Nasihat Bisnes
Open in Telegram
1 515
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-730 days
Posts Archive
1 515
Seorang lelaki dari bumi tembikai menjerit bukan sebab benci tapi sebab kecewa. Dia tak cakap ikut marah, dia cakap sebab dia lihat mayat budak kecil di depan mata. Tapi sementara itu, pemimpin negara Arab sibuk hulur duit dan peluk musuh yang bekalkan s€njata pembunuh rakyatnya sendiri.
Inilah pengkhianatan paling pedih. Rakyat merintih, pemimpin berdiam. Mereka yang sepatutnya jadi perisai hanya jadi penonton dalam tayangan pembunuhan beramai-ramai. Suara rakyat tembikai tak akan pernah padam kerana kebenaran akan bangkit walau seluruh dunia diam.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Sebelum doa kita naik ke langit, ulama ajar satu amalan ringkas zikir penuh yakin, "Hasbunallah wa ni’mal wakeel, ni’mal maula wa ni’man nasir". Ia bukan sekadar lafaz tapi satu penyerahan sepenuhnya pada Allah yang jadi Pelindung dan Penolong terbaik.
Bila hati kita yakin, lidah tenang dengan zikir ini barulah kita mohon hajat. InsyaAllah, doa lebih tulus, lebih yakin dan rezeki datang tanpa diduga. Amalkan sebelum berdoa dan lihat bagaimana Allah buka jalan tanpa kita sangka. 🤲🏼
1 515
Kadang kita fikir, kalau kita maafkan orang kita akan lemah. Tapi sebenarnya, orang yang memaafkanlah yang paling kuat. Memaafkan bukan bermakna kita setuju dengan kesalahan mereka tapi kita lepaskan hati kita dari belenggu dendam yang hanya menyakitkan diri sendiri.
Hati yang tenang bukan milik orang yang tak pernah disakiti tapi milik mereka yang tahu cara melepaskan. Bila kita ikhlas memaafkan, Allah sendiri akan ubati luka yang kita simpan.
1 515
Dia tak minta s€njata. Tak minta tanah. Cuma minta roti. Sameer, lelaki tua dari negara tembikai menangis bukan sebab kehilangan tapi sebab lapar. “Aku cuma nak roti”. Suara yang lahir dari perut kosong bukan dari kemarahan.
1 dari 5 rakyat negara tembikai hidup di ambang kebuluran. Anak-anak tak ada susu. Warga tua menangis kelaparan. Semua ini berlaku sebab rejim haram sekat bantuan, kepung makanan. Dan dunia? Masih sibuk kira statistik. Sedangkan manusia terus menderita hari demi hari.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Kadang kita rasa kecewa bila doa yang kita minta belum dimakbulkan. Dah usaha, dah menangis malam-malam. Tapi masih belum dapat apa yang kita minta. Sakit kan? Tapi mungkin Allah sedang lindungi kita dari sesuatu yang lebih buruk. Kita cuma nampak apa yang kita nak tapi Allah pula tahu apa yang kita perlu.
Dalam Surah al-Baqarah, Allah dah ingatkan apa yang kita suka belum tentu baik dan apa yang kita benci belum tentu buruk. Jadi bila doa belum makbul, itu bukan penolakan tapi mungkin penangguhan atau diganti dengan yang lebih baik. Teruskan berharap tapi serahkan keputusan pada Allah. Dia Maha Mengetahui.
1 515
Bukti kekejaman dah jelas. Paramedik dit€mbak di kepala dan ditanam dengan ambulans. Tapi masih ada yang tutup mata. Wanita bukan Muslim dan bukan Arab ini menangis sambil jerit sebab dia tahu ini isu kemanusiaan.
Tapi bila disampaikan pada politikus dan pembaca barat, mereka lari dari kebenaran. Dunia pilih untuk tak peduli. Kita jangan ikut diam. Teruskan bersuara.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Kadang kita benci dosa. Geram tengok maksiat terbuka. Tapi hati-hati, jangan sampai marah kita berubah jadi hinaan. Ada beza besar antara menegur kerana sayang dan menghina kerana benci. Kita bukan Tuhan untuk hukum siapa lebih baik. Hari ini dia buat salah, esok mungkin dia yang Allah angkat tinggi darjat. Kita pula belum tahu nasib kita di akhir jalan.
