cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Ust Hj Omar Kassim

Show more
Advertising posts
341Subscribers
No data24 hours
-17 days
-430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Repost from Ismaweb.net
Kesatuan Mahasiswa UM kecam kecuaian universiti undang profesor pro-Israel Gesa beri respons, pengurusan tertinggi UM diminta bertanggungjawab KUALA LUMPUR, 16 Syawal 1445H, Selasa - Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam kecuaian pihak UM menjemput ahli akademik dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley bagi memberi syarahan di universiti terkemuka itu. Dalam kenyataan hari ini, KMUM menegaskan, pengurusan tertinggi Universiti Malaya juga perlu bertanggungjawab dalam menjelaskan pendirian dan memberi respons terhadap isu yang berlaku ini dengan kadar segera. "KMUM yakin dengan langkah tersebut mampu untuk meredakan serta menjawab segala isu dan persepsi yang sedang bingit di dalam negara," katanya. Terdahulu, tular di laman X seorang penceramah warga asing dipercayai menyebarkan naratif pro-Israel dalam ceramahnya di UM. Profesor sains politik dari Amerika Syarikat itu menerima kecaman ramai selepas ucapan beliau menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai penyebar kebencian terhadap Yahudi. Mengulas perkara itu, KMUM dengan pendirian utuh, jelas dan tegas mengecam sekeras-kerasanya kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor tersebut. "Kenyataannya merupakan satu perkara yang telah mencetuskan fenomena dalam kalangan mahasiswa, malah membangkitkan kemarahan ramai pihak terutamanya KMUM. "Malahan, kebebasan berakademik tidak salah, akan tetapi apabila syarahan tersebut dijadikan ruang untuk menyebarkan dakyah Zionis. "Kecuaian yang disengajakan pihak UM menjemput ahli akademik tersebut yang mempunyai rekod kontroversi lampau tidak boleh dijadikan alasan lagi,” katanya. Pada masa sama, KMUM menegaskan, pihaknya juga menuntut pihak Pentadbiran Tertinggi Universiti Malaya supaya melibatkan KMUM sepenuhnya dalam apa-apa program yang dianjurkan di semua peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berada di Universiti Malaya. "Setiap program perlu mendapat kelulusan dari Presiden KMUM atau sekurang-kurangnya jawatankuasa tertinggi Kabinet KMUM. "Ini bagi memastikan perkara yang menganggu gugat sensitiviti serta mengundang kemarahan rakyat Malaysia tidak berulang lagi terutama berpunca dari platform Varsiti Tercinta,” katanya. Selain itu, KMUM sekali lagi ingin menyatakan pendiriannya dengan menyokong sebarang agenda dalam memperjuangkan isu Palestin samada di dalam mahupun luar negara. "KMUM juga memohon agar semua mahasiswa Universiti Malaya tidak memburuk-burukkan keadaan dengan menyebarkan spekulasi yang tidak benar. “KMUM akan terus menyokong dan mendoakan semua rakyat asal Palestin agar terus tabah dan cekal dalam memperjuangkan tanah Palestin yang dicintai ini. 'From The River to The Sea, Palestine Will Be Free'," katanya. ---------------- Ikuti berita terkini di saluran Telegram: https://t.me/ismaweb
Show all...
Repost from Ismaweb.net
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan semua program dan aktiviti yang dijadualkan dihadiri seorang penceramah asing dipercayai pro-Zionis di Universiti Malaya (UM) dibatalkan segera. Beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius tindakan penceramah itu yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Beliau berkata UM telah diminta untuk menyiasat dan melaporkan segera butiran lanjut berkaitan perkara tersebut. Ikuti berita terkini https://t.me/ismaweb
Show all...
Arrests made to pro-Palestinian supporters across USA universities https://www.bbc.com/news/world-us-canada-68893185
Show all...
House speaker Mike Johnson heckled by protesters in tense campus visit

While the Speaker visited Columbia, police confronted Pro-Palestinian protesters at campuses in Texas and California.

