en
Feedback
Nasihat Bisnes

Nasihat Bisnes

Open in Telegram

Perkongsian Bisnes Dari Amiru Mat Rawi

Show more
1 515
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-730 days
Posts Archive
Hospital Indonesia di Negara Tembikai akhirnya ‘dibuka semula’ tapi realitinya jauh dari apa yang kita bayangkan. Dahulunya pusat harapan dengan 100 katil, dewan bedah, ward lengkap. Sekarang? Cuma tinggal 9 katil ICU. Bekalan elektrik tak stabil. Ubat cukup-cukup makan. Doktor? Ramai dah syahid. Yang tinggal hanyalah sisa tenaga dan semangat mereka yang enggan mengalah walau nyawa jadi taruhan. Hospital ini bukan sekadar bangunan. Ia dibina hasil derma rakyat Indonesia, lambang kasih sayang dunia Islam. Tapi pada November lalu, ia dib€dil tanpa belas. Tiada askar. Tiada senjata. Hanya bayi, ibu dan jururawat yang sanggup mati untuk selamatkan orang lain. Dan kini, hospital ini bukan lagi tempat rawat tapi simbol kegagalan kita. 9 katil untuk satu bangsa yang sedang nazak. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Seorang jemaah wanita dari Turkiye hanya pakai headband kecil warna Negara Tembikai. Tak bawa sepanduk, tak jerit apa-apa. Tapi ditahan di pintu Masjidil Haram. Polis Saudi beri amaran, kalau pakai lagi, visa batal. Alasan rasmi? “Simbol politik tak sesuai dalam ibadah.” Tapi sejak bila lambang solidariti jadi kesalahan dalam rumah Allah? Bila anak-anak dib∆m, bila hospital dibedil, itu bukan politik. Itu nyawa. Itu jenayah. Itu maruah umat. Simbol kecil itu tak dibenarkan masuk ke tempat paling suci umat Islam. Jemaah itu menangis, bukan sebab takut tapi kerana kecewa. Kaabah, yang sepatutnya jadi lambang penyatuan kini jadi medan tapisan siapa boleh tunjuk solidariti, siapa mesti diam. Ini bukan isu headband, ini cermin betapa keberanian umat makin hilang. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Lawatan rasmi Xi Jinping ke Malaysia bukan sekadar nak rasa durian. China umum nak bantu bangunkan Negara Tembikai dari hospital sampai ekonomi. Tapi bantuan ni bukan semata-mata atas dasar kemanusiaan. Ini strategi besar. China buka pintu pengaruh ke Timur Tengah, wilayah yang selama ini dipegang Amerika. Tapi berbeza dengan b∆m dan sekatan Barat, China guna soft power, pelaburan, maruah dan imej sebagai ‘abang besar’. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan negara Islam paling relevan di rantau ini, Malaysia kini jadi jambatan antara China dan dunia Islam. Bila PMX duduk semeja dengan Xi, adakah isu negara Tembikai dibincang? Ini bukan soal derma, ini pergerakan geopolitik global. Bila China mula pegang tangan tembikai dan Malaysia buka laluan, pakatan Barat mula rasa bahang. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Sidang Umum PBB ke-79 kali ni luar biasa. Negara Tembikai jadi topik utama. Tapi bukan lagi sekadar ucapan simpati. Kali ni, dunia mula sebut ayat berat, “pembersihan etnik”, “genosid”, “mass murder”. Semua ini bukan retorik kosong. Dua teori muncul. Satu, dunia sedang buka jalan ke tribunal jenayah antarabangsa. Dua, negara-negara Blok Selatan dah cukup muak dengan dua standard Barat. Ukraine boleh ke ICC, negara Tembikai? Senyap. PBB kini bukan sekadar pentas pidato. Mereka mula kutip bukti. Kalau cukup negara bangkit, fasa seterusnya mungkin pengasingan diplomatik dan sekatan ekonomi terhadap negara haram. Tapi persoalannya, adakah kuasa besar sanggup langgar kepentingan sendiri demi keadilan? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Perancis, kuasa besar dengan kuasa veto PBB umum nak iktiraf Negara Tembikai Jun nanti. Sidang khas dengan Arab Saudi pun dijadualkan. Macron kata, “Untuk keamanan Timur Tengah, negara tembikai mesti diiktiraf.” Ayat pendek tapi kesannya boleh ubah landskap geopolitik global. Negara haram terus mengamuk, kata ini "hadiah untuk pengganas", ayat lama dikitar semula dari zaman Oslo. Tapi kenapa sekarang, ketika negara tembikai tengah musnah? Ada yang bau strategi Barat tekan Israel sambil deal dengan negara Arab untuk normalisasi. Apa pun niatnya, bagi rakyat tembikai ini mungkin sinar harapan. Dah lama mereka ada bendera tapi belum pernah ada pengiktirafan rasmi dari negara kuasa besar. Tapi ingat, pengiktirafan atas kertas belum tentu boleh halang pe|uru dan b∆m dari langit. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Rakaman terbaru tunjuk tubuh manusia terpelanting ke udara. Letupan bukan biasa, ini roket canggih buatan Amerika dihantar ke kawasan perumahan. Tempat orang tidur bukan medan perang. Tapi kini jadi tapak penyembelihan. Ini bukan konflik dua hala. Ini genosid. Bila tubuh rakyat Negara tembikai boleh melayang macam boneka, apa lagi bukti dunia perlukan untuk sedar bahawa ini pembunuhan bukannya peperangan? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

