cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

Diari Psikologi ๐ŸŽญ

Apaยฒ yg ada di channel ini hanyalah utk pengetahuan tambahan saja~~ #psikologi no longer active~ lets enjoy our life and live at your own life to its fullest!๐Ÿ˜

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
625Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Pertanyaan Di Padang Mahsyar ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุจูŽุฑู’ุฒูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุณู’ู„ูŽู…ููŠู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽุง ุชูŽุฒููˆู„ู ู‚ูŽุฏูŽู…ูŽุง ุนูŽุจู’ุฏู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูุณู’ุฃูŽู„ูŽ ุนูŽู†ู’ ุนูู…ูุฑูู‡ู ูููŠู…ูŽุง ุฃูŽูู’ู†ูŽุงู‡ู ูˆูŽุนูŽู†ู’ ุนูู„ู’ู…ูู‡ู ูููŠู…ูŽ ููŽุนูŽู„ูŽ ูˆูŽุนูŽู†ู’ ู…ูŽุงู„ูู‡ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ุงูƒู’ุชูŽุณูŽุจูŽู‡ู ูˆูŽูููŠู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ููŽู‚ูŽู‡ู ูˆูŽุนูŽู†ู’ ุฌูุณู’ู…ูู‡ู ูููŠู…ูŽ ุฃูŽุจู’ู„ูŽุงู‡ Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannyaโ€ HR Tirmizi No: 2341 Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup 2. Setiap kita akan ditanya tentang umur, kemana dihabiskan dan dimanfatkan? 3. Akan ditanya tentang ilmu yang dimiliki. Adakah ilmu yang dimiliki bermanfaat? Adakah ilmu tersebut diamalkan? Adakah ilmu disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan? 4. Setiap harta yang diperoleh akan ditanya, adakah diperolehi dengan cara yang halal atau sebaliknya?. Setiap sen yang di belanjakan juga akan ditanya kemana dan bagaimana diurus? 5. Pada tubuh badan kita juga akan ditanya. Seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki, kemana telah digunakan semasa di dunia? Berusahalah setiap masa untuk muhasabah apa yang kita milik sama ada umur, ilmu, harta dan seluruh anggota tubuh badan. Moga ia menjadi aset dan deposit amal soleh di akhirat nanti. Negara Rahmah Ummah Sejahtera #SemarakUkhuwahMemacuPerubahan #MalaysiaMenujuNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 26hb Januari 2021 13hb Jamadil Akhir 1442H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
Show all...
Senarai istilah / perkataan daripada cabang Psikologi yang kita banyak salah guna tanpa tahu maksud sebenar istilah itu. ๐Ÿ˜ฑ Berhenti salahgunakan istilah-istilah ini, please. 1. Sadis ๐Ÿฉธ Contoh, โ€œSadis betul aku tengok kawan aku sorang ni makan sorang-sorang.โ€ Ramai nak maksudkan โ€œmenyedihkanโ€, โ€œkasihanโ€ dll. Tapi sadis kata asal ialah Sadist, Iaitu seseorang yang dapat keseronokan/nikmat/pleasure dengan menyaksikan kesakitan/penderitaan orang lain. 2. OCD ๐Ÿ› โ€œTolong susun kasut semua tu ikut warna ya. Aku OCD sikit bab-bab ni.โ€ OCD ialah sejenis penyakit mental. Jangan tertukar dengan personaliti perfectionist. Everyone has a bit of wanted to see perfection in something. But not everyone has OCD. Itโ€™s a mental disorder. 3. Depress โ˜•๏ธ โ€œBaca berita sekarang boleh buat rasa depress!โ€ Asalnya, depress ialah sejenis status emosi seperti sedih, marah, gembira dll. Tapi zaman sekarang kita perlu sensitif dengan isu Depressive Disorder, sejenis kecelaruan mental. So elakkan guna depress sesenang hati. 4. Introvert ๐Ÿ‘ค โ€œKo tak payah nak introvert sangat, malu nak sembang.โ€ Introvert ialah sejenis personaliti, bukan kata kerja. Elakkan guna istilah tu untuk merujuk tak nak bercakap, tak pandai bergaul dll. Orang introvert pun ada geng dia sendiri yang dia akan banyak cakap. 5. Meroyan ๐Ÿคฐ๐Ÿผ โ€œHabis meroyan aku tengok kawan semua dah kahwin.โ€ Nak gambarkan situasi kempunan kesedihan tak dapat kahwin. NO! Jangan main-main! Meroyan ialah Postpartum Depression, sejenis kecelaruan mental lepas seseorang ibu bersalin, sebab faktor hormon berubah mendadak. 6. Mental ๐Ÿง  โ€œDia dah start mental dah tu.