en
Feedback
Motivasi

Motivasi

Open in Telegram

Berkongsi Ilmu minda sedar dan separa sedar agar semua umat manusia faham dan berjaya dalam hidupnya dan terus bersemangat untuk terus hidup dan berjuang dengan penuh syukur dan semangat. utk diskusi sila ke https://t.me/motivasimindabawahsedar

Show more
3 214
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-630 days
Posts Archive
Perasan tak kadang-kadang kita susah nak move sebab sekeliling kita ni ramai sangat yang negatif. So dia akan tarik kita ke belakang semula membuatkan kita susah nak berjaya. Apa yang perlu buat eh? Jawapannya sila tinggalkan circle yang sebegitušŸ”„ https://t.me/TipsRezkiMewah

Repost from Minda Bawah Sedar
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Ali Imran - 139

From this book in chapter 2

photo content

photo content

Repost from Minda Bawah Sedar
Motivasi Kehidupan adalah berkat dan hadiah dari Tuhanmu, keranaNya nikmatilah dengan penuh rasa syukur. Jangan menyesal pada masa lalu dan takut akan masa depan, jalani hidup hari ni hasil dari pengalaman masa lalu dan perancangan untuk masa depan dengan penuh semangat dan keyakinan. Sering kali manusia hanya menghitung kesulitannya – bukan kebahagiaannya, pandanglah dunia dengan mata hati dan mulai berbahagia dan bersyukur, lihatlah apa yang kamu ada sekarang dan mulailah bersyukur jangan membandingkan hidupmu dengan orang lain kerana dirimu karaktermu adalah unik, spesial dan kamulah yang paling tinggi darjatnya jika benar benar kamu orang orang yang beriman. Jadikan persaingan menjadi bagian nikmat dari Allah yang boleh membuat diri kita semakin lebih baik dan membuat kita mampu berbuat yg terbaik, teruskan hidupmu sendiri dengan semangat perjuangan harmoni dan bersyukur. Pahitnya hidup itu memang nyata, namun begitupun dengan adanya harapan dan impian dalam hidup, maka pahitnya itu akan manis pada akhirnya kerana sebuah kopi yang pahit tidak akan manis dengan sendirinya jika kita tidak meletakkan gula didalamnya kebahagian itu adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Hidup adalah gabungan bahagia dan derita yang harus dihadapi, Rahsia yang harus digali, Tragedi yang harus dialami, Kegembiraan yang harus dibagikan, Cinta yang harus dinikmati, Tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan dan perjalanan dan perjuangan yang harus diteruskan tanpa mengenal erti hampa dan putus asa. Ketika kamu telah memulai hidup dengan percaya padaNya, melangkah dengan penuh keyakinan kepadaNya, maka percayalah kamu tidak akan pernah kehilangan harapan, kamu adalah lebih dari apa yang kamu fikirkan, teruskanlah hidupmu dengan syukur beserta dengan semangat perjuangan harmoni yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa. Seseorang manusia masih belum gagal ketika ia jatuh dan kalah, melainkan ketika ia menyatakan untuk berhenti bertindak maka bermulalah kegagalan dalam hidupnya, jika Anda membiarkan diri Anda sendiri tidak displin dalam hal-hal yang kecil, kemungkinan juga Anda tidak akan disiplin dalam hal-hal besar, segalanya bermula dari anda. Tidak perlu kesempurnaan untuk mendapatkan kebahagiaan. Kerana kebahagiaan sesungguhnya adalah ketika kamu melihat pada sisi lain dengan cara apapun secara sempurna, terima kenyataan dan bersyukur dalam hidupmu. Cinta itu mungkin perlu gagal untuk lebih mengenalnnya, cinta itu mungkin perlu sakit untuk lebih memahaminya, tapi kamu tidak boleh menyerah untuk menggapainya dalam maksud mencari tujuan hidup, pasangan hidup dan kejayaan hidup didunia dan diakhirat, teruskan melangkah dengan gagah dalam meneruskan misi perjuangan hidupmu dengan yakin, syukur dan semangat yang tidak pernah mengalah. Biarkan Imajinasimu terus bergerak maju, tapi jangan sampai akhlakmu bergerak mundur. Yang membuat hidup ini lebih ber erti adalah perjalanan hidup itu sendiri, bukan apa yang sudah di dapat atau ketika sampai di tujuan, Hadapi saja hari ini dengan penuh semangat dan syukur kepadaNya, Satu dua masalah yg terjadi, itu adalah "perasa" yang membuat kita "terasa" nikmat hidup. Kelemahan terbesar manusia adalah ketika dia ingin menyerah kalah dalam hidupnya, sedangkan kekuatan terbesarnya adalah ketika dia mahu mencubanya sekali lagi, jika engkau tidak berubah menjadi dirimu yang baru dan lebih kuat, dunia akan terasa semakin sulit, hadapilah harimu dengan penuh gagah, syukur, yakin dan semangat perjuangan harmoni untuk hidupmu sendiri. Menjadi tua itu adalah sebuah takdir tetapi menjadi dewasa atau matang itu adalah sebuah pilihan. Ketika kau berpikir untuk menyerah dan berputus asa, cubalah ingat kembali apa tujuanmu sebelumnya. Masalah adalah sebuah anugerah, Dimana kita boleh mempelajari, mendapatkan hikmah dan memberikan inspirasi untuk bertindak untuk lebih hebat dan maju, teruskan hidupmu dengan syukur, yakin dengan sebuah semangat perjuangan untuk hidupmu sendiri.

