en
Feedback
TechSamana

TechSamana

Open in Telegram

Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
331
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
photo content

photo content

photo content

photo content

Mengapa perniagaan anda perlu ada dasar pengurusan dan pemulihan data? Data merupakan senjata terpenting dalam sesebuah perniagaan.Ia memberikan gambaran utama tentang pekerja, pelanggan, produk dan pesaing. Percaya atau tidak data yang terkumpul dari pelbagai sumber ini mampu menjadi punca kejayaan mahupun kegagalan perniagaan anda. Oleh itu data harus dilihat sebagai aset yang amat penting bagi perniagaan anda. Bayangkan data syarikat mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dikumpul. Sekiranya data itu hilang sebahagian besar daripada nilai syarikat juga akan hilang. Sekiranya anda tidak mempunyai penyelesaian sandaran (backup) dan pemulihan data, sekarang adalah masa untuk mula mempertimbangkannya. Menurut portal Clutch, 58% perniagaan di Amerika Syarikat tidak bersedia untuk kehilangan data, walaupun 60% daripada perniagaan yang mengalami kebocoran data terpaksa menghentikan perniagaan mereka hanya 6 bulan setelah kehilangan data. Laporan yang sama mendedahkan 29% kegagalan cakera keras disebabkan oleh kemalangan. Saban hari kita akan dengar mengenai kehilangan data dimana-mana. Maka menjadi kewajiban untuk bersiap sedia sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kita. Dan solusi terbaik adalah dengan memiliki dan melaksanakan dasar pemulihan data sekiranya data perniagaan kita hilang mahupun dicuri penggodam. Mohd Haaziq Mohd Yusof Pakar Pemulihan Data

Saya mengikuti rapat perbincangan dan wacana di pentas media utama seperti Bernama, Awani pasca pembentangan bajet kerajaan bagi tahun 2020 terutamanya berkaitan persediaan negara bagi menghadapi Revolusi Industri ke-4. Kebanyakan panel dan komentar yang disampaikan agak meleset dan jauh daripada kerangka IR4.0 ini di mana perbincangan masih di sekitar IR3.0 seperti pemerkasaan penggunaan aplikasi internet, e-commerce dan media sosial. Perbincangan ketika ini sepatutnya berkaitan bagaimana perniagaan dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan bidang business intelligence (data analytics, user behaviour). Bagaimana kita boleh memanfaatkan teknologi untuk mengurangkan kos operasi dan produk, meningkatkan produktiviti serta meluaskan lagi pasaran produk ke luar negara bukan jaguh tempatan semata-mata. Automasi kerja juga boleh dimanfaatkan oleh PKS daripada peringkat pemasaran produk atau servis hinggalah ke proses terakhir iaitu penyerahan produk. Saya pernah bersembang dengan seorang usahawan servis penghawa dingin di Klang di mana beliau melakukan automasi kerja daripada pendaftaran online untuk permohonan servis, sebut harga dikeluarkan berdasarkan permintaan dan jika setuju terus work order akan diserahkan kepada juruteknik beliau dan semua itu berlaku secara automatik. Mungkin apabila berbincang mengenai automasi kerja di peringkat PKS ia agak jauh atau dilihat sukar dilaksanakan atau ia mungkin hanya melibatkan kilang-kilang besar sahaja. Yang menariknya, latar belakang beliau adalah kontraktor kerja sivil dan tiada pendidikan kemahiran berkaitan teknologi. Iklim ekonomi dan industri kini telah berubah, PKS sepatutnya lebih adaptable dan fluid dalam melakukan perubahan gerak kerja operasi mereka kerana saiz dan skala operasi yang lebih kecil berbanding kilang yang sebenarnya lebih sukar untuk melakukan perubahan kerana struktur sistem serta perkakasan yang lebih kompleks. Dengan sokongan kerajaan untuk mengukuhkan lagi persediaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dalam menghadapi IR4.0 ini sepatutnya setiap pihak memahami dengan jelas keperluan dan impak kepada implementasi teknologi ini kepada negara. Kerisauan saya ia akan menjadi satu lagi tragedi pembaziran duit rakyat kerana membuat sesuatu tanpa strategi yang tepat dan bersifat jangka panjang dan akhirnya pemohon geran serta dana kerajaan tersebut menghabiskan duit tersebut tanpa hala tuju yang jelas. Azril Hanafi Pengerusi Techsamana

Ikuti Awani Pagi dengan kupasan menarik tentang DRON Prospek Karier Masa Depan bersama Pengarah Akademi DS, En. Ghazali dan P
Ikuti Awani Pagi dengan kupasan menarik tentang DRON Prospek Karier Masa Depan bersama Pengarah Akademi DS, En. Ghazali dan Pengarah Aeronerve, En. Muslim.

photo content

photo content

photo content

photo content
+8

photo content

For an example of the acquisition route, consider Yahoo. It was once the leader in the nascent search engine space, but lost the top position to Google and then lost the second position to Microsoft’s Bing. In response, then CEO Marissa Mayer went on a shopping spree to acquire technologies and startups in an attempt to regain the crown. As of 2016, Mayer had acquired 53 tech startups, spending between $2.3 and $2.8 billion, and countless hours of her top executives’ time with M&A due diligence. https://hbr.org/2019/06/disruption-starts-with-unhappy-customers-not-technology

In April, the Dewan Rakyat was told that restricted zones that prohibit mobile phones or other communication devices capable of recording information were created in ministries and government departments to prevent the leak of confidential government information. Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/08/govt-makes-a-smart-move/#stawcbAAiQUOGGl6.99

Cahaya Ramadan berlalu pergi, Menyambut tibanya Aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Akademi DS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Minal 'Aidin Wal Faizin. Kullu 'Am Wa Antum Bikhair. Semoga syawal ini memberi seribu satu kenangan bermakna bersama sanak saudara.