en
Feedback
Nasihat Bisnes

Nasihat Bisnes

Open in Telegram

Perkongsian Bisnes Dari Amiru Mat Rawi

Show more
1 515
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-730 days
Posts Archive
Negara haram terbakar, banjir besar, hujan batu, kilat sabung-menyabung. Lokasi kejadian? Bukan tempat biasa tapi dekat dengan reaktor nuklear Dimona, kawasan paling ketat kawalan mereka. Tapi bila Tuhan murka, tak ada sistem pertahanan yang mampu halang bencana. Beberapa hari sebelum tu, api marak. Sekarang, banjir pula datang macam nak bersihkan tanah dari darah. Mereka masih sekat bantuan, masih bom hospital, masih bunuh anak kecil. Tapi mereka lupa, langit dan bumi ini bukan milik mereka. Bila dosa terlalu berat, mungkin alam pun mula bersuara. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

“Kalau tak mati kena bom, mereka nak kita mati sebab lapar.” Beginilah keadaan rakyat negara tembikai hari ini, anak kecil dan warga tua berebut satu bekas lauk, bukan kerana tamak tapi kerana terlalu lapar. Bantuan kemanusiaan ada tapi disekat berhari-hari oleh negara haram. Ini bukan sekadar kekurangan makanan. Ini strategi pembunuhan perlahan. Genosid yang disenyapkan. Dunia mungkin masih tutup mata tapi kita masih boleh bersuara. Jangan diam. Jangan berhenti sebarkan. Jangan biar mereka mati dalam senyap. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Budak-budak kecil cuma beratur tunggu makanan. Duduk bawah panas, sabar tunggu giliran. Tapi belum sempat suap, p€|uru yang sampai dulu. Tembakan dilepaskan tanpa belas seolah nyawa anak kecil langsung tak berharga. Dia tak pegang s€πjata. Tak jerit apa-apa. Tapi tetap ditembak. Inilah wajah sebenar kezaliman. Dan lebih menyedihkan, dunia masih senyap seolah tiada apa berlaku. Sampai bila kita nak diam? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Tak apa kalau hari ini kita penat. Sebab Allah takkan sia-siakan walau satu titis air mata. Setiap pengorbanan yang kita buat untuk keluarga, untuk kebaikan, semua tu sedang dicatat. Mungkin manusia tak nampak tapi Allah Maha Melihat. Teruskan bersabar, teruskan bersyukur kerana keindahan yang Allah simpan, lebih besar daripada segala yang kita hilang. Letih di dunia sementara tapi senyum di akhirat itu selamanya. Jangan berhenti berharap. Jangan berhenti berdoa. Moga setiap lelah hari ini, diganti dengan nikmat yang kekal di syurga nanti.

Budak kecil tu tak minta banyak. Dia cuma nak sekeping roti. Tapi suaranya jerit kelaparan tak didengari dunia. Di tempat kita, roti kadang dibiarkan berkulat. Tapi di sana, sekatan kejam buatkan makanan jadi impian, bukan pilihan. Lori bantuan tak lepas. Ubat tak masuk. Air bersih pun tak sampai. Tapi kita masih lebih sibuk share video prank daripada tangisan sebenar ini. Sedarkan diri, manusia kecil ini sedang derita yang tak sepatutnya ditanggung. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Media mungkin diam tapi langit tak pernah bisu. Walaupun berita tentang negara tembikai makin senyap, doa kita tak boleh padam. Qunut Nazilah bukan sekadar lafaz tapi panahan ke langit yang turun semula dalam bentuk api, ribut dan debu. Bila langit mula ‘menjawab’, itu tanda doa-doa kita sedang diterima. Jangan remehkan doa dan Qunut Nazilah. Dunia boleh bungkam tapi langit tetap bertindak. Jangan hentikan doa, teruskan Qunut, teruskan berharap. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Langit jingga, debu tebal, ribut pasir luar biasa landa negara haram. Jalan jadi kabur, sekolah lumpuh, penerbangan tergendala. Dunia seolah-olah ditelan debu. Tapi ini lebih dari sekadar ribut, ini mungkin peringatan. Sejarah mengajar kita, bila kezaliman melampau bumi akan menjawab. Seperti zaman Firaun, bala turun tanpa ampun. Hari ini, tanah yang mereka rampas kembali menuntut hak. Bukan sekadar angin, ini amaran dari langit. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Penyakit Ain tak nampak di mata tapi bila terkena boleh lemahkan badan, rosakkan rezeki, bahkan tarik nikmat satu demi satu. Ia datang dari pandangan yang disertai iri atau kagum tanpa doa walau tak disengajakan, tetap memberi kesan. Pandangan boleh menjatuhkan tanpa sentuhan. Lindungi diri dengan zikir, doa pelindung dan bacaan pagi-petang. Dan yang paling penting, jaga privasi. Tak semua nikmat perlu ditayang, kerana apa yang kita kongsi boleh jadi ujian.

