cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Geng Sabahan Muslim

Show more
Indonesia133 967The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
132
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Ada orang ni separuh mati dia fikir macam mana dia boleh bantu kasi settle masalah orang lain.. Padahal orang yg bermasalah pula ndak tahu yang dia itu bermasalah. Bulih pula ketawa2 jual gigi bila dikasitau. Bikin gerigitan kan urang begini... 😖 Jadi, sabarlah dgn urang seperti ini. Ko marah 10x pun kalau ndak ajar dia berfikir dengan betul, teda gunanya juga tu. Pasti teda perubahan yg berlaku. Jadi, ketuklah si kawan tu supaya berfikir berfikir dan berfikir selalu. Change your mind, then you can change the world. @GengSabahanMuslim
Show all...
Ya Allah, Cukupilah aku dgn rezeki yg halal sehingga aku terhindar dari yg haram. Kayakanlah aku dgn karuniaMu sehingga aku tidak meminta kpd selainMu. (HR. At-Tirmidzi) #alhamdulillah syukur 😊🥤
Show all...
Helo, ada urang ka? 😀
Show all...
Fuhhh.. Naa berhabuk sudah group ni
Show all...
Salam geng
Show all...
Apa maksud naarayang @ naa rang?
Show all...
Naarayang...
Show all...
Bila aku ditanya tentang pengurusan waktu... Siang aku bekerja, malam aku bekerja. Begini aku bahagikan waktu aku. Maka bila waktu aku akan tidur atau rehat? Di antara waktu kedua-duanya.. Di sepertiga malam... ======================== Kau kata kau mahu beriman dan berjaya, kau mahu beriman dan kaya, kau mahu kalahkan Bill Gates, Jeff Bezos, Mark Z dan tentera-tentera Yahudi. Tapi percayalah yg kau takkan mudah perolehinya kalau waktu kau kerja dan tidur masih sama macam orang lain. Stop hidup dgn gaya manja! Stop jadi babi dan kera! Ini bukan masanya lagi utk malas dan berleha-leha! Kiamat sudah dekat doh! Kalau kau kata kau ikut Allah dan Rasul, mari ubah cara fikir, ubah cara kerja, ubah cara hidup yg lebih mulia. Walau terlihat asing, kerana yg asing itulah yg akan untung di akhir zaman. بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ “Islam datang dalam keadaan yang asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sungguh beruntungnlah orang yang asing” (HR. Muslim no. 145). Kau harus yakin dan percaya yg kau bukan manusia biasa, tapi kau sudah diakreditasi menjadi manusia yg terbaik dan luar biasa (khairu ummah) 💪 #RamadhanEffect #JuruteraBertarbiyah @SosokLamaJiwaBaru
Show all...
Jangan sombong pada Tuhan. Ingatlah kebaikan Tuhanmu. Yang mencukupkan mu, yang menyayangimu, yang mengurniakan nikmat padamu. Ya Allah janganlah engkau jadikan kami lupa pada Mu. Jadikanlah kami hamba yg mensyukuri nikmatMu. Apapun baik yg kecil mahupun yg besar. Tidak terhitung ya Allah. Engkau Maha Kaya, Maha Baik. Aku sentiasa semat dlm minda. Aku pernah hidup susah macam kanak2 ini. Aku pun anak kampung. Makan mlm dan belajar guna pelita atau lilin saja. Bekalan elektrik kadang2 satu minggu pun tiada. Air pun kadang2 mati. Rumah pun tiada. Tanah pun tanah orang. Oleh kerana terpaksa teruskan hidup, kena berjuang. Asal hujan saja, air tu lah yg ditadah utk jadi air utk cuci kain, cuci pinggan dan buat kegunaan urgent. 