cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Wanita Idaman Syurga

Persahabatan hingga ke Syurga. Semoga bertemu di Syurga Allah. InshaAllah.

Show more
Advertising posts
230
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
+130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita. — Gul Jaan Allahumma solli 'ala Muhammad ♥️
Show all...
Hukum dye rambut sebab uban. Suami rambut uban sedangkan belum tua. Lelaki atau perempuan, harus mewarnkan rambut uban, yang penting dye tidak menghalang air kena pada rambut. Warna hitam ada ulama' kata haram, ada kata makruh. Boleh ambik mana-mana. Nasihat saya buat isteri-isteri, warnakan lah rambut yang beruban untuk pikat suami semula. Lelaki ni suka bila wanita ada merah-merah di hujung tubuh. Di rambut, di bibir, di pipi dan di jari. Uai Masjid Taman Panchor Jaya Nota: Ummu Amni
Show all...
Perempuan sangat istimewa, Allah letakkan kedudukan perempuan, Darjat paling tinggi. Dan kerana itu, Perempuan perlu ada malu yang tinggi, Perlu menjaga harga dirinya, Kerana dia sangat mahal dan bernilai. Siapa-siapa yang menjaga dirinya dengan baik, Dialah yang akan menjadi ketua bidadari syurga, Yakni, Wanita solehah. Perempuan, Jagalah dirimu dengan sebaiknya, Malu yang tinggi itu perlu ada, Akhlak itu perlu perbaiki dengan baik, Auratmu itu perlu tutup dengan sempurna, Supaya kau juga akan terselamat. Sungguh, Jika semua ini kau ada, Jika semua ini kau ikuti, Aku yakin, Kau adalah sebaik-baik perhiasan, Wanita solehah. - Hadramiyah
Show all...
Binatang yang hidup paling singkat tapi keseluruhan hidupnya habis untuk BERZIKIR...kekatu. Berbeza dengan kita manusia, hidup 100 tahun pun belum tentu setiap detik dan saat berzikir. 🥺 Qalbyyyy97
Show all...
Semoga kita, wanita idaman Syurga dijauhkan daripada sikap-sikap yang buruk. 😓 Kita mahukan pasangan yang soleh, jadi kita perlulah berusaha untuk menjadi seorang yang solehah dan berilmu. 🥺
Show all...
Sesetengah daripada ulama Arab berkata, jangan berkahwin dengan perempuan yang mempunyai enam sifat berikut: 1. Al-Ananah Perempuan yang suka mengeluh dan mengadu perihal diri kepada orang lain. Tapi suka berhias untuk orang lain. 2. Al-Mananah Perempuan yang suka mengungkit-ungkit, kata suami tidak ada buat kebaikan. 3. Al-Hunanah Perempuan yang suka melihat lelaki yang lain. Hensem la, kaya la dan suka tengok anak orang lain, comel la, gebu la (dan berkeinginan untuk ada anak dengan lelaki lain). 4. Al-Hudaqoh Perempuan yang suka memberati dan membebankan (menyusahkan) si suami dengan keinginannya serta memaksa suami asalkan keinginannya dipenuhi. 5. Al-Buroqah Perempuan yang suka bersolek dan menayangkan kepada orang lain. Perempuan suka marah-marah bila tidak merasa cukup dengan apa yang ada. TIDAK BERSYUKUR. 6. Al-Salaqoh Perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan banyak berkata-kata. Saya percaya semua wanita Malaysia ni baik belaka dan tidak memiliki sifat di atas. Kitab Pengajian Muhimmah Ustaz Umar Bukhari 12.12.2022
Show all...
Komen dari Nurafiqah Abdul Latif Perkongsian Ilmu hari ini. Ada 13 golongan orang yang kencingnya menyebabkan sembahyangnya tidak sah. Seterusnya doanya tidak termakbul. 1. Salah satu darinya adalah mengencing kakinya sendiri semasa kencing. 2. Percikan kencing tidak dicuci sebaliknya hanya cuci di tempat yang dikencing dan tempat percikan tercebut dipijaknya pula untuk keluar dari bilik tandas. 3. Cuci kencing kelam kabut. Ingatkan dah bersih, rupa-rupanya zahir sahaja yang bersih namun batinnya tidak. 4. Kencing terkena pada pakaian dan digunakan untuk solat. 5. Menahan kencing, dah terkeluar sikit. Tapi selesai kencing hanya cuci macam biasa. Nak solat, tak tukar seluar atau menanggalkannya. 6. Setiap percikan air kencing akan menghasilkan 3 pantulan air kencing di sekeliling kawasan tempat kencingan. Tentukan dibersihkan sebelum keluar tandas. 7. Jika kita pergi ke mana-mana tandas di masjid mahupun surau, pastinya ada selipar ataupun terompah. Pertanyaannya mengapa, sebab hendak menentukan najis tidak dibawa keluar dari tandas tersebut. 8. Kencing adalah najis. Najis tidak boleh dibawa ke tempat solat dan ibadah. 9. Tandas yang tak berbau hancing membuktikan bahawa tandas itu bersih lagi suci. 10. Kencing akan meninggalkan sisa di bahagian batin (dalam). Belajar dengan orang yang lebih arif terhadapnya. 11. Tidak ada buang air besar sebelum buang air kecil. Oleh yang demikian cuci kedua-duanya selepas membuang hajat. 12. Kepentingan kencing adalah membuang sisa (najis). Di dalam tidak najis tapi di luar akan jadi najis. 13. Jangan jadikan kencing sebagai alasan kerana tidak boleh solat namun sebaliknya cuci dengan sempurna dan (yakin) membolehkan kita bersolat. CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan betul. Bersih belum bererti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima. Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api Neraka hanya kerana tidak betul dalam mencuci kemaluannya. Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak mensolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu. Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata: “Apakah salahku? Kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.” Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang meremehkan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil. Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan betul? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih. LELAKI: Selepas membuang air kecil, disunnahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih. WANITA: Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih. Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna. SANGAT PENTING: Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk memasukkan satu jari ke dalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.
Show all...