en
Feedback
Iktibar & Pengajaran

Iktibar & Pengajaran

Open in Telegram

Bahan bacaan santai untuk kisah teladan, tazkirah, motivasi, tip dan nasihat agama serta wasiat iman

Show more
2 667
Subscribers
-124 hours
-217 days
-8630 days
Posts Archive
photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

💜 1 HARI 1 POSTER TAZKIRAH Hari : 27/365 Selasa : 11 Jamadil Akhir 1447H 2 Disember 2025
💜 1 HARI 1 POSTER TAZKIRAH Hari : 27/365 Selasa : 11 Jamadil Akhir 1447H 2 Disember 2025

✳️ PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Keberkatan Umur عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ Daripada Anas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung silaturahim (kekerabatan)." (Sunan Abu Daud No: 1443) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Antara kebahagiaan seorang ialah apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang sesama anggota masyarakat. 2.  Saling berkasih sayang dituntut dalam menjaga hubungan silaturahim khususnya dengan ahli keluarga seperti kedua ibu bapa, adik beradik, ibu dan bapa saudara, sepupu  dan lain-lain. 3.  Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim: a.  Dilapangkan rezeki (murah rezeki) b.  Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal soleh). 4.  Imam Nawawi menjelaskan maksud dilapangkan rezeki ialah diluaskan dan dijadikan banyak hartanya. Menurut pendapat yang lain, maksudnya diberi keberkatan kepada harta juga dikurniakan ketenangan dalam kehidupan. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 16/114) 5.  Ulama memberikan maksud “dipanjangkan umur” dalam hadis: a.  Dipanjangkan umur secara hakiki. b.  Dipanjangkan dari sudut keberkatan umur dimana seseorang diberi peluang melakukan lebih banyak amal, kebaikan, dan manfaat. 6.  Manakala dalam hadis daripada Abu Ayyub al-Ansari R.A, Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu Baginda SAW menjawab: تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا  وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ  وَتُؤْتِى الزَّكَاةَ  وَتَصِلُ الرَّحِمَ “Sembahlah Allah dan jangan melakukan syirik pada-Nya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan jalinlah tali silaturrahim. (HR Bukhari No: 5983) 7.  Imam Nawawi menyebut: “Adapun maksud silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada kaum kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak menghubungkan dan keadaan orang yang hendak dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan dengan harta, terkadang dengan memberi bantuan tenaga, terkadang dengan mengunjunginya, dengan memberi salam, dan sebagainya.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 1/287) Marilah kita memelihara hubungan silaturahim dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama 11hb Jamadil Akhir 1447H 02hb Disember 2025

💛 1 HARI 1 POSTER TAZKIRAH Hari : 26/365 Isnin : 10 Jamadil Akhir 1447H 1 Disember 2025
💛 1 HARI 1 POSTER TAZKIRAH Hari : 26/365 Isnin : 10 Jamadil Akhir 1447H 1 Disember 2025

⭕️ PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Menyambung Silaturahim عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ Daripada Abu Hurairah bahwasanya seorang laki-laki pernah berkata; "Ya Rasulullah, saya mempunyai kerabat. Saya selalu berusaha untuk menyambung silaturahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskannya. Saya selalu berusaha untuk berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka menyakiti saya. Saya selalu berusaha untuk lemah lembut terhadap mereka, tetapi mereka acuh tak acuh kepada saya." Lalu Rasulullah SAW bersabda: 'Jika benar seperti apa yang kamu katakan, maka kamu seperti memberi makan mereka debu yang panas, dan selama kamu berbuat demikian maka pertolongan Allah akan selalu bersamamu.'(HR Muslim No: 4640) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Antara tanggungjawab Muslim ialah berbuat baik dengan kerabat dengan sentiasa menghubungkan silaturahim. 2.  Allah sentiasa mengurniakan kebaikan kepada orang yang berbuat baik kepada orang lain. 3.  Orang yang berusaha menyambung silaturahim dengan kerabatnya walaupun tidak disambut oleh mereka, akan sentiasa mendapat pertolongan Allah disisinya. 4.  Al-Qurtubi menyatakan bahawa sesiapa yang bersabar atas kezaliman keluarga dan tetap menjaga hubungan, Allah akan menjadi penolong dan pelindungnya dalam bentuk: ketenangan jiwa, keberkatan hidup, dijaga daripada kezaliman, serta dibalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat. 5.  Antara ganjaran orang yang berusaha menyambung silaturrahim adalah syurga. Rasulullah SAW bersabda: أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وصلوا الأرحام وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ “Wahai orang ramai, Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.” (HR Ibnu Majah No: 3251) 6.   Jangan membalas kejahatan dengan kejahatan. Hadis ini mengajar bahawa kesabaran dan kebaikan adalah lebih kuat daripada kemarahan. Perbuatan baik yang ikhlas boleh melembutkan hati pihak yang memutuskan hubungan dan mendorong mereka kembali kepada kebenaran. Ayuh berbuat baik dan kukuhkan silaturahim walaupun mereka ingin memutuskannya. Doakan kebaikan untuk mereka. Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama 10hb Jamadil Akhir 1447H 01hb Disember 2025