New York Times memetik Polis USC: Mana-mana pelajar penunjuk perasaan yang ditemui di kampus berisiko digantung atau dibuang kerja. Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin
Show all...
Pendatang haram Israel menyekat trak Jordan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Show all...
Repost from Ismaweb.net
Kerajaan tak patut derhaka jika benar ada titah adendum Jangan cuba pertikai, ragu kuasa Agong beri pengampunan BANGI, 13 Syawal 1445H, Isnin - Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pihak jangan cuba mempertikai atau menimbulkan keraguan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dalam memberi pengampunan. Beliau menjelaskan, Lembaga Pengampunan diwujudkan untuk memberi nasihat dan pandangan, namun Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja boleh memutuskan atau menitahkan perkenan dalam atau selepas mesyuarat. Annuar berkata, hak itu tidak harus dipertikaikan kerana sejak dahulu Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa memberi pengampunan selaras Perkara 42(1) Perlembagaan negara. "Pengalaman saya sebagai anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, kami amat memahami dan menghormati kedudukan tersebut. "Sekiranya benar adanya titah adendum itu, kerajaan tidak harus menderhakainya tanpa penjelasan yang meyakinkan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata demikian dipercayai merujuk isu titah adendum supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tempoh pemenjaraan di rumah. Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Kemudian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib. Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri berkenaan menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah. Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu. Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan enggan terbabit dalam perbincangan berkaitan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkenaan. Katanya, pendirian kerajaan mengenai semua urusan berkaitan Majlis Raja-Raja tidak boleh dicabar adalah kekal sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. "Semua pihak perlu menerima kenyataan berkenaan perkara itu dan terus memberi tumpuan bagi menjamin keamanan serta memperkukuh kestabilan politik dan membangunkan negara. "Sebab ini saya enggan ulas (mengenai titah adendum) selain menyatakan ini prinsip kerajaan sejak merdeka," katanya. Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb
Show all...
Repost from TV Pertiwi Official
Berdasarkan laporan Al Jazeera Plus, taktik pembunuhan baru rejim haram Isr4el yang terkini adalah mengumpan rakyat P4lestin dengan menggunakan suara bayi, wanita yang menangis yang dimainkan menerusi Quadcopter dron. Quadcopter dron milik tentera Isr4el yang diterbangkan di sekitar Kem Nuseirat, Tengah Gaza dikatakan memainkan suara-suara wanita dan kanak-kanak yang menjerit, menangis bagai diseksa. Rakyat P4lestin yang mendekati suara berkenaan bakal ditembak secara terus lantas terbunuh akibat dron berkenaan. Saksi turut menyatakan, suara-suara tangisan, pengeboman dan letupan turut dimainkan bagi menghalau rakyat Pal4stin keluar daripada kem pelarian Nuseirat berkenaan. Sumber: IG Al Jazeera Plus Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official: https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
Show all...
Repost from Ismaweb.net
Serangan Iran ke atas Israel: Apa agaknya respon saudara Palestin? 1. SEMALAM saya berhari raya bersama beberapa rakan warga Palestin. Beberapa perkara diperbualkan, di antaranya adalah apakah pandangan mereka terhadap serangan Iran terhadap Israel. Soalan ini penting kerana yang menjadi keutamaan kita adalah masa depan Palestin. Iran dan Israel nak bergaduh sesama mereka, hanya penting kepada kita jika ada kesannya kepada Palestin. 2. Secara umum, mereka merasa gembira dengan serangan tersebut dan perkembangan yang berlaku sekarang. Sebelum saya kongsikan sudut pandang mereka ini, suka saya nyatakan bahawa warga Palestin khususnya Hamas amat memahami tabiat dan agenda Syiah. Pengalaman perit yang berlaku di Iraq, Syria dan Yaman adalah pengalaman berdarah yang menjadi noktah penting dalam mereka berinteraksi dengan Iran dan sekutunya. Ada batas dan garis merah yang mereka letakkan dalam interaksi dua hala tersebut. 3. Satu yang jelas bagi Palestin adalah apa-apa juga serangan terhadap Israel khususnya jika serangan bersenjata, ianya akan memberi sedikit kelegaan kepada Palestin. Kerana serangan itu akan menjadikan Israel terganggu, tertekan dan menyukarkan mereka untuk terus membantai Palestin. Serangan Houthi Yaman di Laut Merah memberi sedkit kelegaan. Begitu juga serangan Hizbullah dan yang terbaru serang Iran ke atas Israel. Kegembiraan ini adalah kerana ia meringankan tekanan terhadap Palestin. Ianya sudah tentu bukan kegembiraan kerana 'hero telah datang' kerana warga Palestin tidak sesekali pernah meletakkan nasib dan masa depan mereka kepada Iran. 4. Perkembangan yang berlaku ini juga sebenarnya sudah mula mengalihkan corak peperangan. Kalau sebelum ini peperangan adalah antara Israel dan Palestin (khususnya Gaza), kini sudah mula ada tanda-tanda bahawa peperangan ini akan keluar dari lingkungan itu dan mula merebak ke negara berhampiran. Ini bermakna Israel tidak hanya akan berhadapan dengan mujahidin Palestin sebaliknya kemungkinan akan berhadapan dengan negara-negara lain serentak. Ini adalah suatu yang cuba dielakkan oleh Israel tetapi mereka terjebak dalam suasana ini kerana silap perhitungan mereka ketika menyerang pejabat konsulat Iran di Syria. Mereka tidak menyangka serangan kali ini akan mencabar maruah Iran, tidak seperti serangan-serangan lain sebelum ini yang tidak mendapat tindak balas Iran. 5. Perkembangan lain adalah negara-negara jiran khususnya Jordan dan Mesir kemungkinan akan mengubah polisi mereka. Ini kerana sekarang bukan sahaja Palestin tidak selamat, sebaliknya negara-negara jiran juga sudah mula berasa tidak selamat. Ini mungkin akan menimbulkan tekanan dari rakyat agar pemimpin negara tersebut mengambil satu tindakan pro aktif dalam isu perang Israel-Palestin. Jika tidak, masa depan negara mereka juga akan terjejas. Pemimpin negara Arab amat faham tindak balas rakyat ini boleh membawa kepada implikasi yang pelbagai. Paling teruk yang pernah mereka tanggung adalah apa yang berlaku pada tahun 2011 dalam peristiwa Arab Spring. 6. Kita mengikuti perkembangan ini terus dan kita doakan moga apa juga yang berlaku akan membawa kepada pembebasan Palestin. Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Show all...
👆👆👆 Tak pasti anda sudah membaca tulisan Shaun King ini sebelum ini. Saya sudah membaca kali kedua, sungguh pandai dia menulis. Biasanya kita yang telah sedia Muslim tak begitu menghargai keindahan Islam yang kita miliki. Moga kita sentiasa berusaha menjadi muslim yang lebih baik khusua selepas Ramadhan tahun ini. Salam 6 Syawal 1445H. 🌙✨✨
Show all...
Islam is practices and habits that you demonstrate day in and day out. I am so honored to be a Muslim. I now fully understand why it's the fastest growing religion in the world. If you have read all of these words, and aren't a Muslim, I invite you to join me. And if you are already a Muslim, thank you for welcoming me into the family. Several of you said something to me that touched my heart - you said, "Shaun, you might have lost 6 million followers on Instagram, but now you've gained nearly 2 billion sisters and brothers all over the world." I truly believe that. Love you all, Shaun King
Show all...