Ulama pesan, siapa yang suka hina dosa orang lain tak mustahil dia sendiri akan diuji dengan dosa tu nanti. Jadi biar tegas tapi jangan kasar. Biar betul tapi jangan sombong. Ya Allah, jika Engkau uji kami, jadikan kami kuat, bukan lebih hina. 🤲
1 515
Kalau tahun ini Allah beri rezeki untuk berkorban, jangan lepaskan. Korban ialah tanda cinta kita kepada Allah dan ia akan datang di akhirat dengan tanduk, bulu dan kukunya sebagai saksi. Ia juga sedekah paling agung yang membuka pintu rezeki dan barakah.
Lebih dari itu, ia menggugurkan dosa. Darah korban sampai kepada Allah sebelum jatuh ke tanah. SubhanAllah, ini bukan sekadar sembelihan tapi ibadah yang dicintai Allah. Maka niatkan kerana-Nya, dan lapangkan hati untuk berkorban. 🤲
1 515
Ramai yang nak berkorban tahun ini tapi lupa satu sunnah besar. Nabi SAW larang kita potong rambut dan kuku bermula 1 Zulhijjah hingga selesai sembelihan. Kata Imam Nawawi, bahagian tubuh yang tak dipotong itu akan jadi sebab kita diselamatkan dari api neraka.
Kalau dah niat nak berkorban, tahan diri. Potong kuku atau rambut sebelum 1 Zulhijjah. Lepas tu, biar semuanya kekal sebagai simbol pengorbanan dan ketaatan kita. Sunnah ini mungkin nampak kecil tapi moga ia jadi besar di sisi Allah. 🤲
1 515
Esok bukan hari biasa. Esok 9 Zulhijjah, Hari Arafah. Hari yang Allah buka langit, dekat dengan hamba-Nya dan tawarkan keampunan setahun yang lalu dan setahun akan datang hanya dengan berpuasa. Inilah hari yang Nabi sendiri tidak lepaskan untuk berdoa.
Jangan biarkan ia berlalu seperti hari-hari lain. Bangun malam, puasa, berzikir, bersedekah dan doa dengan hati yang penuh yakin. Rebut peluang ini, belum tentu kita sempat jumpa lagi.
1 515
Lelaki itu tak bawa senjata. Cuma bawa beg. Tapi tetap dib00m. Negara haram tak peduli. Nyawa rakyat negara tembikai umpama sasaran bergerak dalam permainan pembunuhan.
Dan bila nyawa terbang, alasan pun datang, “Silap teknikal. Mungkin hero kita.” Tiada malu, tiada belas. Sebab mereka tahu, barat akan diam. Arab buat tak tahu. Media putar cerita. Sedangkan rakyat negara tembikai, tak ada rumah, tak ada perlindungan, tak ada pilihan cuma terus dipaksa mati, hari demi hari.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Dah lebih 50,000 nyawa melayang, baru sekarang negara sekutu buka mulut. UK, Perancis, Kanada tiba-tiba beri ‘amaran’ kepada rejim haram. Kononnya kalau serangan diteruskan, mereka akan bertindak. Ini sebab tekanan rakyat sendiri juga yang dah muak lihat jenayah dibela, bukan dikecam.
Selama ni mereka diam. Tak peduli walau PBB merayu, NGO menjerit. Tapi bila rakyat bangkit, baru mereka gelabah. Jangan berhenti berdoa. Qunut Nazilah itu senjata. Angkat tangan, minta Allah patahkan pakatan rejim zalim. Bukan dengan b0m tapi dengan kekuatan doa dan kuasa rakyat yang celik.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Bukan tak ada bantuan. Lori-lori penuh makanan, ubat dan susu bayi tersadai berhari-hari, bukan sebab cuaca tapi sebab negara haram sekat sempadan. Dua bulan tanpa air bersih, ubat reput dalam lori dan anak-anak negara tembikai mati perlahan tanpa siapa peduli.
