cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

FawwazNotes

🗒 Notes from class, lectures, & books 🌐 http://telegram.me/fawwaznotes 📱 #FawwazNotes

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
236
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

The Quran English translation by Abdel Haleem
Show all...
The Quran English translation by Abdel Haleem5.28 MB
menyeru kepada permusuhan. Mereka bukan sahaja dibenci oleh manusia, malah dimurkai oleh Allah ﷻ kerana perbuatan mereka. 8. Janganlah kita meniru contoh-contoh yang ditunjukkan oleh Yahudi terdahulu. Ikut lah ajaran Islam yang sebenar yang diajarkan oleh Quran dan dicontohkan oleh Nabi ﷺ. 9. Berbuat baiklah kepada manusia. Saya yakin dan percaya lebih ramai orang bukan Islam yang akan tertarik dengan agama Islam sekiranya kita mengikuti dan menunjukkan seruan agama Islam yang sebenar. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156216123930566&id=730255565
Show all...
𝗕𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗶𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 1. Selama 23 tahun Nabi ﷺ berdakwah, baginda dan para sahabat telah mendapat begitu banyak tekanan dan halangan dari kaum kafir Quraish. 2. Sekiranya dibandingkan penindasan dan kejahatan kaum kafir Quraish terdahulu dengan keadaan pada hari ini, keadaan di Malaysia sekarang mungkin hanyalah 1/100 daripada apa yang dialami oleh Nabi ﷺ. 3. Namun dengan keadaan penindasan sedemikian, tiada satu pun ayat di dalam Quran yang diturunkan kepada Nabi ﷺ untuk memboikot orang-orang kafir tersebut. Malah Quran menganjurkan untuk memberi makan, membantu orang-orang miskin, berkata baik kepada semua tanpa mengira apa agama mereka sekalipun. Perhatikanlah ayat-ayat berikut: 📒 Surah Al-Baqara, ayat 177: لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya; dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. 📒 Surah Al-Baqara, Verse 215: يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلْ مَا أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan". Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. 4. Ayat-ayat diatas tidak menyatakan berbuat baik hanya kepada Muslim atau hanya kepada orang beriman, namun Allah ﷻ menyuruh berbuat dan berkata baik kepada semua tanpa mengira agama. Dengan berbuat baik kepada semua inilah yang menyebabkan ramai orang bukan Islam menjadi tertarik kepada islam dan akhirnya memeluk agama Islam. 5. Mereka yang tidak memenuhi seruan diatas sebenarnya bersifat sama seperti para rahib Yahudi yang telah diberikan perjanjian, namun mereka tidak memenuhi janji tersebut dan sentiasa menyeru kepada permusuhan. 📒 Surah Al-Baqara, Verse 83: وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ Dan ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Namun kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling engkar. 6. Kaum Yahudi telah diseru untuk berbuat baik, memberi makan, dan berkata baik kepada manusia (bukan hanya kepada kaum Yahudi), namun mereka berpaling dari perintah tersebut. 7. Mereka telah diutuskan Nabi-Nabi yang banyak, mereka juga telah diberikan kitab untuk diikuti, namun mereka berpaling dan mengikuti seruan rahib-rahib yang sentiasa
Show all...
[Sahabat yang dilarang berperang kerana berpegang pada janji] 1. Sebut sahaja nama Huzaifah bin Yaman radiallahu'anhu, sudah tentu ramai yang pernah mendengar namanya. Beliau merupakan salah seorang sahabat besar dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah ﷺ. Beliau juga dikenali sebagai pemegang rahsia Rasulullah. 2. Beliau merupakan satu-satunya sahabat yang baginda Rasulullah ﷺ menceritakan rahsia-rahsia sulit dan nama-nama para munafik yang hidup di zaman baginda. Rahsia ini tidak diketahui oleh sesiapapun, termasuklah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Ali radiallahu'anhum. Tiada siapapun yang mengetahui nama-nama mereka melainkan Huzaifah bin Yaman. 3. Banyak hadis-hadis mengenai peristiwa akhir zaman dan akhirat yang kita peroleh hari ini adalah daripada jasa beliau. 