Repost from Minda Bawah Sedar
contoh contoh ayat untuk trick minda bawah sedar.. setiap kata2 atau ucapan harus dihayati dan disertakan emosi agar dapat dirasakan oleh jiwa.. ā€œGimana senangnya ya jika nanti usahaku berjalan mulus dan lancar? ā€ ā€œGimana bahagianya ya jika nanti usahaku sukses?11 ā€œGimana rasanya ya punya uang banyak dari hasil usaha sendiri?ā€ ā€œGimana rasanya ya jadi pengusaha sukses dengan banyak cabang usaha dimana-mana? ā€œBetapa nikmatnya jika usahaku ini menjadi tempat bergantung bagi banyak orang?ā€ ā€œApa jadinya kehidupan saya nanti, jika usahaku ini semakin hari semakin membesar?ā€ ā€œHhmm... Gimana rasanya ya jadi bos besar dengan banyak pekerja?ā€ ā€œHhmm... Gimana rasanya ya, bisa bayar THR karyawan ketika lebaran?ā€ ā€œApa yang harus saya lakukan untuk mendukung usahaku ini agar berjalan sukses seperti yang aku harapkan?ā€ ā€œTuhan, hari ini aku sudah melakukan kebaikan sesuai kewajibanku... Berusaha maksimal semampuku, berupaya dan berikhtiar sungguhsungguh untuk mewujudkan impian besarku, sebisa yang aku mampu...ā€ ā€œHari ini, malam ini aku serahkan semua hasilnya kepada-Mu... Aku ikhlas Tuhan, apapun keputusanmu, aku terima apapun ketetapan-Mu, aku pasrah atas apapun ketentuan yang KAU takdirkan padaku...ā€ ā€œTerima kasih Tuhan, atas semua kemudahan demi kemudahan yang aku terima hari ini, atas semua nikmat sehat yang aku rasakan hari ini, atas semua rezeki yang KAU berikan padaku hari ini...ā€ ā€œTuhan, aku bersyukur sekali, tlah KAU jadikan sbagai kepanjangan tanganMU, sebab KAU izinkan aku untuk menjadi pengusaha dengan banyak karyawan yang menggantungkan hidupnya kepadaku...ā€ ā€œAku yakin dan percaya, semua keajaiban hidup dan kehidupanku ini, semuanya adalah sebab ENGKAU mengasihiku, sebab diriku layak dan pantas untuk mendapatkan keajaiban hidup ini, sebab diriku adalah diri yang penuh welas asih kepada sesama dan alam semesta ini...ā€ ā€œEntah kenapa, mulai sekarang dan seterusnya, aku semakin yakin dan percaya, bahwa aku layak dan pantas jadi pengusaha sukses, pengusaha besar, yang memberikan banyak manfaat bagi banyak orang...ā€ ā€œGa tahu kenapa, semua jalan menuju impian besar ku ini terbuka lebar dan semakin mewujud nyata, dan itu dimulai sejak saat ini... Aku bersyukur sebab KAU telah mengizinkan aku menjadi penolong hidup orang lain, menjadi jalan pembuka rezeki yang mempermudah kesulitan orang lain...ā€

Repost from Minda Bawah Sedar
petikan filem the secret tentang "feeling good" dan "visualisation" berdoalah kalian dengan penjiwaan dan bersungguh2 dan hayati semua doa2 kalian dengan perasaan yakin.

