cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Nur Iman

The Best dawah is your manners, the Best naseeha is your example 💫💪💞

Show more
Indonesia99 729The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
223
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

As Salaam. Sekadar renungan yg perlu di beratkan ... C&p Jazakallah buat penulisnya ... _RENUNGAN YANG BERCERMIN PADA KEJADIAN MUSIBAH LION AIR:_ Pesawat Lion Air JT 610 jatuh bbrapa hari lalu, berita terakhir, 189 orang dalam pesawat tiada seorang pun yang terselamat. Kalau sudah takdir tidak dapat di ubah. Barisan panjang di kaunter check-in Lion Air pagi itu biasa saja, normal, ada yang perlahan , ada yang bergegas mengikuti alur barisan check-in. Tiada seorangpun menyedari bawa barisan yg sedang mereka lakukan adalah barisan menuju kematian. Tiada seorang pun faham bahawa barisan mereka seolah-olah Malaikat Maut sedang mengatur calon yang dalam beberapa minit kemudian akan di cabut nyawanya. Tiada seorangpun sedar bawa boarding pass yang telah mereka pegang adalah tiket menuju kematian. Kerana itu rahsia Allah. Tentu kalau mereka sedar bahawa itu barisan menuju kematian, mereka akan bergegas mundur ... Dalam barisan tersebut ada Peguam, ahli perniagaan, Anggota DPRD , Pejabat daerah/pusat dll, semua melangkah menuju kematian. Adakah keraguan PADA diri mereka ...? mungkin tidak, seolah pasrah akan menghadap ILLAHI. Mereka pun tidak tahu apa yg akan terjadi setelah 13 minit di udara. Tidak dapat kita bayangkan, mungkin jerit, tangis, takbir menggelora di dalam tabung raksaksa yang berisikan manusia tersebut, ketika pesawat itu akan jatuh dan meledak, berkeping keping yang juga menghancurkan semua yang ada didalamnya. Itulah Takdir ... yang tidak bolih di tolak, kita tidak tahu bila MAUT itu akan menjemput kita. Kita hanya dapat bersiap diri menghadap ILLAHI , menyiapkan bekal akhirat sebanyak mungkin melalui ibadah sesuai tuntutan Agama. Mari kita saling mengingatkan, sambung silaturahim, jauhi rasa dengki, iri hati, angkuh dan sombong apa lagi yang sifatnya sesat. Kita semua pada dasarnya juga sedang menunggu barisan seperti penumpang check-in pesawat Lion yang jatuh tersebut. Kita tidak tahu bila , siapa dan dimana yang lebih dulu masuk dan menerima boarding pass menuju kematian. Yg kita tahu saat ini bahwa kita masih diberikan kesempatan hidup, termasuk anda yg membaca tulisan ini. Semoga setiap ada musibah semakin memotivasikan kita, mendekatkan diri pd ALLAH dan hidup kita semakin barokah dunia akhirat ... Aamiin
Show all...
ADA 8 JENIS REZEKI DARI ALLAH 1.Rezeki Yang Telah Dijamin. ‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ "Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6). 2. Rezeki Kerana Usaha. ‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى "Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya." (Surah An-Najm : 39). 3. Rezeki Kerana Bersyukur. ‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ "Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu." (Surah Ibrahim : 7). 4. Rezeki Tak Terduga. ‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ "Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (Surah At-Thalaq : 2-3). 5. Rezeki Kerana Istighfar. ‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا "Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” (Surah Nuh : 10-11). 6. Rezeki Kerana Menikah. ‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ "Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nur : 32). 7. Rezeki Kerana Anak. ‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ "Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa' : 31). 8. Rezeki Kerana Sedekah ‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 245). Sebarkan. Mudah-mudahan ada rezeki yang baik untuk kita.. _____________________
Show all...
