en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Open in Telegram

when you're sad, find Him. ”

Show more
2 650
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
ISTIQAMAHLAH BETUL-BETUL. Kita diperintahkan agar mengulang-ulang bacaan surah al-Fatihah, setiap kali rakaat solat. Di dalamnya terkandung doa, agar kita istiqamah dengan ajaran Islam yang sebenar. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ • صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan golongan yang engkau kurniakan nikmat. Bukan jalan golongan yang dimurkai & bukan juga jalan golongan yang sesat" ⚫ Siapakah Yang Istiqamah? Allah telah memperincikan suri tauladan istiqamah, yang terjamin nilai hidup mereka konsisten bersama kebenaran. Firmannya: وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ "Barangsiapa mentaati Allah & Rasul, maka mereka bersama golongan yang beroleh nikmat Allah. (Mereka) dari para Nabi, para siddiqin, para syuhada' & orang-orang soleh" - al-Nisa 69. • Para Nabi: Cekal menyampaikan kebenaran, jelas menentang kebatilan. Bersifat benar, amanah, cerdik & gigih menyampaikan mesej da'wah. • Para Siddiqin: Golongan yang sentiasa membenarkan iman. Sanggup menyatakan yang haq walaupun dipinggirkan keseorangan. • Syuhada: Pejuang-pejuang Islam yang mempertaruhkan hidupnya demi Islam. Bukan jenis menggunakan Islam untuk tembolok sendiri. Disebabkan itu, Allah sering menggandingkan jihad & jalan Allah. Sebagai peringatan, di sana ada yang mendakwa berjuang tetapi untuk kepentingan jalan sendiri. • Para Salihin: Golongan yang sentiasa meletakkan ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah & Rasul. ⚫ Jalan Yang Tidak Istiqamah. Allah menyebutkan, kelompok yang tidak istiqamah itu dengan gelaran golongan yang dimurkai & golongan yang sesat. • al-Maghdub: Yahudi. Mereka mengetahui kebenaran tetapi menentang kebenaran semata-mata kerana menjaga kepentingan yang dilacurkan. Allah berdendam dengan golongan yang menyembunyikan kebenaran. • al-Dhallin: Nasara. Mereka yang selesa diperbodohkan & ditipu oleh pemuka-pemuka sanjungan mereka. Mengakibatkan mereka terseleweng dalam keadaan perasan kononnya sedang melakukan amal soleh. ⚫ Mohonlah Hidayah. Melihat betapa besarnya mesej istiqamah di dalam surah al-Fatihah, maka padanlah Allah memerintahkan kita supaya jangan putus-putus memohon hidayah agar beroleh istiqamah. Sesungguhnya, ia bukanlah semata-mata slogan yang diangkat lalu menjadi kebanggaan. Istiqamah tidak bermakna konsisten mempertahankan kelompok sendiri walaupun salah. Sebaliknya istiqamah adalah konsisten mempertahankan kebenaran sekalipun pahit. Ia tidak ditentukan berdasarkan pemarkahan menurut kepentingan kita. Sebaliknya, syarat-syarat istiqamah telah ditetapkan oleh Allah secara ketat. Bukankah nikmat Allah yang terlalu bernilai itu, pasti tersedia seribu satu ujian? Fastaqim! Abdul Mu'izz Muhammad 13 Febuari 2019.
12 Feb 2019, 22:21

📌Tazkirah Ringkas 📑BERTAQWALAH KEPADA ALLAH Firman Allah SWT : وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّكُمۡ إِلَیۡهِ تُحۡشَرُونَ [Surat Al-Baqarah 203] ‎Terjemahan : "dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
12 Feb 2019, 17:19

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malu Suatu Kebaikan حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي السَّوَّارِ الْعَدَوِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Abu As Sawwar Al 'Adawi dia berkata; saya mendengar 'Imran bin Hushain berkata; Nabi SAW bersabda: "“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” (HR Bukhari No: 5652) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Malu pada hakikatnya adalah suatu kebaikan. Sifat malu mengajak pemiliknya agar menghias diri dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang tercela. 2. Malu yang dituntut oleh Islam ialah perasaan malu yang disandarkan kepada Allah. Malu yang menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang tercela dan haram. 3. Malu yang perlu dielakkan ialah perasaan malu yang disandarkan pada rasa rendah diri sehingga mengelakkan dari melakukan amal soleh. Contohnya malu untuk pergi masjid, malu untuk belajar juga malu untuk solat di dalam keretapi dan lain-lain. 4. Malu secara hakiki adalah suatu akhlak (dalam jiwa) yang membangkitkan sikap menjauhi hal-hal yang buruk dan mencegah dari perbuatan mengurangi hak pihak yang memiliki hak (Syarah an-Nawawi dalam Sahih Muslim (2/6). 5. Malu itu seluruhnya baik. Barangsiapa banyak rasa malunya, banyak pula kebaikannya dan manfaatnya lebih menyeluruh. Barangsiapa yang sedikit rasa malunya, sedikit pula kebaikannya. Ayuh bersifat MALU yang membuahkan kebaikan, melahirkan sifat ketenangan dan ketenteraman. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 13hb Februari 2019 08hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
12 Feb 2019, 17:19

Hati manusia kalau jual RM1.8 juta. Aku bagi free kat kau , tapi kau buang macam tu je. Manusia tak sedar dek untung! 🤬🤬 @HatiMilikAllah
12 Feb 2019, 08:33

