cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

UiTO Channel: Ustaz Emran Ahmad

Tazkirah Ustaz Emran Ahmad

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
516
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Macam-macam --------------- Agama dihina senyap. Hadith nabi diremehkan senyap. Sebar khurafat senyap. Buat pameran artifak palsu dan bohong, senyap. Duit rakyat diberi pinjam ke syarikat judi senyap. Ajar syirik zodiak senyap, dakwa nabi datang pondok, senyap. Tiba-tiba tok guru kena cuit sikit. Meloncat!
Show all...
Bahaya, cepat ubah! __________________ 1. Sekarang ini anak-anak muda sudah tidak berminat lagi untuk belajar tinggi-tinggi dan berjaya dalam pelajaran. Di sekolah dan di pelbagai peringkat pengajian menunjukkan kemerosotan motivasi belajar dan ketagihan anak muda dengan gadget. Bagi anak-anak muda, sudah tidak perlu lagi belajar tinggi-tinggi untuk berjaya dan hidup senang. Ramai yang sudah menjadi kaya-raya dengan hanya bermain game, menjadi model di instagram, buat video di Youtube dan menari di TikTok. Ramai anak muda yang sudah menjadi hebat dan mampu membeli kereta Mustang dengan menjual produk itu ini secara online. 2. Apa faedah belajar tinggi-tinggi? ----------------------------------------------------------------------- Ramai yang belajar tinggi-tinggi seperti bidang kejuruteraan dan sebagainya hanya untuk menjadi pemandu Grab dan rider foodpanda. Kalau bernasib baik dapat bekerja menjadi kuli dengan gaji yang tersangat rendah. (Tiada rasa 'kebanggaan' dan hak penghormatan pada ilmu yang diperolehi) ---------------------------------------------------------------------- Lebih ramai lagi yang terpaksa menganggur akhirnya menjadi penjual produk tudung, kecantikan atau menjual makanan supliment dan agen takaful. --------------------------------------------------------------------- Pesanan ibubapa supaya belajar tinggi-tinggi agar nanti hidup senang sudah tidak lagi releven bahkan semakin menyusahkan dan membebankan. --------------------------------------------------------------------- 3. Jika Kerajaan dan masyarakat tidak melakukan sesuatu untuk mengubah fenomena ini, masa depan kita dalam bahaya apabila generasi muda akan datang tidak lagi berminat dengan ilmu dan pengetahuan tetapi hanya memburu material kebendaan dan mencari jalan cepat untuk senang. Banyak keputusan bodoh akan terhasil akibat kekurangan ilmu. Banyak kerosakan akan berlaku sebab ramai yang jahil. لولا العلم لكان الناس كالبهائم Kalaulah tidak kerana ilmu, jadilah manusia seperti haiwan. 4. KIta akan mempunyai ramai orang kaya yang bodoh dan orang miskin yang pandai. Lalu si kaya yang bodoh akan menguasai masyarakat dan mengatur hidup orang ramai dengan keputusan bodoh. إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا "...Apabila tiada lagi orang yang alim. maka orang ramai akan melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya tentang sesuatu maka ketua yang jahil itu akan menjawab tanpa ilmu, lalu mereka pun menjadi sesat lagi menyesatkan...” [HR. Al-Bukhari dan Muslim] #Kembalikannilaiilmu #Berhentimenjadikanorangbodohterkenaldankaya #JanganbukaYoutubeinstagramtiktoktidakcerdik
Show all...
Jangan zahirkan nikmat ketika orang lain sedang susah Sahabat-sahabat sekalian, mohon jangan ditonjolkan nikmat yang ada pada diri kita disaat orang lain sedang dalam kesusahan. Empati adalah sesuatu yang digalakkan dalam agama. Ianya hikmah, sunnah, akhlak dan kewajipan yang perlu ada pada seorang yang beriman. Diriwayatkan bahawa seorang tabien yang bernama Amr bin Qays Al-Mala'i rahimahullah (wafat 146 H) berkata; كانوا يكرهون أن يعطي الرجل صبيه الشيء فيخرج به فيراه المسكين فيبكي على أهله ويراه اليتيم فيبكي على أهله " Mereka (para salaf) membenci perbuatan memberikan anak-anak dengan sesuatu (mainan dll) yang akan menyebabkan kanak-kanak itu pergi keluar lalu menunjukkan barang tersebut kepada budak-budak lain yang datang daripada keluarga miskin dan mereka pun akan menangis meminta pada keluarganya barang yang sama dan juga dilihat oleh anak yatim yang akan menangis meminta barang tersebut pada keluarganya... [HR. Ibn Abi Syaibah dan Ahmad dalam Kitab Al-Zuhd] ✍️ Masakan ketika orang sedang dibuang kerja, kesusahan, tekanan dan ramai yang murung sehingga bunuh diri tiba-tiba kita mahu bercakap soal thermomix yang harganya RM 6-7 ribu?? أَفَلَا تَعْقِلُونَ؟؟؟
Show all...
