en
Feedback
Nasihat Bisnes

Nasihat Bisnes

Open in Telegram

Perkongsian Bisnes Dari Amiru Mat Rawi

Show more
1 515
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-730 days
Posts Archive
Kalau awal tahun Masihi kita sibuk pasang target dunia, Muharram ni jom kita mula dengan niat untuk akhirat. Nak jaga solat lebih baik, khatam al-Quran, kumpul duit pergi umrah, jadi hamba yang lebih bersyukur. Semua ni azam yang tinggi nilainya di sisi Allah. Muharram bukan sekadar nama bulan. Ia simbol permulaan. Simbol hijrah dan perubahan. Kalau kita mula dengan Allah, insyaAllah perjalanan kita akan lebih tenang dan penuh keberkatan. Salam Maal Hijrah 1447H, semoga Allah permudahkan setiap langkah kita dunia akhirat.

Tak semua nikmat tanda Allah redha. Ada yang nampak hidup senang, duit masuk tanpa henti tapi solat ditinggal, dosa makin berani. Itu bukan rahmat tapi istidraj. Allah biar kita leka, lalu tiba-tiba tarik semuanya. Bila rezeki makin luas tapi hati makin jauh, itu bahaya. Itu azab yang datang perlahan-lahan. Jangan bangga dengan nikmat dunia kalau ia menjauhkan kita dari akhirat. Ya Allah, jika rezeki ini menjauhkan aku dari-Mu, cukupkanlah sekadar yang membuat aku dekat dan reda pada-Mu. 🤲🏻

Nabi SAW bersabda, tiga golongan pertama dihumban ke neraka ialah orang yang bersedekah, berjihad dan menyampaikan ilmu tapi bukan kerana Allah sebaliknya untuk dipuji manusia. Sedekah, ilmu dan perjuangan tak akan bawa ke syurga kalau niatnya bukan kerana Allah. Ilmu tinggi tapi lidah menyakiti, sedekah banyak tapi hati riak, semua itu rugi kalau tidak ikhlas. Ya Allah, bersihkan niat kami dalam setiap amal. Jangan biar kami tertipu dengan pujian dunia hingga terlepas pandangan-Mu yang paling berharga. 🤲

Netanyahu tak pilih dewan untuk bercakap. Dia pilih terowong bawah Masjid Al-Aqsa, lokasi paling sensitif, paling suci untuk umumkan bahawa Baitulmaqdis milik rejim haram. Ini bukan kenyataan biasa. Ini simbol penjajahan penuh. 2,000 pendatang serbu Al-Aqsa sambil kibar bendera dan jerit slogan kebencian. Ini bukan lagi soal tanah. Ini soal maruah. Soal Aqidah. Ketika mereka gali asas Aqsa, kita pula masih sibuk dengan dunia kecil sendiri. Jangan tunggu semuanya runtuh baru kita nak bangkit. Sedarlah, musuh tak tunggu kita sedar baru mereka mula. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Kita selalu tunggu senang baru nak beri. Tapi Allah tak minta harta yang banyak, Allah minta hati yang yakin. Bila kita bersedekah dalam waktu sempit, di situlah Allah tunjuk betapa Dia mampu balas dengan berlipat ganda. Walau cuma seringgit atau sebungkus nasi tapi nilainya besar di sisi Allah. Sedekah bukan beban tapi jalan untuk buka rezeki yang tak disangka. Kadang-kadang, belanja kecil kita untuk orang lain jadi asbab Allah mudahkan jalan hidup kita esok. Ya Allah, jika kami sempit hari ini, izinkan kami tetap memberi kerana kami yakin rezeki dari-Mu tak pernah putus. 🤲

Seluruh dunia kena bayar untuk guna ChatGPT Plus tapi UAE dapat percuma? Bukan hanya individu tapi seluruh sektor kerajaan dibekalkan teknologi AI tercanggih dari Amerika. Soalnya, sejak bila Amerika bagi sesuatu tanpa pulangan? Bila kuasa besar 'hadiahkan' teknologi, ada agenda yang sedang bermain. Adakah ini kerjasama strategik atau langkah awal penjajahan digital? Akses data rakyat, pengaruh terhadap dasar luar atau percubaan dominasi teknologi ke dunia Islam? Bila negara Islam sendiri buka pintu seluasnya, siapa lagi yang tinggal untuk berdiri mempertahankan maruah digital ummah? P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Kadang kita rasa keputusan hidup yang kita pilih salah. Jalan yang kita harap beri bahagia, tiba-tiba penuh luka. Tapi jangan sesal kalau niat awal kita kerana Allah. Sebab bila niat itu tulus, Allah takkan biarkan kita jalan sendirian. Ujian bukan tanda kelemahan. Ia tanda kita sedang dibentuk dan dikuatkan. Kemenangan orang beriman bukan pada dunia tapi pada hati yang tetap tenang walau diuji berkali-kali. Ya Allah, jika aku tersasar, tarik aku semula. Jangan biar aku putus harap.🤲🏻