Don't trust too much, Don't love too much, Don't hope too much. Because that too much can hurt you so much. 🍃🍃 @HatiMilikAllah
12 Feb 2019, 08:29

Don't hurt anyone. Ia hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menyakiti orang yang kita sayangi dan mengambil masa yang lama untuk seseorang itu pulih daripada kesakitan tersebut. @HatiMilikAllah 🌸
12 Feb 2019, 08:16

Doa ialah senjata paling kuat, jadi kalau mahu apa-apa, berdoalah ❤️ @HatiMilikAllah
12 Feb 2019, 08:06

photo content
12 Feb 2019, 05:46

Rindu akan senyumannya.. 😢💚 12 Feb 2015 - 12 Feb 2019 @HatiMilikAllah
12 Feb 2019, 04:09

Awan yang biru Mengingatkan aku Untuk berehat seketika Minda Mahupun akal fikiran Yang sering Serabut dengan hal dunia Yang sering Stress dengan masalah CiptaanNya Mengingatkan kita Dengan penciptaNya Itulah yang terindah Andai setiap kejadiannya Kita teliti Satu persatu -fqrn- @HatiMilikAllah
11 Feb 2019, 18:18

📌Tazkirah Ringkas 📑SENTIASALAH MOHON KEPADA ALLAH KEBAIKAN DUNIA DAN KEBAIKAN AKHIRAT Firman Allah SWT : وَمِنۡهُم مَّن یَقُولُ رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ [Surat Al-Baqarah 201] ‎Terjemahan : "Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
11 Feb 2019, 17:08

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Berakhlak Dengan Sifat Malu عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ Dari Annas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” (HR Ibnu Mâjah No: 4181) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Islam adalah agama RAHMAH yang dibawa oleh Rasulullah SAW. 2. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak umat. 3. Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam antaranya adalah sifat malu 4. Malu mempunyai hubungan yang erat dengan akhlak yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (iffah). Buah dari rasa malu adalah ‘iffah (menjaga kehormatan diri). Siapa saja yang memiliki rasa malu hingga mewarnai seluruh amalnya, nescaya ia akan berlaku ‘iffah 5. Ibnul Qayyim menyatakan, malu berasal dari kata 'hayaa' (hidup). Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang. Hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Setiap kali hati hidup, maka ketika itu rasa malu menjadi lebih sempurna. Ayuh kita memastikan agama kita sempurna apabila berakhlak dengan sifat malu. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 12hb Februari 2019 07hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
11 Feb 2019, 17:08

My only painkiller is my family ❤️ @HatiMilikAllah
11 Feb 2019, 10:48

Pain changes people, it makes them trust less, overthink more, and shut people out. @HatiMilikAllah 🌸
11 Feb 2019, 10:35

You may fall in love with beauty of someone. But remember that at the end you will have to live with that person character. @HatiMilikAllah 🌸
11 Feb 2019, 10:03

Untuk masa masa sulit, biarlah Allah yang menguatkan kamu. Tugas kamu adalah memastikan bahawa jarak antara kamu dengan Allah tidak pernah jauh dan tidak terputus. Remember that ✨ @HatiMilikAllah 🌸
11 Feb 2019, 04:50

RINDAENNAA© 💢 Penuh dengan kata-kata 💢 💫 Gabungan kata² perkongsian yang mungkin boleh menggetarkan jiwa anda 😝 Menceriakan hari² anda yang gelap bagaikan awan comulonimbus 🙃 dan sedikit panahan kata² yang boleh menyedarkan anda 😓 https://t.me/rindaennaa
11 Feb 2019, 04:38

"Manusia zaman akhir banyak tertipu dengan penampilan dan kuantitas, tanpa esensi dan kualitas." ⚫ Mereka mengagungkan pakaian, jubah dan serban, tanpa memperdulikan siapa yang mengenakan. ⚫ Mendewakan sunnah berjenggot dan bersiwak dan melupakan sunnah etika dan berlemah lembut serta bersabar. ⚫ Kagum dengan ceramah dan khutbah, tanpa pernah berpikir mengamalkan. ⚫ Terharu dengan shalawat dan zikir hanya sebatas di Majelis dan di bibir. ⚫ Manusia berebut mencium tangan para ulama, tanpa pernah berjabat hati dengan mereka. "Pahamilah apa yang harus kita kejar dan capai atau kita hanya bersusah payah untuk mendapatkan gambar tanpa makna atau jasad tanpa ruh, lalu tak pernah mencapai hakikat." . 👳🏻‍♂Habib Ali Zaenal Abidin Bin Alwi Alkaff | (Pemimpin Cinta Rasul International Community) . Follow Twitter/Instagram : @habibalialkaff Facebook : Habib Ali Zaenal Abidin Al Kaff . 📮Join Telegram Taman Orang Soleh telegram.me/RiyadusShaliheen
11 Feb 2019, 03:57

Andai solat dianggap bebanan Maka ia satu keberatan Untuk dilakukan Namun Andai solat dianggap satu kelegaan Maka hidup sentiasa aman @HatiMilikAllah
11 Feb 2019, 02:47

Ahli neraka yang paling ringan seksaannya ialah seseorang yang dipakaikan selipar api di kakinya, namun panasnya mampu membuatkan otaknya mendidih. Allahuu.. jauhkan kami semua dari azab neraka mu Ya Allah. 😢😣 Banyakkan berdoa dan beristighfar ^ @HatiMilikAllah
11 Feb 2019, 02:09