7. Bukti keImanan terhadap syurga dan neraka yang sahih di sisi Islam dan Al-sunnah ialah dengan beriman dan bertaqwa kepada Allah di samping berusaha beramal soleh dan berakhlak baik. Tidak berguna menghafal fakta perihal syurga dan neraka daripada Al-Qur’an dan hadith tetapi berperangai buruk dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ "Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh dia telah berjaya." (Ali-Imran: 185)
Show all...
Aqidah ASWJ berkenaan Syurga dan Neraka 1. Syurga dan neraka telah diciptakan oleh Allah SWT dan sedang menunggu manusia untuk dimasukkan ke dalamnya. Buktinya cukup banyak antaranya ialah Nabi salallahualaihiwassalam pernah bersabda; رَأَيْتُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ "Aku pernah melihat syurga dan neraka." [HR. Muslim] Imam Ibn Abi Al-Izz rahimahullah (wafat 791 H) mengatakan ulama Ahli Sunnah telah bersepakat bahawa syurga dan neraka sudah pun diciptakan oleh Allah sebelum manusia dijadikan lagi. 2. Golongan ahli bid'ah seperti Khawarij, Qadariyah dan Muktazilah berpendapat bahawa syurga dan neraka belum dijadikan oleh Allah. Ini kerana mereka beranggapan bahawa ia adalah kerja sia-sia kerana kiamat belum berlaku dan Tuhan tidak boleh melakukan hal yang sia-sia. Namun Allah lebih mengetahui setiap hikmah dan rahsia sehingga apa yang dianggap sia-sia seperti penciptaan babi dan lalat di sisi manusia mempunyai rahsia besar dan hikmah di sisi Allah. 3. Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa syurga dan neraka adalah makhluk Allah dan keduanya diciptakan untuk kekal dan tidak akan binasa. Pendirian ini dibina atas dasar prinsip iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk menyerahkan diri dan menerima tanpa mempersoalkan setiap nass yang datang secara ZAHIR dalam masalah ghaib. Allah berfirman; هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ".. mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah:39) Golongan Jahmiyah, Muktazilah dan ahli kalam yang bid'ah berpendapat bahawa syurga dan neraka tidak boleh kekal kerana sifatnya sebagai makhluk. Namun ulama Ahli Sunnah berkeyakinan bahawa Allah berhak menciptakan makhluk yang bersifat kekal sesuai kemampuan-Nya dan kebijaksanaan-Nya dan tidak terikat dengan kaedah-kaedah logik yang diciptakan oleh manusia. 4. Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (wafat 728 H) tidak pernah mendakwa syurga dan neraka tidak kekal bahkan itu adalah satu dusta dan fitnah ke atas beliau serta satu salah faham terhadap perkataan beliau. Namun murid beliau Imam Ibn Qayyim rahimahullah (wafat 752 H) ada menyatakan hal tersebut (neraka tidak kekal) dalam kitabnya Hadil Anfah ila Biladi Al-Afrah dan kitab Syifa’ Al-Alili Masa’il Al-Qadha wa Al-Qadar wa At-Ta'lil. Namun pendapat ini tertolak dan masih boleh ditakwil kerana ianya bukan timbul atas sebab syurga dan neraka itu tidak boleh kekal kerana ianya makhluk. Tetapi kerana rahmat Allah itu terlalu luas dan Allah dianggap tidak akan berterusan menyeksa hamba-hamba-Nya untuk tempoh selama-lamanya. Mereka mentakwil ayat-ayat Al-Quran berkenaan "kekal" sebagai suatu tempoh yang lama. Prof. Hamka turut mengulas dalam Tafsir Al-Azharnya bahawa Allah boleh sahaja memusnahkan neraka dan memindahkan penghuninya ke dalam syurga setelah berlalu waktu yang lama kerana rahmat-Nya yang terlalu besar dan Penyayang. Ulama yang membahaskan isu ini meletakkan isu neraka tidak kekal pada bab, keharusan bagi Allah untuk melakukannya atas faktor rahmat dan kasih terhadap makhluk. Namun sekali lagi ditegaskan ini bukanlah pendapat yang benar. 5. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241 H) dalam membantah Jahmiyah menyebutkan banyak dalil nas yang menyatakan Syurga dan neraka itu kekal. Ini adalah keadilan Allah bagi orang yang beriman dan orang yang tidak beriman. Kematian tidak lagi akan berlaku selepas kiamat dan manusia akan hidup kekal selama-lamanya. Hal ini terzahir jelas dalam banyak ayat Al-Quran dan Al-sunnah. 6. Aqidah dan iktiqad mempunyai dasar dan cabang, pokok dan ranting. Beriman kepada wujudnya syurga dan neraka ialah dasar Islam adapun beriman tentang sifat syurga dan neraka, apakah ianya kekal atau tidak adalah termasuk persoalan cabang. Ianya tidaklah sampai layak dikafirkan jika berbeza pegangan selagi masih ada ruang untuk ditakwil dan ditafsirkan sekalipun pendapat itu salah. Jalan yang terbaik ialah berpegang kepada jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jika tidak mampu untuk menerimanya maka eloklah berdiam diri (tawaquf) dan menyerah diri kepada nas yang zahir sebagaimana dilakukan oleh Salaf.
