9 233
Subscribers
No data24 hours
-87 days
-7230 days
Posts Archive
9 233
“Sales RM42 juta, 70% sales dari livestream.
Kita pun kena buat live banyak-banyak!”
Dengar macam logik kan?
KhairulAming dah berjaya buat, kita tiru je la.
Tak semudah itu!
Ini sebabnya…
👇👇👇
1. Jenama KhairulAming tu dah terlalu besar
Level KA dah 100 tangga atas kita.
Makan tahun KA bina jenama dia.
Berjuta rakyat Malaysia percaya dengan apa yang dia jual.
Kita tak boleh nak compare bisnes kita dengan bisnes KA.
Dan, kita tak boleh buta-buta tiru apa yang KA buat.
2. KhairulAming buka mulut je orang dah beratur
KA pernah cerita yang dia tak boleh suka hati promote bisnes orang lain.
Sebab…
Tak semua bisnes mampu terima impak dari ‘endorsement’ KA. Konfem tak menang tangan.
Samalah untuk bisnes KA sendiri.
Kalau KA cakap esok dia nak buka jualan Sambal Nyet besar-besaran dalam live, macam kenduri orang berkumpul untuk beli.
Konfem sold out.
3. Guna kekuatan bisnes
Kekuatan Sambal Nyet & Dendeng Nyet adalah dari jenama KhairulAming itu sendiri.
Kalau dia buat live, ramai akan join & beli produk dia.
Cari kekuatan bisnes kita sendiri & gunakan sebaiknya.
Contoh: Kita ada satu testimoni yang power
Gunakan testimoni itu & sebarkan.
Tak semestinya kena buat live.
Kalau buat live, mungkin takde orang nak join.
Boleh buat video & jalankan iklan berbayar.
Kalau betul kita nak tiru, tirulah cara KhairulAming bina personal branding.
Bertahun-tahun buat video TANPA jual apa-apa.
Konfem ramai tak sanggup buat.
Betul tak?
9 233
Doritos dah buktikan branding bukan sekadar logo gempak & slogan yang catchy dalam satu kempen marketing gila ni!
Tonton video di sini:
https://vt.tiktok.com/ZSMwbHFfT/
9 233
NAK NAIKKAN JUALAN? JANGAN TERUS TAMBAH BAJET IKLAN!
Buat ini dulu...
👇🏻👇🏻👇🏻
.
.
.
Tak salah nak tambah bajet iklan. Tapi, jangan diabaikan 'unconverted prospect'.
Apa maksud unconverted ni?
Sebelum tu, kita kena faham dulu apa itu 'conversion point'.
'Conversion point' ialah titik perubahan dalam customer journey atau funnel.
Contoh:
✅ Stranger > prospek
✅ Prospek > pelanggan
Unconverted ni maksudnya tak berlaku perubahan dalam customer journey.
Perjalanan tu terhenti & tak diteruskan.
❌ Stranger tak jadi prospek
❌ Prospek tak jadi pelanggan
.
Kenapa unconverted?
Ada banyak sebab.
🔥 CTA tak jelas
🔥 Offer tak cukup kuat
🔥 Tak yakin / tak percaya
🔥 Line internet bermasalah
🔥 Tak tahu cara nak buat pembayaran
Atau sebab paling biasa kita dengar atau pernah lalui...
🔥 Lupa
Iklan dah menarik.
Dah masuk website.
Dah add to cart.
Tapi, lupa nak bayar.
.
Antara prospek:
❌ Dah masuk website tapi tak add to cart
❌ Dah add to cart tapi belum beli
Mana satu yang kita nak serang dulu?
Pilih yang dah add to cart.
Sebab?
Prospek dah lalu perjalanan yang jauh dalam customer journey.
Dah panas.
Add to cart maksudnya dah memang berminat nak beli.
Inilah LUBUK JUALAN bisnes kita!
Kita tinggal nak push sikit saja untuk dia buat pembayaran.
Nak kena offer diskaun ke?
Tak perlu pun.
