en
Feedback
Bin Sahak Channel

Bin Sahak Channel

Open in Telegram

Soal-Jawab Atas Talian

Show more
2 209
Subscribers
+124 hours
-27 days
-230 days
Posts Archive
(7) *Soalan ketujuh*: Jika najis berada pada tanah, permaidani atau pakaian, bagaimanakah cara menghilangkannya? *Jawapan* : Pertama sekali, kita hendaklah membezakan antara air yang datang kepada najis dengan najis yang datang kepada air. Kaedah ini diambil daripada sabda Rasulullah ﷺ: «إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ، فَلَا يَغْمِسْ يَدَهُ فِي الإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثًا، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ» “Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidurnya, janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam bekas air sehingga dia membasuh tangannya sebanyak tiga kali, kerana dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Lafaz di atas ialah lafaz Muslim. Adapun keadaan air datang kepada najis, maka itulah kaedah yang dikehendaki dalam menghilangkan najis, disamping hadis seorang badwi yang kencing di dalam masjid. Disyaratkan supaya zat (‘ain) najis itu dihilangkan. Adapun jika masih berbaki kesan najis seperti warna, bau atau rasa, maka ia tidak memudaratkan dan tidak menghalang kesucian tempat tersebut. Namun, jika dua kesan daripada sifat-sifat tersebut masih berkumpul, seperti rasa dan bau, atau warna dan bau, maka ia memberi kesan terhadap hukum.

*Ilmu Qiyāfah* Al-Qāfah (القافة) ialah: هم الذين يَقْفُون أثر الأقدام والحوافر والأخفاف، ويتبعونه فيستدلون به على صاحبه ويعرفون من هو. Golongan yang menjejaki kesan tapak kaki, kuku kaki haiwan dan telapak kaki haiwan, kemudian mengikuti kesan tersebut sehingga mereka dapat menjadikannya sebagai petunjuk untuk mengenal pasti pemiliknya dan mengetahui siapakah orang tersebut. Ilmu qiyāfah (القيافة) terbahagi kepada dua jenis: 1. Qiyāfah al-Athar (قيافة الأثر). Iaitu ilmu menjejaki kesan tapak kaki. Ia pernah diamalkan oleh sebahagian kaum Arab yang tinggal di kawasan berpasir. Apabila seseorang melarikan diri daripada mereka atau seorang pencuri memasuki kawasan mereka, mereka akan mengikuti kesan tapak kakinya sehingga berjaya menangkapnya. 2. Qiyāfah al-Basyar (قيافة البشر). Iaitu melihat bukti² berdasarkan ciri-ciri anggota badan seseorang untuk mengenal pasti hubungan atau identiti seseorang, lalu seseorang itu dinasabkan kepada orang yang mempunyai keserupaan dengannya. Ilmu ini secara khusus terkenal dalam kalangan Bani Mudlij (بني مدلج). Kisah dalam Sirah tentang Menjejaki Kesan Nabi ﷺ Dalam al-Sirah al-Halabiyyah disebutkan bahawa orang-orang musyrik telah mengupah seorang lelaki bernama ‘Alqamah bin Kuraz (علقمة بن كُرز) رضي الله عنه untuk menjejaki kesan Rasulullah ﷺ. Beliau kemudiannya memeluk Islam pada tahun pembukaan Makkah. Beliau mengikuti kesan Rasulullah ﷺ sehingga sampai ke gua. Kemudian beliau berkata: هاهنا انقطع الأثر، ولا أدري أخَذ يميناً، أم شمالاً، أم صعد الجبل!. “Di sinilah kesan tersebut terputus. Aku tidak tahu sama ada Muhammad mengambil arah ke kanan atau ke kiri, ataupun mendaki gunung!” Dalam satu riwayat disebut bahawa orang yang menjejaki kesan (dinamakan sebagai:القاصّ) tersebut berkata kepada mereka: هذا القدم قدم أبي بكر بن أبي قحافة، وهذا القدم الآخر لا أعرفه، إلا أنه يُشبِه القدَم الذي في المقام، يعني مقام إبراهيم، فقالت قريش: ما وراء هذا شيء. “Tapak kaki ini ialah tapak kaki Abu Bakr bin Abi Quhafah, manakala tapak kaki yang satu lagi aku tidak mengenalinya. Namun, ia menyerupai tapak kaki yang terdapat di al-Maqam—iaitu Maqam Ibrahim.” Lalu Quraisy berkata: “Tidak ada apa-apa lagi selepas ini.” — _Nafā’is al-Durar min Akhbār Sayyid al-Basyar_ ﷺ.

