en
Feedback
𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Open in Telegram

when you're sad, find Him. ”

Show more
2 650
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Untuk semua video and quotes saya forward dalam ni, saya halalkan for sharing, but jgn lupa tag @mswamrn❤️😍

Kalau ada rasa cinta, jangan terus meluah kalau belum bersedia dgn ilmu agama. Simpan dan doa dalam diam. Jika dah tertulis di Luh Mahfuz dia untuk kita, InsyaAllah Tuhan akan jagakan dia untuk kita, Yang penting ilmu agama. -𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲 @HatiMilikAllah

Penat bukan give up. Tapi berhenti seketika dan rehat. Then, kembali semula untuk teruskan apa yang kita dah start. Tak rasa rugi dah berjalan separuh tangga sikit lagi dah nak sampai puncak, lepastu nak give up mcm tu je? Think wisely before you do -𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲 @HAWASHARE

:🌻 the first to apologize is the bravest, the first to forgive is the strongest, the first to forget is the happiest. @thehenshin

:🌻 He breaks you to build you, Deprives you, to give you. This pain in your heart was created to make you yearn less for this life,and yearn more for jannah. - yasmin mogahed - @thehenshin

:🌻 A dream doesn't become reality through magic, it takes sweat, determination and hard work @thehenshin

Disaat ditinggalkan manusia, Ingatlah, Allah tidak pernah meninggalkan kamu. -𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪 @HAWASHARE

Dlm hidup ni, bila kita lakar impian kita. Management masa kita. Jangan hanya creat. Tapi implement. Kita target, kita usaha macam mana yang kita lakar. FIGHTING! -𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲 @HAWASHARE

wangi) atau wewangian lainnya dari anda, dan akan menggunakannya di pasar atau di depan laki-laki yang bukan mahramnya, maka penjualan ini tidak boleh, sebab dalam kondisi semacam ini bererti anda telah membantunya dalam kemaksiatan. أما إذا كنت لا تعلمين فلا حرج عليك أن تبيعي على النساء وغير النساء، أما إذا علمت أن فلانة بنت فلان التي تشتريها منك أنها تفعل ها الفعل لا تبيعي عليها. Namun bila anda tidak mengetahui, maka boleh bagi anda untuk menjual barang tersebut pada wanita atau lainnya. Adapun jika anda memang mengetahui bahawa Fulanah binti Fulan yang membeli dari anda akan melakukan hal tersebut (berbuat maksiat dengan barang yang anda jual itu) maka jangan melakukan transaksi dengannya." Adakah wanita langsung tidak boleh memakai minyak wangi? Adapun mengenakan sedikit wangian-wangian bagi tujuan menghilangkan bau badan seperti memakai deodorant, bedak talkum, sabun dan sebagainya, ini tidaklah termasuk di dalam kategori yang disebutkan di dalam hadith Nabi SAW sebelum ini. Ini kerana di dalam sebuah hadith, Nabi saw telah bersabda: إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya (HR. Tirmidzi no. 2788, sahih). Syaikh Abdullah bin Jibrin rah. menjelaskan: للمرأة أن تتطيب في غير بيتها بما ظهر لونه وخفي ريحه كالورد والياسمين “Boleh bagi wanita untuk menggunakan minyak wangi di luar rumahnya dengan wangian yang nampak warnanya namun samar wanginya, seperti warad dan yasmin” (Syarah Syifa’ul Alil, 6/48). Begitu juga yang disebutkan oleh al-Imam Badruddin al-`Aini rah: وإنما كان خير طيب النساء هو اللون دون الريح لأن اللون يجعل الزينة لهن وأما الريح فإنه إذا فاح منهن يتأتى منه فساد، ويخاف عليهن من الفتنة Adapun sebaik-baik wangian bagi wanita adalah pada warnanya dan bukan pada baunya kerana pada warna itu dijadikan perhiasan bagi mereka manakala bau sesungguhnya jika tersebar baunya (kuat sehingga dapat dihidu baunya) akan datang padanya kerosakan dan takut keatasnya tertimpa fitnah (Nukhabu al-Afkar fi Tanqih Mabani al-Akhbar 9/97). Dan seorang wanita juga boleh menggunakan minyak wangi di rumahnya, di depan suami dan juga para mahramnya selama tidak menimbulkan fitnah. Bahkan menggunakan wangian di depan suami termasuk perkara yang dianjurkan dalam syariat. Kerana itu adalah perkara yang membuat suami senang. Dan salah satu ciri wanita solehah, disebutkan oleh Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam: خيرُ نسائِكم من إذا نظر إليها زوجُها سرَّتْه “Sebaik-baik isteri kalian adalah jika jika suaminya memandangnya, si isteri membuat suaminya senang” (HR. Ibnu Majah no.1857, sahih). Rujukan Irsyad al-Fatwa no. 199 @hatimilikAllah

