cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

Daie Untuk Semua

Dakwah Itu Kewajipan Setiap Umat Islam, Kita Adalah Daie, Daie Untuk Semua, Semoga Allah Redha. . .

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
2 642Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

๐ŸŒทุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู๐ŸŒท Ikhlaskanlah Setiap Ibadah Yang Kita Lakukan Hanya Semata Mata Kerana Allah SWT. Allah SWT berfirman: ููŽุงุนู’ุจูุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู…ูุฎู’ู„ูุตู‹ุง ู„ูŽู‡ู ุงู„ุฏู‘ููŠู†ูŽ. "oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada Nya." (Surah Az Zumar :2)
Show all...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Ada setengah orang berzikir selepas salam solat fardhu dan ada setengah yang lain selepas solat fardhu mereka terus kerjakan solat sunat. Selepas selesai solat sunat barulah mereka berzikir. Bilakah waktu yang paling afdhal untuk berzikir sebenarnya? JAWAPAN: Selepas selesai solat fardhu adalah harus samada mahu berzikir dahulu sebelum mengerjakan solat sunat atau mengerjakan solat sunat dahulu kemudian barulah berzikir. Yang paling afdhal ialah selepas memberi salam solat fardhu ia berzikir dahulu kemudian berdoa. Selesai dari berzikir dan berdoa ini barulah bangun ia mengerjakan solat sunat jika dia kehendaki. Berkata Syeikh Athiyah Saqr: ูˆุฌู…ู‡ูˆุฑ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ุนู„ู‰ ุฃู† ุฎุชู… ุงู„ุตู„ุงุฉ ุจุงู„ุฐูƒุฑ ุงู„ูˆุงุฑุฏ ููŠู‡ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุนุจุงุฑุฉ ูŠูƒูˆู† ุนู‚ุจ ุงู„ุงู†ุตุฑุงู ู…ู† ุงู„ุตู„ุงุฉ ุงู„ู…ูƒุชูˆุจุฉ ุจุงู„ุชุณู„ูŠู… ู…ุจุงุดุฑุฉุŒ ู„ุฏู„ุงู„ุฉ ุงู„ุนุจุงุฑุฉ ุนู„ูŠู‡ุŒ ูˆูŠู‚ูˆูŠู‡ุง ูุนู„ ุงู„ู†ุจู‰ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…ุŒ ุญูŠุซ ูƒุงู†ุช ุงู„ุตููˆู ุงู„ุฃุฎูŠุฑุฉ ูู‰ ุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู…ุงุนุฉ ุชุนุฑู ุงู†ุชู‡ุงุก ุงู„ู†ุจู‰ ู…ู†ู‡ุง ุจุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ุฃู‰ ุจุงู„ุฐูƒุฑ ุจุนุฏ ุงู„ุตู„ุงุฉ Maksudnya: "Dan bermula jumhur ulamak berpendapat atas bahawa berzikir dengn zikir-zikir yang datang pada masalah ini waktunya ialah selepas selesai dari solat yang fardhu kerana ibarat nas yang menunjuk atasnya. Dan mengkuatkan akan dia olih perbuatan Nabi saw sekira-kira dikenal akan selesainya saf-saf yang terkahir pada solat berjemaah dengan ucapan takbir yakni dengan berzikir selepas solat tersebut.โ€ Wallahuaโ€™lam @wnmuhdfirdaus
Show all...
Setiap kali bangun pagi, Masih boleh mendengar, masih boleh bernafas, masih boleh bercakap dan masih boleh melihat. Maka bersyukurlah setiap hari.
Show all...