โ€ Merujuk kepada โ€œgilaโ€, โ€œmasalah psikiatriโ€ dll. Penyalahgunaan istilah ini bukan di Malaysia je, malah orang putih pun. Mental secara asalnya tak bawa maksud apa pun. Macam kita sebut roh, jasad, emosi dll. 7. Psiko ๐Ÿ™‚ โ€œBelajar Psikologi? Mesti pandai Psiko orang.โ€ Satu lagi istilah yang aku benci ๐Ÿ˜“ Merujuk kepada - pandai baca dan kawal pemikiran orang. Sedangkan istilah ini, asalnya daripada โ€œPsycheโ€ iaitu Soul. Psychology = Study of Soul Psycho pula macam nak cakap Psychopath. ๐Ÿ˜ˆ 8. Hyperactive ๐Ÿ™‡๐Ÿผโ€โ™‚ โ€œAnak kau hyperaktif betul kan?โ€ Aktif dengan hyperactive, LAIN. Hyperactive ini dah tahap ADHD, iaitu dia TAK MAMPU untuk duduk diam. Bukan Tak Mahu. Aktif budak, normal. Hyperactive ini, masalah perkembangan (neurodevelopmental disorder) @psychopathisyou
Show all...
Diari Imaginasi Si Psiko ๐ŸŽญ

Obsessive Compulsive Disorder (OCD)๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฆ Solusi Islam untuk OCD (was-was) Apa itu OCD?๐Ÿค” Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau gangguan obsesif kompulsif adalah kelainan psikologis yang mempengaruhi pikiran dan perilaku penderitanya. Begitu seseorang memiliki OCD, pikiran dan rasa takut yang tidak diinginkan akan muncul secara terus menerus, menyebabkan penderita terobsesi pada sesuatu dan melakukan tindakan tertentu secara berulang-ulang sebagai respon terhadap ketakutannya. Misalnya, mengecek berulang kali apakah mereka telah mengunci pintu atau belum. Penderita OCD mungkin dapat mengabaikan pikiran itu, namun hal tersebut hanya akan membuat mereka merasa cemas dan tertekan sehingga akhirnya mereka harus melakukan sesuatu untuk melepas tekanan tersebut. Apakah anda sering menghabiskan banyak waktu untuk berwudhu? atau anda sering lupa -sudah berapa rakaat- saat mengerjakan shalat? atau anda sering merasa berada dalam kondisi berhadas? nah, ini adalah solusi Islam untuk masalah anda, berupa pedoman komprehensifโ€ฆ

Perkara yang melemahkan dan merosakkan minda ๐Ÿž Antara perkara-perkara yang boleh melemahkan dan merosakkan otak dan minda kita. Elakkannya.. 1.Tidak mengambil sarapan pagi ๐Ÿ” Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. 2.Terlebih makan ๐Ÿคข Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus. 3.Merokok ๐Ÿšฌ Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. 4.Mengambil Gula Berlebihan ๐Ÿน Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat. 5.Menghidu Udara Yang Tercemar ๐ŸŒซ Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak. 6.Tidur Yang Berlebihan ๐Ÿ˜ด Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. 7. Tidur Dengan Menutup Muka ๐Ÿ™ˆ Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen. 8.Kurang Berimaginasi ๐ŸŒˆ Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. 9.Jarang Berfikir โ˜๏ธ Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita. 10.Tidak Membaca Al-Quran ๐Ÿ“– Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal. 11.Menonton / melihat gambar atau video prono ๐Ÿคค Kajian dan penelitian terbaru menunjukkan, menonton filem porno dapat mematikan bahagian otak yang memproses rangsangan visual. Setidaknya, hal ini terjadi pada wanita. Demikian hasil studi yang dikeluarkan dari University of Groningen Medical Centre di Belanda yang meneliti hal tersebut. 12.Hidu Gam ๐Ÿ•ฏ Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Selain itu ia juga akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, hilang kewarasan fikiran keseimbangan badan, dan mengalami kekeliruan serta kemurungan. 13.Minum Arak ๐Ÿท Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya. Pengambilan 2 hingga 3 gelas alkohol dalam masa sejam sudah mencukupi bagi menjadikan seseorang tidak stabil. Dalam jangka masa panjang ia boleh merosakkan otak selama-lamanya. #TitianIlmu @DiariSiPsiko
Show all...