Larangan wanita memakai minyak wangi Nabi saw telah bersabda: أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina (HR. Abu Daud no. 4173, Nasa’ie no. 5126, hasan) Al-Imam al-Munawi rah. menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan hadith di atas adalah perempuan yang memakai minyak wangi yang terzahir dan kuat baunya kemudian keluar dari rumah lalu melewati satu kaum iaitu lelaki-lelaki ajanib dan memang itu tujuannya, maka perempuan itu adalah penzina dari sudut mendapatkan dosanya (Faidhul Qadir 3/147). Aasim rahimahullah menceritakan: أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ لَقِيَ امْرَأَةً مُتَطَيِّبَةً تُرِيدُ الْمَسْجِدَ فَقَالَ يَا أَمَةَ الْجَبَّارِ أَيْنَ تُرِيدِينَ قَالَتْ الْمَسْجِدَ قَالَ وَلَهُ تَطَيَّبْتِ قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَيُّمَا امْرَأَةٍ تَطَيَّبَتْ ثُمَّ خَرَجَتْ إِلَى الْمَسْجِدِ لَمْ تُقْبَلْ لَهَا صَلَاةٌ حَتَّى تَغْتَسِلَ "Bahawa Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu pernah terserempak dengan seorang wanita yang memakai minyak wangi dan hendak pergi ke masjid, maka dia pun bertanya: "Wahai hamba wanita Al Jabbar, kamu hendak pergi kemana?" Wanita itu menjawab: "Ke masjid". Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu kembali bertanya: "Untuk Allah juga engkau kenakan wewangian?" Wanita itu menjawab: “Ya". Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu membalas: "Sungguh, aku telah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Perempuan mana saja yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid, maka tidak akan diterima solatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu". (HR. Ibnu Majah no.4002, Baihaqi no.5244, Ibnu Khuzaimah no. 1682. Kata az Zahabi rahimahullah dalam Al Muhazzab 2/1068, salih). Kata Syeikh al-Albani rahimahullah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah no.1682: “Hasan, seluruh perawinya terpercaya, hanya saja sanadnya terputus. Walau demikian hadith ini memiliki penguat dari jalan lain. Berkata Syeikh al-Albani: ﻓﺈﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﺫﻟﻚ ﺣﺮﺍﻣﺎ ﻋﻠﻰ ﻣﺮﻳﺪﺓ ﺍﻟﻤﺴﺠﺪ ﻓﻤﺎﺫﺍ ﻳﻜﻮﻥ ﺍﻟﺤﻜﻢ ﻋﻠﻰ ﻣﺮﻳﺪﺓ ﺍﻟﺴﻮﻕ ﻭﺍﻷﺯﻗﺔ ﻭﺍﻟﺸﻮﺍﺭﻉ ؟ ﻻ ﺷﻚ ﺃﻧﻪ ﺃﺷﺪ ﺣﺮﻣﺔ ﻭﺃﻛﺒﺮ ﺇﺛﻤﺎ. ﻭﻗﺪ ﺫﻛﺮ ﺍﻟﻬﻴﺘﻤﻲ ﻓﻲ ( ﺍﻟﺰﻭﺍﺟﺮ ) (/2 37) ﺃﻥ ﺧﺮﻭﺝ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ﻣﻦ ﺑﻴﺘﻬﺎ ﻣﺘﻌﻄﺮﺓ ﻣﺘﺰﻳﻨﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﻜﺒﺎﺋﺮ ﻭﻟﻮ ﺃﺫﻥ ﻟﻬﺎ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻭ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﻋﺎﻣﺔ ﺗﺸﻤﻞ ﺟﻤﻴﻊ ﺍﻷﻭﻗﺎﺕ. [ﻣﺨﺘﺼﺮ ﻛﺘﺎﺏ ﺟﻠﺒﺎﺏ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ﺍﻟﻤﺴﻠمة. – ﺻﻔﺤﺔ (44)] "Jika hal itu adalah haram atas wanita yang ingin menuju masjid, maka apatah lagi hukumnya bagi wanita yang memakai wangian saat akan pergi ke pasar, tempat keraian/sesak atau jalan raya. Tidak diragukan lagi bahawa hal itu tentu lebih haram dan lebih besar dosanya. Dan sungguh Al-Haithami rahimahullah telah menyebutkan di dalam Az-Zawaajir 2/37, bahawa keluarnya seorang wanita dari rumahnya dengan keadaan memakai wangian dan sambil bersolek adalah termasuk dosa besar sekalipun ia melakukan itu atas seizin suaminya. Dan hadith-hadith ini adalah berlaku umum mencakupi seluruh waktu". (Mukhtashar Kitab Jilbabil Mar’atil Muslimah hal. 44) Bolehkah kita menjual wangian kepada wanita? Syeikh bin Baz rahimahullah saat ditanyakan persoalan ini sebagai berikut: إذا كنت تعلمين أن هؤلاء يفعلن ذلك لا تبيعين عليهن، إذا كنت تعلمين أنهن يطيبن في خروجهن في الأسواق فلا تفعلي؛ لأن الله يقول: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ [المائدة:2]، فإذا كنت تعلمين أن هذه المرأة التي تشتري منك العود أو غيره من الطيب تتبرج به في الأسواق أو عند الأجانب هذا لا يجوز؛ لأنك في هذه الحالة تعينينها على المعصية، "Jika anda (penjual) mengetahui bahawa mereka melakukan hal itu, maka jangan menjualnya kepada mereka.Jika anda mengetahui bahawa mereka (para wanita) memakai minyak wangi saat mereka keluar ke pasar maka sikap yang hati-hati adalah jangan lakukan hal (jual) itu." Kerana Allah Ta'ala berfirman: “Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kalian tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran“. (QS. Al Maidah: 2) Maka jika anda mengetahui bahawa wanita yang membeli al-'Ud (jenis minyak

