en
Feedback
MyCARE 🇲🇾

MyCARE 🇲🇾

Open in Telegram

MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara. mycare.org.my donate.mycare.org.my https://linktr.ee/mycarehq

Show more
4 884
Subscribers
-224 hours
-117 days
-3730 days
Posts Archive
Menurut laporan rasmi OCHA pada tahun 2026, seramai 2.15 juta penduduk Gaza kini terjerumus dalam krisis makanan yang merunci
Menurut laporan rasmi OCHA pada tahun 2026, seramai 2.15 juta penduduk Gaza kini terjerumus dalam krisis makanan yang meruncing. Ketiadaan bekalan mentah memaksa sebahagian besar keluarga bertahan dengan hanya satu hidangan ala kadar sehari. Menyedari penderitaan yang semakin meruncing ini, MyCARE memperhebat pengagihan pek bakul makanan dan sajian makanan panas. Inisiatif ini digerakkan di bawah projek Bina Semula Gaza bagi membekalkan nutrisi harian kepada keluarga fakir miskin. Setiap bungkusan makanan yang dihantar menjadi penyambung nyawa penting buat bayi serta warga emas yang kian lesu.
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan." [Surah Al-Insan: 8]
Penyaluran hidangan berkhasiat secara konsisten ini kekal menjadi keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan di Gaza. Semoga setiap kebaikan anda menjadi asbab terhapusnya kelaparan serta mengembalikan senyuman di wajah mereka. Jom bantu di: https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin #MyCARE #BinaSemulaGaza #BakulMakanan #MakananPanas #KrisisMakananGaza #GazaRelief #BantuanKemanusiaan

Menurut rekod Pihak Berkuasa Air Palestin, lebih 97% sumber air di Semenanjung Gaza tidak lagi selamat untuk diminum. Krisis bekalan yang lumpuh ini memaksa ribuan keluarga pelarian bergantung kepada air tidak bersih yang mengancam nyawa. Mendepani situasi genting tersebut, MyCARE menggerakkan inisiatif agihan air minuman bersih sepanjang 1 Ogos hingga 27 Ogos 2026. Sebanyak 270,000 liter air bertapis diagihkan menggunakan lori tangki ke kem pelarian yang terpinggir daripada capaian bantuan. Usaha bernilai USD 7,500 ini berjaya menyantuni seramai 24,300 mangsa, khususnya anak yatim dan warga emas. Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang sedekah yang paling utama: "Memberi air minum." (Riwayat Abu Daud). Agihan air bersih berterusan ini kekal menjadi keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan di Gaza. Kami menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih kepada para penyumbang yang terus setia membela nasib rakyat Palestin. Moga setiap titisan ihsan anda menghapuskan derita dahaga mereka serta menjadi pahala jariah yang mengalir tanpa henti. Jom bantu di: https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin #MyCARE #WaterForGaza #AirUntukGaza #GazaCity #BantuanKecemasan #InfaqAir #SolidaritiPalestin

Bersama Membina Gaza di MRT 4.0 Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat para Nabi dan kiblat pertama umat Islam serta salah satu masjid yang sangat digalakkan untuk diziarahi dan menunaikan solat di dalamnya.  Malangnya sejak penguasaan rejim zionis ke atas Baitul Maqdis, kesucian Masjid al-Aqsa sering dicemari. Pelbagai usaha dilakukan oleh rejim untuk menafikan hak umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa.  Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Maimunah ra, pembantu baginda SAW: "Wahai Rasulullah, berilah fatwa kepada kami tentang Baitul Maqdis. Baginda SAW bersabda: "Datangilah ia dan solatlah di dalamnya. Maimunah berkata: "Bagaimana (untuk datang dan solat) dengan keadaan Rom berada di dalamnya? Baginda SAW bersabda: "Jika kamu tidak mampu (untuk pergi ke Baitul Maqdis) kirimlah minyak ke sana untuk dinyalakan lampu-lampunya." (Riwayat As-Sakhawi) Maka, ia menjadi menjadi kewajipan setiap orang Islam mengambil cakna dan membantu Palestin semampu mungkin. Antaranya termasuklah memastikan umat Islam di Palestin terus didamping dan perjuangan mereka membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman rejim Zionis disokong. Kempen RM5 untuk Palestin adalah inisitif untuk menyokong usaha MyCARE menyalurkan bantuan makanan, air bersih, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi kepada rakyat Palestin di Gaza. Serendah RM5, insyaAllah semua mampu menyumbang. Yang penting bukan saiznya, tapi ikhtiar yang kita mulakan. Allah SWT takkan ubah nasib kita selagi kita sendiri tidak lakukan perubahan. Kita merancang. Allah yang tentukan. Jadi, apa tunggu lagi? Jom menyumbang dan jangan lupa kongsikan kepada orang lain supaya semua dapat bersama-sama membina semula Gaza. Sumbangan boleh diberikan melalui QR Code atau pautan berikut: ▶️ https://donate.mycare.org.my/default?single_campaign=1&campaign_id=349 "Nurturing Humanity, Making a Difference." #rebuildgaza #binasemulagaza #mycare #humanitarian #kemanusiaan

Anak Gaza yang membesar di Malaysia🇲🇾 12 tahun menetap di Malaysia, namun hati dan jiwa Iyad tidak pernah meninggalkan Gaza. Setiap hari, ingatan dan doanya sentiasa mengiringi perjuangan saudara-mara di tanah air tercinta. Hasratnya cuma satu — kembali berbakti di bumi Gaza suatu hari nanti. Buat masa ini, Iyad Alyazouri mengambil peranan sebagai 'suara' mereka melalui platform MyCARE. Beliau berkongsi realiti, ketabahan, dan iktibar agar isu Gaza sentiasa bernyawa di hati kita. Mari bersama-sama hadir ke Majlis Hi-Tea Kemanusiaan Terengganu untuk mendengar sendiri kisah suka duka dan harapan daripada anak muda Gaza ini. 🗓 Tarikh: 19 September 2026 ⏰ Masa: 2.00 p.m - 6.00 p.m 📍Lokasi: Raia Hotel & Convention Center Terengganu ▶️Pakej Sumbangan 🟠 Pakej Baitul Maqdis RM500 / kerusi RM5,000 / meja 🟢 Pakej Gaza RM250 / kerusi RM2,500 / meja 🔵 Pakej Tebing Barat RM100 / kerusi RM1,000 / meja Semua hasil jualan kerusi dan meja akan disalurkan ke Tabung Kecemasan Gaza MyCARE bagi menyokong bantuan kemanusiaan serta pembinaan semula Gaza. Tempahan boleh melalui link berikut ▶️ https://donate.mycare.org.my/default?single_campaign=1&campaign_id=355 Pertanyaan lanjut sila hubungi : wasap.my/+60103145085 (En. Hud) #BersamaMembinaGaza #MyCARE #RoadTour2026 #StandWithPalestine #Terengganu #HumanityFirst #TabungKecemasanGaza

Majlis Hi-Tea MyCARE 2026 "Bersama Membina Gaza" Gaza masih terus dikepung dan diserang. Pasukan MyCARE di Gaza sedang berusa
Majlis Hi-Tea MyCARE 2026 "Bersama Membina Gaza" Gaza masih terus dikepung dan diserang. Pasukan MyCARE di Gaza sedang berusaha untuk membantu mereka bangun dari kesengsaraan yang dihadapi. Jom Minum Petang Sambil Beramal! Sertai kami dalam Majlis Hi-Tea "Bersama membina Gaza" di: 📍 UniMAIWP, Taman Batu Muda, Batu Caves 📅 Sabtu, 26 September 2026 🕝 2.00 ptg – 5.30 ptg 🌹Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut: 👉 Pakej Baitul Maqdis - 1 kerusi RM300 (1 meja RM3000) 👉 Pakej Gaza - 1 kerusi RM200 (1 meja RM2000) 👉 Pakej Tebing Barat - 1 kerusi RM100 (1 meja RM1000) 🌷 Hasil jualan kerusi, meja dan sumbangan akan disalurkan untuk membantu rakyat Palestin yang tertindas. 📖 "Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tangkai ada seratus biji." (Surah Al-Baqarah: 261) 👉 Untuk membeli KERUSI atau MEJA atau MENYUMBANG Scan QR pada poster atau klik pautan ini: https://mycare.qrd.by/mrtklumpur atau boleh guna akaun MyCARE untuk pembayaran CIMB Islamic Bank 8602 13 5592 Ref: MRT4 KL Hantarkan bukti sumbangan anda ke whatsapp 010-2443343 Untuk maklumat lanjut hubungi: Abdul Hafidz Hashim 010-2443343 #MRT4.0 #HiTeaMyCARE #BersamaPalestin #MyCAREUntukPalestin

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Kids Walk4Humanity: Little Heroes Challenge 2026 di Aneka Walk, Shah Alam, bersempena Selangor Children’s Literature Festival (SCLF) 2026 dan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos lalu. Sejak awal pagi, suasana dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak hebat berusia 6 hingga 14 tahun yang bersemangat menyahut cabaran kemanusiaan ini. Program diserikan dengan sesi flag-off istimewa oleh YB Anfaal Saari, menandakan bermulanya perjalanan para peserta menempuh pelbagai cabaran interaktif di setiap checkpoint. Sorotan Menarik Sepanjang Program: * Cabaran Interaktif & Nilai Kemanusiaan: Para peserta diuji dengan aktiviti yang memupuk kerjasama, membina daya tahan, dan menyemai rasa empati terhadap nasib kanak-kanak lain di seluruh dunia, khususnya Palestin. * Sesi Inspirasi Bersama Tokoh Kemanusiaan: Perkongsian eksklusif daripada Dr. Fauziah Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar, aktivis wanita Malaysia pertama yang menyertai misi bersejarah Women’s Boat to Gaza. Kisah keberanian beliau menyuntik inspirasi mendalam kepada si cilik untuk berani berprinsip dan sentiasa peduli. * Meraikan Kisah Kanak-kanak: Selari dengan semangat SCLF 2026, setiap langkah yang diambil hari ini meraikan suara, harapan, dan masa depan generasi muda kita. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta cilik, ibu bapa yang sentiasa menyokong, barisan sukarelawan yang berdedikasi, serta semua rakan kerjasama yang bersama-sama menjayakan program ini. Usaha ini bukan sekadar tentang melangkah ke garisan penamat, tetapi mendidik jiwa-jiwa muda agar celik kemanusiaan, teguh berempati, dan bersedia menjadi wira dunia suatu hari nanti. Small Steps. Big Hearts. One Humanity. #MyCARE #KidsWalk4Humanity #LittleHeroesChallenge #SCLF2026 #HariKebangsaan #Kemanusiaan #BinaEmpati

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Kids Walk4Humanity: Little Heroes Challenge 2026 di Aneka Walk, Shah Alam, bersempena Selangor Children’s Literature Festival (SCLF) 2026 dan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos lalu. Sejak awal pagi, suasana dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak hebat berusia 6 hingga 14 tahun yang bersemangat menyahut cabaran kemanusiaan ini. Program diserikan dengan sesi flag-off istimewa oleh YB Anfaal Saari, menandakan bermulanya perjalanan para peserta menempuh pelbagai cabaran interaktif di setiap checkpoint. Sorotan Menarik Sepanjang Program: * Cabaran Interaktif & Nilai Kemanusiaan: Para peserta diuji dengan aktiviti yang memupuk kerjasama, membina daya tahan, dan menyemai rasa empati terhadap nasib kanak-kanak lain di seluruh dunia, khususnya Palestin. * Sesi Inspirasi Bersama Tokoh Kemanusiaan: Perkongsian eksklusif daripada Dr. Fauziah Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar, aktivis wanita Malaysia pertama yang menyertai misi bersejarah Women’s Boat to Gaza. Kisah keberanian beliau menyuntik inspirasi mendalam kepada si cilik untuk berani berprinsip dan sentiasa peduli. * Meraikan Kisah Kanak-kanak: Selari dengan semangat SCLF 2026, setiap langkah yang diambil hari ini meraikan suara, harapan, dan masa depan generasi muda kita. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta cilik, ibu bapa yang sentiasa menyokong, barisan sukarelawan yang berdedikasi, serta semua rakan kerjasama yang bersama-sama menjayakan program ini. Usaha ini bukan sekadar tentang melangkah ke garisan penamat, tetapi mendidik jiwa-jiwa muda agar celik kemanusiaan, teguh berempati, dan bersedia menjadi wira dunia suatu hari nanti. Small Steps. Big Hearts. One Humanity. #MyCARE #KidsWalk4Humanity #LittleHeroesChallenge #SCLF2026 #HariKebangsaan #Kemanusiaan #BinaEmpati

Nikmat kesejahteraan terasa lebih bermakna apabila dikongsi bersama✨ Hari ini kita memperingati perjuangan para wira yang membanggakan negara di mata dunia. Namun, ada seorang wira luar biasa—bukan anak watan Malaysia, tetapi hatinya penuh kasih buat negara kita. Dr. Ziad sentiasa mengenang setiap detik beliau menuntut ilmu di sini. Biarpun mencintai Malaysia, beliau tetap kembali ke tanah kelahirannya demi sebuah perjuangan murni: membebaskan bumi Palestin. Biarpun pejabat kami di Gaza telah runtuh, semangat Dr. Ziad tidak sedikit pun goyah. Beliau terus gigih menyalurkan bantuan dan menjaga saudara-saudari kita di sana.  Kami di MyCARE akan terus berdiri teguh menyalurkan bantuan dan menyokong setiap usaha membina semula Gaza. Terima kasih rakyat Malaysia. Keprihatinan, doa, dan suara kemanusiaan anda adalah sumber kekuatan buat mereka di sana. Dari Gaza untuk Malaysia Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-69 #Kemerdekaan#Malaysia#Kesejahteraandinikmati#MyCARE

Pihak MyCARE mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾 Berlandaskan tema
Pihak MyCARE mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾 Berlandaskan tema “Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan sebenar. Kemerdekaan bukan sekadar diraikan dengan kibaran Jalur Gemilang, tetapi diterjemahkan melalui perkongsian nikmat keamanan, ihsan, dan kesejahteraan bersama mereka yang memerlukan. Semangat kemerdekaan mengajar kita tentang erti kebersamaan, kepedulian, dan tekad untuk terus berbakti bagi memastikan tiada insan yang terpinggir daripada menikmati nikmat kehidupan yang aman dan bermaruah. Semoga bumi Malaysia terus makmur, harmoni, dan diberkati, dengan rakyatnya yang sentiasa bersatu hati, bertoleransi, serta teguh menyemai nilai kemanusiaan sejagat. Ayuh kita semarakkan jiwa patriotisme dan terus melangkah maju demi masa depan Malaysia tercinta! #Merdeka #HariKebangsaan #69Tahun #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #MyCARE #Kemanusiaan

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-69, MyCARE dan Podcast Aqsa Syarif membawa episod khas: Merdeka 1957: Peranan Ulama, Pejuang Kiri dan Nasionalis Melayu Pernahkah anda mendengar tohmahan bahawa Malaysia ini hanyalah sebuah “giveaway country” yang merdeka secara percuma tanpa tumpahan darah? 🤔💭 Hakikatnya, jalan menuju 31 Ogos 1957 adalah perjalanan panjang yang sarat pengorbanan—daripada pembebasan minda, gerakan akar umbi, hinggalah ke meja rundingan diplomasi. 🎙️ Bersama Dr. Hafizi Mohd Noor (Penulis & Penasihat Kehormat MyCARE), kita meneroka: 🧠 Revolusi Pemikiran Islah: Ulama & pemikir awal memerdekakan minda rakyat menerusi ilmu (Ihya As-Syarif & MPSI). 📜 Perlembagaan Rakyat 1947 & Hartal: Pakatan PUTERA-AMCJA & gerakan kiri yang memberi tekanan hebat kepada British. 🛡️ Pengorbanan Bersama: Sumbangan pelbagai kaum — Melayu, Cina, India dalam mempertahankan tanah air. 🇲🇾 Naratif Sebenar: Bersikap adil dan meraikan seluruh lapisan perjuangan tanpa mengasingkan mana-mana pihak. Ingatlah, kemerdekaan ini milik kita bersama, ia ditenun dengan air mata, keringat dan pengorbanan pelbagai aliran perjuangan. 📲 Saksikan episod penuh di YouTube: 👉 Merdeka 1957: Peranan Ulama, Pejuang Kiri dan Nasionalis Melayu | S2EP28 #HariKemerdekaan69 #Merdeka1957 #AkademiAqsaSyarif #DrHafidziMohdNoor #SejarahMalaysia

🇳🇵Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata? Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar menjadi padang jarak padang tekukur dalam hanya beberapa minit sahaja. Arus lumpur pekat bersama runtuhan batu gunung meranapkan kediaman tanpa memberi peluang kepada penduduk untuk melarikan diri. Menurut kenyataan rasmi Kementerian Hal Ehwal Luar Nepal, seramai 359 mangsa disahkan terkorban. Selain itu, rekod NDRRMA menunjukkan seramai 10,000 keluarga terputus bekalan hidup apabila 35 jambatan utama runtuh dihanyutkan banjir. Terdorong oleh rasa tanggungjawab kemanusiaan, MyCARE bertindak pantas menyalurkan bekalan makanan asas dan air bersih bernilai USD5,000. Namun, keperluan semakin mendesak dan kita perlu bersama-sama menyahut pemintaan mereka. "Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa..." [Surah Al-Ma'idah: 2] Penyaluran segera ini menjadi keutamaan kritikal bagi membendung krisis kebuluran dan wabak penyakit di kawasan terpencil. Ayuh bersama meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Nepal. Semoga setiap sumbangan ikhlas anda menjadi perisai daripada musibah serta mengembalikan sinar harapan buat mereka. Jom bantu di: https://mycare.qrd.by/nepal https://mycare.qrd.by/nepal #MyCARE #BanjirNepal #NepalFloods #BantuanKemanusiaan #EmergencyRelief #SolidaritiKemanusiaan

AYUH BINA SEMULA GAZA! Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa ber
AYUH BINA SEMULA GAZA! Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa cedera memerlukan rawatan segera, dan para ibu bapa bergelut mencari seteguk air bersih untuk meneruskan hari esok. Kemusnahan fizikal mungkin meragut kediaman mereka, namun tekad rakyat Palestin untuk kekal di tanah air sendiri tidak pernah luntur. Fasa membina semula kehidupan ini memerlukan sokongan padu kita bersama. Melalui kempen Projek Bina Semula Gaza, sumbangan anda disalurkan secara bersasar meliputi: * Jaminan bekalan makanan harian dan pek bakul makanan keluarga bagi mengekang krisis kebuluran. * Bekalan air bersih bertapis melalui lori tangki serta pemulihan infrastruktur telaga air komuniti. * Tempat perlindungan selamat merangkumi khemah perlindungan kecemasan, kanvas tarpaulin, tilam, dan selimut tebal. * Bantuan perubatan kecemasan termasuk kos pembedahan dan penyediaan anggota kaki atau tangan palsu untuk mangsa yang tercedera. * Penajaan sara hidup bulanan bagi anak-anak yatim dan keluarga asnaf yang kehilangan punca pendapatan. * Pemulihan sektor pendidikan melalui penyediaan khemah sekolah sementara serta tajaan tahunan persekolahan. Sempena hari Jumaat, ayuh BINA SEMULA GAZA di: https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin "Nurturing Humanity, Making a Difference." #rebuildgaza #binasemulagaza #mycare #humanitarian

Bencana banjir kilat yang melanda Nepal semalam telah meninggalkan kemusnahan besar serta menjejaskan ribuan penduduk yang kini terputus akses kepada bekalan asas. Sebagai respons segera, MyCARE menggerakkan bantuan awal berjumlah USD 5,000 melalui rakan NGO tempatan bagi menyokong mangsa di lapangan, memfokuskan kepada: * Bekalan air bersih * Pek makanan asas * Bantuan kecemasan segera Seluruh warga Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terkesan akibat musibah ini. Sama-sama kita titipkan doa yang tulus agar mereka diberikan ketabahan, dan didoakan khusus buat seluruh rakyat Malaysia di sana yang masih belum dapat dihubungi agar berada dalam keadaan selamat. #MyCARE #NepalFloods #BanjirNepal #SolidaritiKemanusiaan #DoaUntukNepal

KENYATAAN MEDIA MyCARE Zahir Simpati & Solidariti Susulan Tragedi Banjir Kilat Di Sempadan Nepal-Tibet
+1
KENYATAAN MEDIA MyCARE Zahir Simpati & Solidariti Susulan Tragedi Banjir Kilat Di Sempadan Nepal-Tibet

MyCARE mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. "وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ " “Dan
MyCARE mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. "وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ " “Dan tidak Kami utuskan kamu, kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” Al-Anbiya’, ayat 107 Ayuh bersama kita contohi Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da'wah (aktivisme) Baginda Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian kita. #MaulidurRasul #Malaysia

Bagaimanakah anak-anak Palestin mampu mempertahankan jati diri apabila kehidupan harian mereka dikepung ratusan pos kawalan tentera? Laporan OCHA 2026 mencatatkan lebih 900 halangan pergerakan fizikal yang menyekat akses sosial serta pendidikan anak-anak di Tebing Barat ini. Menyedari kepentingan al-Quran sebagai tunjang utama ketahanan ummah, MyCARE menggerakkan projek Adopt a Hafiz di Tebing Barat. Bermula 15 Jun 2026, sebanyak 16 halaqah diaktifkan di Taffouh dan Beyt Ommar bagi membimbing 320 pelajar, terutamanya golongan anak yatim. Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat Al-Bukhari) Penyuburan pendidikan al-Quran ini merupakan keutamaan kritikal dalam membina semula ketahanan jiwa generasi penerus Palestin. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para dermawan MyCARE yang setia menyemai benih kebaikan di bumi barakah. Moga setiap bait ayat yang dihafal menjadi saksi ketulusan anda, menghapuskan dosa, dan memberi saham di akhirat nanti. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, jom bantu mereka di: https://mycare.qrd.by/aah https://mycare.qrd.by/aah #MyCARE #AdoptAHafiz #GenerasiQuran #WestBank2026 #InfaqPalestin #BinaMasaDepanPalestin

Ramai yang bertanya, mengapa Dr Ziad tidak keluar sahaja dari Gaza untuk tinggal di Malaysia bersama keluarga? Untuk pengetahuan semua, Dr Ziad pernah lama menetap di Malaysia. Beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di Universiti Malaya. Beliau juga fasih berbahasa Melayu dan mampu menyampaikan ceramah dalam Bahasa Melayu. Kini, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar MyCARE bagi cawangan di Gaza. Namun, sejak bermulanya perang dan genosid terhadap rakyat Gaza, Dr Ziad memilih untuk terus berada di negeri kelahirannya. Beliau sendiri menyenaraikan beberapa sebab mengapa beliau memilih untuk tidak keluar dari Gaza. Antara sebab yang paling penting ialah komitmen beliau untuk terus berkhidmat dalam dunia kebajikan dan kemanusiaan bersama MyCARE. Kepada para penyumbang, teruskan menyokong usaha bantuan kemanusiaan melalui MyCARE. Dr Ziad, pasukan MyCARE serta rakan-rakan kerjasama NGO di Gaza sentiasa berada di sana untuk menguruskan bantuan dan menyampaikannya kepada mereka yang memerlukan dengan penuh amanah. Tonton video penuh untuk mendengar sendiri jawapan daripada Dr Ziad tentang mengapa beliau memilih untuk terus berada di Gaza. #MyCARE #Gaza #Palestin #BantuanKemanusiaan #DrZiad