2x sehari pergi menimba air di perigi. Utk bekalan air masak sekeluarga. Mak ajar kami. Umur 3 tahun sudah kena ajar cuci pinggan. Guna air cucian beras. Sebab kena berjimat air. Lepas makan kena cuci pinggan sendiri. Siapa membazir air, kena marah. Menyiang ikan sudah kena buat seawal umur 5 tahun. Goreng ikan, masak nasi. Jari tercalar berdarah tu biasa sudah. Letak ubat sendiri. Pandai2lah kau. Jgn menangis. Mmg xkan settle. Kesan terbakar kena minyak tu macam kena letup2 bunga api jak. Settle kerja rumah baru boleh main. Homework mimang settle awal. Balik dari tadika/sekolah memang terbiasa utk siapkan homework. Tiada siapa yg suruh. Memang sendiri yg mahu buat. Kadang sanggup makan lambat. Nasi dan lauk setia menunggu aku siapkan homework. Mak diam saja. Dia tahu perangai anaknya. Panggil 10x makan pun tetap tidak peduli. Kalau sudah pegang pensel dan buku gempa bumi pun takkan dilayan. Aku sedar kena usaha lebih. Aku tidak senasib org lain. Kadang aku cemburu dgn anak2 cigu, anak doktor, anak org kaya gitu. Tapi aku sedar balik hakikat di bumi mana aku berpijak. Dan aku percaya ada lagi insan lain yg lebih susah. Mak dan bapa tidak sekolah tinggi. Diorang kerja siang malam kasi makan minum hantar anak2 ke sekolah. Dengan harapan anak2 diorang akan berjaya. So, aku termotivasi. Lantaklah orang kata apa. Aku tidak malu dgn asal usulku. Bahkan akanku tuliskan supaya aki akan mengingatkan diriku. Betapa besarnya nikmat dan kebaikan Tuhan. Aku mahu menyinggung mereka di luar sana yg mengatakan "buat apa sekolah tinggi2, kerja pun tiada nanti." Maaf, saya mahu katakan, "saya belajar bukan utk kerja semata-mata. Saya belajar sebab saya cinta dan sebagai pentarbiyahan diri utk mengumpul bekal ke sana nanti." InsyaAllah. Dan aku meletakkan keyakinan tinggi bahawa utk mengubah hidup dan dunia ini, pendidikan adalah kuncinya. Kalau kita sekadar sekolah dgn niat utk dapat kerja kerajaan, maaf itu adalah mentaliti rendah. Not sustainable. Gais, cuba kau fikir kalau kerajaan bertukar, bila2 masa pun kau ada chance kena pecat.Tiada jaminan kau duduk di stu selamanya. Please, jangan bangga sgt. Ramai grabby yg aku jumpa hampir semua adalah kakitangan kerajaan. Buat grab part time sebab cari duit tambahan. Kena tanggung macam2 bayaran utk anak bini, bayar ccm lagi. Tapi saya tidak mengatakan salah kalau kau mahu kerja kerajaan. Itu hak masing2. Tapi, kalau kau berilmu dan guna akal yg Allah kurniakan sebaiknya, kau bukan saja dapat kerja tpi kau boleh create kerja (bisnes) utk orang lain bah. Sayangnya, berapa ramai yg mahu fikir macam ni? Kebanyakannya suka fikir hal sendiri. Biarlah dorang. Yg penting aku dapat duit. Baik urus hidup sendiri. Pastu sempat pulak membawang. Ish3. Istighfar2. Pesan saya, hormatilah cita2 orang lain. Pilihan orang lain. He or she have his/her own reason for it. Satu lagi, janganlah selfish. Mari hidupkan common sense, empati, sensitiviti dengan orang yg lebih memerlukan. Bila kita tolong Agama Allah, Allah akan tolong kita. percaya atau tidak, berbalik pada keyakinan individu. Pendidikan (tarbiyah) bukan segala-galanya. Tapi segalanya bermula dgn pendidikan (tarbiyah).. selamat mentarbiyah diri. tulus dari hamba Allah. Sittilin Salleh Calon Master Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, UMS @NotaSittilin
Show all...
https://www.facebook.com/LahadDatuTVOfficial/videos/395986300878589/ Geng Sabahan Muslim ingin berkongsikan kepada seluruh warga Subscribers sebuah karya anak jati Sabah yang memenangi beberapa anugerah filem pendek antarabangsa. Filem pendek bertajuk "Dream To Fly" yang memberi makna dan kesan terhadap perasaan penonton terutamanya sesetengah penduduk di sekitar Lahad Datu... sebuah karya Cik Puteri Purnama Sugua... JOM TONTON & HAYATI, JANGAN LUPA SHARE! #DreamToFly #KKIFFAwardWinner2016 #LahadDatuTV
Show all...
Lahad Datu TV

Lahad Datu TV ingin berkongsikan kepada seluruh warga Lahad Datu sebuah karya anak jati Sabah yang memenangi beberapa anugerah filem pendek antarabangsa. Filem pendek bertajuk "Dream To Fly" yang...