Repost from Minda Bawah Sedar
Sentiasalah bersandar pada Allah maka rezeki takkan putus2 hadir kerana hakikatnya segala sesuatu tetap milikNya yang hanya diguna pakai untuk kita.. marilah kita melatih diri agar sentias bersyukur agar sentiasa dilimpahi karunia dan kenikmatan dalam hidup yang sementara ini.

Repost from Minda Bawah Sedar

Repost from Minda Bawah Sedar
Kenapa kita sentiasa mengeluh tentang rezeki? Kerana telah tertanam di hati satu sistem kepercayaan bahawa rezeki itu datang atas usaha diri sendiri, jadi jika diukur dengan kemampuan diri sendiri, rezeki pun jadi terhad. Sebab itulah boleh terjadinya perkara persepsi si A rampas rezeki si B, sukar untuk bersedekah dan memberi bantuan mereka yang memerlukan atas kesempitan hidup disebabkan usaha sendiri itu. Sebenarnya rezeki tidak pernah salah alamat sebab semua mahluk bernyawa akan dapat rezeki itu dengan penuh rahmat dan kasih sayangNya dan telah tersedia untuk kita 24jam tanpa henti cuma segalanya terpulang kepada kita CARA untuk mendapatkannya. Tukar sistem kepercayaan, keluar berusaha dan bekerja hanya kerana ALLAH dan bersandar segalanya hanya kepada Allah. Pasti ganjaran yang diberikan olehNYA lebih dari jangkaan kita sendiri. Insya ALLAH.. Kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian sesuai dengan kemampuan. Pastinya ujian itu hadir kerana ingin kita dekat dengan PENCIPTA dan sedar diri kita sebagai hambaNYA. Semakin tinggi keegoan dan keangkuhan yang ada di dalam diri, makin besar masalah yang dihadapi. Makin tinggi rasa kehambaan dan kesedaran sebagai hamba, hati makin tenang dan hidup pasti lebih bahagia. Jadi tingkatkan rasa syukur dan kehambaan di dalam diri demi kehidupan yang bahagia. Setiap manusia adalah sama diuji dengan pelbagai ujian , yang membezakannya ialah jenis ujian yang dilalui kerana dilahirkan dengan persekitaran yang berbeza dan sistem kepercayaan yang berbeza.

Semakin tinggi ilmu dalam sesuatu bidang makin tinggi penilaian kita pada orang lain. Tetapi adakah wajar kita menilai dan menghukum seseorang disebabkan ketinggian ilmu yang dimiliki? Semoga semakin tinggi ilmu yang dimiliki semakin mudah untuk kita memahami dan memandang seseorang itu dengan positif dan penuh kasih sayang. Fungsi ilmu bukan untuk meninggikan ego yang ada di dalam diri tetapi dapat supaya kita dapat lebih memahami, membantu dan memakmurkan bumi dengan izin dariNYA. Kerana itu amat penting untuk kita memiliki ketenangan dan kekayaan hati supaya ilmu yang diperolehi benar-benar memberikan impak positif kepada kehidupan. Jangan sekali-kali mencari Tuhan selain ALLAH yang dianggap mampu memberikan rezeki yang banyak dan berlimpah. yakinlah bahwa tidak ada Pemberi Rezeki selain ALLAH jadi syukuri nikmat ALLAH dan janganlah sekali-kali menduakanNYA. Tiada gunanya berpaling kepada selain ALLAH kerana sembahan-sembahan itu tidak akan menolong kita di akhirat nanti.

