cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Hijrah Daie Misterii

Saling mengingatkan kerana atas nama Islam kita bersaudara .

Show more
Indonesia124 379The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
160
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?_ _Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_ _Mari kita baca jawapannya..._ ------------------------------------------------ _Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_ _*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_ _*Satu*_ _Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_ _👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_ _👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_ _*Dua*_ _Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._ _*Tiga*_ _Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._ _*Empat*_ _Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._ _*Lima*_ _Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._ _*Enam*_ _Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_ _1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_ _2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_ _3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_ _4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_ _5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_ _6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._ _7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_ _8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_ _9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_ _10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_ _11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._ _12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_ _13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_ _14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._ _15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._ _16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_ _17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._ _18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia._ _19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_ _20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_ _21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_ _22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._ _*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_
Show all...
BERKENDURI SETIAP HARI Memandu dalam panas terik,terasa haus dan teringat se kilometer lagi ada orang jual air tebu tepi jalan.Bila sampai saya memberhenti kereta dan memesan dua cup air tebu utk minum dlm kereta dan bawa balik ke rumah .Bila saya menghulur duit kpd penjual, dia yg biasa dg saya kerana selalu singgah beli air tebunya berkata,"Cikgu,hari ni dah ada orang bayar.Tadi ada seorang pembeli datang masa saya baru buka,dia serah duit Rm50 dan berpesan supaya guna duit tu sebagai bayaran kpd siapa saja yg singgah beli air tebu saya hingga habis duit tersebut.Katanya sedekahnya hari ini."Subhanallah. Saya nak ajak anda semua merenung sejenak beberapa iktibar dari insiden ini.Sipembeli yg meninggalkan duit untuk membayar minuman kpd siapa saja telah bersedekah seikhlasnya bila dia tidak mengetahui dan tidak mahu ambil tahu siapa yg menerima sedekahnya.Malah memberi minuman disebut nabi sebagai antara sedekah yg utama,apa lagi ketika mereka yg bermusafir dijalan kehausan,yg miskin yg mengayuh basikal.Malah mungkin juga yg kaya yg berkereta besar akan menerima air tebu ini sebagai sindiran dari Allah.Mungkin berbuat kenduri dirumah,kita masih terdetik sedikit rasa menunjuk,megah, ujub,tetapi cara ini walaupun kecil lebih "selamat" dari sifat yg merosak amal dalam memberi makan dan boleh dibuat tiap hari. Mudahnya nak berbuat baik, antara hendak dg tidak.Kenapa nak tunggu ada beratus atau beribu rm baru nak berkenduri,memberi jamuan makan, minum,sedangkan ada sedikit,buatlah sedikit.Memberi makan atau minum yg disebut dlm quran bukan mesti buat kenduri dirumah,bukan mesti ada baca tahlil.Disamping itu,kita dapat membantu peniaga kecil yg berusaha utk rezeki keluarganya. Sipenjual pula dalam insiden ini ternyata seorang peniaga yg amanah.Ingat pesan nabi peniaga yg jujur dan amanah akan nabi di syurga.Bukan mesti berniaga berjuta,bersifat amanah dan jujur baru masuk syurga.,amanah dan jujurlah ditahap manapun perniagaan kita meskipun sekedar perjual nasi lemak,insyaallah moga kita beroleh syurga.Penjual air tebu ini boleh terus melenyapkan wang yg diamanah kpdnya kerana tiada siapa yg tahu,tetapi dia tidak berbuat demikian.Peniaga yg beginilah yg patut kita beri sokongan,moga urus niaganya dg kita menjadi kebajikan.Moga lebih banyak peniaga yg demikian,kerana berniaga juga suatu sunnah dan menjadi amal soleh. Lihatlah bagaimana Allah memgatur rezeki untuk peniaga yg amanah ini dimana Rm50 adalah bersamaan 50 cawan air tebu yg mungkin telah sebahagian dari jualannya hari itu.Sesungguhnya yg menggerak hati untuk bersedekah adalah Allah dan Dia memilih hambanya yg amanah. Jadi jom kita menjadi insan yg amanah dan jujur dalam apa juga kerja yg kita buat,jom kita berbuat baik,bersedekah dg apa cara pun.Kreatiflah juga dlm memberi.Berhentilah dari memberi alasan tidak cukup duit,tidak ada masa nak berkenduri,tidak ada ruang utk bersedekah.Apa kata saya cadangkan suatu hari kita taja sedikit minuman dikantin sekolah yg tentunya ada anak yatim dan miskin yg turut mendapat minuman, menaja nasi lemak yg dijual oleh seseorang diawal pagi,menaja goreng pisang yg dijualawaktu petang dsbnya.Hakikatnya ia adalah kenduri,memberi makan seperti yg disuruh oleh nabi,yg boleh selalu dilakukan,yg tidak dibuat dirumah,lebih menyenangkan,tiada khemah,tiada jemputan,tiada sambutan tetapi ganjaran tidak berkurang berbanding berkenduri dirumah yg lebih banyak kerenah.Fikir-fikirkanlah,kalau tak setuju,berilah senyuman,kalau setuju,jom kita mulakan. Wallahu'alam.abdghaniharon
Show all...