Mungkin dia lupa nak buat pembayaran. Kita follow up saja, ingatkan dia buat pembayaran.
Kalau dia masih ragu-ragu, bagi testimoni untuk tambah keyakinan dia pada kita.
Nak follow up guna whatsapp ke retarget guna iklan berbayar?
Terpulang.
Itu cuma jalan. Yang penting, capai matlamat kita.
.
9 233
Nak belajar ilmu bisnes kena masuk kelas saja ke?
TAK!
Naval Ravikant cakap:
"Foundation of learning is reading."
Mark Cuban baca buku 3 jam sehari.
Dia cakap:
"Everything I read was public. Anyone could buy the same books and magazines. The same information was available to anyone who wanted it. Turns out most people didn’t want it."
Warren Buffett cakap:
"Read 500 pages like this every day. That’s how knowledge works. It builds up, like compound interest. All of you can do it, but I guarantee not many of you will."
Orang tanya Elon Musk, macam mana dia boleh bina roket.
Dia jawab:
"Saya baca buku."
.
.
Apa persamaan mereka ini?
Mereka belajar juga tapi dengan membaca.
Salah ke join kelas?
Tak salah.
Boleh jadi salah kalau ketagih masuk kelas tapi takde hasil. Lepastu salahkan kelas tak power.
.
9 233
SATU PESANAN RINGKAS TAPI PADAT BAB AMBIL PEKERJA DARI RICHARD BRANSON
👇🏻👇🏻👇🏻
_
"Hire smart people & get out of their way."
👉🏻 Ambil pekerja pandai
👉🏻 Beri latihan yang betul
👉🏻 Biar mereka buat kerja
Walaupun kita bos, tapi kita bukan pandai sangat pun.
Ambil saja pekerja yang bijak pandai, biar mereka buat kerja.
_
Belajar untuk lepaskan kerja pada pekerja. Ini yang ramai susah nak buat.
Dah bayar gaji mereka mahal, takkan kita nak sibuk kacau kerja mereka.
Pantau hasil kerja dari semasa ke semasa.
Boleh buat?
.
9 233
Negara dah hancur teruk lepas perang saudara.
Tapi macam mana Korea Selatan boleh cepat bangkit untuk jadi salah satu kuasa besar ekonomi dunia?
Tonton video ini:
👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZSMGf8hTW/
9 233
SATU SEBAB TAK MUNASABAH KENAPA JUALAN PRODUK INI JATUH!
Ada satu masa dulu, tepung kek macam jenama Betty Crocker ni sangat terkenal & laku.
Tapi sampai satu masa, jualan mula perlahan & jatuh.
Puncanya?
👇🏻👇🏻👇🏻
_
General Mills, syarikat pengeluar produk jenama Betty Crocker hire Ernest Dichter, seorang pakar psikologi pengguna untuk siasat.
Dichter pergi interview pelanggan yang pernah beli produk ini.
Satu sebab terbesar yang dia jumpa adalah...
_
Pelanggan rasa bersalah sebab dengan produk ini, kerja buat kek jadi terlalu mudah.
Hanya tambah air je ke dalam tepung & bakar, dah siap satu kek.
Mereka tak rasa macam buat kek. Rasa tak aci sebab mudah sangat.
_
Dichter cadangkan pada General Mills untuk tambah satu kerja dalam pembuatan kek.
General Mills pun keluarkan produk baru.
Daripada hanya tambah air, pelanggan perlu tambah telur sekali dalam campuran tepung.
_
Hasilnya?
Sales tepung kek Betty Crocker mencanak naik.
Pelanggan happy sebab baru ada rasa macam buat kek.
Tak rasa bersalah buat kerja mudah.
_
Asalnya, General Mills buat tepung kek ini untuk mudahkan suri rumah buat kek.
Ingatkan makin mudah buat kek, makin orang suka.
Rupanya, sebaliknya berlaku.
_
Pengajaran dari case study ini...
Kita tak boleh 'rasa-rasa' dalam menghasilkan produk.
Mesti dapatkan feedback pelanggan supaya produk kita selari dengan apa yang pelanggan mahukan.
