en
Feedback
𝓨𝙀π™ͺ𝙧𝙨𝙀π™ͺ𝓡 ”

𝓨𝙀π™ͺ𝙧𝙨𝙀π™ͺ𝓡 ”

Open in Telegram

when you're sad, find Him. ”

Show more
2 650
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Ketika hati rasa sakit. Cuba relate kehidupan kita dengan ingat disetiap kisah dan ujian Nabi. Bagaimana baginda di uji ? Bagaimana baginda hadap semuanya? Memang kita bukan Nabi. Tapi Nabi itu juga manusia seperti kita. Malah Nabi diberikan ujian yang lebih hebat dan berat daripada kita. Tapi semua tu Nabi sandarkan pada Allah. Jadi kita pun perlu sandarkan setiap apa yang kita rasa dan ada kepada Allah juga. Bersangka baik pada Allah. Semua ini pasti ada hikmah yang terselindung. πŸ₯

"Walaa taqrabuzzina" "Sibuk je nak cakap dan tegur aku yang bercouple. Kau tu bukan baik sangat" Pendakwah muda diluar sana saya pasti pernah dan selalu hadap orang yang bercouple namun menolak penyampaian kita bukan ? Kenape saya cakap pendakwah muda banyak hadap perkara gini ? Sebab majoriti yang bercouple adalah pada usia muda, usia darah muda ingat di mana kita hanya menyampaikan , kita hanya meneruskan dakwah Rasulullah saw . Kita menyampaikan bahawa setiap perkara yang membawa kepada zina adalah haram Apa perkara yang membawa zina ni ? Contoh yang boleh saya sertakan ialah : πŸ“ŒPandang pandang πŸ“Œ Jeling jeling πŸ“Œ Kirim Salam πŸ“Œ Keluar berdua πŸ“Œ tengok tengok gambar si pasangan bukan mahram πŸ“Œ dengar lagu cinta / jiwang sehingga terbayang bayang si bukan mahram πŸ“Œ Couple Apa patut saya buat untuk teruskan dakwah? πŸ“Œmenjelaskan hukum dengan jelas πŸ“Œjika tidak diterima , kita panjatkan doa setiap kali kita lihat couple berlaku didepan mata P/s : Bab Couple memang yang ramai org yang taknak terima hakikat, tapi kita jangan pernah give up sebab syaitan tak give up memusnahkan saudara kita Syaitan tak give up nak putuskan semangat kita yang nak sampaikan risalah. Pegang teguh pada jalan Allah dan serahkan segala urusan pada Allah Fisabilillah ❀️ @thedakwahnisa

TENTANG DOSA Dosa dalam Islam berpunca daripada 2 keadaan. Pertama, bila kita buat apa yang Allah larang. Kedua, bila kita tinggalkan apa yang Allah perintahkan. Andai kita buat salah satu daripada dua perkara ini, maka kita telah berdosa. Ada orang ingat, dia hanya dikira berdosa andai buat perkara yang Allah larang. Sebab itu, dia tak rasa bersalah bila tinggalkan perintah Allah. Dia tak berzina, tak minum arak, tak membunuh, tak menzalimi orang, tetapi tanpa sedar, dia menibggalkan solat, tak bayar zakat, tak tutup aurat dan sebagainya. Dia terlupa bahawa meninggalkan perintah Allah itu juga merupakan satu dosa. Ada jenis orang pula, perintah Allah dia buat. Solat, baca Al-Quran, bahkan siap hafal Al-Quran lagi. Tetapi, dalam masa yang sama dia berzina, curang dengan isteri, gay, dan macam-macam lagi. BEZA DOSA KECIL DAN DOSA BESAR Sebenarnya, ada banyak beza antara dosa kecil dan dosa besar ni. Jom kita sama-sama amati. Basically, ada 2 perbezaan. 1. Dosa kecil, Allah tak bagi amaran azab yang keras di akhirat dan tak dikenakan hukuman tertentu di dunia. Manakala dosa besar pula, Allah telah berikan amaran dan ancaman azab di akhirat, serta akan dikenakan hukuman dengan dunia seperti hudud, ta'zir dan qisas. 2. Dosa kecil tidak disyaratkan taubat untuk Allah ampunkan. Yang mana dosa kecil ni, Allab boleh ampunkan dengan kita menjauhi dosa besar, memperbanyakkan ibadah, zikir, puasa, istighfar, haji, dan sebagainya. Manakala, dosa besar pula, disyaratkan untuk bertaubat. Selagi tak bertaubat dan tinggalkan dosa tu, selagi itulah ianya tak diampuni. Tetapi, kita jangan rasa seronok pula buat dosa kecil atas alasan: "Ala, dosa kecik je pun..." Berterusan dengan dosa kecil hakikatnya adalah dosa besar. Berbangga dan tak rasa bersalahan dengan dosa kecil juga merupakan satu dosa besar. Meremehkan dosa kecil juga akan menjadi dosa tersebut menjadi besar. Kerana itu, jangan pernah anggap dosa itu remeh. Berapa ramai orang yang meremehkan dosa, akhirnya dosa yang diremehkan itu menjadi asbab dia masuk neraka. Nauzubillah Sumber: Buku Maksiat Akhir Zaman, Ustaz Adnin Roslan

