Dr Rozaimi Ramle's Channel
Open in Telegram
Saluran Informasi Terkini Kuliah dan Mesej dari Dr. Rozaimi Ramle
Show more9 654
Subscribers
-224 hours
-107 days
-3430 days
Posts Archive
Hari ini pihak peguam telah memaklumkan bahawa Writ Saman telah berjaya dihantar ke tangan Saudara Akmal Haziq.
Sebelum ini pengguna FB bernama Akmal Haziq ada memberi komentar di laman sosial saya berkaitan video saya mentahnik bayi.
Pihak peguam saya failkan saman bukan atas satu komentar saja. Tapi ada lagi isu yang lain lagi berkaitan ulasan dari FB Akmal Haziq.
Walaupun FB Akmal Haziq itu sudah locked profile, dalam dunia sekarang ini mudah sahaja untuk mendapatkan maklumat peribadi untuk tindakan saman.
Biasanya saya akan menolak permintaan tahnik. Saya akan meminta waris bayi mencari orang soleh untuk tahnik. Tetapi adakalanya waris memohon juga saya mentahnikkan bayinya. Saya penuhi permohonan mereka walaupun saya tahu saya bukan orang soleh.
Kepada Saudara Akmal Haziq, kita jumpa di mahkamah ya!
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/1BJZ8Pf3PZ/
Sambungan Siri Pengajian Hadis
Bersama Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle
Penasihat Glokal Ihsan Malaysia
Kitab: Adabul Mufrad Oleh Imam Al Bukhari
Siri 106
Jam 9.15 malam
Untuk Zoom
Klik
Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/86315423433?pwd=OEZUZXZQck9hQkdqNEEya0Y4aXkwUT09
Meeting ID: 863 1542 3433
Passcode: 836595
Juga boleh diikuti FB Live di Page Glokal Ihsan!
https://m.facebook.com/glokalihsan/
Link Pembelian Kitab:
https://wa.me/message/RGA44V2F6ERSK1
- admin
Baca tentang hukuman "sumpahan jadi haiwan" dalam al-Quran dan Sunnah.
Sila klik link di bawah:
https://www.facebook.com/share/p/1Fe3cUFgn5/
Semalam saya didatangi oleh tetamu iaitu Ariel dan Hannah. Mereka ada shooting di UniSIRAJ dan sekitar Perlis. Saya pun berlakon juga. Kome percaya tak saya berlakon?
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/v/1BcrVBpXMC/
*AKAN DATANG DI UniSIRAJ*
"Bersiap sedia semua. Sesuatu yang istimewa bakal menemui anda tidak lama lagi”.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
#UniSIRAJ #UniSIRAJDiHati #JomMasukUniSIRAJ #CintaItu #TV3
https://www.facebook.com/share/r/18zxxfrUXB/
Dalam hadis, ada saja gelaran yang diberikan kepada para sahabat. Kebanyakan gelaran itu ada maknanya yang baik. Antara gelaran yang ada ialah:
1. Al-Siddiq untuk Abu Bakar yang bermaksud yang membenarkan.
2. Al-Faruq untuk Umar bin al-Khattab yang bermaksud pembeza antara haq dan batil.
3. Al-Humaira' untuk Aisyah yang bermaksud kemerah-merahan.
Dalam masyarakat melayu pun ada gelaran ini. Gelaran ini mungkin berbeza mengikut lokasi negera dan daerah. Walaupun banyak gelaran berbeza dalam Malaysia ini, tetapi ada satu gelaran yang saya rasa semua negeri ada iaitu Bob. Kenal Bob? Al-Marhum Bob Lokman, al-Marhum Bob Kuman dan yang terbaru Bob B40. ;)
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/17qFApMDqg/
Jemputan Syarahan Budiman Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle
📍 Dewan Konvensyen E-Learning, UPSI
📅 24 Jun 2026 (Rabu)
🕣 8.30 pagi
Tajuk: Ilmu Hadith dan Realiti Pascamodern: Menyuluh Kebenaran di Celah Kebanjiran Maklumat
Mohon sahkan kehadiran sebelum atau pada 20 Jun 2026. Terima kasih.
https://forms.gle/kTeqPs5BGvASNHzD6
- Admin
Jemputan Syarahan Budiman Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle
📍 Dewan Konvensyen E-Learning, UPSI
📅 24 Jun 2026 (Rabu)
🕣 8.30 pagi
Tajuk: Ilmu Hadith dan Realiti Pascamodern: Menyuluh Kebenaran di Celah Kebanjiran Maklumat
Mohon sahkan kehadiran sebelum atau pada 20 Jun 2026. Terima kasih.
https://forms.gle/kTeqPs5BGvASNHzD6
- Admin
Saya antara orang yang sentiasa mengikuti rapat kes kehilangan ini. Alhamdulillah akhirnya Puan Jaslinda telah ditemui. Kepada keluarga beliau, sujud syukurlah atas nikmat ini.