2 Mei lalu, lebih 10,000 dunam tanah dijajah terbakar. Asap gelapkan langit, bandar lumpuh. Sambutan “Hari Kemerdekaan” mereka batal. Hari yang kononnya untuk meraikan penjajahan, Tuhan balas dengan asap dan bara. Simbol sombong runtuh, ego mereka hancur. Dan paling pedih, video lelaki Barat viral berkata, “Neraka tak sabar nak sambut orang pilihan.” Bila satu kaum menindas terlalu lama, alam akan menjawab. Ini baru sedikit. Tuhan tak pernah tidur. Balasan akan terus datang, selagi bumi negara Tembikai terus dizalimi. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Dulu mereka s€rang tanpa rasa takut, b0m negara tembikai dari langit. Setelah serangan balas dari Yaman, negara haram panik. Penduduk lari lintang-pukang. Sebabnya? Mereka baru sedar, bumi yang mereka duduki bukan hak mereka. Tembok besi dan s€njata canggih sekalipun tak mampu lindungi rasa bersalah. Ini adalah titik balik. Selama ini mereka menindas, membuπuh tanpa rasa. Tapi kini, negara yang mereka tindas sudah bangkit, berani melawan. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Baru khabar angin nak iktiraf negara tembikai, terus negara haram melenting. Ugutan datang bertubi. Siap nak rampas lagi banyak tanah, bina tembok sempadan dan usir rakyat negara tembikai hidup-hidup. Iktiraf negara tembikai je dah dianggap jenayah sedangkan mereka cuma tuntut hak yang dah lama dinafikan. Inilah wajah sebenar kuasa yang dunia takut. Pegang s€njata nuklear, bebas buat apa saja, siapa bersuara akan dituduh antisemitik dan. siapa bela dipanggil ekstremis. Bila dunia tunduk, kebenaran terus dihancurkan. Tapi kita masih ada suara. Gunakan untuk bela yang benar. Sebarkan. Jangan diam. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Di pesisir laut negara tembikai, nelayan keluar dengan harapan mencari rezeki tapi belum sempat jaring jatuh ke laut, peluru dah singgah dulu. Mereka bukan tentera. Tiada s€njata. Tiada radar. Cuma manusia yang bergantung harap pada laut sebab darat pun dah jadi medan derita. Negara tembikai dah lama dikepung. Makanan disekat, ubat tak sampai dan kini laut pun jadi sasaran. Kalau laut pun tak selamat, apa lagi yang tinggal untuk mereka? Jangan tutup mata. Sebarkan kesedaran. Doa, suara dan solidariti kita adalah senjata terakhir mereka. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Tekanan hidup kadang buat kita rasa sesak tapi Rasulullah SAW ajar 3 amalan yang mampu tenangkan jiwa dan buka pintu rezeki. Pertama, solat awal waktu, letak Allah nombor satu. Kedua, dekatkan diri dengan Al-Qur’an walau baru nak mula. Ketiga, banyakkan selawat. Ringan di lisan tapi berat di timbangan akhirat. Kalau hari ini hati rasa serabut, amalkan 3 perkara ini hari-hari. Solat awal, dekat dengan Al-Qur’an dan selawat sebanyaknya. Moga Allah lapangkan dada kita, permudahkan urusan dan turunkan rezeki dari arah yang tak disangka.

