gambar ini saya cari dan susunkan ikut karektor anak lelaki dan perempuan. Ia adalah positive coping strategies iaitu strategi daya tindak secara positif yang kanak-kanak boleh lakukan bila berasa emosi tidak enak, berbanding cara negatif dan tidak selamat seperti memukul adik/ibubapa, menghempas barang hingga rosak, dll. *Penting sekali demi mental health anak anak kita kini dan akan datang. Maznah Ibrahim

photo content

Semoga diri kita, Anak anak kita, Keluarga kita, Sahabat kita, Dan seluruh rakyat Malaysia Dilindungi dan dipeliharaNya Dari apa jua penyakit yang merbahaya. Amin. Sumber pic: yufidia.com

photo content

Roda impian KN. At first bila diorang tahu Mummy sedang siapkan aktiviti ni diorang sibuk dan rajin nak menggunting. Berhari kemudian baru dpt on aktiviti last ini, dua hari lepas (rakaman ni) sebab saya dah ada butang besi yang saya buat pada 26 Jan anak remaja ke M.A.Z tu. Tu pun saya ambil masa nak lubangkan dan masuk butang bagi jadi. Sementara tu mereka berdua memilih sendiri gambar coping strategies yang saya dah print, laminate dan mereka dah gunting last week. . KN otomatik pilih emosi Sedih untuk dirinya. Dan Marah untuk abangnya. (Pada saya sebab dia eczema dan ada halangan dalam makanan sedap org lain, dan kesedihan nanah2 dia darah2 semua tu, Pada dia sebab Abang Fateh tak beri dia tengok cerita.. hehe πŸ˜‚ Fateh Te dominan). . 8 perkara aktiviti ini saya kaji kemudiannya, Saya ambil rakaman pertama ini sebagai benar dirinya usia 5 yang tiada persediaan / preparation dan saya tak tahu dia pilih apa pun 😁, dan share dengan kawan kawan yang membaca ini ya. . Sebab rakaman kedua dan ketiga, Dia dah mula guna perkataan keyword saya macam minum air, makan bersama keluarga, punching bag, dll. . So rakaman pertama ini, saya senaraikan 8 perkara dia pilih sebagai coping strategies dia yg saya dapati benar, dan sesuai untuk dirinya : . 1. "Kakak Happy" - ini saya fikir semula sebab last year saya ajar dia untuk memilih "happy" instead off sedih. Dia sedih bila konflik dengan kawan kawan sebaya dia yang majoriti girl dan anak kedua, sama sama keras tegas 😁. Dan dia buat. Iaitu memilih happy walau orang taknak kawan or main dengan dia, dia boleh main dengan orang lain πŸ’β€β™€οΈ 2. Peluk Mummy dan Ayah - ini juga sama macam abang Fateh sebab kami amalkan peluk setiap orang selepas solat jemaah keluarga everyday. Anak anak suka sebenarnya ...πŸ˜ŠπŸ‘ . 3. Lompat-lompat - heheh sebenarnya gambar orang menyanyi tapi sebab saya tak explain semua gambar, mereka tak tahu gambar tu apa seperti saya maksudkan bila saya pilih gambar asal tu. . 4. Makan πŸ˜‚ orang peremp memang coping skill kita makan, kan haha - sebenarnya gambar minum air. . 5. Makan bersama mama dan ayah - makan bersama keluarga adalah satu event penting untuk anak kecil ini. . 6. Punching bag - sebenarnya dia tak tahu pun gambar tu apa tapi dia pilihnya - later on saya tekankan dia bila geram boleh pukul bantal heheheh . 7. Peluk mummy dan ayah - dia tak perasan dia dah pilih dua gambar ini - later on dia pilih tambahan lain iaitu - Berkebun dengan abang πŸ˜πŸ˜πŸ‘ . 8. Memasak - ha memang dia suka memasak juga macam pankek pisang kek pisang nasi dll. Sikit sikit la bukan selalu.πŸ˜ŠπŸ‘ . . See beza anak peremp n lelaki. Dan anak peremp more to makan, masak, peluk, Sebab dia anak kecil dia just pilih happy bila diajar untuk switch rasa sedih kepada pilih rasa happy. . Gambar happy tu sebenarnya bila dilihat detail ialah berenang 😊 . So rakaman ini adalah rakaman pertama, pure punya perspektif anak girl khairunnisa, 5 tahun (bln dua nanti). . Simple aja kan. Tapi boleh tahu apa dalam hati. . Bila waktu senggang lain, dalam kereta (dia suka bawa benda ni), kita tekankan coping strategies dia yang positif tu... . Lelama anak akan pandai pilih dan buat coping strategis positif berbanding negatif . (Coping strategies negatif seperti merokok, pandu laju motor haram, makan dadah, ekstrim sukan bahaya, cubaan kelar tangan bunuh diri, makan pil banyak biji, main game berejam, tidur berhari2 dll....).... #MummyFatehKNYumna

Menarik diperhatikan 'roda impian' Yang sebenarnya coping strategies anak anak bila ada stres... Mereka diminta memilih 8 gambar Iaitu 8 perkara boleh buat Bila ada emosi... KN pilihkan dirinya emosi Sedih Manakala abangnya KN pilihkan emosi Marah.πŸ˜‚ Pandai KN. . . Fateh pilih 8, dan 8 itu adalah : 1. Hug mummy dan ayah - suka mummy dengar😍 ) 2. Allah - hmm bagus Fateh sentiasa ingat Allah (kat situ istighfar sebenarnya) 3. Tidur - orang T memang perlu Tidur sebab selalu stres pikiaq banyak πŸ˜‚ 4. Main dengan kucing - ok mummy terima coping strategies dia main dgn kucing , tu beri izin dia bela kucing 5. Berdoa atau solat - ok part ni bagus juga, sebab dia selalu diingatkan Allah first, nak apa2 minta Allah bukan Mummy. Dia kadang2 akan solat hajat (atau doa terus) bila stres fikir dan nak sangat sesuatu. 6. Kayuh basikal - dia bila emosi marah atau stres aja terus keluar rumah, kayuh basikal. Lepas dah kool dia balik rumah. 7. Main taman. Panjat pokok. - taman sebelah rumah aja 😊 alhamdulillah 8. Counting 1,2,3 - ni sebab dia Thinking, dan pernah di train counting 1-10 sambil jogging dalam rumah bila emosi tak ok dulu dulu masa kecil. Kesimpulannya Anak juga manusia biasa, Ada emosi, Ada stresnya, Dan uniknya ada cara tersendiri dia untuk release stres, yang sesuai dengan cara pemikiran, kecenderungan dan minat dia... Menarik. Nanti saya share 8 coping strategies si KN pula. Memang beza walau Thinking, Sebab faktor jantina 😊. Yang sama ialah Hug Mummy dan Ayah 😚😊 #MummyFatehKNYumna