(2) Soalan kedua: Hukum berwudhu dengan air musyammas atau yang terjemur di bawah terik matahari? Jawapan: Menurut mazhab Syafi'e, air musyammas yang makruh digunakan untuk bersuci adalah air terjemur di bawah terik matahari dengan cahaya matahari di kawasan yang panas, dan ia berada di dalam bekas yang diperbuat dari logam seperti besi dan tembaga sehingga terhasil di permukaan air tersebut “zahūmah” (زهومة), iaitu sejenis bahan yang melekit dan kadangkala mempunyai bau yang busuk. Hukum makruh ini menjadi kesepakatan ulama Mazhab Syafi'e. Manakala hadis yang menyatakan: أنه يورث البرص “Sesungguhnya ia menyebabkan penyakit sopak (البرص).” Adalah hadis dhaif melalui semua jalur periwayatannya, berdasarkan kesepakatan para ahli hadis. https://binsahak.com/index.php?option=com_content&view=article&id=476:sdi-1108-kenapa-masih-ada-yg-berpegang-makruh-air-musyammas-sedangkan-tiada-dalil&catid=90&Itemid=538

*Soal-Jawab Fekah Syafi'e (1)* *Kitab Taharah* *Soalan pertama:* Boleh ustaz terangkan kepada kami apakah yang dimaksudkan dengan air mutlak? *Jawapan:* Air mutlak ialah air yang memadai untuk dinamakan sebagai “air”. Atau boleh dikatakan: air yang tidak mempunyai sifat tambahan yang lazim (yang mesti) ada pada namanya. Air mutlak ialah air yang turun dari langit atau keluar dari bumi. Air yang turun dari langit, termasuk: air hujan dan air dari salji yang mencair. Manakala air yang keluar dari bumi, termasuk: air laut; air sungai; air telaga.

Pandangan muktamad dalam mazhab Syafi‘i ialah tidak boleh menghimpunkan (menjamakkan) solat kerana sakit. Namun, al-Imam al-Nawawi, al-Qadi Husain, Imam Ibn Suraij, al-Ruyani dan al-Mawardi memilih pandangan boleh menjamakkan solat kerana sakit, sama ada: جمع التقديم — jamak taqdim, ataupun; جمع التأخير — jamak takhir. Mereka berpandangan bahawa jamak dilakukan berdasarkan mana yang lebih memudahkan bagi orang yang mempunyai keuzuran. Kata Ibn Ruslan dalam al-Zubad 120: وَالْجمع بالتقديم وَالتَّأْخِير ... بِحَسب الأرفق للمعذور فِي مرض قَول جلي وقوي ... اخْتَارَهُ حمدُ وَيحيى النَّوَوِيّ ... Maksudnya: Jamak dengan cara taqdim ataupun takhir, hendaklah berdasarkan mana yang lebih memudahkan bagi orang yang beruzur. Dalam masalah sakit, terdapat satu pandangan yang jelas dan kuat, telah dipilih oleh Hamad dan Yahya al-Nawawi. Ukuran sakit yang membolehkan jamak Antara ukuran yang disebut dalam kitab-kitab mazhab Syafi‘e, antaranya dalam al-Tuhfah 2/404: يَشُقَّ مَعَهُ فِعْلُ كُلِّ فَرْضٍ فِي وَقْتِهِ Iaitu: “Sakit yang menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk menunaikan setiap solat fardu dalam waktunya.” Ada juga pandangan yang mengatakan tidak berpada dengan sakit yang mendatangkan kesukarang untuk menunaikan setiap solat fardhu dalam waktunya, bahkan perlu ada kesukaran yang Zahir (مشقة ظاهرة): بِحَيْثُ تُبِيحُ الْجُلُوسَ فِي الْفَرْضِ Iaitu: Sakit yang membolehkan seseorang menunaikan solat fardu dalam keadaan duduk.” Kesimpulan: Dalam mazhab Syafi‘i, pandangan muktamad tidak membenarkan jamak kerana sakit. Namun, terdapat pandangan kuat dalam mazhab yang dipilih oleh beberapa imam besar, termasuk al-Imam al-Nawawi رحمه الله, yang membenarkan jamak bagi orang sakit apabila sakit tersebut menimbulkan kesukaran untuk menunaikan solat pada waktunya.