Sementara negara tembikai terus dibedil, sekumpulan pelampau Yahudi menari dan menyanyi di Al-Aqsa, tempat suci umat Islam. Di bawah kawalan ketat tentera rejim, mereka jadikan masjid kiblat pertama sebagai gelanggang ritual Talmud. Bayi terbunuh, ibu menangis dan mereka meraikan kekejaman. Ini bukan lagi isu tanah. Ini penghinaan terbuka kepada Islam. Dunia terus kelu dengan kecaman standard tapi kiblat pertama kita dipijak hari demi hari. Sampai bila kita nak diam? Ini masa untuk suarakan, ini bukan konflik. Ini penjajahan. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Kita doa siang malam minta rezeki, minta tenang. Tapi bila kali terakhir kita minta ampun? Mungkin bukan doa kita yang lemah tapi dosa kita yang terlalu berat. Hati makin jauh dari Tuhan, sebab kita lupa pulang kepada-Nya. Istighfar bukan sekadar lafaz, ia kunci untuk buka semua yang terasa tertutup. Ia ubat untuk jiwa yang sakit diam-diam. Bila kita mohon ampun, kita sebenarnya sedang sembuhkan luka yang tak nampak. Ya Allah, ampunkan dosa yang kami lupa dan tenangkan hati kami yang sedang berjuang. 🤲

Trump ugut tarif 50% pada produk import EU dan telefon pintar asing termasuk Apple. Alasannya? Nak paksa syarikat pindah semula kilang ke Amerika. Tapi ini bukan musuh, ini sekutu. Eropah dan syarikat besar mula resah. Sebab bila tekanan macam ni datang, rantai bekalan global boleh pecah. Sebenarnya ini bukan soal ekonomi semata, ini strategi pilihan raya. Trump nak jadi ‘hero ekonomi’. Tapi kalau game ni tersasar, EU mungkin balas balik, China pun marah dan Apple silap-silap lari. Dunia pun mula goyah. Negara kecil? Paling awal kena tempiasnya. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Puasa ada satu ayat. Zakat cukup dengan wahyu. Tapi untuk solat, Allah jemput Nabi naik ke langit kerana solat bukan sekadar ibadah biasa. Ia kemuncak penghambaan. Waktu sujud, kepala kita yang paling mulia, diletakkan paling rendah di hadapan Tuhan yang Maha Tinggi. Kalau masih berat nak solat, ingatlah solat bukan beban tapi jemputan dari Tuhan. Saat kita tinggalkan solat, bukan Allah yang rugi tapi jiwa kita yang kosong. Mohon Allah lembutkan hati untuk kembali sujud dan jatuh cinta semula pada solat. 🤲🏻

Trump umum pelan pembinaan Golden Dome bernilai $175 bilion, sistem pertahanan langit terbesar dalam sejarah. Tapi siapa musuh sebenar? China, Rusia, Korea Utara, semuanya dah bagi reaksi keras. Dunia mula tegang dan ini mungkin langkah awal ke medan konflik global. Golden Dome simbol bahawa dunia kini sedang berubah. Kuasa besar dah mula siapkan senjata, ekonomi makin goyah dan rakyat kecil macam kita hanya mampu tengok percaturan. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Sakit itu bukan hanya ujian tapi juga peluang. Peluang untuk kita kembali kepada Allah dengan lebih ikhlas. SubhanAllah, sakit itu pahit tapi penuh kasih sayang dari Tuhan. Di saat badan lemah, zikir jadi penguat jiwa. Ulang-ulanglah kalimah, "La ilaha illallah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd". Mungkin sakit tak dapat kita ubat segera tapi hati yang dekat dengan Allah itulah sebenar-benar penawar. Semoga Allah gantikan sakit ini dengan keampunan dan kesembuhan yang diredhai.🤲🏻

Ramai orang anggap bangun pagi itu perkara biasa. Tapi hakikatnya, ia satu peluang luar biasa. Bila kita tidur, roh kita diangkat dan belum tentu dikembalikan. Setiap kali kita terjaga, itu petanda Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat, berubah dan hidup lebih baik dari semalam. Ramai yang tidur malam tadi tapi tak sempat buka mata hari ini. Nabi SAW ajar, lafazkan syukur setiap kali bangun dari tidur. Kerana nikmat hidup hari ini bukan milik semua. Allah pilih kita untuk terus hidup sebab Dia masih beri kita ruang untuk mencari redha dan keampunan-Nya. Jangan sia-siakan detik yang Allah pinjamkan.

