cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

MuslimMagnet

Life is journey. From Allah to Allah ๐Ÿƒ

Show more
Indonesia109 130The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
196
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Orang soleh sentiasa memastikan dari mana sumber makanan yang akan masuk ke dalam mulut mereka, sama ada halal atau haram. Sedangkan kita, asyik memikirkan dimana tempat makan yang sedap tanpa memikirkan dari mana datangnya sumber makanan yang sedap itu. @thetazkirahiman
Show all...
Min dapat pm dari seorang chef di restoran terkemuka area Selangor dan KL. Ikuti luahan dan pengalaman beliau tentang majikan non muslim yg meremehkan isu halal. #BMF Kedai makan โ€œNO PORKโ€ Saya seorang tukang masak atau Chef yang berkerja di sekitar selangor dan KL, pengalaman hampir 10 tahun berkerja di pelbagai jenis hotel dan restaurant. Terdetik saya nak berkongsi cerita ini setelah melihat beberapa posting berkaitan isu makan di kedai tanpa sijil halal namun berlabel pork free, ramai muslim yang dilihat makan dan minum di kedai sebegini. Jadi biarlah saya sebagai orang yang bergelumang dalam industri ini berkongsi sikit cerita pada semua. Restoran pork free biasanya di miliki oleh non muslim, mereka tak mahu apply sijil halal sebab susah dan bagi mereka buang dan duit, dan sebenarnya tak mungkin akan lulus, kenapa? Saya akan ceritakan di bawah. Tapi oleh kerana mereka sedar 70% hasil jualan biasanya datang dari kaum melayu yakni muslim maka mereka memilih untuk meletakkan logo โ€œNo Porkโ€ di kedai mereka. Pernah saya berkerja di sebuah syarikat di KL, sebagai Chef makanan western dan Melayu, tetapi atas kerana perubahan hala tuju perniagaan, owner tempat saya berkerja menambah sisi perniagaan iaitu restaurant makan tengahari โ€œpork freeโ€, jujurnya saya terlibat dengan operasi dari awal hingga sekarang. Saya dapat melihat segenap aspek apa yang berlaku dalam restaurant pork free. Sebab apa mereka tak mahu mohon sijil halal jakim sedangkan mereka mahu pelanggan dari orang muslim? Pertama, ada sebahagian mereka mahu menjual alcohol di premis yang sama, kedua, bahan masakan yang mereka guna tidak memiliki sijil halal, dan pengeluarnya di ragui. Kenapa ini berlaku, jujurnya, pemilik restoran ini bukanlah jahat atau sengaja, yang saya dapati ialah mereka tidak betul betul memahami konsep halal itu. Saya pernah cuba menegur bekas majikan saya, tapi dia masih kurang faham. Bagi beliau, cukup sekadar tidak menggunakan produk babi sudah cukup sesuai untuk pelanggan islam. Pemahamannya kurang. Betul, tiada babi yang di gunakan, tapi, di dapur, ada cooking wine, ayam yang di guna di ragui sembelihan, (pernah check tiada kesan sembelihan), makanan dalam tin dari syarikat yang sama yang mengeluarkan produk babi, bahan bahan yang di import terus dari China, Taiwan dan sebagainya, (atas alasan rasa dan quality lebih baik) tiada cop halal jakim, bahkan tiada cop halal mana mana pun, ini adalah contoh apa yang saya dapat lihat dari pengalaman sendiri, betul pork free, tapi pasti ia tidak halal untuk di muslim. Bekas majikan saya mengaku sendiri, hampir 70 peratus hasil jualan dari melayu muslim, hinggakan dia perlu menggaji pekerja muslim wanita bertudung untuk berkerja di ruang hadapan, supaya muslim berani untuk makan di situ, hakikatnya, tukang masak adalah non muslim, bahan masakan juga diragui dan tidak halal. Iya, tidak ada menggunakan babi, tapi masih tidak halal untuk muslim. Wallahhi, saya rasa bertanggungjawab untuk share hakikat ni, sebab saya ada dalam industri, sekurang kurangnya, ini pengalaman di tempat saya pernah berkerja, mungkin tempat lain berbeza, tapi untuk renungan kita bersama, mari berfikir kenapa restoran ini tak mahu dapatkan sijil halal jakim, sedangkan mahu pelanggan dari melayu islam (sanggup pamerkan logo Pork Free). Jika tak pasti halal atau haram, sudah pasti menjadi ragu ragu, syubhah, kita muslim kena elakkan. Akhir kata, pada yang membaca, tolong renungkan semula, kenapa bersusah susah makan yang syubhah sedangkan boleh cari yang pasti halal. Harap perkongsian ini membuka mata semua terutama yg minat makan western. Kita lihat di Pusat Perniagaan Seraya Indah(bangunan merah berhadapan Kulim Central) ada restoran James Foo.. Mereka meletakkan pekerja wanita bertudung dgn signage "PORK FREE". Restoran berkenaan 100% dipunyai Cina dan tkg msk juga cina tetapi ramai melayu muslim kita makan di situ terutama lunch hour.. ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
Show all...
Temanku, Renungilah sebiji cawan, Jika tidak dituang air, Maka udara akan memenuhinya, Begitu juga diri kita, Jika tidak diisi iman, Masuklah syaitan bermaharajarela, Diri kita perlu pengisian, Dengan ilmu dan agama, Agar hidup dekat dengan-Nya, Barulah hatimu tenang bahagia. @gadispenulis
Show all...
Show all...
Khairil Azlan