Keajaiban Sedekah Subuh 1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu subuh. Jangan tertinggal walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi. 2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid, atau beri makan kepada anak yatim, orang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak menerima sumbangan. Mungkin saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan. 3. Waktu tiap kali menderma ke " Tabung Subuh " tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira ( elevated emotion). Kemudian, ucapkan alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, Allah Maha Mendengar. Yakinlah bahwa ganjaran dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka sangka. ( oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta daripada pelbagai pintu dan arah. Yakin juga bahwa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni ( Maha Kaya ) dan Al Mughni ( Maha Pemilik Kekayaan). 4. Jika tidak sempat sediakan " Tabung Subuh" di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau. Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau. Dalam sesebuah hadis Nabi SAW, menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekali gus kerugian yang bakal dideritanya bila mana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari. Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda; " Tidak ada satu Subuh- pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: " Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq. " , sedangkan yang satu lagi berdo'a " Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)" ( HR Bukhary 5/270 ) 5. Tulis nama pada tabung ini adalah sebagai tanda kita nak komited dengan amalan mulia ini. Supaya kita rajin dan harus buat setiap hari. Kalau boleh tabung kita tu buat cantik-cantik sikit atau guna tin atau bekas yang cantik. Agar kita sendiri rasa seronok dan tak sabar nak menderma keesokan hari pula. Anda tahu tak, bila buat begini kita juga akan secara tidak sengaja akan rajin untuk bangun solat Subuh di awal waktu. 6. Berikan kefahaman kepada anak-anak kita untuk bersedekah dan memilik tabung subuh dan lagi baik masing-masing punya sendiri. Mudah mudahan ada keajaiban buat anak-anak juga Allah beri nanti.
Show all...
Setiap orang yang berkahwin mengimpikan kehadiran cahayamata penyeri rumah tangga. Cahayamata ini adalah amanah Allah buat kita. Dalam Al-quran, Allah menyatakan anak sebagai hiasan kehidupan dunia. Kerana kasih sayang kita yang melimpah buat anak-anak serta ianya penyeri kehidupan rumahtangga kita. Namun, hakikatnya kita sebagai ibubapa punya tanggungjawab berat untuk mencorakkan anak-anak. Paling utama perlu kita tekankan adalah AGAMA dalam diri anak-anak. Bagi mereka kenal Allah dan Rasul dengan kita dahulu menjadi suri teladan mereka. Bagaimana? Pertama : Solat diawal waktu Apabila azan berkumandang kita bersegera untuk solat. Si ayah bersiap ke masjid, si ibu siap bertelekung. Lagi elok dapat ajak mereka solat jemaah bersama. Jadi secara tak langsung minda anak akan set waktu solat semua kerja perlu STOP dan perlu SOLAT DAHULU. Kedua : Membaca Alquran Amat susah untuk menyuruh anak-anak mengaji kan? Sebenarnya minat anak untuk mengaji akan terbit dengan sendiri apabila suasana Al quran wujud di rumah. Jadi, ibubapa lah dulu yang perlu mewujudkan suasana tersebut. Mengaji, baca terjemahan tafsir, menghafal, mengulang Alquran secara tak langsung anak akan tertarik untuk mengenal apa yang ibubapa mereka baca. Anak akan ikut apa ibubapa mereka buat bukan? Ingat, kitalah contoh teladan terdekat untuk mereka ikuti Ketiga: Bersedekah Sangat baik untuk kita terapkan pada anak-anak amalan bersedekah. Beritahu mereka yang kita perlu sentiasa memberi bukan meminta. Latih juga mereka memasukkan duit ke dalam tabung masjid contohnya dan terangkan kepada anak-anak hasil dari sumbangan mereka itu. Pasti mereka akan gembira dan rajin bersedekah. Itulah antara amalan boleh diterapkan pada anak-anak untuk mereka mengenal Allah dan rasul. Tapi jangan lupa kita dahulu perlu menjadi suri teladan mereka. Semuanya inshaAllah akan menjamin keberkatan dari Allah SWT. #MEPFIGHTER
Show all...
INGATLAH SELALU Jagalah solat walaupun kita bukan orang yang soleh kerana solatlah akan buatkan kita jadi soleh. Jagalah sedekah walaupun kita bukan orang yang berharta kerana sedekah itulah harta kita. Apabila seseorang itu usaha memperbetulkan solatnya, maka sesungguhnya ia sedang usaha memperbetulkan hidupnya. Upgradelah solat kita, betulkan bacaan, solat awal waktu, betulkan wuduk, usaha untuk khusyuk. Semoga Allah bantu kita mendapat kemanisan solat itu. Asma Benjaman Leader Diamond MMG
Show all...
Awak, Kaki tu aurat. Leher tu aurat. Bahagian dada tu aurat. Awak upload di media social, selagi mana ia berada di media social, dosa awak terus mengalir tau setiap hari. Azab Allah tu BENAR. Seksa Allah itu juga PEDIH. Meski saya ni bukan famili awak hatta kawan rapat awak namun selagi mana kita friends dalam fesbuk ni saya akan selalu ingatkan awak untuk kembali patuh pada Allah. Nasihat ni bukan awak saja tapi untuk saya juga. - Lily Wahab -
Show all...
