en
Feedback
Ustaz Ibnu Ruslan Al Hadrami

Ustaz Ibnu Ruslan Al Hadrami

Open in Telegram

Mudah mudahan tulisan kecil ini mampu menjadi saham di akhirat

Show more
2 039
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Malam ini sambunhan kitab penawar bagi hati Fasal ke-enam pada menceritakan dua tangan dan kaki
Malam ini sambunhan kitab penawar bagi hati Fasal ke-enam pada menceritakan dua tangan dan kaki

HUKUM BERSALAMAN SETELAH SOLAT FARDHU Hukum asal bersalaman antara lelaki dan lelaki ketika berjumpa adalah SUNNAH Kerana ia tsabit dalam Hadis yang sahih Namun bersalaman setelah solat ada dalil dan ada ulama yang mengatakan ia adalah diperbolehkan Dalil bersalaman setelah solat عن أبي جحيفة، قال خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم بالهاجرة إلى البطحاء، فتوضأ ثم صلى الظهر ركعتين، والعصر ركعتين، وبين يديه عنزة» قال شعبة وزاد فيه عون، عن أبيه أبي جحيفة، قال: «كان يمر من ورائها المرأة، وقام الناس فجعلوا يأخذون يديه فيمسحون بها وجوههم، قال فأخذت بيده فوضعتها على وجهي فإذا هي أبرد من الثلج وأطيب رائحة من المسك Dari al-Hakam, ia berkata, “Saya mendengar Abu Juhaifah berkata, ‘Rasulullah Saw keluar pada saat panas terik ke al-Bath-ha’ (antara Mekah dan Mina). Lalu Rasulullah Saw berwudhu’, kemudian solat Zohor dua rakaat dan solat ‘Asar dua rakaat, di hadapannya ada tongkat pendek”. ‘Aun menambahkan, dari Abu Juhfah ayahnya, ia berkata, ‘seorang Perempuan lalu melintasi di belakang tongkat pendek itu’. Lalu orang banyak pun berdiri, mereka menarik kedua tangan Rasulullah Saw, lalu mereka mengusapkannya ke wajah mereka. Lalu saya pun menarik tangan Rasulullah Saw, lalu saya letakkan di wajah saya, lebih sejuk daripada salju dan lebih wangi daripada semerbak kasturi”. (HR. al-Bukhari) Disini dalil adanya bersalaman setelah solat pada waktu zohor dan asar,yang kalau kita lihat di darul mustafa hadramaut akan bersalaman setiap asar Maka dihukumi sebagai harus oleh ulama dan tidaklah dihukumi haram dan bukanlah perbuatan itu bida’ah Kerana dalil diatas cukup kuat untuk kita mengatakan Rasulullah tidak mengharamkan bahkan Rasulullah membenarkan hal tersebut untuk para sahabat dan muslimin ketika itu bersalaman dan menyentuh Tangan Baginda a.s setelah solat,sekiranya bersalaman setelah solat itu adalah seauatu yang dilarang sudah pasti Rasulullah tidak membenarkan sahabat sahabatnya untuk bersalaman Rasulullah Pendapat ulama yang mengatakan sunnah: Berkata imam at thahawi didalam kitab hasyiah ala maraqil falah تطلب المصافحة فهي سنة عقب الصلاة كلها و كل لقاء Dituntut bersalaman kerana ia adalah sunnah setelah solat kesemuanya dan setiap kali berjumpa Pendapat yang mengatakan harus Berkata al imam izzuddin abdul salam انها من بدعة المباحة و لا توصف بكراهة و لا استحباب Bersalaman itu adalah daripada bida’ah yang harus(boleh dilakukan) dan tidaklah disifatkan sebagai makruh dan tidak disunatkan Akhir kata bersalaman ketika solat fardhu ianya bukanlah bidaah yang sesat dan haram Ianya boleh dilakukan bagi sesiapa yang mahu lakukan maka lakukan jika tidak mahu lakukan cukuplah menghormati pendapat pendapat yang membolehkan ibnu ruslan Alhadrami https://t.me/ibnuruslan

Sambungan pengajian kitab hadis 40
Sambungan pengajian kitab hadis 40

Sambungan perihal zikir Kelebihan antara zikir zikir
Sambungan perihal zikir Kelebihan antara zikir zikir

HIDUP PARA ULAMA DENGAN WAKTU WAKTU MEREKA REHAT MEREKA ADALAH ZIKIR,REHAT MEREKA ADALAH MENELAAH KITAB,REHAT MEREKA ADALAH I
HIDUP PARA ULAMA DENGAN WAKTU WAKTU MEREKA REHAT MEREKA ADALAH ZIKIR,REHAT MEREKA ADALAH MENELAAH KITAB,REHAT MEREKA ADALAH IBADAH PADA ALLAH كل من انفاسك جوهرة ولا هود لها Setiap nafas kamu adalah permata yang tidak akan pernah kembali semula apabila ia pergi

Tkasih atas Peringatan kls mlm tadi ustz : Semak solat kita fahami mkna bacaan solat, cari terjemahan baca, fahami Dan Hayati semoga kita mendpt khyusuk dlm solat. Tersentuh Syarah ustz dlm potongan QS. An-Nisa' 4: Ayat 43 - يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَقْرَبُوا الصَّلٰوةَ وَاَنْـتُمْ سُكَارٰى : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk.... *Jgn mabuk dlm solat, mabuk minum Arak yg jelas mabuknya namun tak minum juga mabuk dlm solat lalai Dan cuai ketika solat. Ayat penuh: Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَقْرَبُوا الصَّلٰوةَ وَاَنْـتُمْ سُكَارٰى حَتّٰى تَعْلَمُوْا مَا تَقُوْلُوْنَ وَلَا جُنُبًا اِلَّا عَا بِرِيْ سَبِيْلٍ حَتّٰى تَغْتَسِلُوْا ۗ وَاِ نْ كُنْتُمْ مَّرْضٰۤى اَوْ عَلٰى سَفَرٍ اَوْ جَآءَ اَحَدٌ مِّنْكُمْ مِّنَ الْغَآئِطِ اَوْ لٰمَسْتُمُ النِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوْا مَآءً فَتَيَمَّمُوْا صَعِيْدًا طَيِّبًا فَا مْسَحُوْا بِوُجُوْهِكُمْ وَاَ يْدِيْكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَا نَ عَفُوًّا غَفُوْرًا "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." (QS. An-Nisa' 4: Ayat 43)

photo content

Malam ini
Malam ini