Mereka kata risau bantuan diseleweng. Tapi sebenarnya, kelaparan dijadikan senjata. Dan nyawa budak-budak… hanyalah “kerosakan sampingan” bagi mereka.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Wartawan UK, Myriam Francois, bongkar segalanya tanpa selindung. Katanya, ini bukan lagi negara tapi rejim gila yang semakin hilang kewarasan. Askar kencing atas tawanan, kanak-kanak digigit anjing, wanita dirogol. Ibu-ibu negara haram pula buat konten TikTok hina ibu yang kehilangan anak.
Dunia mula sedar, kegilaan ini bukan rahsia lagi. Lebih separuh anak muda UK kini percaya, negara haram tak patut wujud. Bukan sebab benci kaum. Tapi sebab kezaliman yang mereka sendiri saksikan. Ini soal kemanusiaan.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Kadang kita tertanya, “Ya Allah, bila pertolongan itu akan datang?” Tapi jawapan itu dah lama Allah bagi dalam Surah Al-Baqarah, ayat 214. Nabi pun diuji berat. Nabi Musa depan laut, belakang Firaun. Nabi Muhammad ﷺ dikejar musuh. Tapi akhirnya, datang pertolongan dari arah yang tak disangka.
Kalau hidup sekarang rasa terhimpit, itu bukan noktah. Itu mungkin jalan ke keajaiban. Bersabar. Bertawakal. Dan jangan pernah buruk sangka dengan Allah. Pertolongan-Nya pasti datang tepat pada waktu, indah pada cara.
1 515
Dulu, negara tembikai berdiri megah. Penuh kehidupan, senyuman dan harapan. Tapi hari ini, yang tinggal hanya runtuhan dan debu. Ini bukan kesan perang biasa, ini agenda pemusnahan.
Musuh bukan cari kemenangan, mereka cari lenyapnya satu bangsa dari muka bumi. Dan dunia? Masih diam. Sampai bila kita nak tunggu sebelum dunia akhirnya mengaku ini ialah genosid.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Mereka baling batu, tentera negara haram jadi perisai. Mangsa? Komuniti Badwi di Susya, selatan Hebron yang diserang batu yang dilempar oleh pelampau Yahudi.
Yang dijajah dipaksa lari. Yang menjajah, bina rumah baru di atas penderitaan. Tapi sebab mangsanya rakyat negara tembikai, dunia terus tutup mata dan media terus bisu.
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Amerika bukan lagi sepakat. Dalam Parti Republican sendiri dah mula retak. Bukan sebab musuh luar tapi sebab sokongan buta pada negara haram. Semakin ramai bangkit soal, sampai bila nak sokong rejim p€mbuπuh?
Anak muda Amerika dah mula celik. Imej negara makin runtuh tiap kali jadi perisai penindas. Ahli politik pun makin gelisah takut hilang undi, takut rakyat soal, “Kita ni bela hak asasi atau bela penjenayah perang?”
P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka.
Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza
Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.
1 515
Kalau malam Lailatul Qadar adalah malam terbaik, maka siang yang paling mulia adalah 10 hari pertama Zulhijjah. Tapi ramai antara kita masih leka. Sibuk dengan urusan dunia, lupa yang siang ini Allah buka pintu pahala seluas-luasnya. Amal soleh di hari ini, lebih Allah cintai daripada jihad!
Kalau tak mampu buat banyak, cukup dengan satu amalan kecil tapi besar nilainya, zikir. Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallah, Allahu Akbar. Ulang, ulang, ulang. Jangan tunggu hari ke-10 baru menyesal. Sebab Zulhijjah datang setahun sekali tapi ganjarannya boleh jadi bekalan ke syurga.
1 515
Bila hati rasa lemah dan sedih, ingatlah Allah dah beri penawar melalui ayat-ayat-Nya. Ujian hari ini bukan kerana kita lemah tapi kerana kita kuat dengan izin Allah. Dalam setiap kesusahan, ada kemudahan yang sedang menunggu. Dan bila semua orang terasa jauh, Allah tetap paling dekat.
Tiga ayat suci ini bukan sekadar ayat biasa. Ia adalah pelukan dari langit untuk jiwa yang sedang terluka. Bacalah perlahan-lahan dan biarkan hati kembali tenang.
