en
Feedback
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Open in Telegram

Us. Abdul Halim Abdullah

Show more
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
💖 *KULIAH SELASA MGU INI* _7.45-8.30pm Selasa 10/8/2021_ Online Room : *http://meet.google.com/jsw-pyfu-dri* Semua muslimin muslimat dijemput hadir.

Peringatan mesra : Kuliah maghrib hari ini. تقبل الله ☺️ ( *وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ* ) "Kamu ingatkanlah (mereka) ... Sungguh, beri ingatan itu berguna untuk orang-orang beriman". _(Surah Az-Zariyat : 55)_

sticker.webp0.10 KB

Aidil Adha & Pengorbanan (Siri 3/3) - Kuliah Umum (Selasa) Us. Abdul Halim Abdullah (UAHA)

Aidil Adha & Pengorbanan (Siri 2/3) - Kuliah Umum (Selasa) Us. Abdul Halim Abdullah (UAHA)

Aidil Adha & Pengorbanan (Siri 1/3) - Kuliah Umum (Selasa) Us. Abdul Halim Abdullah (UAHA)

☪️ *KULIAH SELASA Us.Halim* _7.45-8.30pm 27/7/2021_ Tajuk : *Rahsia & Kelebihan Ibadat Korban, Pengorbanan & Bulan Haji di dalam Islam* Online Room : *http://meet.google.com/fyb-gnbg-akm* تقبل الله

🐐🐄 PENDAFTARAN KORBAN Di Mekah atau di Mesir 2021 Sila klik di sini wasap.my/60196780000/Saya_Ingin_Menyertai_Ibadah_Korban_Di_Mesir_Mekah_Di_Sertakan_Slip_Bank_Bayaran_Dan_1Nama_Pembayar_&NoTelefon_2Nama_Pengkorban_atau_Aruah *(بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ إِنَّاۤ أَعۡطَیۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ ۝ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ)* "Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepadamu *kebaikan* yang banyak. Oleh itu, kerjakanlah *Solat* kerana Tuhanmu dan *sembelihlah Korban* (sebagai tanda bersyukur) ..." [Surah Al-Kauthar, ayat 1 - 2] - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Ibadah Korban di Tanah Suci Mekah kali ke 23 ini dikelolakan oleh Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah (DIAFA Travel Sdn. Bhd.) 019-678 0000 (hp) sejak tahun 1991 hingga sekarang. تقبل الله

Take a look at my Canva design! https://canva.me/WPboiUPzQhb

🐏 IBADAT KORBAN DI MEKAH DAN MESIR Rm600 seekor kambing. Hubungi 012-659 0000 (pejabat/Aina) 0-4270931852_20210714_050413_0000.pdf

☪️ *KULIAH SELASA Us.Halim* 🌸 _7.45pm-8.30pm Mingguan (Online)_ https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb Tajuk Minggu Ini _(Selasa 29/6) :_ *"ISU PALESTIN & DUNIA ISLAM, MENURUT PANDANGAN ISLAM"* Utk masuk *Online Room*, sila klik di sini : *https://us02web.zoom.us/j/83245047086?pwd=SlZEcmtxb1Z6TkY5c1ByYUx6Y1BBdz09*

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah Join group Kuliah Selasa Us.Halim https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb

DARURAH (COVID) MESTI PADA KADAR (MINIMA)NYA (SAHAJA) (Mempelajari kaedah I الضرورة تقدر بقدرها ) Dalam Islam, suatu yang haram boleh dilakukan jika dalam keadaan darurah. "Darurah*" bererti boleh membinasakan agama Islam, nyawa muslim, kehormatan muslim dll. Contohnya, haram memakan daging babi. Tapi jika hingga nak mati kerana lapar tanpa ada makanan lain, maka wajib makan babi yang ada, demi menjaga nyawa. Ini kaedah الضرورات تبيح المحظورات "Keadaan Darurah (seperti akan membawa mati) membolehkan dilakukan perkara-perkara terlarang". Tetapi En Mat boleh makan babi di atas dengan wajib mengikut kaedah² lain juga : (1) Kaedah الضرورة تقدر بقدرها "Darurah mesti diukur pada kadar (minima)nya (sahaja)". En Mat makan babi sedikit cukup untuk melaratkan badannya untuk beraktiviti dan mengelak mati kebuluran. En Mat tidak boleh makan lebih pada kadar minima, seperti makan babi hingga kenyang sengkek, 5 kali sehari. Jika En Mat makan babi berlebihan dari kadar minimanya, dengan alasan menggunakan kaedah itu, maka hukum Agama itu sendiri telah dia ubah untuk dirinya. Ini adalah haram. (2) Kaedah الضرر يزال "Darurah (mesti segera) ditamatkan". Bermakna dalam keadaan En Mat diberi pengecualian boleh makan babi, dia mesti berusaha bersungguh-sungguh mencari makanan halal yang lain, walau terpaksa berjalan jauh. Haram En Mat berpada makan babi berbulan-bulan tanpa beliau berusaha bersungguh-sungguh mencari makanan alternatif yang halal. Jika En Mat berterusan makan babi, dengan alasan menggunakan kaedah itu, maka hukum Agama itu sendiri telah dia ubah untuk dirinya. Ini adalah haram. Dalam hal wabak Covid, praktiknya : (1) Jika solat Jumaat dan solat Raya dikhuatiri menyebarkan Covid kerana berhimpun, dari dilarang jemaah melebihi 12 orang, boleh diajukan cadangan tidak dihadkan bilangan, tetapi ditambah kadar penjarakkan dari 1 meter ke 5 meter atau 10 meter sekalipun. Dari dilakukan dalam masjid tertutup, boleh dicadangkan solat dilakukan di tempat terbuka seperti padang-padang sekolah, atau di luar pagar masjid di sisi kereta masing-masing. Pembesar suara dikuatkan atau melalui online. Jemaah di dalam rumah-rumah berjiran masjid boleh solat di dalam rumah masing-masing, seperti jemaah Umrah solat di hotel-hotel berdekatan Masjidil Haram. Dalam satu pandangan, sah solat berjemaah jika jarak antara 2 saf tidak melebihi 300 hasta (~150 meter). Cukup jauh. Dengan ini, darurat diukur pada kadar minimanya dan bilangan orang lelaki meninggalkan solat Jumaat boleh minimakan. (2) Jika berhimpun di tempat-tempat perniagaan dikhuatiri berlaku jangkitan Covid maka di wajibkan penjarakkan yang lebih, dari 1 meter kepada 5 meter contohnya, tanpa menghentikan operasi perniagaan sesiapa. Wajib pakai lebel "Jarak 5 meter" atau "5"dibaju atau topi khas masing-masing untuk saling memperingati. Lokasi pasar malam dari beroperasi di jalan-jalan sempit dialih ke padang-padang sekolah berjarak 20 meter tiap gerai, tanpa terpaksa menutup premis peniaga-peniaga kecil berkenaan. Dengan ini peniaga-peniaga kecil masih dapat beroperasi dan bernafas dan bilangan masyarakat yang melarat kerana hilang pendapatan boleh diminimakan. (3) PKP menyeluruh satu negara atau satu negeri boleh dinilai semula. Bilangan orang-orang yang terkesan, samada solat Jumaat atau aktiviti perniagaan, boleh diminimakan jika PKP dibuat mengikut daerah-daerah yang terbabit sahaja, dan bukan mengikut negeri atau negara secara borong. Hadis Nabi saw melarang keluar masuk kawasan berwabak, tanpa menyebut pada skala negara, negeri atau daerah. Ini diantara perlaksanaan amali kepada kaedah الضرورة تقدر بقدرها "Darurah mesti diukur pada kadar (minima)nya (sahaja)" dan tidak dilajak melebihi dari kadar minima nya. Moga Allah swt membebaskan umat kita dari segala marabahaya yang mengancam Agama, nyawa, sosial dan ekonomi. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 24 Jun 2021 *"Darurah" adalah istilah Syarak dan bukan merujuk kepada perkataan "ordinan Darurat" dalam istilah negara yang biasa dipakai.

☪️ *KULIAH SELASA Us.Halim* 🌸 _7.45pm-8.30pm Mingguan (Online)_ https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb Tajuk Minggu Ini _(Selasa 22/6) :_ *"ISU PALESTIN & DUNIA ISLAM, MENURUT PANDANGAN ISLAM"* Utk masuk *Online Room*, sila klik di sini : *https://us02web.zoom.us/j/83245047086?pwd=SlZEcmtxb1Z6TkY5c1ByYUx6Y1BBdz09*