cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Kata hati ku ✌

Apa yg tersirat di hati,itu la yg aku luah. Apa yg terfikir di fikiran,itu la yg aku kata. Segala dihasilkan mnjadi sebuah coretan. 😃 @katahatiku

Show more
Indonesia134 600The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
130Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Thāwūs telah berkata : “perkataan yang baik adalah sedekah” — Al-Zuhd karangan Al-Imām Ahmad
Show all...
Setiap apa yang kita sayang, Minta Allah jagakan sebaiknya. :)
Show all...
Kudrat kita sebagai hamba ini hanya mampu berusaha & berdoa. Berdoalah supaya apa yang dipinta itu benda yang terbaik untuk kehidupan kita. Andai sebaliknya, mungkin belum tiba masanya ataupun ia satu rahmat untuk kita.
Show all...
Jangan tahan manusia yang tidak mahu bertahan. Ikhlaskan
Show all...
Di dunia ini, apa saja yang kita mahu lakukan. Fikirkanlah kesannya diakhirat kelak.
Show all...
Salam, Pada banyak keraguan, nyatakan kepada Tuhan. Berharap dipermudahkan segala urusan, kurangkan kegelisahan yang melanda. Bersabarlah. Kerana perbuatan yang baik ataupun jahat, suatu saat nanti pasti akan menerima balasannya. Percaya akan setiap perancangan Tuhan. Semoga kita semua terhindar daripada manusia-manusia yang penuh sandiwara. Apalagi yang berhati iblis; tunggu masa serang hendap sampai habis. Depan kita mengarang kebaikan. Sebaliknya belakang kita melakukan pengkhianatan. Hati-hati pada mayapada yang segalanya terletak di hujung jari. Ada yang melakukan pelbagai helah hanya untuk kepentingan diri. Patah hati mungkin selalu terjadi. Perlahan-lahan mampu kita ubati. Tapi pengkhianatan itu lebih menyakiti. Penawarnya jarang ditemui. Kerana kadang ada yang sedang merekam hati. Lantas berakhir dendam yang akan menjerumus ke arah kejahatan. Hati manusia siapa yang tahu. Mungkin kesabarannya sebagai manusia telah pun habis. Kadang ada yang mampu memaafkan. Tapi melupakannya amat payah. Kerana sekali pengkhianatan, amat sukar untuk mendapatkan kepercayaan semula. Tapi pilihan sentiasa ada di tangan kita. Sama ada hal tersebut baik ataupun jahat, kedua-duanya pasti ada kesan serta pengajaran yang akan kita temukan. Walau betapa banyak ujian perlu kita hadapi, Tuhan sentiasa di sisi memerhati setiap susah dan sukar kita. Kita tidak sendirian. Nukilan, Anggun Delaila. 10 Febuari 2021 | Sabah. Https://t.me/limaaksara
Show all...
Selamat tidur, semoga hari esok lebih baik daripada hari sebelumnya. Semoga setiap persoalan terjawab dan semoga kita sentiasa membuat keputusan yang tepat dan jika sebaliknya, harap kesalahan kita akan membantu kita jadi lebih kuat. Hidup tak selalu baik kadang macam palat, jangan putus asa kita masih ada masa. Hidup terlalu singkat untuk pendam apa yang kita rasa. Luahkan, jangan pendam. Hidup cuma sebuah cerita dan setiap apa yang kita lalui mengajar kita menjadi lebih kuat, matang dan lebih faham diri sendiri. I LOVE YOU 🤍🕊 Ingat : Jangan patah semangat! @katahatiku
Show all...
Memilih rupa boleh ke bawa kita ke syurga. Pilih la akhlaknya boleh bimbing kita sama sama menuju ke syurga. @katahatiku
Show all...
Semua orang pun nak ada kawan baik dan pasangan yang baik, senang cerita semua orang dalam dunia ni perlukan pendengar dan bahu untuk bersandar. Tapi tak semua orang jumpa — yet. Kadang kita dah all out, macam kita je beriya, pihak sana endah tak endah je. Satu hal perlu ingat, keikhlasan yang kita bagi, masa yang kita luang, sayang yang kita kongsi tak semestinya dibalas daripada orang yang kita bagi tu, kadang Tuhan hantar orang lain dan cara lain untuk kita, cuma kita tak perasan. Yelah, kita selalu nak apa kita nak. Kan? @katahatiku
Show all...
" Simpan ceritamu dalam doa, biar Allah yang mengubah semua itu menjadi bahagia " @insnare
Show all...