🟢 1 HARI 1 POSTER TAZKIRAH Hari : 24/365 Sabtu : 8 Jamadil Akhir 1447H 29 November 2025
🟢 1 HARI 1 POSTER TAZKIRAH Hari : 24/365 Sabtu : 8 Jamadil Akhir 1447H 29 November 2025

🔹 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Setiap Pemberian Makanan Itu Sedekah عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ خَادِمَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ Daripada Al-Miqdam bin Ma'di Karib berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apa sahaja yang engkau berikan untuk makan kepada diri kamu, maka itu adalah sedekah untukmu. Apa sahaja yang kamu berikan untuk makan kepada anakmu maka itu menjadi sedekah bagimu.  Apa sahaja yang kamu berikan untuk makan kepada isterimu maka itu menjadi sedekah bagimu. Apa sahaja yang kamu berikan untuk makan kepada  pelayanmu maka itu menjadi sedekah bagimu." (HR Ahmad No: 16550) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Setiap Muslim dituntut melakukan sedekah. 2.  Sedekah mempunyai ruang yang amat luas dan tidak terbatas pemberian kepada fakir miskin sahaja. Termasuk ganjaran pahala sedekah ialah memberi atau menyediakan makanan kepada orang lain termasuk perbelanjaan terhadap diri, keluarga dan orang di bawah tanggungan.  3.  Antara bentuk sedekah seseorang ialah menyediakan keperluan makan dan minum yang halal dengan niat kerana Allah kepada: a.  Diri sendiri b.  Isteri c.  Anak-anak d.  Pembantu 4.  Nafkah kepada diri sendiri dianggap ibadah. Makan dan minum yang halal dengan niat untuk memperoleh tenaga bagi beribadah juga dikira sebagai amal soleh. Maka, menjaga kesihatan dan keperluan diri dengan niat yang betul termasuk dalam kategori sedekah. 5.  Hadis ini menegaskan bahawa setiap nafkah yang dibelanjakan dengan niat yang ikhlas akan menjadi sedekah yang berpahala. Islam tidak memisahkan antara urusan dunia dan akhirat; bahkan perbuatan seharian seperti memberi makan, menyediakan keperluan asas, menafkahkan rezeki kepada keluarga, dan menjaga kebajikan pekerja adalah ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. 6.  Tunaikanlah hak yang menjadi tanggungjawab seorang lelaki.  Berilah makan kepada yang berhak untuk mendapatkannya, terutama pemberian yang menjadi tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. Sama ada untuk diri, anak, isteri dan pembantu. Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama 08hb Jamadil Akhir 1447H 29hb November 2025

🟢 1 HARI 1 POSTER TAZKIRAH Hari : 19/365 Isnin : 3 Jamadil Akhir 1447H 24 November 2025
🟢 1 HARI 1 POSTER TAZKIRAH Hari : 19/365 Isnin : 3 Jamadil Akhir 1447H 24 November 2025

💠 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Dosa Besar Menderhaka Kepada Ibu bapa عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ Daripada Anas radliallahu 'anhu berkata; Nabi SAW ditanya tentang  dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda: "Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang (tanpa hak) dan memberi kesaksian palsu". (HR Bukhari No: 2459) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang pedih jika  pelakunya  tidak melakukan taubat nasuhah  hingga diampunkan dosanya oleh Allah. 2.  Antara dosa besar tersebut: a.  Syirik kepada Allah (menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam ibadah, kepercayaan, atau niat.) Dosa syirik tidak diampunkan jika ia mati tanpa bertaubat. b.  Derhaka kepada kedua ibu bapa (tidak menghormati, menyakiti hati seperti meninggikan suara, berkata kasar, juga mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa) merupakan dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah. c.  Membunuh sesama manusia kecuali dengan sebab yang dibenarkan syarak (seperti hukuman qisas atau mempertahankan diri). d.  Memberi kesaksian palsu (berbohong dalam pengakuan atau keterangan bagi menzalimi orang lain, menipu dalam urusan hukum, atau memutarbalikkan kebenaran). 3.  Setiap anak tidak boleh menyakiti kedua ibu bapaknya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar kedua selepas dosa perbuatan syirik. 4.  Hadis ini menegaskan keutamaan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Dosa besar sering berpunca daripada pelanggaran terhadap hak Allah (seperti syirik) dan hak manusia (seperti derhaka, membunuh, dan menipu). 5.  Muslim yang beriman hendaklah sentiasa menjauhi dosa besar dengan memelihara tauhid, berbakti kepada ibu bapa, menghormati nyawa manusia, dan bersikap jujur dalam semua urusan. Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama 03hb Jamadil Akhir 1447H 24hb November 2025