9 233
2 JAM, BERASAP KEPALA!
Sejam pertama korek cerita.
Sejam kedua bagi solusi.
Masalah sebenar:
Kompas bisnes salah
Patut kejar target market A.
Tapi sangkut layan target B.
Klien datang, muka gusar.
Balik dengan senyum gembira.
9 233
"Tak sangka saya boleh bantu kawan-kawan bisnes dari perkongsian saya."
Ini yang jadi pada peserta #keluarguaBRC bulan lepas.
Tak rasa diri kerdil & malu untuk berkongsi.
Kenapa?
_
Sebab baru perasan masalah yang kita rasa kecil & berjaya selesaikan, bagi orang lain masalah tu besar & dah lama cari jalan penyelesaian.
Baru sedar ada orang lain perlukan apa yang kita tahu bila duduk dalam kumpulan kawan-kawan bisnes.
_
Dalam masa sama, boleh berkongsi masalah yang kawan-kawan lain boleh bantu.
Aktiviti ni yang paling seronok sampai tak sedar event dah habis & dewan perlu dikosongkan. 😂
Ada yang nak join #keluarguaBRC 2.0?
9 233
Branding dah kuat:
🔥️️️️️️ Klien / partner JV akan cari
🔥️️️️️️ Ada kuasa untuk letak syarat & terma
🔥️️️️️️ Sentiasa berada dalam situasi menang
Ini permainan panjang.
Bukan untuk orang yang:
❌️️️️️️️ Tak sabar
❌️️️️️️️ Nak kaya cepat
❌️️️️️️️ Suka cari jalan singkat
9 233
Belajar ilmu bisnes kalau boleh elak 2 perkara ini, lebih mudah nak amalkan ilmu & dapat hasil.
Nak tau apa?
👇🏻👇🏻👇🏻
_
1. Perkara remeh-temeh
Contoh: nak hasilkan konten
Kita suka susahkan diri dengan benda remeh-temeh yang tak penting sangat & bagi impak besar pun.
👉🏻 Nak guna mic apa
👉🏻 Nak pakai lagu apa
👉🏻 Setting kamera macam mana
Bukan tak penting langsung, tapi tak perlu lama sangat sangkut dekat sini sampai tak terbuat.
_
2. Perkara rumit & komplikated
👉🏻 Edit guna PC ke fon
👉🏻 Edit transition gempak
👉🏻 Tambah sound viral
Ini semua 'unnecessary complexity'!
Benda komplikated yang tak perlu & tak bagi impak besar pun dekat konten.
_
Kalau video gempak, edit power, lagu trending, setup cun.
Tapi:
- Skrip merapu
- Konten takde isi
- Tarik orang yang salah
Bazir masa & tenaga je.
_
Tinggalkan 2 perkara ni, lebih mudah untuk kita amalkan ilmu bisnes.
Pegang benda fundamental yang simple pun dah cukup untuk dapat hasil hebat.
Boleh buat?
9 233
Tahukah anda…
Tahun 1759, ada satu artikel dalam majalah The Idler cerita pasal iklan yang terlampau banyak sampai orang dah lali.
Ini 266 tahun dulu tau!
Belum ada internet & media sosial lagi.
🤯
9 233
Bila tengok konten Mr Beast, satu soalan saya terfikir....
'Macam mana dia bina tim sampai boleh hasilkan konten gempak, level production besar?'
Rupanya, dia ada bagitau 3 ciri wajib perlu ada untuk jadi tim dia.
👇🏻👇🏻👇🏻
_
1. Coachable
Boleh diajar & dibimbing.
Sebab boleh ilmu produksi sentiasa perlu ditambah baik & ada perubahan.
Sentiasa sediakan diri untuk terima ilmu & dibimbing.
_
2. Nampak nilai besar kerja bersama Mr Beast
Ini adalah satu karier yang serius.
Bukan sekadar kerja buat konten YouTube bodoh-bodoh je.
Orang yang kerja dengan Mr Beast kena sedar yang dia sedang bawa perubahan besar dalam dunia konten.