“Negara tembikai milik Negara haram.” Itu keluar dari mulut Trump sendiri, depan kamera. Bukan silap cakap tapi kenyataan rasmi dengan penuh bangga. Dia tak cakap pasal dua negara, tak sebut pasal damai. Terus cop, tanah itu hak mereka. Ini lebih dari sekadar politik. Bila calon Presiden Amerika bagi greenlight macam ni, ia isyarat jelas. Serangan akan diteruskan. Rafah dibedil, gencatan senjata dibakul sampahkan. Diplomasi? Dah lama mati. Yang tinggal cuma kuasa dan mulut besar. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Sebuah gudang milik Arab Saudi di Rafah dib00m. Bukan markas tentera tapi pusat budaya, tempat simpan bantuan. Bila runtuh, bukan bangunan je hilang, nyawa juga terkorban. Dunia mula bersuara, PBB digesa bertindak. Tapi kenapa sekarang? Negara tembikai dah lama diserang, anak-anak dah lama mati. Adakah satu gudang cukup untuk dunia sedar? Atau kita masih nak tunggu giliran sendiri baru nak rasa peritnya? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Viral satu video. Gadis muda dari Negara Tembikai tersenyum sambil bawa dulang berbuka di tengah bunyi b∆m dan jet pejuang. Dia bukan pejuang bersenjata cuma nak jamu keluarga makan. Tapi dalam suasana perang, itu pun satu keberanian luar biasa. Kita buka puasa dalam aman, mereka buka puasa sambil doa masih hidup esok. Senyuman gadis itu bukan tanda dia tak takut tapi tanda rakyatnya dah terlalu biasa dengan derita. Dan masih ada yang bertanya, “Kenapa mereka tak lari?” P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

