cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

AkuTegur.Com

Tarbiah ummah!

Show more
Advertising posts
345Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

1. Majlis Ulama ISMA merasa amat khuatir dan bimbang terhadap kesan keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan menyambung perbicaraan kes Iki Putra yang telah mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah pada 17 Ogos akan datang, jika pihak yang mencabar berkenaan diberikan kemenangan. 2. Ini membawa maksud pihak berkuasa negeri tidak boleh menggubal undang-undang jenayah syariah seperti kesalahan berjudi, minum arak , berzina dan lain-lain kerana undang-undang berkaitan jenayah dikatakan sebagai kuasa Persekutuan. Maka undang-undang jenayah syariah yang sedang terpakai sekarang adalah disifatkan tidak terpakai.. Jemput baca artikel ini pada pautan dibawah 👇 https://muis.org.my/2023/08/kes-iki-putra-sebagai-penentu-keabsahan-mahkamah-syariah-akan-datang-setiap-pihak-perlu-main-peranan/ -------------------------------------------- Ikuti telegram MUIS : https://t.me/kalamsalafussoleh FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0 #ikiputra #mahkamahsyariah #majlisulamaisma
Show all...
Al-Quran yang menyatukan kita Ya, itulah sepatutnya. Hari ini malangnya kita dipecahbelahkan dengan kefahaman kepartian melampau hingga kesatuan itu seolah-olah MESTI dibina dalam kerangka politik kepartian yang sifatnya sangat rencam, berubah-ubah, tidak stabil, dan sangat pragmatik. Apabila begitu jadilah umat ini ibarat buih-buih di lautan, dilihat ramai tetapi tidak memberi apa-apa makna melainkan hiburan yang sementara dan menipu berupa cantiknya buih-buih itu pada pandangan mata kasar. Apabila dasar-dasar yang disebut Al-Quran dijadikan sebagai ‘tapak kesepakatan’, maka umat Islam dengan berbagai rintangan dan cabaran, akan mampu bertahan. Al-Quran adalah panduan dalam kehidupan, baik dari sudut pembinaan diri, kepercayaan, pembinaan cara fikir yang seimbang, keluarga, hinggalah ke kefahaman politik dan pembinaan negara. Semuanya sudah disebut dengan jelas, apakah asas-asasnya. Adapun pendetailannya pula sudah dirangka oleh ulamak silam dalam karya-karya ulung mereka, dari sudut tabiat pentabiran dan kriteria-kriteria khalifah (atau ketua negara) badan eksekutif dan seumpamanya. Apabila kita mahu aplikasi fiqh politik Islam pada hari ini, ia harus diambil daripada kerangka yang telah dilukis oleh mereka, yang tentunya lebih faham dan arif mengenai roh syarak dan maqasidnya berbanding kita. Kita tidak perlu melukis dari kosong apakah dia kerangka politik pada hari ini. Kita perlu memahami kerangka politik yang digariskan mereka, kemudian kita fahami garis sempadannya, lalu melakar politik negara pada hari ini dengan kesesuaian setempat dan keadaan semasa. Atas sebab itu dalam melihat dan membaca politik Islam, kita takkan boleh lari daripada kerangka (bukan sistem) yang dilakar ulamak silam, kerana mereka hakikatnya sedang menterjemahkan kefahaman Al-Quran dan Sunnah serta syariat secara keseluruhannya dalam sebuah kerangka kenegaraan yang lengkap. Atau dengan kata yang lebih mudah, mereka sedang menyatukan umat Islam dalam kerangka Al-Quran. Wallahua’lam. - Ustazna Syamil Esa
Show all...
Perut kita ni 14 hari kosong pun masih hidup lagi tapi kalau hati kosong bermakna makin jauhlah dari pertolongan Allah. Kalau Allah dah jauh, satu apa pun takkan mendekat dan terus melekat. #KopiPasta
Show all...