_
3. Obses dengan kerja
Mr Beast tak nak orang yang kerja sekadar untuk dapat gaji.
Dia nak orang yang gila obses nak hasilkan konten power di bawah platform Mr Beast.
Orang 'beshe-beshe', yang takde kesungguhan tinggi, dia tak ambil.
_
Patutlah konten Mr Beast makin hebat. Tim dia solid dengan orang yang obses sama macam dia.
3 ciri utama ni kita boleh tiru untuk cari tim berkualiti untuk join pasukan bisnes.
Ayuh!
9 233
“Ada satu perkara ajaib yang berlaku sepanjang saya jalankan bisnes. Benda ni memang tak pernah berlaku sebelum ni.”
Jeff Bezos cerita benda ni dalam satu temu ramah.
Benda ajaib ni berlaku dekat Amazon Web Services (AWS).
👇️️👇️️👇️️
_
Masa dilancarkan, AWS boleh dikatakan syarikat perintis platform pengkomputeran awan (cloud computing).
Nak tahu apa bendanya, Google je.
Tapi, kalau dibandingkan bisnes atau projek Jeff Bezos sebelum ini dengan AWS, ada satu benda ajaib berlaku.
_
Tahun 1995, amazon.com dilancarkan.
Tahun 1997, barnesandnoble.com dilancarkan.
Amazon keluarkan Kindle.
2 tahun kemudian Barnes & Noble keluarkan Nook.
Amazon hasilkan Echo.
Google hasilkan Google Home 2 tahun selepas itu.
_
“Kalau kamu adalah perintis, jika bernasib baik kamu akan ada kelebihan 2 tahun sebelum pesaing lain muncul.”
Tapi dengan AWS, 7 tahun selepas dilancarkan baru ada pesaing lain muncul.
Ini yang Jeff Bezos cakap benda ajaib yang tak pernah jadi sebelum ini.
Apa yang kita boleh belajar dari cerita ini?
_
1. Walaupun idea bisnes kita hebat & original, tetap akan ada pesaing yang sama.
Sedangkan bisnes besar macam Amazon pun ada pesaing yang sama, inikan pula kita yang bisnes kecil.
Jangan kalut fikir tak nak ada pesaing. Fokus untuk bagi servis yang terbaik pada pelanggan.
_
2. Walaupun ada kelebihan masa sebelum pesaing muncul, jangan terlalu selesa.
Dalam masa 7 tahun takde pesaing, AWS dah buat macam-macam perkara & dah keluarkan banyak teknologi & ciri canggih.
Pesaing baru yang muncul memang akan ketinggalan jauh dengan apa yang AWS dah capai.
_
Suka konten bisnes macam ni?
Follow BRC.my untuk lebih banyak konten bisnes menarik.
Ajak kawan-kawan follow sekali.
9 233
Dah tak menang tangan jalankan bisnes tapi takde bajet untuk ambil staf?
Ada perkara yang tak kena dalam bisnes ni.
Jom kita diskas...
_
INI MASALAH KIRA-KIRA!
Dari awal bisnes takde peruntukan untuk bayar gaji staf.
Sales bertambah banyak mana pun, takkan ada duit nak bayar gaji staf.
_
KENAPA TAKDE PERUNTUKAN?
Masa diri sendiri buat kerja, tak pernah dibayar gaji.
Takde nilai tetap dibayar untuk setiap kerja yang dibuat.
Ini kesilapan bisnes kecil.
_
APA KAITAN DENGAN TAKDE BAJET?
Kalau ada peruntukan gaji setiap kerja, senang nak pindahkan kerja beserta gaji pada staf.
Kalau takde peruntukan, mana ada staf nak kerja free.
_
Takde bajet maksudnya...
Ada kerja nak dipindahkan tapi takde gaji untuk dipindah sama.
Bisnes boleh berkembang tapi tak mampu berkembang.
Sudahnya, mereput dalam bisnes sendiri.
_
Dapat?
Jangan simpan ilmu ni.
Share dengan kawan-kawan bisnes.