9 April 2025, Indonesia sahkan kesediaan tampung 1,000 pelarian dari Negara Tembikai. Bukan sekadar janji tapi tindakan penuh kasih dan berani. Waktu negara besar sibuk berpolitik dan jiran Arab masih diam, Indonesia melangkah dulu. Ini bukan kali pertama. Setiap kali Negara Tembikai diserang, suara rakyat Indonesia terus bergema. Tapi persoalan sebenar tetap ada. Sampai bila rakyat Negara Tembikai perlu hidup sebagai pelarian? Sampai bila mereka perlu mohon simpati hanya untuk terus hidup di tanah sendiri? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Negara haram umum mereka kini kuasai lebih separuh dari tanah Negara Tembikai. Dengan alasan “zon penampan”, mereka musnahkan segala yang ada dalam radius. Ini bukan soal keselamatan, ini adalah strategi perlahan-lahan untuk padamkan kewujudan negara Tembikai. Dari sekat makanan, halau penduduk hinggalah meletakkan bendera di tanah yang mereka rampas. Ini semua bukan kebetulan. Ini penjajahan abad moden. Dan soalnya sekarang, bila dunia bertanya “kenapa?”, mereka jawab dengan angkuh, “sebab kami berhak.” Rakyat Negara Tembikai kini tak ada rumah, tak ada tempat untuk pulang malah tiada negara yang benar-benar melindungi mereka. Jadi, kalau separuh negara dah hilang, siapa lagi yang tinggal untuk diselamatkan? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Pada 8 April 2025, rejim Zionis tutup 6 sekolah UNRWA di Baitulmaqdis Timur. Kononnya buku teks ajar kebencian. Tapi hakikatnya, sekolah ini ajar kebenaran sejarah negara Tembikai, hak tanah air mereka dan erti penjajahan. UNRWA bukan sekadar institusi pendidikan tapi talian hayat bagi anak-anak itu untuk kenal identiti mereka dalam dunia yang cuba padamkan suara mereka. Bila sekolah ditutup, peluang untuk melawan melalui ilmu turut dirampas. Ini bukan kali pertama pendidikan jadi sasaran. Setiap kali rejim mahu lumpuhkan negara Tembikai, mereka mulakan dengan sekolah sama ada dib∆m atau ditutup. Tapi kali ini, tak ada bunyi letupan, tak ada pelùru. Cuma senyap dan perlahan-lahan membunuh masa depan. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Pada 8 April 2025, dunia digemparkan apabila Hezbollah umum sanggup letak senjata tapi dengan syarat berani, rejim Zionis perlu berundur dari 5 kawasan bukit di selatan Lubnan dan hentikan serangan terhadap negara Tembikai serta Lubnan. Ini bukan tanda mereka mengalah tapi isyarat jelas bahawa mereka masih penghalang utama kepada agenda rejim di negara Tembikai. Rejim tahu jika Hezbollah campur tangan, peta peperangan bakal berubah. Kenyataan itu satu tamparan buat kuasa besar dunia. Kumpulan yang selama ini dilabel ‘pengganas’ tampil dengan syarat damai yang lebih rasional berbanding negara yang duduk megah di PBB. Mereka tak minta syarat kosong tapi tawarkan jalan penyelesaian yang adil. Jika benar dunia mahu damai di negara Tembikai, rejim penjajah perlu mula dulu. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

12 April 2025, Iran dan Amerika duduk semeja di Oman atas nama rundingan nuklear. Tapi ini bukan sekadar soal uranium. Initial tentang kuasa, pengaruh di Timur Tengah dan tekanan terhadap Iran. Sedangkan negara haram dah lama ada nuklear tanpa pengisytiharan, dunia tetap diam. Iran pula dilabel ancaman hanya kerana menyokong Negara Tembikai dan membela yang tertindas. Hakikatnya, rundingan ini bertujuan melemahkan Iran agar mereka tinggalkan perjuangan untuk Negara Tembikai. Tapi rakyat terus menjadi mangsa, satu b00m meletup di meja rundingan, satu lagi di tanah yang berdarah. Jika Iran tunduk, harapan terakhir untuk Negara Tembikai juga akan lenyap. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