Show all...
Akhirnya kau akan tahu Bukan soal siapa yang paling alim, tetapi siapa yang mampu menolak jawatan dan tidak goyah dengan godaan kuasa. Bukan siapa yang paling terkenal dan kelihatan hebat tetapi siapa yang mampu menahan diri daripada perkara yang haram dan tidak tergoda oleh wang dan ringgit. Bukan soal siapa yang paling banyak pengikut dan pengiktirafan tetapi siapa yang mampu mengawal diri terhadap wanita dan fitnah dunia. Akhirnya kau tahu. Bukan sebab dia ustaz atau Dr, bukan sebab dia belajar luar negara atau tempatan. Bukan sebab dia anak tok guru atau tukang cuci. Bukan sebab dia bergaji tinggi atau berkarisma. Tetapi sebab dia ikhlas dan jujur mengikuti agama. Akhirnya kau tahu, hanya iman dan taqwa itulah penyelamat. Itulah yang menyelamatkan wanita daripada diraba ustaz atau ditipu. Itulah yang menyelamatkan umat daripada dusta dan khurafat, sesat dan khianat. Iman dan taqwa, kejujuran dan keikhlasan. Ianya tidak diajar di universiti. Ianya tiada dalam silibus madrasah atau sekolah. Ianya rezeki Allah pada yang diberkati. Hidayah petunjuk pada yang diredhai. Ketika orang lain berlumba-lumba mengejar untung mudah, dia bersusah payah mencari halal dan berkah. Ketika orang lain menjamu syahwat dan nafsu amarah, dia bertaubat dan menjauhkan diri. Ketika orang lain sibuk mengangkat diri, dia berusaha mencari ikhlas dan menyembunyikan diri. Itu, itulah yang patut kau cari sebagai guru dan sebagai peneman diri, sebagai pemimpin agama dan sebagai panduan di dunia. Orang yang telah lulus diuji Allah seperti Nabi Ibrahim alaihisalam. وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا "Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menyempurnakannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia." (Al-Baqarah: 124) Diangkat seseorang itu menjadi Imam dan pemimpin hanya setelah dia lulus ujian...Bukan sebelumnya! قُلْ إِنَّ الْهُدَىٰ هُدَى اللَّهِ
Show all...