Entah, sebak aku tengok video ni. Carilah persamaan, bukan perbezaan. Sudah-sudahlah bergaduh pasal isu perkauman, ini semua orang politik punya sebab. Jijik!

https://t.co/x8mkJkXECq

Ingatkan aku satu benda ni , boleh ? InshaAllah , apa dia ? Ingatkan aku tentang Allah . Bila aku terleka , kau tegur . @gadispenulis
Show all...
Jika kita mahu pergi ke suatu tempat yang kita akan kembali balik pun kita perlu membuat persiapan, menyediakan setiap barang keperluan. Inikan pula untuk mati yang tidak akan kembali balik ke dunia, pastinya kita perlu lebih bersedia menyediakan amalan sebanyak mungkin untuk ke sana. @thetazkirahiman
Show all...
Ada 2 nikmat yang selalu menipu manusia: 1. Sihat (Berapa banyak manusia yang ditipu oleh usia sihat sehingga melengah-lengah ibadah kerana menunggu usia tua untuk betul-betul melakukan amal ibadah tetapi apabila sampai ke usia tua, dia pun sakit) 2. Kelapangan (Berapa banyak manusia mensia-siakan waktu lapangnya untuk hidup jauh daripada Allah, sehingga datang waktu sempit baru dia terjaga untuk kembali mengingati Allah) @thetazkirahiman
Show all...
Orang yang hidup, kena cucuk jarum yang kecil pun terasa sakit. Berbeza dengan orang yang mati, tangannya dipotong dua pun dia tidak merasa apa-apa. Begitulah perumpamaan bagi orang yang punya hati yang hidup dan orang yang memiliki hati yang mati. Orang yang telah mati hatinya, tertinggal solat lima waktu pun dia tidak rasa apa. Tak rasa bersalah langsung. Sedangkan dosa tinggal solat adalah dosa yang besar. Berbeza dengan orang yang hatinya hidup, hatinya rindu untuk bertemu Allah di dalam solat. Sentiasa menunggu-nunggu waktu solat. Merasa amat bersalah jika terlambat menunaikan solat. Sesungguhnya tidak sama orang yang telah mati hatinya dengan orang yang sentiasa hidup hatinya dengan Allah swt. (Dipetik daripada facebook Zonkuliah) ๐Ÿ“ฎJoin Telegram Taman Orang Soleh telegram.me/RiyadusShaliheen
Show all...
Taman Orang Orang Soleh

"Roh-roh mereka didalam jiwa burung-burung hijau terbang bebas di dalam syurga ke mana saja mereka kehendaki"[Hadith]