Amaran:- post panjang Saya seorang guru. 6 tahun pertama, saya ditempatkan di sekolah yg murid2nya terpilih. Murid yg belum pun saya sempat membuka mulut, telahpun mengangkat tangan sambil bertanya 'Teacher what are we going to learn today?' Murid yg sangat fokus dengan pelajaran. Kelas yang sangat senyap sehinggakan kita tertanya2 guru manakah yg bijak mengawal kelas? Tetapi bila dihampiri rupa2nya tiada guru di dalam kelas. Yang ada hanyalah murid2 yang tekun menyiapkan kerja rumah ataupun mengulangkaji. 6 tahun pertama tiada satu pun murid saya yang gagal. Keputusan SPM untuk matapelajaran saya sentiasa 100%. Tahun ke 7, saya berpindah negeri. Maka sekolah pun bertukar. Perkara pertama yang pengetua baru saya ucapkan sewaktu saya melapor diri ialah 'welcome to *. Unlike your previous school we cannot choose our students. Here we accept the good, the bad and the ugly.' Dan di sini, saya mengajar murid yg berbeza aras kepandaian. Yang pandai tersangat pandai. Dan yang lemah tersangat lemah. Ujian Satu dan itulah pertama kali ada murid saya yang gagal. Dan saya message kawan saya memaklumkan ada murid saya yang gagal dan dia membalas 'welcome to the real world.' Saya akur bukan semua murid boleh cemerlang dalam akademik. Kini saya di sekolah yang ketiga. Sekolah Band 5. 17 tahun sebagai cikgu dan baru2 ini berlaku peristiwa yang betul2 memberikan pengajaran kepada saya. Di sekolah ini ramai murid yang bekerja. Kebanyakkan bukanlah murid yg susah cuma mereka bekerja untuk mencari duit tambahan untuk tujuan membeli handphone/ top up handphone/ membayar duit minyak motor dan bergaya. Dan saya selaku cikgu yang mengajar murid di kelas yang paling pandai dan juga kelas paling hujung haruslah mempunyai harapan agar semua murid saya lulus. Sebagai seorang manusia tipulah jika saya mengatakan saya tidak sakit hati setelah berulang kali mengajar murid masih tidak faham. Masih gagal. Seolah2 mereka tidak peduli dengan SPM. SAYA SAJA YANG BERIA-RIA. Namun setelah berkenalan dengan dua murid istimewa ini saya sedar dikala saya beria2 mahukan murid2 saya lulus matapelajaran saya, dikala saya tidak berpuas hati melihat mereka menghantar kertas kosong semasa peperiksaan, dikala saya merasakan mereka ini tidak peduli, MURID-MURID INI CUMA MAHU MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP SAHAJA. Murid pertama seorang murid perempuan yang saya ajar semasa tingkatan 4&5. Pada kebanyakkan masa dia akan tidur. Setiap kali ujian & peperiksaan hanya kertas kosong dengan nama yg tertulis sahaja yang dihantar. Suatu hari disebabkan terlalu geram saya bertanya 'you buat apa di rumah? asyik tidur saja? you masak kah? buat keje rumah kah? Dia tidak menjawab,sebaliknya rakannya yang menjawab 'ya la cikgu. Dia aaa balik rumah aaa SEMUAAA dia kena buat? Rupa2nya maknya telah lari meninggalkan dia bersama bapa semasa dia berumur 12 tahun. Dia tinggal dengan bapa dan atuk neneknya. Semua urusan kerja rumah dilakukan oleh dia. Selalu juga dia dimarahi. Jadi mulai hari itu saya faham. Sekolah ialah satu ESCAPISM buatnya. Berada di sekolah bermakna dia dapat berehat. Dapat lari buat seketika dari tugas2 yang memenatkan. Dia tidak pernah membawa duit belanja. Setiap hari dia berkongsi makanan kawan2nya. Ini dimaklumkan oleh kawan2 nya dan saya juga selalu perhatikan dia semasa rehat. Memang kawannya itu membawa bekal yg banyak. Adakah dia lulus matapelajaran saya sewaktu spm tahun lepas? YA dia lulus. Dari murid yang menghantar kertas kosong tanpa jawapan akhirnya dia dapat D. lulus bermakna ada cubaan menjawab semasa periksa. I know I'm in her good book because before SPM she came to me and ask for a hug. 'cikgu....minta peluk ar' Murid kedua ialah murid saya tahun ini. Murid Lelaki Tingkatan 5. Kelas paling hujung. Dia bekerja mengikut lori menghantar stok air botol ke kedai2 dan memasang khemah. Saya pun bertanya 'itu duit you buat apa? ( sambil di dalam otak saya telah pun membuat keputusan terlebih dahulu dengan menyangka duit gaji dihabiskan dengan sia2). Namun jangkaan saya meleset bila dimaklumkan duit diserahkan kepada nenek untuk menampung ke
Show all...