Pilih antara Dua Kejahatan Kerajaan PN 1. Jika kerajaan PN secara sedar dan sengaja mengambil tindakan yang tidak cerdik, tidak serius dan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani masalah covid-19 semata-mata demi untuk terus mengekalkan kuasa secara darurat maka mereka adalah golongan yang paling zalim, khianat dan fasik. Nabi salallahualaihiwassalam bersabda; مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً ، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ "Tiada seseorang pun yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah kepimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim] Setiap kematian rakyat kerana covid-19 maka dosanya adalah ditanggung oleh mereka. Gaji mereka haram, elaun mereka haram. Hasil pendapatan mereka selama berkuasa secara zalim dan khianat ini adalah haram. Mereka boleh dikenakan qisos dan takzir. Daripada gaji PM dan Menteri sehingga timbalannya, daripada Setiausaha-setiausaha politik sehingga kepada seluruh pegawainya, penyokongnya dan mereka yang menjadi pengikutnya. Kaedah fiqh menyatakan: الإِعَانَةُ عَلَى المَعْصِيَةِ مَعْصِيَةٌ "Menolong perbuatan maksiat juga adalah maksiat." Gaji penulis media sosial yang membela kerajaan PN, lebai-lebai yang memakan duit GLC hasil kerjasama dengan Kerajaan PN yang telah menipu dan menzalimi rakyat juga turut haram Dan mereka terpaksa menangung dosa membunuh, dosa menindas rakyat dan dosa zalim serta dosa khianat kepada rakyat. 2. Sekiranya Kerajaan PN memang bukan sengaja mahu menzalimi rakyat dengan kegagalan mengekang wabak Covid-19 serta tiada niat jahat kepada rakyat seperti sengaja mahu memanjangkan darurat dan menutup parlimen untuk mengekalkan kuasa. Sebaliknya segala kelemahan yang berlaku pada kerajaan PN hari ini adalah semata-mata kerana mereka tidak kompeten, bodoh, tidak pandai mengurus tadbir tanpa ada tujuan dan niat buruk untuk mahu mengekalkan kuasa. Maka mereka tetap berdosa kerana tidak memberikan amanah kepada rakyat yang berhak mendapatkan hak dan kerana tidak merujuk nasihat pakar-pakar yang ramai dalam kerajaan. Nabi salallahualaihiwassalam bersabda; وَإنّهَا أَمَانَةٌ، وَإنّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إلاّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقّهَا وَأَدّى الّذِي عَلَيْهِ "... Sesungguhnya hal ini (kepimpinan) adalah amanah, ia merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali orang yang mengambilnya dengan haknya, dan menunaikannya (dengan sebaik-baiknya).” (HR Muslim). Para ulama juga menyebut; كل ذنب أصابه عبد فهو بجهالة "Semua dosa yang dilakukan hamba itu adalah kerana kebodohan." Kerajaan yang bodoh dan tidak pandai memimpin perlu meletakkan jawatan kerana mereka dilarang oleh syarak untuk memikul amanah. Bahkan Allah melarang diserahkan harta benda kepada orang bodoh. وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ … “Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya (bodoh) harta benda mereka…” (An-Nisa: 5). Inikan pula kuasa politik dan kerajaan yang memerintah negara. Akhir kata, Kita menentang PN, bukan kerana nama dia PN. Kita menentang PN ialah kerana dia jahat atau bodoh dan merosakkan rakyat dan negara, Sistem ekonomi kita rosak rakyat berjuta menganggur. Sistem kesihatan kita rosak, rakyat ramai yang jatuh sakit. Sistem pendidikan kita rosak, anak-anak kita ketinggalan dan tercicir. Sistem agama kita rosak, ibadah banyak yang tidak boleh dilaksanakan. Sistem moral kita rosak, rakyat sudah hilang hormat kepada pemimpin dan ramai yang menjadi gila di media sosial. Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak yang gila kuasa sehingga merosakan negara dan masa depan rakyat semuanya. اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنا وَأَعِذْنَا مِنْ شَرِّ أَنفُسِنَا “Ya Allah! Ilhamkan kami kepada petunjuk dan selamatlah kami dari kejahatan jiwa kami.”
Show all...