Ramai orang minta kaya, minta rezeki melimpah tapi terlupa untuk minta keberkatan dalam apa yang dimiliki. Rezeki yang banyak belum tentu memberi ketenangan tapi bila ada berkat, sekecil mana pun cukup dan membahagiakan. Sebab itu Nabi SAW sendiri ajar kita doa yang ringkas tapi penuh makna. "Ya Allah, perbanyakkan hartaku dan anak-anakku dan berkatilah apa yang Engkau berikan padaku." Rezeki yang berkat bukan hanya buat hidup kita senang tapi bawa kita makin dekat dengan Tuhan. Amalkan doa ini setiap hari moga setiap sen yang kita dapat menjadi jalan ke syurga, bukan sebaliknya.

$24.87 trilion nilai ekonomi, gabungan ASEAN, China & negara Teluk. Semua ini bersatu di Kuala Lumpur. Ini permulaan peralihan kuasa global. China bawa modal, Teluk bawa minyak, ASEAN bawa lokasi strategik. Bila tiga kuasa Timur duduk semeja, Dolar dan sistem Barat mula tak relevan. Bila minyak tak lagi dijual guna USD, game dunia akan berubah. Tapi kuasa Barat takkan duduk diam. Bila sistem mereka mula goyah, tekanan ekonomi, sabotaj politik dan label propaganda akan dimainkan semula. Malaysia kini di tengah pentas. Dan bila kuasa besar mula bertembung, negara kecil jadi mangsa pertama. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Trump umum batal sekatan ekonomi Syria atas permintaan Arab Saudi. Nampak kecil tapi ini perubahan besar dalam kuasa global. Selama ini Syria dihukum tanpa belas. Tapi kini, bila Riyadh bersuara, Washington akur. Arab Saudi bukan lagi sekadar ‘sekutu minyak’. Dia sedang naik jadi kuasa yang punya suara dan Amerika tahu untuk kekal relevan, dia perlu ikut permainan Raja Minyak. Tapi dalam dunia politik, setiap hadiah ada bayaran. Mungkin ini helah untuk tarik Syria ke meja rundingan atau taktik pecahkan blok yang makin akrab dengan China, Iran & Rusia. Bila AS tiba-tiba jadi mesra, kau jangan terus percaya. Yang tersirat lebih berbahaya dari yang tersurat. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Hati manusia berubah. Hari ini dia bahagiakan kita, esok dia juga yang tinggalkan luka. Bila kita terlalu berharap pada manusia, kita akan rasa hancur bila mereka pergi. Tapi bila kita letak harapan sepenuhnya pada Allah, hati kita akan sentiasa tenang walau dunia beralih arah. Bahagia sebenar bukan datang dari siapa yang hadir tapi dari hubungan yang kita bina dengan Allah. Dia tak pernah kejam, tak pernah lupa, tak pernah tinggalkan. Carilah Dia dan kau akan temui bahagia yang tak akan mengecewakan.

Di Festival Filem Cannes, Assange melangkah tanpa glamor. Dia tak bawa selebriti, tak pakai jenama mewah cuma tshirt dengan 4,986 nama anak-anak negara tembikai yang syahid. Tiada ucapan, tiada mikrofon. Tapi dunia senyap. Negara haram terasa sebab mesejnya bukan dari mulut tapi dari baju. Assange bukan sesiapa dalam isu ini tapi dialah suara paling kuat. Seorang bekas banduan Barat yang berdiri menyuarakan kebenaran. Bila dunia luar sendiri dedahkan jenayahmu, moralmu dah lama runtuh. P/s: Kami sedang salurkan bantuan anda ke G.4.z4. Jom sama-sama bantu mereka. Klik link whatsapp ini untuk sebarang pertanyaan: https://wa.me/601119876951?text=%2ATabungGāzza Semoga Allah pandang sekecil-kecil bantuan kita.

Ramai yang boleh bersyukur waktu gembira tapi hamba yang kuat tetap ucap Alhamdulillah walau hatinya sedang luka. Bersyukurlah bukan sebab hidup sempurna tapi sebab kita masih ada Tuhan yang tak pernah tinggalkan kita walau satu saat. Kadang, saat paling gelap itulah Allah sedang membaiki hati kita dengan harapan baru. Jangan berhenti berbuat baik walaupun sedang disakiti. Sebab mungkin itulah ujian yang sedang bawa kita lebih dekat dengan redha-Nya. 🤲🏼