Berkebun satu hobi
Open in Telegram
Berkongsi info tentang pertanian,Tips,dan idea menarik untuk berkebun. Blog : Ideaberkebun.blogspot.com FB: https://www.facebook.com/BerkebunSebagaiHobi/
Show more2 765
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
+130 days
Posts Archive
2 765
TIPS MEMBINA RAISED BED (BATAS)
------------------------------------------------
Saya tertarik dengan soalan yang diajukan oleh rakan kebun yang mengatakan tanah kawasan rumahnya keras dan berbatu. Jangan risau, tuan puan masih boleh berkebun. Hanya dengan sedikit usaha, ia pasti akan berhasil.
Banyak teknik yang boleh digunakan seperti korek tanah sedia ada, tambahkan tanah lain, guna pasu, guna polybeg, guna kotak polisteren dan sebagainya. Namun, saya memilih untuk cadangkan adalah dengan membina raised bed. Bahasa mudahnya membina batas tanaman.
Berikut langkahnya :
1. Sediakan kotak batas
Boleh dari kayu pallet, kayu terpakai, kayu yg baru pun boleh, , batu bata, tayar lori, tayar kereta, tayar bas dan apa apa sahaja yang sesuai. Ketinggian yang sesuai adalah lebih kurang sejengkal setengah orang dewasa. Ketinggian ini sesuai untuk tanaman jagung, terung, cili dan sayuran hijau berdaun seperti kangkung, sawi, kailan.
2. Lapiskan lapisan bawah dengan kotak atau papan lapis, atau guni jut.
3. Lapiskan lapisan berikutnya dengan rumput atau daun kering.
4. Lapiskan lapisan berikutnya dengan daun agak basah.
5. Paling atas, lapiskan dengan tanah top soil + humus atau kompos.
6. Tanam tanaman pilihan tuan puan sebagaimana biasa.
Sekiranya tak cukup kelengkapan, ikut hingga langkah ketiga, terus tambah topsoil.
Selamat berkebun, selamat membina raised bed
Kredit: Enkay Nik Mustaffa
2 765
Survival tips: Nak makan betik, pergi beli. Sebiji RM22.05. Kalau tanam, setiap biji yg kita makan, catat, +22.05. Akhir tahun, kira berapa banyak yang kita dah jimat.
Belum tanam betik? Dalam buah tu ada banyak biji. Semai. Balance makan, tabur dalam salad/ulam. Biji betik banyak khasiat.
Betik, dari bunga hingga buah ranum, ada gunanya.
Daging liat, rebus bersama hirisan buah betik muda. Biji betik muda, buat ubat cacing. Kena denggi, guna daun buat lauk. Banyak lagi gunanya.
2 765
Tolong! Mak saya susah hati sangat ni šš
Scammer Tembikai pun ada ya Allah š¢
Abang saya dia agent kebun tembikai, ambil order2 dari peniaga tembikai..Dah deal banyak kali dengan orang sama, cuma kali ni orang yg order tu taknak bayar walaupun buah dah keluar dari kebun.
Jadi abang dan ayah saya terpaksa jual sendiri. š° Ayah saya pun dah tua mana larat sangat. Berbelas ribu berhutang dengan kebun.
Sekarang sy nak minta sokongan orang temerloh , boleh ke datang beli tembikai di tepi jalan selepas Taman Jaya 4, Temerloh sebelum Hogoh De Coco. Bantu kami ya. 4 biji RM10
Sumber : Nurul Hidayah
2 765
Apabila nenas di tanam dalam pot.
Rasionalnya ada jika dilihat daunnya diikat sebegini...banyak manfaatnya.
1. Jimat ruang.
2. Mudah pembajaan & siraman.
3. Protect buah dari ancaman serangga & haiwan.
4. Mudah tuai
5. Kita tak kena duri.
Kredit: TĆ¢njung Mersing Nursery
2 765
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan, Unit Pembangunan Kompetensi, Sektor Latihan INFRA akan melaksanakan dua (2) pengambilan peserta bagi tahun 2023.
NAMA KURSUS : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Homestay Tahap 2
TARIKH PENGAMBILAN :
Siri 1 (8 Mei - 9 Nov 2023)
Siri 2 (22 Mei - 23 Nov 2023)
TEMPAT LATIHAN : Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kajang
TEMPOH MASA : 6 Bulan (Sepenuh masa) Mei ā November 2023
TERBUKA KEPADA SEMUA CALON YANG BERMINAT.