Masih banyak yang perlu diperbaiki 1. Sesiapa yang mempunyai kesedaran dan akal yang waras tidak akan bergembira dengan keadaan di negara kita sekarang. Harga barang makanan semakin mahal, mungkin kerana pkp atau mungkin kerana kos-kos lain namun ianya ternyata membebankan rakyat dan orang awam. 2. Itu belum lagi dikira laporan-laporan rasmi dan lain-lain yang menyebut jumlah rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan sudah mencapai angka ratusan ribu dan terus meningkat. Kalaulah tidak kerana sekatan jalan, larangan rentas negeri dan daerah sewaktu pkp ini nescaya kita akan melihat jumlah kes jenayah yang tinggi. Sudahlah begitu, bantuan dan pertolongan daripada pihak kerajaan masih samar dan tidak tentu. Walaupun ramai pihak khasnya agamawan kelihatan berusaha menaikkan imej pusat zakat dan baitulmal, namun realiti masih banyak kekurangan yang perlu disuarakan. 3. Kita dimaklumkan masih ada pusat zakat yang meletakkan syarat mesti 'putus beras' dahulu baru boleh menerima bantuan. Pesakit dialisis juga ada yang mengadu bahawa mereka tidak mendapat bantuan atau bantuan yang diberi oleh pihak Perkeso, baitulmal dan zakat tidak mencukupi. Di Kelantan dan Selangor, masalah air masih belum selesai. 4. Di seluruh negara selain isu kos sara hidup, kita juga berhadapan dengan masalah pendidikan anak-anak yang tercicir semenjak PKP dan selepas serangan covid-19. Budak-budak yang tidak boleh membaca, mengira dan kemahiran asas kerana tidak ke sekolah. Pelajar yang terputus maklumat dan pengisian ilmu kerana kedhaifan serta masalah internet sehinggalah kepada hilangnya semangat dan minat belajar anak-anak akibat PKP. Semuanya ini bukanlah masalah kecil. 5. Justeru orang yang merasa gembira dengan keadaan sekarang hanya kerana partinya yang memerintah maka dia sebenarnya sedang mempunyai penyakit mental dan jiwa yang kronik atau kebodohan yang melampau. Tidak perlu kita ungkitkan soal kilang arak dan pusat judi yang tidak ditutup bahkan cabutan khas judi pula semakin bertambah daripada 8 kali ke 22 kali di bawah kerajaan hari ini. Status kahwin dan surat nikah Illi Najwa dengan lelaki Punjabi itu pun belum diketahui sampai ke hari ini. Terbaru Mahkamah Persekutuan memutuskan kesalahan liwat atau seks luar tabii bukan di bawah bidang kuasa mahkamah Syariah namun tiada lagi perarakan dan perhimpunan beramai-ramai di padang Merbok seperti RUU355 kerana semuanya telah kekenyangan meratah ghanimah dan penat bertakbir. 6. Sebenarnya kita sudah boleh menerima hakikat bahawa menipu dan berbohong itu adalah lumrah dalam politik. Sebagaimana kerajaan sebelum ini yang turut menipu bahkan tidak tahu malu sehingga sanggup mengatakan bahawa manifesto bukanlah kitab suci. Cuma kita terkilan apabila yang menipu rakyat itu ialah golongan lebai dan golongan ustaz serta sering mengaitkan agama dan menunggangnya demi kepentingan politik mereka. Ketika rakyat sedang susah, gaji guru Pasti pun masih rendah dan di bawah gaji minima, tiba-tiba pihak Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri pula dapat kenaikan gaji dan elaun serta diberi kereta Mercedes. Apa lagi hendak dikata? 7. Kerana itu sesiapa yang seolah-olah bergembira dengan keadaan sekarang sehingga mampu membuat pantun lagi menghina lawan politik dalam keadaan rakyat sedang menderita sememangnya manusia yang paling tidak berguna! Esok lusa apabila sekolah dibuka, siapakah yang akan memikirkan nasib anak-anak dan kebajikan ibubapa serta rakyat jelata? Sudah tentulah bukan ahli politik atau wakil rakyat. Hanya kepada Allah kita mengadu segala kesusahan dan kelemahan kita!
Show all...
Memahami agama dengan kefahaman betul Para ulama' membahagikan agama ini kepada beberapa bahagian seperti; 👉Bab Aqidah, contohnya persoalan tauhid, syirik, qadha qadar atau takdir 👉Bab Ibadah, seperti masalah solat, puasa, zakat, haji. 