Abu Bakrah meriwayatkan:
أنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallah alaih wasallam apabila didatangi perkara gembira atau diberikan berita gembira, baginda akan turun sujud dalam keadaan bersyukur kepada Allah. [HR Abu Daud, hasan]
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/1BK28HdS6z/
Seorang pensyarah UniSIRAJ, Ustaz Hanif dalam keadaan kritikal. Jantungnya lemah. Saya memohon di waktu mustajab doa ini agar sahabat-sahabat semua mendoakan agar Allah sembuhkan beliau.
أسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفيه
Terima kasih Ustaz Roesfan dan Pusat Islam UniSIRAJ yang bergegas ke Kelantan untuk menyampaikan sedikit sumbangan buat isteri beliau.
Gambar ini saya muat naik setelah mendapat keizinan dari isteri beliau (melalui khabar Ustaz Roesfan).
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/1B3Tku2u2q/
Ceria betul pegawai Arab Saudi ini. Bab Sanusi tu memang tak tahan. ;)
Muzium al-Quran, Mekah al-Mukarramah.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/r/17aJu3c6X8/
Perlis pernah mengeluarkan fatwa pada 2023 tentang rumah hantu dan mistik.
Jemput baca:
https://www.facebook.com/share/18DJQmbcG2/
Alhamdulillah, buku saya kini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.
Bagi yang berkesempatan hadir ke PBAKL, jemput singgah dan dapatkan naskhah anda di reruai yang terlibat. Semoga buku ini menjadi manfaat, menambah ilmu dan mendekatkan kita kepada kefahaman Islam yang lebih baik.
Buat sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir ke PBAKL, jangan risau. Insya-Allah, buku ini juga boleh didapatkan secara online dan dihantar terus ke rumah anda.
Senarai Reruai
Dakwah Corner Publication , Bilik Negeri Sembilan
Nurani Mutiara Ilmu, Luar Dewan Tun Dr Ismail
Buku Faqih, Reruai 624, Dewan Tun Razak 3
Dr Rozaimi Ramle
[Bagaimana Memguruskan Haiwan Ternakan Yang Menjadi Liar?]
https://www.facebook.com/share/p/1Ck3DFQPaV/
Suasana jemaah haji melontar jamrah pada hari Tasyriq pertama semalam. Hari ini, lontaran hari kedua akan berlangsung bermula lepas zohor. Mereka yang ingin lakukan nafar awwal boleh terus keluar dari Mina sebelum maghrib dan tidak perlu melontar hari ketiga.
Mereka yang ingin lontar hari ketiga perlu menunggu sehari lagi di Mina.
Allah berfirman:
{ ۞ وَٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِیۤ أَیَّامࣲ مَّعۡدُودَ ٰتࣲۚ فَمَن تَعَجَّلَ فِی یَوۡمَیۡنِ فَلَاۤ إِثۡمَ عَلَیۡهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَاۤ إِثۡمَ عَلَیۡهِۖ لِمَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّكُمۡ إِلَیۡهِ تُحۡشَرُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 203]
Maksudnya: Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/r/1HxSrv9UCR/
Perlukah terlalu apologetik tentang ibadah korban?
https://www.facebook.com/share/p/1E5rnWgF9w/
Suasana jemaah haji berjalan menuju Jamrat al-'Aqabah pada pagi 10 Zulhijjah sebelum mereka bertahallul awal.
Inilah haji. Berjalan sambil bertalbiah. Moga haji kami mabrur. Amin
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/r/17oUQxMmN1/
Baca lanjut di pautan ini:
https://www.facebook.com/share/14ep3VLSXbB/
Daulat Tuanku!
Siap ditulis nama YB lagi. Eloklah bersedia dengan kertas kerja rombongan lawatan sambil belajar ke sana selepas membaca Kenyataam Media DYMM Sultan Selangor ini.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/18TMa5RQ2q/
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