Bila orang nasihatkan kau, kau cakap "kubur masing-masing". Tapi kau kena ingat padang mahsyar kita sama. Tuhan kita sama. Bumi kita sama. Dunia dan akhirat pon sama. Agama kita pon sama. Jadi, aku nak ajak kau buat amalan sama-sama supaya kita dapat masuk syurga sama-sama.
Show all...
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad.
Show all...
(1) Nikmat Islam dan Iman Demi Allah, inilah nikmat yang terbesar, d imana Allah menjadikan kita sebagai Muslim. Sufyan Ibnu Uyainah berkata, “Tidak ada satu nikmat pun dari Allah untuk hambaNya yang lebih utama, daripada diajarkannya kalimat tauhid .” @otakbercakap
Show all...
(3) Peringatan Peringatan adalah termasuk nikmat yang besar dan ini merupakan salah satu ketelitian Allah agar hamba-Nya tidak terlena. Tanpa kita duga terkadang ada seseorang yang datang meminta makanan atau sesuatu kepada kita, hikmahnya dengan perantaraan orang yang sedang kesusahan tersebut akan membuat kita ingat terhadap nikmat yang diberikan Allah @otakbercakap
Show all...
(4) Terbukanya Pintu Taubat Adalah nikmat yang sangat besar dari Allah sekiranya terbukanya pintu taubat kepada kita, walau sebanyak manapun dosa dan kemaksiatan kita. Selagi nafas belum sampai di halkum dan selagi matahari belum terbit dari barat, maka pintu taubat sentiasa terbuka. @otakbercakap
Show all...
(6) Nikmat Harta (Makan Minum dan Pakaian) Aisyah r.a. berkata, “Tidaklah seorang hamba yang meminum air sejuk, lalu masuk ke dalam perut dengan lancar tanpa ada gangguan dan keluarnya juga dengan lancar, kecuali wajib baginya bersyukur” @otakbercakap
Show all...
(2) Penangguhan Azab (balasan) Ke atas Dosa Dan DiTutupnya Dosa Kita. Ini juga merupakan nikmat yang sangat besar, kerana jika setiap kali kita melakukan dosa lalu Allah Terus membalasnya, maka tentu seluruh alam ini akan binasa. Akan tetapi Allah memberikan kesempatan kepada kita untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Firman Allah, ﻭَﺃَﺳْﺒَﻎَ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻧِﻌَﻤَﻪُ ﻇَﺎﻫِﺮَﺓً ﻭَﺑَﺎﻃِﻨَﺔً “Dan (Dia) menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin” (Luqman: 20). Berkata Muqatil, “Adapun (nikmat) yang lahir (nampak) adalah Islam, sedangkan yang batin adalah ditutupnya kemaksiatan yang dilakukan kalian.” @otakbercakap
Show all...
(5) Kesihatan, Kesejahteraan Dan Keselamatan Anggota Badan Salman al-Farisi mencerikan tentang seorang yang diberi harta melimpah lalu kenikmatan tersebut dicabut, sehingga dia jatuh miskin namun orang tersebut masih memuji Allah. Maka ada seorang bertanya, “aku tidak tahu, atas alasan apa engkau masih memuji Allah? Dia menjawab, “Aku memujiNya atas sesuatu yang andainya aku diberi seluruh yang diberikan kepada manusia, maka aku tidak mahu menukarnya”. Orang itu bertanya, “Apakah benda itu?” Dia menjawab, “Apakah engkau tidak memperhatikan kesejahteraan penglihatanmu, lisanmu, kedua tangan dan kakimu?” @otakbercakap
Show all...
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.