SYARAT PENGAMBILAN :
i) Berumur 18 hingga 55 tahun;
ii) Boleh membaca, menulis dan mengira;
iii) Sihat tubuh badan
KAEDAH PERMOHONAN : https://forms.gle/izUVVbGSTb3Yp2YK9 atau scan QR Code pada poster
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 April 2023
MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Puan Norkhanisma binti Ismail
Unit Pembangunan Kompetensi (Homestay), Sektor Latihan, INFRA
Tel. Pejabat : 03-8735 2400 atau 03-8734 2447
NOTA : Tawaran kepada peserta akan dikeluarkan setelah melalui proses tapisan oleh Panel Penilai Tapisan INFRA
#KKDW
#infrakkdw
#luarbandarsejahtera
#desamadani
Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SZsdZDXcsi3brToNnEb7XdV8LeHoD5eBKEBZxXEGr1Eakta4eyX68mQ6Sg8SzonTl&id=100064666994784&mibextid=Nif5oz
Instagram
https://www.instagram.com/p/Cqj3AkySHok/?utm_source=ig_web_copy_link
Twitter
https://twitter.com/INFRAKKDW/status/1642725303540924416?t=YZ8pUO6-HJFVk2LRCj5LWg&s=19
2 765
Jurutera tanam sayur hidroponik raih RM6,000 sebulan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Menggunakan kepakaran yang dimiliki, seorang jurutera di Bandar Mas di sini berjaya meraih pendapatan sampiĀngan sehingga RM6,000 sebulan dengan mengusahakan tanaman sayur-sayuran secara hidroponik.
.
Wan Muhamad Anis Wan Mat, 30, memanfaatkan tanah lapang di belakang rumahnya dengan menanam sawi hijau, sawi putih, kangkung dan bayam menggunakan 22 rak hidroponik serta berjaya meraih hasil sehingga 80 kilogram seminggu.
.
āProjek tanaman ini sebagai sampingan kerana saya mempunyai kerjaya sendiri, iaitu jurutera minyak dan gas. Saya memang minat dalam bidang keusahawanan sejak dahulu dan pernah juga cuba untuk bisnes lain.
.
āSaya pernah ārisik-risikā untuk buka perniagaan seperti kedai buku dan gimnasium, namun dapati kos terlalu tinggi. Jadi, bila fikir balik saya ada kemahiran dalam bidang kejuruteraan kemudian saya cuba hasilkan sendiri sistem tanaman secara hidroponik ini.
.
āBidang pertanian secara sampingan ini telah saya ceburi sejak tiga tahun lalu bermula deĀngan tanaman cili sebanyak 2,000 pokok. Kemudian sekarang saya tukar dengan sayur-sayuran yang pulangannya lebih cepat berbanĀding cili,ā katanya.
.
Bapa kepada seorang anak itu melaburkan kira-kira RM35,000 sebagai modal untuk membina sistem hidroponik yang diambil ilham daripada perkongsian dalam YouTube dan kursus yang disertai di Jabatan Pertanian.
.
Pekerjaannya yang banyak ābermainā dengan sistem perpaipan memudahkan lagi dia menghasilkan inovasi terhadap sistem pertanian itu untuk memudahkan lagi proses tanaman.
.
āSistem ini mudah dan tidak perlukan tenaga yang ramai, kaedahnya juga hanya perlu menekan suis untuk proses pembajaan, pengairan bermula dari semaian anak pokok sehinggalah dialihkan ke sistem hidroponik.
.
āSaya mempunyai dua pekerja. Mereka uruskan semuanya terutama ketika saya tiada kerana kadangkala memerlukan saya ke luar daerah. Setiap minggu mereka akan kutip hasil serta hantar ke kedai-kedai,ā katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
#myDOA
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Tuan Chan Foong Hin éę³ē¼£
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
2 765
Sis tetiba nak share tips nak tanam daun kesum...Daun Kesum best dimasukkan dalam asam pedas ikan Dan laksa. Di bawah adalah daun kesum sis...lebatkan...Tips ni adalah pengalaman sis sendiri yang juga baru belajar....Lets Explore!!
TIPS TANAM DAUN KESUM
1.Daun kesum memerlukan tempat yang redup, jgn direct sgt dengan matahari.
2. Daun kesum mmg consume banyak air BUT bukan berendam dalam air sgt....sis pernah buat , hidup tapi Tak berkembang sgt. Cukup siram 2X SEHARI or ambil besen letak air(jgn byk sgt) letak pasu yg Ada daun kesum dalam tu so Tanah akn lembabjer but Tak terendam.
3. Sis guna medium Tanah hitam Dan pasu biasa ajer...
4. Org kata nak biar pokok subur siram dengan air beras which is kdg2 lupa nak buat...so sis Ada letak gak Baja 2 minggu sekali...x yah pun takpe.
5. Cara penanaman, cucuk jer Batang daun kesum terus ke Tanah, siram selalu insyaallah hidup(boleh tgk gambar di atas , pasu yg dpn sekali adalah anak daun kesum yang sis cucuk dari batangjer. (Ada org rendam Batang 2,3 Hari sampai akar keluar baru tanam).