Amalan Menguatkan Daya Ingatan ๐Ÿ’ฅ ๐ŸOTAK amat penting kerana semua aktiviti dalam badan dikawal oleh organ itu. Otak yang sihat penentu kepada kesempurnaan fungsi organ dan anggota badan lain. โ˜๏ธAkan tetapi, ramai antara kita tidak menyedari terdapat amalan seharian yang kurang bermanfaat kepada tubuh turut memberi kesan sampingan terhadap tumbesaran dan fungsi otak. ๐Ÿ”Amalan- amalan tersebut melibatkan aspek pemakanan, kecergasan badan, pemikiran dan pembentukan hormon dalam badan. Jika amalan kehidupan seharian kita lemah, maka otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik. ๐Ÿ˜ฑLebih mengejutkan, ada antara golongan muda pada masa kini menjadi pelupa dan mudah mengalami masalah lemah berfikir. ๐Ÿค”Namun, masalah-masalah ini bukanlah penyakit yang tidak dapat diubati. Dengan panduan cara hidup yang sihat di sampingpemakanan bermanfaat, otak kita bukan sahaja boleh kembali berfungsi dengan baik malah kekuatannya dapat dilipat gandakan. ๐Ÿ‘‡Berikut adalah beberapa amalan gaya hidup dan pemakanan sihat yang membantu menguatkan memori serta daya berfikir seseorang. Sarapan ๐Ÿœ ๐Ÿ•Sarapan penting bagi memastikan otak mampu berfungsi dengan baik. Individu yang tidak bersarapan akan mengakibatkan kurang kandungan gula dalam darah yang mana penting untuk membekalkan nutrien ke otak. Jangan merokok โŒ ๐Ÿ’จAsap rokok mengandungi bahan beracun yang merosakkan sel-sel otak. Selain melemahkan pengaliran darah ke otak, asap rokok juga membawa kepada penyakit berbahaya seperti kanser. Tidur mencukupi ๐ŸŒŒ ๐ŸˆOtak yang sihat dan cergas terhasil daripada rehat serta tidur yang mencukupi. Namun, elakkan daripada tidur berlebihan kerana amalan itu boleh mengakibatkan otak seseorang menjadi lemah dan kurang aktif. Vitamin E dan B12 ๐Ÿฅ ๐Ÿฅ•Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan B12 seperti badam, sayur bayam, susu, telur dan banyak lagi. Vitamin-vitamin tersebut amat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak danpada masa sama menguatkan daya ingatan. Amalan membaca ๐Ÿ“š ๐Ÿ“Amalan membaca sememangnya terbukti dalam meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran. Ini kerana apabila kita membaca, pelbagai informasi akan diserap dan membuatkan otak lebih berfikir serta berimaginasi. Hirup udara bersih ๐Ÿƒ ๐ŸŒฟOksigen merupakan sumber penting untuk memastikan otak dapat berfungsi dengan baik. Udara segar membantu meningkatkan kecerdasan otak dan memperbaiki sel-sel otak yang rosak. #TitianIlmu @DiariSiPsiko
Show all...
