8 105
Subscribers
-524 hours
-217 days
-5430 days
Posts Archive
8 105
Saya dalam fasa bersiap sedia tinggalkan dunia socmed.
Hadam betul-betul ilmu BSD.
t.me/BelajarSavingDuit
8 105
BAGAIMANA NAK SAVING 100K?
Caranya....
1. Wajib ada income.
2. Kalau ada pelbagai income lagi baguihhh. Contoh, income dari kerja tetap + partime. Yeaaa belajarlah buat income partime. Income partime tu bukan untuk joli joli. Income partime tu untuk dimasukkan ke tabung saving.
3. Belajar kurangkan perbelanjaan. Inilah benda paling sukarrrr ya ampun. Sebab? Sebab selera kita, nafesu shopping kita besauuuuu yakmat. Kita biasanya KALAH dengan diri sendiri. Uishhhh.
4. Kesilapan ramai orang, mereka berbelanja ikut suka hati. Selagi ada duit, berbelanja jer. Kalau gaji 4K, dia akan guna sepuasnya 4K tu.
5. Kena displinkan diri tahan nefesu nak beli itu ini. Ini part paling susah !!! Kalau anda LULUS bab tahan-tahan nefesu membeli ini, insyaAllah SAVING 100K akan tercapai satu hari nanti.
6. Tangguhkan niat nak beli itu ini. Belajar tangguhkan 1-2 minggu atau 1-2 bulan. Pastu extend lagi tangguh, tangguh lagi sampai hilang selera membeli. Tangguh ! Tangguh sampai kau terlupa.
7. Jangan layan sangat sales sana sini. Kebanyakkan kita terrrr terrrrbeli masa promo sales padahal barang tu taklah penting sangat pun. Contoh paling mudah, kita beli baju & kasut semasa sales. Padahal dalam almari tu dan banyak sangat baju (baju tak terpakai, baju sesekali pakai, baju dah boring pakai, baju yang pakai sekali jer). Ehhh π
8. Perlulah ada BUKU KIRA-KIRA, nak catit duit kuar masuk, duit simpanan dll. Nak catit apa?
Catitlah-
Duit rumah
Duit kereta
Duit bil
Duit mak ayah
Duit hutang itu ini
Duit petrol & tol
Duit dapur
Duit sekolah anak
Duit data internet, astrok
Duit untuk saving
Dah catit tu, cuba slash atau potong apa yang tak penting !! Boleh tak item yang kita potong tu dimasukkan ke tabung saving??
Contoh:
Potong astrok- jimat RM90
Potong rokok- jimat RM130
Potong pasar malam- jimat RM40
Potong shopping- selamat RM150
Ewahhh banyaknya boleh potong.
So jumlah yang boleh diselamatkan dalam sebulan adalah RM410. Makkk oiiiii.
RM410 x 12 bulan = JIMAT RM4920
Tambah sikit lagi RM80 dah ada 5K saving.
Magik sungguhhhhh. πβοΈ
4 tahun repeat jimat sebegini, dah ada 20K untuk deposit beli rumah.
9. Perlulah ada AIM tinggi.
Contoh:-
Nak ada SAVING 100K dalam 10 tahun.
Nak ada SAVING 100K dalam 5tahun.
Nak ada SAVING 100K dalam 2 tahun.
Bila dah ada AIM sebegini, kira pula sebulan kena ada berapa saving. Haaa barulah nampak jelas duit nak kena simpan berapa.
10. Boleh masuk KELAS SAVING FMN dan belajar macam mana nak saving 100K. Yuran murah limaploh hinggit jer.
#Nota
Harap uols belajar sesuatu.
Cikgu sekarang dah malassss menulis konten kat FB ni. Dah 7 tahun menulis, rasa macam.... rasa nak berkebun pegang tanah baja benih pokok. Hahaha.
π
CIKGU JUNE MELUR
GURU BISNES SINCE 2014
NAK BELAJAR SAVING?
Klik sini https://t.me/BelajarSavingDuit
π
#KelasSaving100K
#FormulaMakNgah
#EbookFMN
8 105
Nak tanya pasal buku copywriting, buku facebook marketing & buku close sale??
Klik sini ππ
https://t.me/RahsiaBisnesOnlineCJ/530
8 105
Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon berlindung kepada Mu dari rasa DUKACITA & KELUH KESAH.
Dan aku mohon berlindung dengan Mu daripada LEMAH & SIFAT MALAS.
Dan aku mohon berlindung dengan Mu daripada rasa PENAKUT & KEBAKHILAN.
Dan aku mohon berlindung dengan Mu daripada BEBAN HUTANG & MANUSIA YANG MENGUASAI DIRI KU.
8 105
Setiap kali melihat makhluk Allah yang kaya & bijak, didik mata hati untuk terus melihat AlGhoni (Maha Kaya) AlWahhab (Maha Pemberi) AlHakim (Maha Bijaksana)
8 105
PORTAL KELAS BISNES ONLINE
(PERCUMA UNTUK SEMUA)
ββββββββββ
Dear sahabat tersayang...