8 April 2025, Universiti Hebrew menyaksikan sejarah tercipta. Mahasiswa Yahudi dan pelajar dari Negara Tembikai berdiri bersama menentang kezaliman. Mereka bukan lagi musuh tapi manusia yang bersatu atas nama kemanusiaan. Jeritan mereka lantang menuntut penghentian genosid membuktikan bahawa ini bukan soal bangsa atau agama tapi soal nyawa dan keadilan. Yang paling mengejutkan, suara ini lahir dari dalam kubu Zionis sendiri. Mahasiswa Yahudi tanpa ragu menyatakan, “Ini bukan perang. Ini pembersihan etnik.” Bila generasi muda sendiri mula mempersoal Zionisme, propaganda yang dibina selama ini mula runtuh. Dunia luar tak boleh lagi berdiam. Bila ‘musuh’ mula berdiri bersama kita, inilah isyarat perubahan sedang bermula. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Mac 2025, laporan S&P Global dedah dunia sedang hadapi risiko geopolitik tertinggi dalam dua dekad dan perang negara tembikai jadi antara puncanya. Dulu disangka konflik lokal, kini terbukti ia goyangkan pasaran global. Harga minyak melonjak, pelabur tarik diri dan negara Islam yang dulunya janji sokong kini mula senyap kerana ekonomi sendiri sedang tenat. Yang paling tersepit? Rakyat negara tembikai. Derma makin berkurang, NGO tak cukup dana, bantuan perubatan tersekat. Bila nyawa jadi nombor dua di mata dunia dan laporan ekonomi hanya sebut "ketidakstabilan Timur Tengah" tanpa berani nyatakan siapa pencetus sebenar. Itulah puncak kemunafikan global. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Mac 2025, dunia sibuk bincang minyak dan gas tapi di negara tembikai, air jadi senjata. Presiden Mahmoud Abbas dedah bagaimana negara haram kawal penuh aliran air. Bila panas, paip ditutup. Bila wabak merebak, bekalan dihenti. Air cuma dibuka jika rakyat tunduk pada syarat politik. Sejak bila air, hak asas manusia jadi barang ugutan? Negara tembikai bukan lagi sekadar zon perang tapi makmal kejam ujian kemanusiaan. Mereka diuji dengan lapar, sakit tanpa ubat, dan kini kehausan. Bayangkan seorang ayah keluar cari air bersih untuk anak tapi tak kembali, ditembak hanya kerana bawa tong kosong. Ini bukan cerita baru. Cuma sekarang, mereka tak sembunyi lagi sebab mereka tahu, dunia tetap akan diam. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Bayangkan, tidur pun boleh ditangkap. Itu yang berlaku pada ibu-ibu dari kumpulan “Mothers Against Genocide” di Dublin. Tiada rusuhan, tiada senjata cuma protes senyap dalam sleeping bag demi anak-anak di negara tembikai yang dib∆m tiap malam. Tapi polis datang, heret mereka seolah-olah mereka penjenayah besar. Ironinya, negara yang kononnya pejuang demokrasi dan kebebasan suara bertindak keras bila laungan “Free negara tembikai” bergema. Di UK, pelajar digantung. Di Perancis, bendera diharamkan. Di US, sebut “genosid” pun dilabel antisemitik. Tapi ibu-ibu ini tetap teguh kerana kemanusiaan tak kenal sempadan. Mereka tidur di jalan supaya dunia bangun dari lena. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

24 Mac 2025, Rafah, serangan udara negara haram musnahkan van ambulans, 15 paramedik termasuk staf PBB gugur. Bukan pejuang tapi penyelamat. Jaket biru PBB tak beri perlindungan tapi mereka tetap jadi sasaran. Ini bukan pertama kali, hospital, sekolah, pusat bantuan semuanya pernah dibedil. Tapi dunia terus diam. Media Barat cuma label sebagai “collateral damage” seolah nyawa manusia hanyalah angka. Kalau petugas kesihatan pun tak selamat hari ini, siapa jamin anak-anak sekolah tak jadi mangsa esok? Sampai bila kita nak percaya negara haram tahu beza antara musuh dan penyelamat? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Amerika Syarikat kini sedang timbang satu kes di Mahkamah Agung yang beri ruang rakyat mereka saman Pihak Berkuasa negara tembikai (PA) walaupun PA tak terlibat secara langsung dalam serangan pengganas. Undang-undang ini asalnya dari era Trump, dihidupkan semula oleh Republikan. Tujuannya bukan semata keadilan tapi tekanan ekonomi. PA boleh dikenakan bayaran ganti rugi ratusan juta dolar, dibekukan akaun luar negara dan dana bantuan, semuanya ketika negara tembikai sedang diserang bertubi-tubi. Amerika sediakan ‘gelanggang’ untuk lumpuhkan PA dari dalam tanpa perlu tembak peluru pun. Akhirnya, yang terkesan bukan pemimpin tapi rakyat biasa yang terus dihimpit derita. Persoalannya, adakah ini benar-benar keadilan, atau satu lagi langkah licik dalam permainan kuasa global? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.