perluan harian. Rupanya rumah mereka itu dihuni seramai 14 orang yang terdiri dari 4 generasi. (moyangnya baru saja meninggal minggu lepas. the mom was a teenage mom dan bapanya?) Pada hari dia bekerja dia akan balik selewat 2 pagi dan masih datang ke sekolah setiap hari sambil menahan mengantuknya. Adakalanya dia ke sekolah tidak membawa duit belanja maupun bekal. Pernah satu hari dia mengadu. 'beras suda abis. saya mau makan pun kena marah. kasi itu budak kicik2 makan dulu' Pada hari saya mengetahui kisahnya, saya menangis semahu2nya memikirkan betapa saya mementingkan diri sendiri. Saya sebagai seorang guru CUMA memikirkan murid ini sebagai seorang penyumbang statistik kegagalan matapelajaran saya. (Bahkan penyumbang statistik gagal peratus lulus sekolah) Murid yang saya tidak faham kenapa perlu hadir ke sekolah jika lemah dalam semua matapelajaran? It was so selfish of me to assume when i didnt even know about his life and what he has gone through. Saya sangat fokus tentang budak yang akan gagal matapelajaran saya tanpa memikirkan bahawa dia hanya cuba melalui hari-harinya dengan sebaik mungkin. Dia seorang ahli keluarga yg baik. Juga anak murid yang baik. Jadi kenapa lah saya tidak fokus kepada kelebihannya ini? Jadi saya memberitahunya 'cikgu tak taula apa nak ajar kamu supaya kamu lulus SPM. jadi cikgu akan ajar kamu benda2 asas supaya boleh bantu kamu dalam hidup nanti. Setiap kali saya masuk ke kelas2 yang lemah inilah perkara yang saya selalu sebutkan. 'Cikgu faham bukan semua orang boleh cemerlang dalam akademik. Tapi kita kena ingat Tuhan itu adil. Kalau kamu baik, dengar cakap ibu bapa, senangkan hati cikgu2 kami semua akan doakan yang baik2 untuk kamu. Kamu mungkin tidak pandai belajar tapi nanti mungkin kamu dapat pasangan yang baik, anak2 yang baik, bos yang baik, semua yang baik2 lah. JADI CIKGU2 YANG SUSAH HATI JIKA MERASAKAN KITA SAHAJA YANG BERIA-RIA, SEMASA PEPERIKSAAN, KETAHUILAH DI SAAT KITA MERASAKAN LULUS PEPERIKSAAN DAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN TERBAIK ITU ADALAH SEGALA-GALANYA, ADA DI ANTARA ANAK MURID KITA SEDANG BERGELUT UNTUK MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP. DAN LULUS PEPERIKSAAN DAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN BUKANLAH SEGALA2NYA BAGI MEREKA INI KERANA ADA PERKARA LEBIH PENTING UNTUK DIUTAMAKAN. DOAKAN ANAK MURID KITA BERJAYA DENGAN CARA MASING2. pstttt:- Murid yg kedua telah pun diberikan bantuan setelah dimaklumkan. Pengalaman saya dengan mereka ini, jika murid itu betul2 susah seboleh2nya mereka tidak mahu berkongsi masalah mereka. Mungkin malu. Ataupun demi menjaga air muka. Dua orang murid ini jika diberikan duit belanja ataupun makanan mereka mmg akan menolak. Setelah dipujuk berkali2 barulah mereka setuju terima. Tahniah sebab berjaya habiskan bacaan :)
Show all...
Bidang 50 Rm20 each excl postage Bidang 60 Rm25 each excl postage
Show all...
Boleh pm @ainakhaliqah k! I'll be waitingg!
Show all...
Hai gaissss, minat bawal chiffon tak? Tengok nii bawal Byfatinhaura dah restockkk! Material dia memang best tau! Admin sendiri pun jatuh chenta 😝 Harga dia pun berpatutan, mai grab ramai-ii!!
Show all...
sticker.webp0.47 KB
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.