cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Inspirasi Spiritual 💜 Inspirasi Sihat

Channel Inspirasi by @IzwahS (CHt). Great Hypnotist & Hypnotherapist. Inspire other by Hypnotizing Words to heal mind, heart & soul. Biiznillah.

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
233
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Amal Zikir Ya Allah 66 kali dikongsikan oleh Ustaz Muhaizad Sehari buat satu kali sahaja. Selesai Ya Allah 66 kali, sebutkan hajat kita. Hajat dunia, hajat akhirat, sebut belaka. Lepas minta hajat, kita sebut pula "Ya Allah Ya Tuhanku, Nama-Mu nama Allah. Maka aku tak tahu apa yang baik bagi aku. Engkau berilah yang baik kepadaku. Yang Engkau nampak baik, berilah semua pada aku." Moga dimudahkan kita istiqamah mengingati Allah dalam kita mahukan hajat kita dimakbulkan. Biiznilah.
Show all...
Formula untuk kuat jiwa ada dalam al-Quran. Apa dia? Solat malam dan baca Al-Quran di waktu tahajud. Dalilnya dari ayat ke-6 Surah Al-Muzzammil. إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِيَ أَشَدُّ وَطۡـٔٗا وَأَقۡوَمُ قِيلًا Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam itu lebih kuat (kepada jiwa), dan bacaan pada waktu itu lebih memberi kesan. Kerana itu orang yang punya kedua rutin ini lebih kuat dan tenang jiwanya. Tatkala diuji tidak mudah melatah dan patah semangat. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sentiasa yakin dengan bantuan Allah. Urusannya diserahkan bulat-bulat kepada Allah. La haula wala quwwata illa billah. Pokoknya bangunlah walau di hujung waktu menjelang Subuh. Laksanakan 2 rakaat solat dengan bacaan 10 ayat Al-Quran. 6 ayat dari surah Al-Kafirun dan 4 ayat dari surah Al-Ikhlas. Dalam satu hadis yang panjang ada diaebutkan “Barangsiapa yang bangun menunaikan (membaca) sepuluh ayat, maka dia ditulis tidak termasuk dalam golongan orang-orang lalai."
Show all...
Tip sihat yang dikongsikan oleh Syeikh Zainul Asri Amalkan dua ayat terakhir surah At-Taubah. Ayat 128 dan 129, baca 11 kali setiap malam sebelum tidur. لَقَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِیزٌ عَلَیۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِیصٌ عَلَیۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقُلۡ حَسۡبِیَ ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَیۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِیمِ [Surah At-Taubah: 128 - 129] Kata Syeikh, “Kelebihannya, Allah beri roh, jasad dan minda kita sihat. Bila semua ini sihat, maka barulah kita jadi orang yang sihat. Dikeluarkan yang jahat-jahat dalam diri - seperti malas. Orang yang beramal terhindar dari tension, pressure, stress yang sewaktu dengannya. Ayat ini jika dibaca dengan penuh penghayatan, boleh mengalir air mata. Jom amalkan. Semoga lebih tenang hidup kita di bawah pimpinannya.
Show all...
Kata ulama’, jika Allah kejut kita bangun di mana-mana waktu di sepertiga akhir malam, itulah waktu paling mustajab untuk berdoa. Jika tak mampu nak bangun, amalan yang dianjurkan ketika terjaga tengah malam adalah dengan berzikir dan terus berdoa. Pertama لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ “Tidak ada Tuhan Selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu” Kedua سُبْحَانَ اَللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اَللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar Ketiga لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاَللَّهِ Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Keempat رَبِّ اغْفِرْ لِي Wahai Tuhan, ampuni aku Dan kemudian susulilah dengan doa yang sangat kita hajatkan. Kata Nabi, doa itu akan dimustajabkan. Sungguh, tak mampu nak solat hajat, Allah ringankan buat kita dengan doa. Namun, adakah hajat kita cukup besar sehingga mampu membuatkan kita bangun untuk meminta kepada Allah Ya Mujiib?Tuhan yang sangat mahu memakbulkan doa hamba-hamba-Nya yang meminta. Jika kita pun tak bersungguh, layakkah kita untuk menerima pemakbulan hajat tersebut? Kadang Allah tak makbulkan impian, sebab Allah nak kita kembali merintih dan merayu kepada-Nya. Bukan untuk Allah, namun untuk ketenangan dan kelapangan hati kita juga.
Show all...
Amalan orang yang berhajat besar. Satu amalan yang diijazahkan oleh guru kepada Syeikh Zainul Asri kepada beliau. Lakukan solat hajat 2 rakaat (masanya jam 3 hingga 4 pagi sahaja) Rakaat pertama baca 10 kali Surah Al-Kafirun selepas Al-Fatihah. Rakaat kedua baca 10 kali Surah Al-Ikhlas selepas Al-Fatihah. Selesai salam, dalam keadaan duduk, angkat takbir Allahuakbar dan niat dalam hati “Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala.” Terus sujud. Bacaan ketika sujud: 1. Zikir 10 kali - Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah wallahuakbar 2. Selawat ke atas Nabi Muhammad 10 kali 3. Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar 10 kali 4. Surah Al-Alaq (Iqra’ bismi Rabbikal lazi kholaq) ayat 1 hingga akhir 5. Doa (jika ada dalam bahasa Arab baca dalam bahasa Arab. Jika tak ada, berdoa dan berbicara minta dengan Allah dalam hati.) 6. Selesai doa, bangun dari sujud dan beri salam. Catatan ini untuk peringatan diri sendiri. Saya kongsikan moga bermanfaat juga buat sahabat di channel ini yang memerlukan.
Show all...
Salam Hari Asyura. Selamat berpuasa buat yang berkesempatan berpuasa.
Show all...
Doa penghuni syurga sewaktu di dunia Apa dia doanya? Sayyidul istighfar. “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”. Amalkan setiap hari, di waktu pagi dan malam. Semoga kita menjadi ahli syurga di akhirat kelak. Aamiin Ya Mujiib.
Show all...
Semalam terjumpa video ceramah Ustazah Asma Harun. Ustazah kata, kalau di pejabat, tiba-tiba bos assign kita kerja yang menimbun. Ucap Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Kenapa? Sebab kerja banyak itupun ujian dari Allah. Lebih cepat kita kembali kepada Allah, lebih cepat bantuan Allah datang. Di rumah pun sama. Anak tumpahkan air, sebelum nak marah, sebut Innalillah dahulu. Bukan tak boleh nak marah, cuma bila sebut Innalillah dahulu, marah kita akan berkurang. Taklah jadi mak ko hijau. Silap haribulan cepat-cepat anak minta maaf, ambil kain terus lap. Masya-Allah sejuk hati, kan? Siap ambil video anak bersihkan air yang tumpah. Upload kat media sosial. ‎وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya". Sungguh, setiap urusan kita dalam genggaman Allah. Cepat-cepat kita kembalikan urusan kita, agar kebergantungan kita terhadap Allah itu lebih besar dari mengharap kudrat diri yang terbatas.
Show all...