Repost from Minda Bawah Sedar
Banyak orang ingin berubah untuk lebih berjaya dan bahagia, mereka hadiri pelbagai kursus, seminar dan workshop tetapi mereka tidak mampu bertindak ( take action) melalui ilmu yang diperolehi. Malah ada dikalangan mereka yang menghabiskan setiap hujung minggu dengan seminar demi seminar tetapi tidak mampu untuk berubah. Mengapa situasi begini berlaku? Kerana hati dan fikiran mereka tidak selari. Fikiran inginkan hidup yang lebih bahagia dan berjaya tetapi hati 'resist' tidak ingin berjaya disebabkan kelukaan demi kelukaan lampau yang pernah dialami. Bagi mereka yang memandu, situasi ini seperti satu kami menekan minyak dan satu lagi kaki menekan brek, jadi anda tidak mampu bergerak ke hadapan. Jadi sekiranya ada dikalangan sahabat yang ada situasi seperti ini. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah, rawat hati anda terlebih dahulu dengan memaafkan dan berdamai dengan masa lalu anda. Disebabkan kelukaan demi kelukaan hati merasakan bahawa diri tidak layak untuk berjaya walaupun di level fikiran anda benar-benar inginkan kejayaan. Salam sukses dan selamat maju jaya buat semua.

Repost from Minda Bawah Sedar
Motivasi Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci. Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa. Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak. Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya. Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu. Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu. Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu. Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah. Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu. Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya. Usah hidup berpura-pura. Ambil pengajaran dari masa silammu. Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci. Hargailah dirimu. Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk. Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini…. bertaffakurlah…. dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

Repost from Motivasi
semua doa yang diucapkan hanya selaras dgn jiwa dan fikiran kamu sendiri berdasarkan kepercayaan kamu tentang kehidupan ini dari kecil hingga saat ini.. jika ingin lebih.. tinggikan perasaan ingin berjaya dan bertindaklah kearah itu. jika tidak kamu hanya akan dapat sesuai dengan data sedia ada didalam diri kamu sahaja. itulah sebabkan banyak manusia ingin kaya susah nak kaya sebab level atau "darjat" atau "data" sedia ada didalam memory minda bawah sedarnya. tukarkan "perasaan" tukarkan "brain pattern" kerana semua pengalaman akan datang kesan dari "data" ( pengalaman) sedia ada. cipta pengalaman baru utk overwite "data" lama. baca sini https://t.me/motivasihidup/4621 dan sini https://t.me/motivasihidup/4631 semua manusia ada didunia ini adalah utk kejayaan dunia & akhirat. jika kamu tidak berjaya maka itu salahmu. perasaanmu adalah ujianmu sendiri.. manipulasikan perasaan itu utk sentiasa bersangka baik & "rasa" baik supaya hidup lebih harmoni. syukurlah "rasa" dgn utk menaikkan frequency dirimu..

Repost from Minda Bawah Sedar
Berdoalah dengan sungguh sungguh menggunakan Perasaan dan Fikiran mu iaitu imaginasi kamu sendiri

Repost from Minda Bawah Sedar
How to visualise

Repost from Minda Bawah Sedar
Motivasi Jangan dulu mengatakan ā€œtidak mampuā€ sebelum Anda berusaha menjadikan diri Anda mampu, miliki impian yang tinggi, sebab impian akan membangkitkan motivasi Anda untuk bertindak, banyak orang yang tidak bertindak kerana takut gagal, padahal tidak bertindak adalah kegagalan yang jelas sudah terjadi, gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Kehidupan yang tenang datang dari jiwa yang tenang, jiwa yang tenang datang dari hati yang sentiasa bersyukur dan mengingatiNya, tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara kerana pengalaman akan mendewasakan dan mematangkan manusia itu sendiri supaya ia bangun bertindak mencari amalnya untuk kehidupan dunia dan akhiratnya dan juga membahagiakan keluarga, sekitarnya dan dirinya sendiri. Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan, tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan oleh itu jangan pernah berasa rendah diri dihadapan orang lain disebabkan kesilapan lalu, bangkit lah dan teruskan hidupmu sendiri dengan semangat perjuangan tanpa berputus asa, syukur dan yakin. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah - Ali imran : 159