[Coretan Buat Generasi Harapan] Alhamdulillah ujian dunia yang hanya perit seketika sudah pun berlalu, lantas keputusannya pun selesai dipertontonkan kepada kalian. Kini pula hanyalah sisa-sisa masa untuk kalian berdoa dan terus berusaha. Habisnya peperiksaan SPM dan ujian di atas kertas bukan-lah bermakna sudah tamat talian hayat kalian untuk teruskan belajar juga kehidupan. Akan tetapi ingat, jangan terlalu menjadikan natijah serta nilai keputusan yang telah disaksikan oleh masing-masing sebagai kayu ukur buat segala-galanya. Allah itu sifat-Nya Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Kalian perlulah beriman dan meyakini dengan baik akan kalam dan janji-Nya. "Sesiapa yang berusaha pasti dia yang berjaya" Buat waktu-waktu selepas ini,kalian-lah penentu atas jalan hidup masing-masing.Kalian-lah yang pilih dan memulakan corak jalan dan bahtera kehidupan. Susunlah agenda dengan perkara yang bermanfaat dan sebaiknya. Allah suka akan ummat-Nya yang beramal dengan (Itqan) tekun. Cakna lah di setiap sekeliling dan sudut harian agar tak tergelincir dengan musuh utama kita; Syaitan dan Iblis. Moga Allah jaga kalian dan mudahkan segala urusan kalian dengan sebaiknya. Insya allah. Wallahi Uhibbukum Fillah! #MumtazUntukUmmah #MembinaGenerasiHarapan https://telegram.me/AkuTegur
Show all...
Repost from Tarbiah Sentap
Beli tiket konsert yang harga sampai beribu, jawab netizen "Biarlah duit dia, takyah sibuk sangat." Betul. Tapi depan Allah tak boleh jawab gitu. 4 benda akan disoal- HARTA, UMUR, ILMU dan TUBUH BADAN bagaimana kamu gunakan? Atas dunia kita nak buat apa sesuka hati, buatlah, tapi ingat semuanya berasal dari Allah dan pinjaman dariNya, yang kelak pasti disoal. Sehelai baju yang tak dipakai pun akan dihisab, bagaimana pula dengan banyak lagi perkara lain yang besar? 🥺😭
Show all...
(Segera-lah Kepada Ketaatan!) ‎وَٱلَّذِینَ یُؤۡتُونَ مَاۤ ءَاتَوا۟ وَّقُلُوبُهُمۡ وَجِلَةٌ أَنَّهُمۡ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ رَ ٰ⁠جِعُونَ • Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; (Surah Al-Mu'minun, Ayat 60) - Setiap dari kita sudah pasti cita-citanya adalah untuk terus beribadah dan beramal dengan sebaiknya untuk mendapatkan ganjaran syurga kelak. Dan itulah antara sifat-sifat orang mukmin yang perlu kita semua kejar bersama demi menggapai redha-Nya. Pada ayat di atas, ulama' mufassirin menafsirkan bahawa adanya dari kalangan mereka-mereka yang beriman melakukan segala amal-amal kebaikan serta ibadah seperti solat, puasa dan amal yang lainnya, namun dalam benak hati mereka sangat takut. Mereka sangat takut dan khawatir, adakah amalan mereka yang dilakukan diterima Allah SWT atau tidak. Sedangkan mereka inilah yang bersungguh-sungguh dalam mengejar ketaatan dan redha-Nya. Di dalam sebuah hadis, Saidatina Aisyah pernah bertanyakan tentang ayat ini kepada Nabi SAW, adakah mereka ini meminum khamar atau mencuri? Dan Nabi SAW bersabda; ‎لاَ يَا بِنْتَ الصِّدِّيقِ وَلَكِنَّهُمُ الَّذِينَ يَصُومُونَ وَيُصَلُّونَ وَيَتَصَدَّقُونَ وَهُمْ يَخَافُونَ أَنْ لاَ يُقْبَلَ مِنْهُمْ أُولَئِكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِى الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ “Tidak wahai bint As-Siddiq (puteri Abu Bakr As-Siddiq). Akan tetapi, mereka itu rajin puasa, solat dan sedekah. Namun mereka khawatir amalan mereka tidak diterima. Mereka itu adalah orang-orang yang bersegera dan terdepan dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Tirmidzi) Ini jelaskan membuktikan mereka-mereka yang khawatir akan amalan tidak diterima bukanlah disebabkan amalan mereka yang rosak, tetapi jelas mereka ini sangat bersegera kepada ketaatan, bersegera