Bila hati terasa jauh dan jiwa gundah, ingatlah lima jalan ketenangan yang Rasulullah SAW ajar. Solat, zikir, sabar, membaca Al-Qur’an dan muhasabah diri. Sujud itu saat paling dekat dengan Tuhan. Zikir itu penghubung hati ke langit. Sabar itu bukti kekuatan iman. Al-Qur’an itu penawar dan muhasabah itu cermin jiwa. Tenang tak muncul tiba-tiba. Ia dibina perlahan-lahan dengan air mata dalam doa, sabar dalam ujian dan zikrullah yang ikhlas. Kalau Rasulullah sendiri temui ketenangan melalui Al-Qur’an, apatah lagi kita. Kembalilah kerana di situ ada damai yang kita cari.

Antara ramai adik-beradik, Allah pilih kita jaga mak ayah. Bukan sebab paling kuat tapi sebab hati kita paling sabar, paling mampu tahan lelah dalam diam. Kita pernah dijaga tanpa keluh, tiba masa kita balas dengan kasih dan ikhlas. Berbakti itu bukan beban tapi jalan ke syurga. Mungkin penat, mungkin banyak air mata tapi doa mereka jadi asbab hidup kita penuh rahmat.

Bila hidup tak ikut rancangan, jangan terus salahkan takdir. Kadang kecewa itu datang sebagai ujian. Bukan sebab Allah tak sayang tapi sebab Dia sedang ajar sesuatu yang lebih besar. Belajar redha sebab di balik kehilangan, ada hikmah yang lebih indah. Setiap air mata yang jatuh, Allah nampak. Dan bila tiba masa, Dia akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Rezeki sempit bukan tanda Allah tak sayang. Kadang itulah cara Dia nak lembutkan hati kita supaya kembali bersujud dan berdoa sepenuh jiwa. Seperti Nabi Musa AS, saat susah, dia tetap membantu dua anak Nabi Shuib memberi minum binatang ternakan dan berdoa setulus hati dan di situlah pintu rezekinya terbuka. Jangan pernah berhenti berdoa. Doa Nabi Musa selepas membantu anak Nabi Shuib jadi kunci perubahan hidupnya. Amalkan selalu, yakinlah Allah pasti bukakan jalan.

Menangislah bukan kerana lemah tapi kerana kita tahu hanya Allah yang mampu tenangkan jiwa yang sesak. Tangisan dalam sujud itu bukan sia-sia, ia doa paling jujur yang lahir dari hati yang sedang bertarung dengan ujian. Tuhan tak pernah jauh, cuma kita yang kadang alpa. Jadi bila hati sempit, menangislah tapi dalam sujud, bukan dalam putus asa.

Ramai orang tak mati sebab senjata tapi sebab kata-kata yang menyakitkan. Lidah kita kadang lebih tajam dari peluru. Ada yang diam, menjauh dan terluka hanya kerana kita tak jaga mulut dan tulisan. Jangan anggap media sosial tempat lepas geram sebab setiap posting adalah cerminan hati dan iman kita. Tulis yang baik, cakap yang baik sebab setiap perkataan akan dipersoalkan nanti.

Memilih suami bukan macam pilih baju. Silap pilih, boleh rosak seluruh hidup. Sebab seorang lelaki bukan hanya pasangan hidup tapi juga nakhoda bahtera menuju akhirat. Jangan hanya pandang rupa atau gaya tapi selami hatinya, adakah dia kenal dan cinta Allah sepenuh jiwa? Perkahwinan bukan sekadar lafaz cinta tapi ikrar untuk saling membimbing menuju reda-Nya. Carilah yang mahu jadi imam, bukan sekadar teman. Semoga Allah pertemukan kita dengan jodoh yang membawa bahagia dunia akhirat. Ameen 🤲.