👉Bab Akhlak seperti jujur, sabar, adil dan pemaaf. Justeru, seseorang yang memiliki tauhid yang betul (seperti percaya hanya Allah boleh beri manfaat dan mudharat) tetap boleh melakukan kesalahan dalam bab feqah, ibadah dan akhlak. Seseorang yang aqidahnya sahih, tauhidnya betul dan imannya kuat sampai ke langit, tetap boleh sahaja melakukan kesalahan feqah dalam bab ibadah seperti dalam bab solat, puasa dan zakat atau muamalat atau lemah dalam akhlak SEKALIPUN IMANNYA SETINGGI LANGIT. Bab aqidah= Imannya kuat, tauhidnya sahih. Tetapi, Bab ibadah = Solatnya boleh sahaja tidak sah atau batal sebab ada najis walaupun Imannya kuat. Bab akhlak = Dia seorang yang kurang sabar dan pemarah walaupun solatnya kusyuk, kaki masjid dan Iman tinggi. Contoh lagi, Seseorang menjadi Imam solat Jumaat dengan khusyuk dan ikhlas (bab aqidah= bagus) lengkap sah rukun solat semuanya (bab ibadah= bagus) tetapi dia menjadi Imam solat Jumaat hanya memakai baju singlet tanpa lengan yang nampak ketiak dengan kain pelikat sahaja di dalam masjid negara, dirakam untuk ditonton satu dunia. (Bab akhlak= buruk sangat) ----------------------------- 📜 Jadi menyakini hanya Allah boleh memberi mudharat dan bukannya virus Covid-19 dan menganggap virus Covid-19 hanyalah makhluk lemah adalah ✔ BETUL, TEPAT, SAHIH,✔ dalam bab AQIDAH/TAUHID. Tetapi itu sama sekali bukan jaminan dalam bab fiqh atau IBADAH bahawa tindakan anda untuk ke masjid, tidak kuarantin, tidak melaporkan diri kepada KKM jika terlibat dengan wabak Covid-19 adalah betul. Bab Ibadah = Seseorang dilarang oleh Nabi salallahualaihiwassalam dari ke masjid jika memakan bawang seperti hadith مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثُّوم وَالْكُرَّاث فَلا يَقْرَبَنَّ مسْجِدَنَا maka tuntutan menjauhi masjid dan orang ramai jika terkena wabak adalah lebih wajib dan dituntut. Jadi mereka yang tidak ambil langkah pencegahan wabak Covid-19 ini... Dalam bab tauhid dia betul ✔ tetapi dalam bab feqah pula dia ❌ salah. Kemudian dalam bab Akhlak, ada yang menipu dan penting diri atau berdegil serta keras kepala. Maka bab Akhlak pun salah.❌ ✅ Manhaj beragama yang diajar oleh Nabi salallahualaihiwassalam adalah lengkap dan sempurna. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam agama Islam secara kaffah dan janganlah mengikuti jejak langkah syaitan.” (Al-Baqarah: 208) 👉Aqidah mesti betul 👉Ibadah pun mesti betul 👉 Akhlak pun mesti betul Sebab itu Nabi salallahualaihiwassalam walaupun bertawakal (BAB AQIDAH) baginda tetap memakai baju besi perisai ketika perang dan solat khauf (BAB IBADAH) serta menerima taktik dan teguran sahabat dan bermesyuarat bagi menghadapi musuh (BAB AKHLAK). 📗 Mohon kerjasama sahabat-sahabat yang faham akan penjelasan ringkas ini, sudi menulis 'faham' di ruangan komen 👇di bawah. Jazakumullahukhairan ..(via Ustaz Emran Ahmad)
Show all...
Fenomena perempuan berniaga Di antara tanda-tanda kiamat ialah para wanita ramai yang berniaga. Ini berdasarkan hadith Ibn Mas’ud RA (wafat 32 H) bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda; بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ : تَسْلِيمُ الْخَاصَّةِ ، وَفُشُوُّ التِّجَارَةِ حَتَّى تُعِينَ الْمَرْأَةُ زَوْجَهَا عَلَى التِّجَارَةِ “Sesungguhnya menjelang hari kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perniagaan tersebar luas sehingga orang perempuan pun ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan.” [HR. Ahmad dan Al-Hakim] Walaupun di dalam sejarah, wanita pernah berniaga seperti isteri Nabi salallahualaihiwassalam sendiri namun ianya tidaklah sepesat dan sedahsyat hari ini apabila hampir semua wanita moden yang aktif di media sosial menjadi agen dropship, founder produk atau terlibat dengan sesuatu perniagaan tertentu. Hari ini kita melihat berkembangnya bisnes perniagaan (فشو التجارة) dan bercambahnya kemunculan founder produk yang bermacam-macam yang disebutkan oleh Nabi salallahualaihiwassalam bahawa manusia sanggup menjual beli apa sahaja daripada atas kepala seperti produk untuk rambut, produk muka, produk ketiak, produk inai, produk seksual sehinggalah ke produk kaki. Ramai orang menjadi kaya dengan sekejap sahaja baik melalui usaha produk, youtube, media sosial dan pelbagai lagi. إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَفْشُوَ الْمَالُ 'Di antara tanda-tanda kiamat ialah berkembangnya harta kekayaan..' [HR Al-Nasa'ie] Ukuran manusia akhir zaman ini ialah kekayaan dan harta. Sesiapa yang memilikinya dianggap berjaya dan mulia dan sesiapa yang tidak mendapatkan harta dan kekayaan dianggap gagal dan hina. Itulah fitnah yang sedang menghinggapi ramai manusia di akhir zaman ini!
Show all...
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.