4. Huzaifah pernah menyertai banyak peperangan bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ. Namun, pada peperangan yang paling awal dan paling penting dalam sejarah umat Islam, peperangan yang dianggap termulia dan terbesar, iaitu peperangan Badr, beliau tidak dibenarkan untuk menyertai peperangan tersebut. Sedangkan umat islam pada waktu itu sangat-sangat memerlukan para tentera kerana bilangan mereka yang kecil. 5. Cuba bayangkan, apakah amalan yang lebih mulia dari berjihad di jalan Allah? Apakah amalan yang lebih bertakwa daripada mempertahankan agama Islam bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ di dalam medan perperangan? Terlebih-lebih lagi di medan peperangan Badar. 6. Apakah yang menyebabkan baginda Rasulullah ﷺ menghalang beliau daripada menyertai perperangan tersebut? Tidak lain tidak bukan ia adalah kerana untuk memastikan Huzaifah bin Yaman berpegang pada janji beliau, walaupun perjanjian tersebut dibuat kepada musuh-musuh Islam. 7. Hadis di bawah ini diceritakan sendiri oleh Huzaifah, tentang mengapa beliau tidak dapat bersama dengan Rasulullah ﷺ di dalam peperangan Badr. 📒 Hudzaifah bin Yaman dia berkata: "Tidak ada yang menghalangiku untuk turut berjihad di Badar kecuali karena aku dan ayahku yaitu Husail tertangkap oleh orang-orang Quraisy ketika kami keluar dari Makkah. Orang Quraish bertanya: "Apakah kamu berdua hendak pergi menemui Muhammad? Kami menjawab: "Tidak, kami hanya hendak berjalan-jalan ke Madinah." Lalu mereka membuat perjanjian dengan kami, bahawa kami boleh pergi ke Madinah, akan tetapi kami tidak boleh berperang bersama nabi Muhammad. Lalu kami mendatangi Rasulullah dan memberitahukan kepada beliau tentang peristiwa tersebut. Maka beliau bersabda: "Pergilah kalian, dan berpegang teguhlah kalian dengan janji kalian kepada mereka. Manakala kami akan memohon pertolongan kepada Allah untuk mengalahkan mereka." (Hadis Riwayat Muslim: 3342) 8. Sekiranya berjihad bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ juga tidak dibenarkan kerana wajibnya berpegang teguh kepada janji. Adakah ada perkara lain yang lebih bertakwa daripada berjihad di jalan Allah bersama dengan Nabi ﷺ sehinggakan kita boleh melakukan istikharah untuk berlepas diri daripada janji? 📒 Surah Al-Isra, ayat 34: وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا Dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggunganjawabkan.
Show all...
Ucapan tidak tahu adalah separuh dari ilmu
Show all...
Photo from Fawwaz Johari
Show all...
Pada pandangan saya, cara yang terbaik untuk menyatupadukan masyarakat majmuk berbilang bangsa di Malaysia ini adalah dengan memulakan dan memupukkan sikap saling kenal-mengenal dan bersatu padu ketika para pelajar masih kecil. Ini kerana sewaktu kecil, minda kanak-kanak ini masih lagi bersih dan suci dari segala jenis kotoran dan sikap perkauman. Kita boleh lihat di taman-taman permainan ketika mereka bermain, mereka lebih terbuka untuk berkenalan dan berkawan dengan sesiapapun lain tanpa mengira warna kulit mahupun bangsa. Oleh itu, adalah wajar bagi kerajaan untuk menutupkan kesemua sekolah vernakular dan menukarkannya menjadi sekolah-sekolah kebangsaan. Setiap sekolah kebangsaan ini pula perlu mengajarkan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, dan bahasa Arab kepada kesemua pelajar tanpa mengira kaum dan bangsa. Pelajar Melayu perlu mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil, dan begitu juga bagi pelajar cina dan india perlu mempelajari setiap bahasa. Ambil kebaikan dan kelebihan yang ada daripada setiap sekolah vernakular dan adaptasikannya kepada semua sekolah kebangsaan di mana kesemua kaum dan bangsa akan merasai dan mendapat kebaikan yang sama. Pelajar-pelajar inilah nanti akan menjadi pengganti generasi Malaysia pada masa hadapan. Perhatikan firman Allah ﷻ berikut: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah Al-Hujraat, ayat 13) Allah ﷻ telah menciptakan pelbagai kaum dan bangsa agar kita saling berkenalan antara satu sama lain, dan bilakah waktu yang lebih sesuai jika bukan sewaktu para pelajar ini masih kecil? Islam tidak menilai pada warna kulit tetapi Islam menilai akhlak seseorang. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156066657430566&id=730255565
Show all...