cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

sᴜᴅᴜᴛ sᴜᴋᴀɴ ᴋɪᴛᴀ

BERITA CERITA HARIAN SUKAN

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
248
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

ʙᴇʟᴏʏᴀ ᴋɪᴛᴏ BERANDAU LOK KITO POK https://telegram.me/sembang_bahasa_sarawak
Show all...
ʙᴇʟᴏʏᴀ ᴋɪᴛᴏ

BERANDAU LOK KITO POK

City ratah Feyenoord ROTTERDAM, Belanda: Manchester City membelasah juara Belanda, Feyenoord 4-0 ketika pemain pertahanan John Stones menyumbat dua gol bagi membantu anak buah Pep Guardiola bermula dengan bergaya dalam Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Stones menanduk masuk selepas dua minit susulan satu lambungan menarik kapten David Silva dan selepas Sergio Aguero dan Gabriel Jesus mengukuhkan kedudukan, pertahanan tengah England itu melengkapkan aksi dengan tandukan kencang bagi gol kedua peribadinya. “Apa yang paling penting dan menggembirakan saya (mengenai kemenangan itu) adalah cara kami melakukannya,” kata jurulatih City, Guardiola. “Kami tidak menoleh ke belakang, kami agresif, kami memiliki pemain yang melakukan larian deras di kanan dan mencipta peluang. Cukup untuk memenangi perlawanan ini dengan selesa.” Bagi merumitkan keadaan buat City bagaimanapun dalam satu lagi aksi Kumpulan F, pasukan pilihan Napoli tumpas 1-2 di Shakhtar Donetsk. Di Rotterdam, City meratah Feyenoord ketika pemain tengah yang rajin Bernardo Silva dan Kevin de Bruyne menghukum setiap ruang di benteng tuan rumah, yang jelas berhempas-pulas di De Kuip. Aguero menjadikan kedudukan 2-0 selepas 10 minit apabila dia merembat bola separa voli berikutan hantaran lintang Kyle Walker yang melepasi penjaga gol Brad Jones. Penyerang Argentina itu kini menyumbat 172 gol buat Manchester City dan hanya kurang lima berbanding rekod sepanjang zaman milik bekas pemain kebangsaan England, Erik Brook dengan 177 gol. “John Stones, tiada keraguan mengenai kualitinya,” ujar Guardiola. “Tapi dia sedar apa yang perlu dilakukan untuk meningkat sebagai pemain bola sepak, dia perlu memenangi perebutan bola. Apabila dia berjaya melakukannya dia akan menjadi seorang pertahanan tengah luar biasa.”
Show all...
Kane lenyap badi Wembley LONDON: Harry Kane melenyapkan sumpahan Tottenham Hotspur di Wembley apabila dua gol penyerang England itu memastikan kemenangan 3-1 ke atas Borussia Dortmund pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Ketika White Hart Lane dibangunkan semula, Tottenham bermain aksi laman sendiri di stadium kebangsaan England itu musim ini dan ia menjadi berita buruk buat pasukan kendalian Mauricio Pochettino. Sesudah parah dengan kekalahan di Wembley dalam Liga Juara-Juara dan separuh akhir Piala FA musim lalu, Tottenham tewas kepada Chelsea dan seri dengan Burnley musim ini, mencetus percakapan mereka dihantui badi di gelanggang utara London itu. Namun selepas tewas lapan daripada 12 perlawanan terakhir di Wembley, penamat klinikal Kane memastikan Tottenham akhirnya menikmati malam yang boleh diingati di stadium sementara mereka. Gol pertama Son Heung Min musim ini meletakkan Tottenham di depan pada minit keempat dan sekalipun Andriy Yarmolenko menyamakan kedudukan menerusi percubaan jarak jauh menarik pada minit ke-11, tuan rumah lebih banyak mencetus deria pemusnah menerusi sentuhan terkini Kane. Kane, yang meledak dua gol ketika menang di Everton Sabtu lalu, mengembalikan kelebihan Tottenham pada minit ke-15 dan melengkapkan kemenangan dengan gol keduanya selepas jam. Diundi dalam kumpulan sukar termasuk juara bertahan Real Madrid, persembahan cemerlang Tottenham itu adalah kemenangan ketiga mereka dalam 13 penampilan di Wembley dan memberikan mereka keyakinan awal untuk merebut tempat ke peringkat kalah mati. Satu-satunya kecacatan dialami Tottenham apabila Jan Vertonghen dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua selepas menyiku muka Mario Goetze. “Amat penting untuk menang, kami terlalu gembira. Kami meningkatkan tahap pada babak kedua dan penyudah kami tajam,” kata Pochettino. “Ia lebih daripada tiga mata. Pasukan ini semakin matang sekarang. Harry Kane amat fantastik.”
Show all...
Real bermula garang MADRID: Cristiano Ronaldo tidak membuang masa membuktikan Real Madrid terasa kehilangannya ketika digantung lima perlawanan domestik apabila menjaringkan dua gol membantu kelab penyandang juara itu memulakan kempen mempertahankan trofi Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-0 ke atas APOEL Nicosia, awal pagi tadi. Ronaldo, digantung kerana menolak pengadil selepas dibuang padang pada aksi pertama Piala Super Sepanyol, membuka tirai jaringan selepas hanya 12 minit berikutan hantaran leret Gareth Bale. Bintang Portugal itu menambah jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-51 sebelum sepakan gunting Sergio Ramos melengkapkan jaringan 10 minit kemudian. Real melonjak ke tangga teratas Kumpulan H di samping Tottenham Hotspur, yang menamatkan badi Wembley mereka dengan kemenangan menakjubkan 3-1 mengatasi Borussia Dortmund. Ronaldo kini meledak 12 gol dalam enam aksi terakhirnya dalam Liga Juara-Juara. “Dia pemain terbaik di dunia. Kami tahu dia akan sering menjaringkan gol,” kata bos Madrid, Zinedine Zidane. “Dengan sedikit tuah hari ini dia boleh menyumbat empat gol.” Ronaldo menganggap tempoh penggantungannya sebagai satu “penganiayaan” persekutuan bola sepak Sepanyol terhadapnya dan ketiadaannya dirasai Real ketika persembahan hambar seri di laman sendiri menentang Valencia dan Levante. “Kami bermain beberapa perlawanan tanpa menjaringkan banyak gol tapi anda tidak boleh menang besar sepanjang masa,” kata Ramos. “Cristiano mempunyai terlalu banyak gol dan kami berasakannya. “Harapnya dia terus cemerlang. Anda tidak boleh persoalkan tahap yang dicapainya setiap tahun.”
Show all...