Kun Anta
Open in Telegram
8 515
Subscribers
-224 hours
-147 days
-7730 days
Posts Archive
8 515
Jika keadaan kesihatan begini pun beliau tidak mudah tinggal solat jemaah di masjid, kita yang kesihatan sempurna takkanlah tergamak abaikan masjid?
8 515
Nak share berita, teliti dulu.
Nak komen orang, fikir dulu.
"Kerosakan paling bahaya adalah bercakap tentang semua yang didengari" - Malik bin Dinar
Semoga Allah jaga lidah kita..
8 515
Gambar ini nampak santai, tetapi hakikatnya membahayakan.
Bila yang haram cuba ‘disolek’ jadi halal hanya kerana nama ditukar.
Rasuah tetap rasuah. Babi tetap babi. Tiada istilah “halal” untuk maksiat.
Allah ﷻ ingatkan kita dengan jelas:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
Maksudnya : “Dan janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang batil...”[Surah Al-Baqarah 2:188]
Rasulullah ﷺ juga bersabda:
لَعَنَ اللَّهُ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
Maksudnya: “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [HR. Abu Daud 3580, Tirmizi 1337]
Jangan gadaikan akhirat untuk dunia yang sementara.
Rezeki yang haram, walaupun banyak, akhirnya kosong dan tak berkat. Na'uzubillah..
8 515
Semoga orang yang membaca ini dikurniakan rezeki, ditambah keberkatan serta dipanjangkan umur.
Amin..
8 515
Subhanallah! Bagitu sensitifnya Nabi SAW terhadap isteri. Ya, mereka bukan untuk dikasari, tetapi untuk dikasihi dan dihargai.
"Perlahankanlah kenderaan ketika kamu membawa botol-botol kaca." (HR. Bukhari).
Allah menjadikan fitrah wanita itu memerlukan perhatian dan bimbingan yang tinggi. Jika perkara ini diabaikan, banyak keburukan bakal mendatang.
Ingatlah, kata-kata yang kasar boleh 'meretakkan' hati mereka lebih dalam daripada luka fizikal.
Semoga Allah mengurniakan taufiq kepada para suami untuk sentiasa menjaga dan menyantuni mereka.
8 515
Kehilangan itu sememangnya memeritkan. Tetapi yang menguatkan jiwa kita adalah cara kita menghadapi kehilangan tersebut..
8 515
Siapa sangka, ikon paling berpengaruh di Timur Tengah ini mempunyai masa lalu yang gelap.
Lihat perubahannya:
Gambar kiri : Pada tahun 1994 (21 tahun), baru pertama kali beliau mendirikan solat walaupun sudah dewasa. Pada tahun 2000 (27 tahun), beliau mula meninggalkan rokok.
Gambar kanan : Beliau telah menerima anugerah pengacara terbaik di negara Arab dan kesemua rancangan dan program TV yang dikendalikannya adalah untuk memberi kesedaran tentang Islam, kehidupan dan pemuda.
Siapa beliau?
Beliau ialah Ahmad Mazin Al Shugairi dari Arab Saudi dan merupakan seorang pengacara terkenal dan paling berpengaruh di kalangan negara-negara Arab. Rancangannya sarat tentang kesedaran tentang Islam, adab, dan potensi pemuda.
Kepada sahabat-sahabat yang membaca penulisan ini.
Seteruk mana pun kita sekarang, janganlah kalian berputus asa. Kita pasti dapat berubah menjadi insan yang lebih baik dan berguna sebagaimana lelaki ini.
Kerana Allah telah berjanji di dalam al-Quran :
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Al-Ra'd : Ayat 11).
Maka mulakan langkah kalian, inshaAllah perubahan besar pasti menyusul.