Menurut mazhab Syafi‘i: Haram menggunakan sesuatu yang menghalang kehamilan secara kekal. Adapun sesuatu yang hanya melambatkan kehamilan untuk suatu tempoh, tetapi tidak memandulkan secara keseluruhan, maka tidak haram. Adakah ia makruh? Jika dilakukan kerana ada keuzuran, seperti untuk memberi tumpuan kepada penjagaan dan pendidikan anak yang sedia ada, maka tidak makruh. Jika dilakukan tanpa keuzuran, maka makruh. Ini merupakan pandangan muktamad dalam mazhab Syafi‘i, walaupun terdapat sebahagian ulama yang berbeza pandangan, seperti al-Imam al-‘Izz bin ‘Abd al-Salam رحمه الله yang berpendapat bahawa penggunaannya haram secara mutlak.

*Insyaallah jam 4 petang ini, soal-jawab atas talian dalam group ini.*

Al-Imam al-‘Allamah al-Khatib al-Syarbini al-Syafi‘i menyebutkan bahawa makruh memanjangkan tempoh duduk ketika qadha hajat.
Al-Imam al-‘Allamah al-Khatib al-Syarbini al-Syafi‘i menyebutkan bahawa makruh memanjangkan tempoh duduk ketika qadha hajat. Beliau berkata: لِمَا رُوِيَ عَنْ لُقْمَانَ أَنَّهُ يُورِثُ وَجَعًا فِي الْكَبِدِ. “Hal ini berdasarkan sesuatu yang diriwayatkan daripada Luqman bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan sakit pada hati.” 1/159, al-Maktabah al-Syamilah.

Dalam Hasyiah al-‘Allamah al-Tarmasi (الترمسي) رحمه الله, terdapat nukilan dari kitab al-Khairat al-Hisan karya al-‘Allamah Ibn Hajar رحمه الله yang menyebut: “Sebahagian ulama yang mensyarahkan Minhaj al-Nawawi menyebut bahawa al-Imam al-Syafi‘i رحمه الله pernah menunaikan solat Subuh di Masjid al-A‘zamiyyah, yang terletak berhampiran dengan makam al-Imam Abu Hanifah رحمه الله. Beliau tidak membaca qunut. Lalu beliau ditanya: ‘Mengapa?’ Beliau menjawab: تأدبا مع صاحب هذا القبر ‘Sebagai adab terhadap penghuni makam ini.’” Perkara tersebut turut disebut oleh ulama lain. Bahkan ditambahkan bahawa al-Imam al-Syafi‘i رحمه الله tidak membaca basmalah secara jahr. Dari kisah ini dapat difahami bahawa: kadangkala sesuatu perkara yang merupakan sunnah menurut pandangan seorang mujtahid boleh ditinggalkan apabila terdapat perkara lain yang pada ketika itu dianggap lebih utama untuk dilakukan. Maka, tujuan al-Imam al-Syafi‘i رحمه الله meninggalkan perkara yang beliau sendiri berpandangan sebagai sunnah adalah untuk menzahirkan ketinggian kedudukan para ulama, khususnya seorang ulama yang mempunyai ramai orang yang mencelanya semasa hidup dan selepas kewafatannya, seperti al-Imam Abu Hanifah رحمه الله. Ini menunjukkan penghormatan terhadap ulama merupakan suatu perkara yang dituntut dan sangat ditekankan. Selain itu, manfaatnya bersifat lebih luas dan melangkaui individu. Oleh itu, untuk mencapai tujuan tersebut, sesuatu sunnah yang diperselisihkan oleh para ulama dan manfaatnya bersifat terbatas boleh ditinggalkan.