For your information, akhi sha dah lama meninggal. Doakan dia ya. My first admin in this channel. Channel ni dulunya channel islamik tapi lama-kelamaan bertukar menjadi channel yg membahas tentang psikologi dan akh sha yg banyak update tentang psikologi. Bermula dari channel ni, i meet a lot of people. Yang tak nampak di dunia realiti tapi menyerlah di dunia maya. Yang tersembunyi, yg misteri yg psiko. for legend yg dah lama join channel ni. Sorry for my bad in past. Membebel kalah pompuan haha. Channel ni penuh dengan memori and i will never delete it. 8 November 2016
Show all...
Ku hamparkan tilam dan tidur berdengkur. Mengingati kisah lama, Aksara muzik mula menjelma, Mengingati setiap kenangan dalam bentuk mimpi. Setiap kenangan, gelak tawa di pertontonkan. Setiap bibit-bibit kenangan yang timbul, Membuat diriku tak berhenti-henti bercakap, Setiap dari mereka menconteng setiap kenangan. Aku juga ingin menconteng kenangan itu, tetapi aku tidak mempunyai marker pen. Lalu aku hanya memerhati saja whiteboard kelas diconteng. Aku ketiduran sebentar dan terbangun dalam kegelapan. Ku sangka bekalan elektrik terputus tetapi sebenarnya syaitan memainkanku. @DiariSiPsiko
Show all...
BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุฏูŽุนูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ู‡ูุฏู‹ู‰ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฃูŽุฌู’ุฑู ู…ูุซู’ู„ู ุฃูุฌููˆุฑู ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุจูุนูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูุฌููˆุฑูู‡ูู…ู’ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฏูŽุนูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุถูŽู„ูŽุงู„ูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฅูุซู’ู…ู ู…ูุซู’ู„ู ุขุซูŽุงู…ู ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุจูุนูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุขุซูŽุงู…ูู‡ูู…ู’ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru. 2. Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. 3. Seorang guru akan sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara. 4. Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar, dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu. 5. Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan. 6. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya. Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita melalui pelbagai medium termasuk menggunakan media sosial seperti FB, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Jadilah kita guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain, bukan sebaliknya. SELAMAT HARI GURU al-faqir dr ajmain
Show all...
Sin Addiction Ramai dari remaja melakukan dosa yang berterusan sehingga dosa itu menjadi satu ketagihan bagi mereka seperti merokok, dadah, watching pornograpic, etcc...๐Ÿ˜ฒ Bagaimana cara untuk menghindar dari melakukan dosa tu?๐Ÿคญ Caranya adalah berusaha, berusaha sedaya upaya untuk tidak terjatuh dalam kegelapan lagi. 1. Jangan kerap duduk di satu tempat. ๐ŸŠ Jangan duduk di satu tempat di mana tempat tu kita terbiasa buat dosa. Jika berada di tempat yg selalu kita buat dosa. Lama kelamaan, fikiran akan terfikir juga untuk melakukan dosa yg diketagihkan. Kerap beralih tempat. 2. Jangan bersendirian ๐Ÿ‡ Being alone is a joke for you. Jika selalu bersendirian dan ditambah pulak tidak kerap beralih tempat. Peluang untuk melakukan dosa yg diketagihkan menjadi lebih tinggi. Cuba untuk duduk di tempat public. Jika tak suka public, duduk di tempat yg senang dilihat orang. Manusia kan pemalu sifatnya. Dengan manusia malu nak buat dosa, dengan Tuhan tak malu pulak ๐Ÿ’๐Ÿผโ€โ™‚ 3. Mengurangi dari melakukan sedikit demi sedikit. ๐ŸŽ Jika suka buat dosa tu setiap hari, latih diri untuk tak lakukan selama 3 hari, selepas tu seminggu. Seterusnya katakan pada diri untuk tidak lakukan selama seminggu, sebulan dan seterusnya sampai tak buat langsung. Untuk lebih mudah guna cara 40 hari, Berikan ganjaran pada diri jika tak lakukan selama beberapa hari. Jika masih lakukan ulang balik dari 40 hari sebagai denda. ๐Ÿคฃ 4. Ubah habit harian ๐Ÿ“– Mengubah habit harian dapat mengurangkan risiko dari melakukan sesuatu yang tidak diingini. Elakkan dari duduk di tempat yang anda selalu lakukan perkara buruk untuk mengelakkan otak memikirkan sesuatu yang diketagihkan. Try manipulating your brain a bit. Mana mungkin individu yang mengalami sins addiction terus berubah dengan tidak melakukan sama sekali? Usaha untuk hilangkan ketagihan itu sedikit demi sedikit. @DiariSiPsiko
Show all...