Tolong kuat dengan dugaan ini, Kerana manis akan ada dipenghujungnya, Teruskan berdoa bersungguh-sungguh, Tetapkan hati untuk melakukan solat, Kekalkan jiwa untuk bersabar, Walau jauh perit yang dilalui oleh kamu, Ya memang mudah apabila mengatakannya, Namun begitu, Pasti ada ribuan bahagia untuk kamu tahu? -𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪 @HAWASHARE

Sakit sangat kan bila kau suka seseorang tu tapi tak tahu dia memang dijadikan sebagai peneman hidup kita yang sah atau tak. Berjodoh dengan dia ke tidak? Tapi dengar sini tau. Kalau memang dia yang terbaik untuk kau. Memang dia ditetapkan untuk kau. Memang tak mustahil. Itu semua kuasa Allah. Sekarang ni, kau hanya perlu berserah kepada Allah. Doa. Sebab hati manusia kita tak boleh ubah. Hanya Allah yang dapat ubah. Sebab tu pentingnya doa kita. Doa semoga Allah memberi yang terbaik untuk kita. Tawakal. Berhenti berharap pada dia. Tapi berharaplah hanya pada Allah. InsyaAllah moga kita semua terus tabah dan dipermudahkan urusan oleh Allah. Aamiin.❤ -𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪 @HAWASHARE