Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
Doa Sementara Menunggu Iftar
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4011565575575040&id=100001649126613
TEGAKKAN UNDANG² ALLAH ADALAH HAL AQIDAH
"Cara menyebat" pesalah Zina adalah perkara cabang, fiqh dan bukan hal Aqidah, seperti saiz rotan, anggota yang dirotan dan sebagainya. Berbeza dalam cara perlaksanaannya tidak memasukkan diri ke dalam Neraka.
Akan tetapi "menegakkan undang-undang 100 sebatan terhadap pesalah Zina" adalah perkara usul, Aqidah. Selagi undang-undang itu tidak ada dalam masyarakat, selagi itu mereka dalam isu Aqidah yang serius. Serius di dunia, lebih-lebih lagi Neraka di Akhirat.
Ini kerana kehendak Allah swt di dalam Al-Quran dikesampingkan (ditolak), dan kehendak manusia mengambil tempat kehendak Allah.
(أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَـٰۤؤُا۟ شَرَعُوا۟ لَهُم مِّنَ ٱلدِّینِ مَا لَمۡ یَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِیَ بَیۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِینَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ)
"Adakah mereka mempunyai pensyirik-pensyirik yang menggubal bagi sistem hidup (undang-undang) untuk mereka, (undang-undang) yang tidak diizinkan Allah".
Moga kita selamat menjalani jalan di dunia menuju Syurga dan redhaNya di Akhirat serta dijauhkan dari masuk ke simpang jalan yang salah. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
16 Mac 2021
TEGAKKAN UNDANG² ALLAH ADALAH HAL AQIDAH
"Cara menyebat" pesalah Zina adalah perkara cabang, fiqh dan bukan hal Aqidah, seperti saiz rotan, anggota yang dirotan dan sebagainya. Berbeza dalam cara perlaksanaannya tidak memasukkan diri ke dalam Neraka.
Akan tetapi "menegakkan undang-undang 100 sebatan terhadap pesalah Zina" adalah perkara usul, Aqidah. Selagi undang-undang itu tidak ada dalam masyarakat, selagi itu mereka dalam isu Aqidah yang serius. Serius di dunia, lebih-lebih lagi Neraka di Akhirat.
Ini kerana kehendak Allah swt di dalam Al-Quran dikesampingkan (ditolak), dan kehendak manusia mengambil tempat kehendak Allah.
(أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَـٰۤؤُا۟ شَرَعُوا۟ لَهُم مِّنَ ٱلدِّینِ مَا لَمۡ یَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِیَ بَیۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِینَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ)
"Adakah mereka mempunyai pensyirik-pensyirik yang menggubal bagi mereka dari sistem hidup (undang-undang), yang tidak diizinkan Allah".
Dari firman Allah di atas, penggubal undang-undang selain undang-undang Allah dicop "pensyirik" olehNya. Oleh itu ia hal Aqidah dan usul, dan bukan hal furuk. Lebih menjelaskan lagi, Allah janji azab pedih di Akhirat ke atas mereka.
Moga kita selamat menjalani jalan di dunia menuju Syurga dan redhaNya di Akhirat serta dijauhkan dari masuk ke simpang jalan yang salah. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
16 Mac 2021
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3915004491897816&id=100001649126613
☪️ *TAFSIR QURAN Us.Halim*🌱
Surah Al-Anfaal, ayat 30-33
_3pm Sabtu 13/2/2021 (Online)_
*ZOOM*
*https://us02web.zoom.us/j/83478690395?pwd=UXFRMFF0LzRGbmVTcmVpWWR1OHRodz09*
*YOUTUBE*
akan livestream di youtube.com/nabilahhassan
☪️ Ceramah Online
"IMAM HASAN AL-BANNA"
Mujahid Mujaddid Kurun 20
Penyusun Zikir Al-Makthurat
5.15pm Sabtu 13/2/2021
Sempena ulangtahun ke 72 beliau syahid (12 Feb 1949 - 12 Feb 2021).
Daftar ceramah dengan klik salah satu group di bawah :
*Group 04*
*https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb*
*Group 05*
*https://chat.whatsapp.com/DRMjsnpC3i8II7p0WIxJFa*
*Group 06*
*https://chat.whatsapp.com/GoFucJt7F249PmLHmaufS2*
SIAPAKAH IMAM HASAN AL-BANNA ?
Imam Hasan Al-Banna adalah penyusun Zikir Al-Makthurat yang terkenal seluruh dunia.
Beliau dilahirkan di Mesir tahun 1906, dididik dengan ilmu dan semangat Islam sejak kecil.
Pada tahun 1928 beliau mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin yang pada hari ini berkembang ke lebih dari 100 buah negara di dunia. Objektifnya mengembalikan penegakan khilafah dan keagungan Islam yang diasaskan Rasulullah saw yang berakhir dengan runtuhnya Khilafah Islam pada tahun 1924 oleh Kamal Ataturk, Zionis Yahudi, Kuasa² Barat dan Timur.
Perkembangan gerakan Ikhwan Muslimin pimpinan Imam Hasan Al-Banna menggerunkan penjajah Barat yang sedang menjajah dan menghina Mesir dan Dunia Islam ketika itu.
Pada 12 Februari 1949, Imam Hasan Al-Banna ditembak syahid ketika hendak menaiki teksi di tengah-tengah bandaraya Kaherah, Mesir.
Beliau meninggalkan ribuan anak didiknya, penulisan² dakwah dan menyusun zikir Al-Makthurat yang terkenal di seluruh dunia.
*(مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ رِجَالࣱ صَدَقُوا۟ مَا عَـٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَیۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن یَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبۡدِیلࣰا)*
"Dari kalangan orang-orang beriman ada mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari mereka ada yang telah mati syahid. Dari mereka ada yang menunggu (giliran syahid), dan mereka sedikitpun tidak merubah (janji mereka)" [Surah Al-Ahzab 23].
Ceramah "IMAM HASAN AL-BANNA : Mujahid Syahid Mujaddid Islam Kurun 20" dianjurkan sempena Ulangtahun ke 72 kesyahidan beliau.
☪️ Daftar Ceramah Online
*"IMAM HASAN AL-BANNA"*
_Mujahid Mujaddid Kurun 20_
5.15pm Sabtu 13/2/2021
Sambil sertai Kuliah Tafsir Al-Quran Us.Halim WA Group.
Daftar ceramah dengan klik salah satu group di bawah :
*Group 04*
*https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb*
*Group 05*
*https://chat.whatsapp.com/DRMjsnpC3i8II7p0WIxJFa*
*Group 06*
*https://chat.whatsapp.com/GoFucJt7F249PmLHmaufS2*
☪️ TAFSIR QURAN Us.Halim🌱
Surah Al-Anfaal
3pm Sabtu 6/2/2021 (Online)
ZOOM
https://us02web.zoom.us/j/83478690395?pwd=UXFRMFF0LzRGbmVTcmVpWWR1OHRodz09
YOUTUBE
https://youtu.be/MWZ-EUmDd5M
🌸 *KULIAH SEERAH NABI*
_Selasa Minggu ke 1, 3, 5_
Kuliah Maghrib
Masjid Paroi Jaya, Seremban, NS.
Us. Abdul Halim Abdullah *http://meet.google.com/ema-hyzj-hqb*
PELUANG TIDAK SELALU DATANG
Apabila hampir setahun, kerana Covid19, manusia tidak dapat berkunjung ke Baitullah untuk Haji dan Umrah, ramai menyedari bahawa peluang ibadat tidak selalu datang.
Bagi yang telah pernah ke sana, "Tuhan sahaja yang tahu betapa hati dan jiwa telah lama terpaut di Baitullah, sedang jasad disekat PKP di tanahair".
Peluang tidak selalu datang.
Begitulah dalam mencontohi Nabi saw berjuang menegakkan Islam, berbagai peluang tidak harus dilepaskan, apatah lagi dibuang sia-sia.
Sabda Nabi saw :
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغُلِكَ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
bermaksud, "Ambillah kesempatan 5 perkara sebelum datang 5 perkara : masa beliamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa cukupmu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati".
Peluang masa masih (1) belia, (2) sihat, (3) cukup wang, (4) lapang dan (5) hidup, jangan dibuang sia-sia kerana ia bukan sahaja merugikan, malah akan dipersoal oleh Allah swt di Akhirat kelak.
Allah tidak mencipta kita selain untuk kita mengabdikan diri kepadaNya, dan untuk mengajak orang lain ke arah yang sama.
Caranya pula bukan dengan sesuka hati, malah mengikut apa yang ditunjukkan Rasulullah saw selama 23 tahun di Mekah dan Madinah yang diringkaskan seperti berikut :
1- Mendidik muslim muslimah sehingga benar-benar beriman.
2- Mewujudkan masyarakat Islam yang mampu menegakkan Islam dalam hati dan dalam negara mereka.
3- Menegakkan Negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam.
4- Menyampaikan dakwah Islam ke seluruh dunia.
Amati dan ikutilah setiap tahun demi tahun perjuangan Nabi saw, nescaya 5 kesempatan di atas, iaitu masa belia, sihat, cukup wang, lapang dan hidup dapat dipenuhi cara terbaik lagi diredhai Allah.
Us. Abdul Halim Abdullah
1 Feb 2021
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah
🌸 *SURAH AL-ANFAAL*
_Ayat 27-29 (30/1/2021)_
( *یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوۤا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّمَاۤ أَمۡوَ ٰلُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةࣱ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥۤ أَجۡرٌ عَظِیمࣱ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانࣰا وَیُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَیِّـَٔاتِكُمۡ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِیمِ* )
2️⃣7️⃣
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
2️⃣8️⃣
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
2️⃣9️⃣
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
[Surah Al-Anfal 27 - 29]
☪️ TAFSIR QURAN Us.Halim
🌱
Surah Al-Anfaal, ayat 27-29
3pm Sabtu 30/1/2021 (Online)
*ZOOM*
*https://us02web.zoom.us/j/83478690395?pwd=UXFRMFF0LzRGbmVTcmVpWWR1OHRodz09*
*YOUTUBE*
https://youtu.be/UA3VJYo2pYI
🌸 *SURAH AL-ANFAAL*
_Ayat 24-26 (16/1/2021)_
( *یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱسۡتَجِیبُوا۟ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا یُحۡیِیكُمۡۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ یَحُولُ بَیۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَقَلۡبِهِۦ وَأَنَّهُۥۤ إِلَیۡهِ تُحۡشَرُونَ وَٱتَّقُوا۟ فِتۡنَةࣰ لَّا تُصِیبَنَّ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمۡ خَاۤصَّةࣰۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ* )
*(وَٱذۡكُرُوۤا۟ إِذۡ أَنتُمۡ قَلِیلࣱ مُّسۡتَضۡعَفُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ تَخَافُونَ أَن یَتَخَطَّفَكُمُ ٱلنَّاسُ فَـَٔاوَىٰكُمۡ وَأَیَّدَكُم بِنَصۡرِهِۦ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ)*
2️⃣4️⃣ Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menghidupkan kami.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan kamu akan dihimpunkan kepada Allah.
2️⃣5️⃣ Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
2️⃣6️⃣ Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.
[Surah Al-Anfal 24 - 26]
☪️ *TAFSIR QURAN Us.Halim*🌱
Surah Al-Anfaal, ayat 24-26
_3pm Sabtu 16/1/2021 (Online)_
ZOOM
https://us02web.zoom.us/j/83478690395?pwd=UXFRMFF0LzRGbmVTcmVpWWR1OHRodz09
YOUTUBE
https://youtu.be/YmB45UxO5_M
📚 TAFSIR AL-QURAN
Surah Al-Anfaal, ayat 11-14
5pm Ahad 20/12/2020
(إِذۡ یُغَشِّیكُمُ ٱلنُّعَاسَ أَمَنَةࣰ مِّنۡهُ وَیُنَزِّلُ عَلَیۡكُم مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ لِّیُطَهِّرَكُم بِهِۦ وَیُذۡهِبَ عَنكُمۡ رِجۡزَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ وَلِیَرۡبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمۡ وَیُثَبِّتَ بِهِ ٱلۡأَقۡدَامَ إِذۡ یُوحِی رَبُّكَ إِلَى ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ أَنِّی مَعَكُمۡ فَثَبِّتُوا۟ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۚ سَأُلۡقِی فِی قُلُوبِ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱلرُّعۡبَ فَٱضۡرِبُوا۟ فَوۡقَ ٱلۡأَعۡنَاقِ وَٱضۡرِبُوا۟ مِنۡهُمۡ كُلَّ بَنَانࣲ ذَ ٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ شَاۤقُّوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۚ وَمَن یُشَاقِقِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ ذَ ٰلِكُمۡ فَذُوقُوهُ وَأَنَّ لِلۡكَـٰفِرِینَ عَذَابَ ٱلنَّارِ)
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).
(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka"
(Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.
Itulah (azab dunia) maka rasalah dia (hai orang-orang kafir). Sesungguhnya orang-orang yang kafir disediakan baginya azab neraka (di akhirat).
[Surah Al-Anfal 11 - 14]