Hyperlexia ๐Ÿ”ก Hyperlexia atau hypernumeric adalah sindrom di mana kanak-kanak begitu obses dengan perkataan dan nombor. Kanak-kanak yang memiliki sindrom ini gemar membaca dan memiliki kemampuan pandai membaca melebihi rakan sebayanya ๐Ÿ˜ณ Hyper bermaksud lebih baik daripada dan lexia (ฮปฮตฮพฮฏฮฑ) bermaksud bacaan. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini memiliki kemampuan membaca yang luar biasa daripada yang dijangkakan. Namun begitu, kemahiran komunikasi mereka kurang dari kanak-kanak yang normal. Hyperlexia boleh dikatakan satu keupayaan membaca yang luar biasa tanpa kemahiran bahasa dan komunikasi. ๐Ÿšซ Kebalikan daripada masalah ini adalah dyslexia. ๐Ÿฅฌ #gifted #syndrome @DiariSiPsiko
Show all...
Diari Imaginasi Si Psiko ๐ŸŽญ

Memahami Kanak-Kanak Dyslexia 1.0 Kali ini, kita sentuh mengenai Dyslexia pula. Ianya ialah satu penyakit neurologikal seseorang yang tiada kemampuan untuk membaca. (Bukan tak pandai membaca, sebab itu boleh belajar. Tetapi ini memang tak boleh) Bunyi nya macam ringkas, tetapi bayangkan ini. 1. Seseorang itu tidak mampu membaca tulisan 2. Secara automatik dia juga tak dapat meletakkan makna pada tulisan itu (contohnya, baca Nasi, kita bayangkan sesuatu makanan berwarna putih dalam pinggan). Pesakit Dyslexia tiada kemampuan ini. 3. Lalu membawa kepada mereka tidak mampu untuk menterjemahkan seasas-asas perkara dalam seharian, sedangkan kanak-kanak lain mampu lakukannya semudah ABC. (malah, definisi 'semudah ABC' untuk mereka tidak apply, kerana ABC ialah satu perkara susah untuk mereka) Cabaran untuk mereka ialah mereka perlukan cara pembelajaran khas. Dan apabila keperluan ini tidak difahami, motivasi mereka untuk terus berusaha akan mula hilang. Fahami mereka. Beri sokongan. Mereka juga manusia. #psโ€ฆ

Sindrom Riley-Day/Sindrom Smith-Magenis ๐Ÿฅญ ๐Ÿ‘‰Satu penyakit disebabkan mutasi genetik yang jarang berlaku di mana sesorang itu tidak merasa deria sakit. Pengidap tidak merasakan apa-apa walaupun tulangnya patah atau badannya cedera. ๐Ÿ’ข Kerana tidak dapat merasakan sakit, pengidap tidak menyedari bahawa dia berada dalam kesakitan kerana tidak merasakan simptom yang dialami. Oleh itu, semakin lama dibiarkan tanpa dirawat, penyakitnya menjadi lebih teruk dan boleh membawa maut. ๐Ÿ˜ฑ #mutasi @DiariSiPsiko
Show all...