Dalam BSD ni saya malas nak jawap soalan bisnes. Dah ngajar 7 tahun, saya pun dah tepu takde mood nak fikir pasal bisnes. Lagipun saya dah pencen mengajar ilmu bisnes. π
Namun, saya ada PORTAL khas untuk sesiapa yg nak belajar ilmu bisnes. Portal ini PERCUMA, daftar sendiri & belajar sendiri yea.
Jika anda nak dengar cikgu memetir 7 skala ritcher sampai gegar jantung merah anda tu, maka jemputlah melangkah masuk KELAS ONLINE PERCUMA di PORTAL KRATIFFA yea.
Klik sini tawwww
PERCUMA jerrrr wak
π» π» π»
https://www.portal.kratiffa.com/
#SilaShareKatKawanKawan
πΈ Cikgu June Melur
Guru Bisnes 2014-2020
https://t.me/junemohdsom
8 105
Ilmu dari cikgu sy share dengan adik beradik.
Kakak saya dah susun semula loan rumah dan loan peribadi.
Alhamdulillah dia dapat JIMAT RM1K tiap2 bulan dari bayar loan. βΊοΈπΈ
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Kongsilah ILMU BSD kepada adik-beradik anda, kawan-kawan agar kita semua boleh baiki kesilapan dalam kewangan.
#KeluarSistem
#TutupHutang
8 105
RJB ROADMAP JUTAWAN BISNES
RJB ni memang ilmu khas utk orang bisnes- misi saving 50% dr income bisnes & pencen awal dengan KPI saving, gold & property (rumah & tanah) juta-juta & belajar buat passive income.
Ada yang bertanya tentang KELAS RJB. Saya dah stop kelas ni lama. π€
Lagipun
Dah lama saya tak buat revision silibus RJB.
Saya sebenarnya dah STOP buat kelas. Memang dah pencen.
Saya buka BSD ini sebagai KHIDMAT kpd masyarakat sebab sy tak leh hidup tenang tutup mata tenguk orang kita terbabas hidup dengan hutang keliling pinggang.
Selagi larat.
Saya bebel dan bebel di BSD ni.
t.me/BelajarSavingDuit
ππ΅
8 105
Ada orang dah berjaya SAVING RM100 sehari.
Ini adalah orang bisnes yang duit masyuk tiap hari.
Kalau dulu, duit masyuk, asyik beli itu ini, reward diri, belanja anak makan sedap-sedap, layan shopee, mereka kuatkan semangat & sekat hawa nafesu dan DISPLINKAN SAVING.
Saving RM100 sehari.
Sebulan = Saving RM3,000
Setahun = Saving RM36,000
10 tahun = Saving RM360,000
πππππ
BELAJAR SAVING DUIT
t.me/belajarsavingduit
8 105
Ini anak murid bisnes saya. 2018, saya ada buat reunion alumni dan kongsikan beberapa tips urus duit bisnes.
Alhamdulillah.
Dalam setahun jer, anak murid ni akaun ASB penuh iaitu ada 200K.
Tapi ini geng bisnes.
Saya bg mereka KPI yg tinggi utk cash saving, gold saving & property.
Untuk kalian, mungkin tak perlu kejar sampai ASB penuh.
Cukuplah untuk permulaan ni, ada cash saving 20K-50K. Boleh lah nanti sponsor anak-anak sambung belajar diploma/degree.
InsyaAllah.
βοΈπ
TELEGRAM BSD
t.me/BelajarSavingDuit
8 105
Ramai betul bertanya pasal ASB LOAN.
Dulu sy malas nak komen sbb nanti ejen ASB LOAN & kuncu-kuncunya hentam saya. ππ€£
Tapi... bila dah 2 tahun ASB Loan tak balik modal sgt, maka barulah saya berani bersuara.
Lgpun Geng BSD dah pandai saving sendiri tanpa bantuan LOAN. ππͺ
Prinsip yang sy ajar dalam BSD - tak payah buat LOAN ASB !!
π Boleh menyimpan dalam ASB, tapi bukan dgn cara ambil hutang ASB LOAN.
π Nak menyimpan dalam ASB, adjust kewangan sendiri supaya boleh menyimpan banyak dlm ASB (bacalah nota-nota dlm BSD ni sendiri).
π Saya nak didik kalian TIDAK BERGANTUNG pada SISTEM BANK !!
βοΈ Kalian semua org hebat !
βοΈ Kalian mampu control kewangan sendiri !!
βοΈ Kalian tidak perlukan bantuan ASB LOAN untuk ada cash saving.
Anyway.
Tiada paksaan ye.
Rasa sesuai selesa, folo cara yg saya ajar.
Rasa eerrr errr sy lemah tak boleh control saya kena menyimpan dgn cara berhutang jugak, then teruskan lah berhutang.
πͺπͺ
https://t.me/belajarsavingduit
#KeluarSistem
#BunuhBudayaBerhutang
8 105
Soalan: Saya nak belajar langsaikan hutang jahat
Jawapan: Ok baca jer semua nota-nota dalam Telegram BSD. InsyaAllah dapat idea & ilham apa nak buat untuk langsaikan semua hutang.
Telegram BSD π
t.me/BelajarSavingDuit
ππ