Menyanyangi tak semestinya memiliki Memiliki tiada jaminan kekal bersama hingga syurga ilahi. Yang disimpul mati boleh terlerai. Yang digenggam boleh terlepas. Tak semua yang hadir itu mengajar erti bahagia. Boleh jadi hanya untuk mengajarmu bangkit setelah jatuh terluka. Jangan menaruh harap pada manusia kerana hatinya bukan milik mu juga bukan miliknya. Hatinya milik pencipta. Mintalah pada Yang Esa, Insya-Allah walau tidak ditakdirkan bersama, tetap kau akan mampu tersenyum bahagia. - iddin ramli

Kehidupan ini sulit. Namun pilihan kita yang memudahkannya. -mawar-

Kehidupan ini sulit. Namun pilihan kita yang memudahkannya. -mawar-

Maka secara singkatnya, kehidupan ini adalah : β€œTidak ada kesenangan yang sempurna ataupun kesedihan yang tiada hentinya.”

As usually, don't forget to recite almulk also forgive everyone else mistakes before going to sleep. Laela saedah!❀️ @thehenshin🌸

Jangan pandang rendah bila nampak orang buat keburukan, sebaliknya doakan. Kita semua ada sisi baik dan buruk. Mungkin yang kita lihat tu sisi buruk seseorang, sisi baik dia lain. Kita manusia, maka usah lagak sempurna. Baik dan buruk kita pun cuma Tuhan yang tahu.

VID_20200521_092513_110.mp44.04 KB

VID_283751001_020454_196.mp48.19 KB

VID_19890725_100124_189.mp43.69 KB

Cantik, Setiap manusia cantik dengan caranya sendiri. Walau pandangan manusia itu berbeza, tetap kamu indah begitu. Jangan pernah anggap kelebihan manusia lain sebagai kekurangan mu. Kerana tanpa kelebihan itu kamu tetap indah begitu. Kerana yang menghidupkan kamu adalah Yang Maha Indah. Mustahil Dia tidak mengindahkan manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan. Tak perlu kisah dengan pandangan manusia yang mata & hatinya bukan tercipta untuk diri mu. Kerana mata & hati dia yang tepat itu pasti melihat kamu sempurna & indah selalu. - Iddin Ramli -

BILA DOA PALING MAKBUL PADA HARI JUMAAT? Sedar atau tidak, sekejap saja dah memasuki hari Jumaat. Seperti yang kita tahu, hari Jumaat adalah sebaik-baik hari seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadith, β€œSebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim] Dan antara yang best pada hari Jumaat adalah, ada satu masa yang istimewa di mana pada waktu itu, Allah akan MEMAKBULKAN doa hambaNya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, β€œPada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari] Persoalannya, bilakah waktu itu? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, β€œSesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah SELEPAS ASAR." [Riwayat Ahmad] Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, β€œHari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu SELEPAS ASAR.” [Riwayat al-Nasa’ie] Jadi teman, manfaatkan waktu lepas asar hari ini dengan banyak berdoa. Moga Allah memakbulkan segala doa dan permintaan kita. Dan banyakkan berdoa meminta taufiq dan hidayah Allah. Moga Allah membimbing kita semua. Ameen.

My latest post in Instagram. Check it out❀️ Drop Ur comment okeyh😘

SharingofthedayπŸ’Œ How to love yourself❀️. 1) love yourself first! how to love yourself? Realiti kehidupan kita depends on how much we love and take care of us which is macam mana kita jaga diri kita. Adakah kita selalu memilih untuk menjadi bahagia atau Pemilik derita. Hidup ini pilihan, Sama ada nak bahagia atau derita. Your relationship with yourself is the most defining factor in shaping the kind of life you live. So, make a right choice. 2) how you treat yourself threat is something special that you just give yourself, like a reward, mcm buku ke, coklat ke which suitable with yoursoul❀️ treat yourself properly, Siapa lagi yang nak bahagiakan diri kita melainkan kita? 3) know yourself It's impossible to love yourself if you don't even know you are. Kenali diri kita, banyak mana tahap kemampuan diri kita. Kalau mampu, buat lebih, Kalau tak mampu buat Setakat mampu, Jangan paksa diri. Jangan biar diri terbeban. 4) Dont compare yourself to others Walaupun mereka Baik, jahat atau pun Serupa awak, there are just different. You have value just as you are and accepting yourself means there's no need for comparisons. 5) write down your successes. I love this self love activity because it creates a record of my accomplishments that we can re-read whenever we're feeling low. 6) surround yourself with people who treat you with kindness and respect. Hiasi hari ii anda dengan orang yang memberi semangat, positive Kepada anda. People who feel worthy surround themselves with positive people. So, gauli mereka. Andai membantu, Awak Jadilah orang yang positive dan Bantu mereka yang Masih tergapai untuk mencintai diri sendiri. The less you love yourself, listen to yourself and understand yourself, the more confused and frustrating your reality will be. So choose. ❀️ #kimisharing @zahirasofficial https://www.instagram.com/p/CIZ_0d1lZyN/?igshid=zb9lyac0o774

Layakkah ku jadi ummatnyaπŸ˜”