6. Ada org ckp daripada pucuk pun boleh cucuk ke Tanah but sis Tak pernah Cuba.
Ok Selamat Mencuba Guys...š
Kredit: Noorsyazlin Ismail Duckline
2 765
Tanaman Sayuran Mengikut Keperluan Cahaya Matahari
.
Cahaya Matahari Penuh & Terus (Lebih daripada 6 jam)
Jagung
Tomato
Kekacang, kacang polong
Labu
Semangka
Basil
Selasih Thai
Kentang
Timun
Kangkung
Daun bawang
Saderi
Halia
Bawang putih
Serai
Cahaya Matahari Penuh & Tidak Terus (4-5 jam)
Brokoli
Kubis, kubis Brussel
Kale
Cahaya Matahari Separuh (2-4 jam)
Salad
Chard
Arugula
Bayam
Bok choy
Sawi
Lobak
Pudina
Info pertanian :
t.me/ideaberkebun
Panduan bisnes :
https://linktr.ee/Clickjer
2 765
Jumlah Cahaya Yang Diperlukan Untuk Tanaman Anda
.
Bila kat sekolah, kita belajar yang tanaman memerlukan beberapa faktor untuk hidup misalnya air, cahaya matahari, tanah, dan kadang-kala fertiliser.
Jumlah cahaya matahari yang diperlukan bukan sama untuk semua tanaman ye. Ada yang memerlukan cahaya penuh (bright sunlight), cahaya separuh (medium sunlight), ataupun cahaya kurang/redup (low sunlight).
1. Cahaya Penuh - Cahaya matahari lebih daripada 6 jam.
2. Cahaya Separuh - Cahaya terus untuk 4-5 jam.
3. Cahaya Kurang/Separa Redup - Cahaya untuk 2-4 jam.
4. Redup - Cahaya untuk kurang daripada 1 jam.
Untuk tanaman yang hanya perlu cahaya separuh atau kurang, ia paling sesuai dijemur cahaya pada waktu pagi kerana matahari waktu petang terlalu terik.
Kalau daun mula berkuningan atau bergulung, maksudnya tanaman tu:
- Kurang air
- Terlalu banyak cahaya matahari, atau
- Terlebih baja
Jadi, sebelum bermula menanam, pastikan tempat yang anda hendak meletak tanaman tersebut sesuai untuk tanaman tu. Jangan-jangan nanti tanaman mudah mati kerana terlalu banyak cahaya!
Anda juga perlu pastikan bahawa tanaman tu sesuai untuk semua penghuni rumah, terutamanya kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Ada tanaman tertentu yang mempunyai bahagian-bahagian yang boleh membawa padah jika termakan (daun, bunga, buah) atau disentuh, contohnya getah, sap, atau air yang dihasilkan oleh pokok melalui serangga, bakteria, tanah, dan sebagainya.
Info pertanian :
t.me/ideaberkebun
Panduan bisnes :
https://linktr.ee/Clickjer
2 765
Rumput Pilihan Ramai
Kemasan berbatu untuk landskap rumah mungkin bukan pilihan ramai, kerana suasana laman hijau sekeliling rumah lebih mengasyikkan. Jadi, pemilihan rumput yang sesuai perlu dilakukan supaya masalah penjagaan tidak timbul. Pening kepala kalau rumput yang ditanam memburukkan halaman pula.
Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada kehendak anda.
Misalnya, cow grass dan pearl grass lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar. Sementara Japanese carpet grass dan Philippines carpet grass pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi rasanya lebih lembut dan nampak mewah.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan rumput tiruan yang lebih murah dan lebih mudah dijaga. Walaupun begitu, ada beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan jenis ni.
Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak, dan selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.
Kekurangannya pula adalah ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang kuat matahari. Jadi, tepuk dada tanya selera, guna yang asli atau tiruan.
Panduan bisnes :
https://linktr.ee/Clickjer
2 765
KHASIAT POKOK SAWI ENGGANG UNTUK KANSER PAYU DARA
.
Ramai yang beranggapan pokok ini ialah rumput yang tumbuh di kebun- kebun. Tapi tidak ramai yang tahu nama dan khasiatnya.
Ini ialah pokok sawi enggang, pucuknya boleh di buat sayur Dan ulam dicicah dengan sambal belacan. Rasanya sangat sedap Dan boleh menambahkan selera makan
Khasiatnya : sangat mujarab untuk mengubati kanser payudara.
Caranya ialah makan pucuknya dibuat ulam.kesannya boleh dilihat selepas seminggu. Bengkak yang mengeras akan lembut Dan semakin mengecil. InsyaAllah...
Jangan tunggu Ada penyakit baru nak try, Sekarang pun boleh. Ambik , basuh makan cicah budu @ sambal belacan..untuk kesihatan
Credit : Mohd Khalid AYahkhalid
Info pertanian :
t.me/ideaberkebun
Panduan bisnes :
https://linktr.ee/Clickjer