untuk perbaiki amalan-amalan mereka. Terbukti pada firman Allah SWT pada ayat yang seterusnya; ‎أُو۟لَـٰۤىِٕكَ یُسَـٰرِعُونَ فِی ٱلۡخَیۡرَ ٰ⁠تِ وَهُمۡ لَهَا سَـٰبِقُونَ •Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. (Surah Al-Mu'minun, Ayat 61) - Di dalam tafsir Al-Munir menyebutkan tentang ayat di atas, "Mereka ini adalah orang-orang yang bersegera dalam melakukan ketaatan dan merasa bahagia apabila melakukannya sehinggakan mereka sentiasa terus bersemangat untuk terus beramal. Dan mereka inilah yang telah mendahalui dan mencapai tahapan yang lebih dari orang lain" Kalimah يسارعون (mereka bersegera) dan سابقون (mereka mendahului) menunjukkan bahawa mereka sangat memahami akan kekuatan dalam segara beramal bersama-sama demi redha-Nya. Dan kalau dilihat sepertinya mereka ini bersemangat dan bersegera dalam beramal seperti para salafussoleh terdahulu. Terdapat juga ciri-ciri mereka yang lainnya disebutkan pada ayat sebelumnya; 1. Takut dan bimbang akan murka Allah SWT, (ayat 57) 2. Sangat yakin dan beriman sepenuhnya dengan ayat-ayat Allah SWT, (ayat 58) 3. Sama sekali tidak menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, (ayat 59) Sudah terang lagi bersuluh sifat-sifat tersebut sudah mencapai pada maqam dan tahapan yang tertinggi. Dan ia sangat indah apabila kita semua mendapatkan sifat-sifat tersebut. Berdoalah agar kita semua mendapatkan istiqamah beramal seperti para siddiqin. Semoga Allah memberkati serta merahmati kita semua, Insya Allah.
Show all...
“Sesiapa yg agak cuai pada awal Ramadhan tetapi dia memperbaiki amalannya di akhir Ramadhan adalah lebih baik daripada mereka yang bersungguh sungguh pada awal Ramadhan tetapi agak cuai pada akhir Ramadhan “ . “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada yang akhir“ . ( HR Bukhari) —————— Akhir ramadhan ni, sama-sama usaha untuk pulun. Kalau boleh, cari mana-mana masjid, beruzlah seketika, minta pada Allah apa nak minta. Doa pada Allah apa nak doa. Minta ampun atas segala dosa. Taubat dan paksa diri untuk menangis. Minta agar masuk syurga dan di lepaskan dari neraka. Doa agar Allah terima segala amalan kita sepanjang ramadhan, dan ampunkan segala dosa dan kelemahan kita. Doa sungguh2 agar Allah terima segala amal kita walau penuh cacat cela. Doa juga untuk Allah selamatkan negara kita, dan selamatkan kita dari terseleweng. Doa sungguh2 agar Allah bantu dakwah kita, lemah dan hancurkan musuh, dan doa agar Allah jadikan kita ikhlas dan mati dalam Allah redha. Semoga Allah terima amalan kita semua.
Show all...
Repost from Tarbiah Sentap
Pengajaran: 1. Rasulullah meninggalkan pesanan penting agar “Jangan Marah” yang diulang jawapan yang sama apabila ditanya berulang oleh sahabat. Menunjukkan pesanan ini amat penting. 2. Marah adalah pokok berbagai kejahatan, dan menahan diri darinya adalah pokok segala kebaikan. 3. Marah akan menimbulkan perbuatan yang diharamkan seperti memukul, menyakiti orang, mengeluarkan perkataan-perkataan yang diharamkan seperti memfitnah, mencaci maki, berkata kotor dan berbagai bentuk kezaliman termasuk menceraikan isteri bahkan sampai mencederakan dan membunuh. 4. Imam Ahmad menafsirkan bahwa akhlak yang baik adalah dengan meninggalkan sifat marah. 5. Ibnu Mubarak apabila ditanya apakah himpunan akhlak yang baik yang terhimpun dalam satu kalimah!” Beliau menjawab, “Meninggalkan Marah.”
Show all...
Repost from Tarbiah Sentap
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: “Berilah aku wasiat?” baginda bersabda: “Janganlah kamu marah.” Laki-laki itu mengulangi pertanyaannya, baginda tetap menjawab: “Janganlah kamu marah.” (HR Bukhari No: 5651) Status: Sahih
Show all...