cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

Advertising posts
3 162
Subscribers
No data24 hours
+37 days
+130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

ISMA MELAKA FOKUS PROJEK KOMUNITI UNGGUL, BANGUNKAN KOMUNITI PPR. "Anak-anak di sekitar PPR mempunyai potensi tinggi, tapi kadang-kadang mereka tiada peluang disebabkan kekangan kewangan keluarga dan sebagainya. Dengan kerjasama dan kesepakatan komuniti setempat, kekangan-kekangan ini boleh diuruskan bersama." En. Farhan Abdullah YDP ISMA Melaka Baca berita penuh di sini: https://isma.org.my/isma-melaka-fokus-projek-komuniti-unggul-bangunkan-komuniti-ppr/ __________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Show all...
๐Ÿ”ฅ 3๐Ÿ‘ 2
ISMA CAWANGAN MELAKA: KESATUAN KOMUNITI PPR MANFAATKAN POTENSI YANG ADA DALAM MEMBANGUNKAN UMMAH FADHILAH ISMA Melaka konsisten mengajak masyarakat kembali menghayati dan mengamalkan agama dalam kehidupan. ISMA Melaka bersama Komuniti PPR telah menjalinkan kerjasama untuk mencapai objektif tersebut melalui Projek Komuniti Ummah (PKU). Selari dengan matlamat membangunkan Ummah Fadhilah, kesatuan komuniti PPR boleh mencungkil dan memanfaatkan potensi yang ada dalam komuniti. "Anak-anak di sekitar PPR mempunyai potensi tinggi, tapi kadang-kadang mereka tiada peluang disebabkan kekangan kewangan keluarga dan sebagainya. Dengan kerjasama dan kesepakatan komuniti setempat, kekangan-kekangan ini boleh diuruskan bersama," kata En. Farhan Abdullah selaku Yang Dipertua ISMA Melaka mengulas tentang projek tersebut. Ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Melaka, beliau juga menegaskan ISMA sentiasa konsisten dengan idea kesepakatan ummah sejak dari dahulu dan terbuka untuk berkerjasama dengan komuniti-komuniti setempat. Gambar: En. Farhan Abdullah (dua dari kanan) bersama pimpinan PAS ketika Rumah Terbuka PAS Melaka. __________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Show all...
REFLECTION ON THE EDUCATION OF CHILDREN "This piece serves as a reflective exploration into the intricate journey of nurturing childrenโ€™s education, spanning nearly two decades into the institution of marriage." Dr. Mohd Hisham bin Sharif NYDP ISMA Kubang Pasu For full article, read here: https://isma.org.my/reflection-on-the-education-of-children/ __________ Follow us on https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Show all...
HENTIKAN TAJAAN DAN PROMOSI PEMBEKAL SENJATA ZNS DI MALAYSIA. "Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Malaya melahirkan rasa kekecewaan terhadap penganjuran pameran teknologi pertahanan terkemuka, Defense Services Asia Exhibition & Conference (DSA) dan National Security Asia (NatSec) 2024, yang dianjurkan oleh DSA MALAYSIA dengan sokongan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, di MITEC, Kuala Lumpur." Ibrahim Allam Presiden PEMBINA Universiti Malaya (UM) Baca artikel penuh di sini: https://isma.org.my/hentikan-tajaan-dan-promosi-pembekal-senjata-zionis-di-malaysia/ __________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Show all...
๐Ÿ‘ 6
JENAYAH SEKSUAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: SEMUA PIHAK PERLU MAIN PERANAN. "Satu tinjauan global (Disrupting Harm in Malaysia) mendapati sekitar 4% kanak-kanak berusia 12-17 tahun di Malaysia yang menggunakan internet telah mengalami penderaan dan eksploitasi seksual dalam talian (OCSEA-online sexual exploitation and abuse) dalam tahun 2021-2022. Tinjauan tersebut juga melaporkan lebih kurang 100,000 kanak-kanak berkemungkinan telah pun mendapat kesan buruk akibat aktiviti ini dalam tempoh setahun belakangan ini." Dr. Siti Sarah binti Amran Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Penggubal Modul ReproAlert! Baca artikel penuh di sini: https://isma.org.my/jenayah-seksual-di-kalangan-kanak-kanak-semua-pihak-perlu-main-peranan/ __________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Show all...
๐Ÿ‘ 3
ISMA HARAP SUHAKAM BENAR-BENAR MENJAGA HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA SELARI DENGAN SYARA' "Saya mewakili Wanita ISMA berkesempatan bersama-sama PEMBELA bertemu dengan SUHAKAM baru-baru ini. Ada beberapa perkara yang kami tegaskan semasa pertemuan dengan SUHAKAM." Shazamawati Zam Hashari Ketua Wanita ISMA Baca artikel penuh di sini: https://isma.org.my/pertemuan-pembela-isma-suhakam/ __________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Show all...
๐Ÿ”ฅ 2๐Ÿ‘ 1โค 1
JANGAN REMEHKAN USAHA BOIKOT, USAHA SEMAMPU MUNGKIN BEBASKAN PLSTN Memanglah kalau kita teliti satu per satu produk dan perkhidmatan utama (mainstream) yang ditawarkan di pasaran, rata-rata mempunyai kaitan dengan pendokong zionisme kejam tersebut. Namun, kaedah feqah ada menyebut; kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua (ู…ุง ู„ุง ูŠุฏุฑูƒ ูƒู„ู‡ ู„ุง ูŠุชุฑูƒ ุฌู„ู‡). Ustaz Muhammad Shahier Sa'min Naib Presiden ISMA (Ketua Jabatan Dakwah) Baca artikel penuh di sini: https://isma.org.my/jangan-remehkan-usaha-boikot-usaha-semampu-mungkin-bebaskan-palestin/ __________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Show all...
UMMAH FADHILAH BERMULA DARIPADA SEBUAH KELUARGA Asas pembentukan anak-anak adalah sebuah keluarga. Keluarga adalah madrasah (sekolah) pertama buat anak-anak. Mudir (ketua) dalam sebuah madrasah adalah seorang bapa yang menetapkan halatuju keluarga yang dimiliki. Sentuhan seorang isteri dan ibu merupakan sentuhan yang paling utama dalam membantu suami untuk membawa anak-anak kepada matlamat yang dituju. Semua institusi lain, taska, tadika, sekolah, IPT, program NAZIM yang dianjurkan oleh ISMA dan sebagainya adalah program sokongan yang perlu dalam membantu kemenjadian anak-anak dalam usaha ke arah tercapainya matlamat madrasah baitul muslim yang dibina. Oleh itu pemilihan taska, tadika, sekolah, program-program dan sebagainya perlulah yang membantu ke arah pencapaian matlamat tersebut. Sebuah perkahwinan bukan hanya memenuhi kehendak nafsu sahaja malah ianya adalah asas kepada pembentukan negara yang bukan sahaja maju di dunia malah negara yang diberkati Allah SWT. Moga Allah pimpin kita semua ke arah menuju ke syurga-Nya yang abadi. Shazamawati Zam Hashari Ketua Wanita ISMA __________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Show all...
โค 4