Teman.. Janganlah malu untuk bertaubat walaupun selalu buat dosa. Sebab pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita belum mati. Tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat. Dan malulah apabila dah buat dosa, tetapi menangguhkan taubat.
Show all...
FADHILAT BACA SURAH AL-KAFIRUN SEBELUM TIDUR SOALAN : Adakah benar membaca surah Qul ya ayuhal kafirun masa kita nak tidur terpelihara dari syirik? Ia hadith atau bukan hadith? Terima kasih ustaz. JAWAPAN : Memang benar amalan membaca ketika hendak tidur akan surah Al-Kafirun akan terpelihara dari syirik. Telah diriwayatkan daripada Naufal bin Muโ€™awiyah r.a. Rasulullah saw bersabda : ุฅุฐุง ุฃุฎุฐุชูŽ ู…ูŽุถุฌุนูŽูƒ ู…ู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู„ู ูุงู‚ุฑูŽุฃู’ {ู‚ูู„ู’ ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑููˆู†ูŽ} ุซูู…ู‘ูŽ ู†ูŽู…ู’ ุนู„ู‰ ุฎุงุชู…ุชูู‡ุง ูุฅู†ู‘ูŽู‡ุง ุจุฑุงุกุฉูŒ ู…ู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูุฑูƒู Artinya : โ€œApabila kamu hendak berbaring pada tempat tidurmu pada waktu malam maka hendaklah kamu membaca Qul Ya Ayyuhal Kafirun kemudian tidurlah selepas habis membacanya maka sungguhnya ia adalah kelepasan dari syirik.โ€ Hadith ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan dan Al-Baihaqi dan As-Suyuthi dan At-Tabrizi dan lainnya. Semoga kita semua dimudahkan oleh Alllah mengamalkannya. wallahu aโ€™lam ustaz azhar idrus
Show all...
SUJUD LAMA BERDOA DALAM SEMBAHYANG SOALAN : Saya ingin bertanya tentang melamakan sujud di dalam rakaat yang terakhir. Adakah disunatkan dalam solat berjemaah? JAWAPAN : Sungguhnya di antara tempat seorang hamba paling hampir dengan Tuhannya ialah pada waktu sujud. Oleh kerana itu sunat dibanyakkan berdoa ketika itu. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda : ุฃูŽู‚ู’ุฑูŽุจู ู…ูŽุง ูŠูŽูƒููˆู†ู ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูู†ู’ ุฑูŽุจู‘ูู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุณูŽุงุฌูุฏูŒ ููŽุฃูŽูƒู’ุซูุฑููˆุง ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกูŽ Artinya : โ€œYang paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang di dalam sujud. Maka hendaklah dia perbanyakkan berdoa.โ€ (Hadith Muslim & Abu Daud) Akan tetapi jika seorang itu menjadi imam hendaklah diringkaskan doanya kerana memelihara segala orang yang menjadi makmum dibelakangnya. Ada pun jika solat sendirian maka tidak mengapa dia melamakan berdoa di dalam sujud sesuka hatinya. Rasulullah saw telah bersabda : ุฅูุฐูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ู„ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู ููŽู„ู’ูŠูุฎูŽูู‘ููู’ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุงู„ุถู‘ูŽุนููŠููŽ ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู‚ููŠู…ูŽ ูˆูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุงุฌูŽุฉู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ู„ูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ุŒ ููŽู„ู’ูŠูุทูŽูˆู‘ูู„ู’ ู…ูŽุง ุดูŽุงุกูŽ Artinya : โ€œApabila seorang kamu menjadi imam bagi manusia maka hendaklah dia ringankan solat dari kerana sungguhnya di kalangan manusia itu ada yang lemah dan yang sakit dan yang mempunyai hajat. Dan apabila solat seorang seorang kamu seorang diri maka panjangkanlah semahunya.โ€ (Hadith Abu Daud) KESIMPULAN Di antara masa yang afdhal berdoa di dalam solat ialah ketika sujud dan sujud yang terakhir adalah yang paling utama. Jika menjadi imam maka tidak afdhal dia memanjangkan sujud kerana berdoa bahkan berdoa dengan doa yang pendek supaya tidak memberatkan jemaah yang berada di belakangnya. Jika solat seorang diri maka bebas dia hendak panjangkan doa di dalam sujud itu sekadar mana yang dia suka. wallahu aโ€™lam ustaz azhar idrus
Show all...