cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

~ GrOup DakWah IslaM!ah ~

Sebarkan dakwah. Dakwah kerana Allah. Hidup mengejar Firdausi bukan Duniawi !!!

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
534Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Berwaspadalah dengan lisan. Ketika mana ia hamburkan celaan, ia sedang menampakkan kualiti hati dan fikiran ___________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 T.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Show all...
Korang suka tak posting tentang 'menghalalkan perkara yang haram' ? 'Membiasakan perkara yang Allah murka dalam seharian ?' 'Menegakkan perkara yang haram agar kelihatan suci dan halal' ? Lama dah admin nak menulis tentang perkara diatas. Tapi insyaAllah , kita isikan waktu kita nanti untuk menulis bab diatas. Dapat juga bersihkan hati kita ni kan? Dalam masa yang sama dapat jugak lah kita tinggalkan benda yg Allah tak suka.
Show all...
Show all...
Show all...
Sebab kadang² kita ni 'tak sedar diri' Kita buat maksiat ,kita buat benda yg Allah tak suka , tetapi masih ada hati minta Allah cepatkan dan makbulkan doa kita 🙂 Hmm Nanti admin buka peluang kepada sesiapa yg nak sharing bab ni yaaa ☺️ @DakwahPsychology
Show all...
Assalamualaikum semua ! kepada korang2 yang nak design logo , poster ,bisnes card dan lain2 boleh follow channel ini ya.. HARGA STUDENT & SANGAT BERPATUTAN IKUT BUDGET KORANG 😊 @Yourgraphicdesign @Yourgraphicdesign @Yourgraphicdesign
Show all...
Kalau hati tak rasa bimbang dan resah terhadap rasa malas melakukan ibadah dan berbuat amal kebajikan maka seeloknya kita berhati-hati dengan kebersihan harta yang diperoleh. Harta yang halal dan berkat pasti membuatkan pemiliknya bersemangat untuk melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya harta yang haram lagi syubhah akan membiarkan pemiliknya rasa malas untuk melakukan amal kebajikan . Moga kita bukan tergolong dalam kalangan mereka yang malas dalam lakukan ibadah (: ___________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 T.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Show all...
Show all...
Menangisi dosa-dosa yang pernah dilakukan merupakan salah satu bukti ikhlasnya taubat seorang hamba. Malik bin Dinar berkata, "Menangis di saat mengingati dosa dapat menggugurkan kesalahan sebagaimana angin menggugurkan daun-daun kering." ___________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 T.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Show all...
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ “Hendaklah kita mengembirakan hati Rasulullah ﷺ. Hendaklah kita berselawat dengan hati yang penuh rindu, penuh cinta kepada Rasulullah ﷺ. Baginda tak berhajat kepada selawat daripada kita kerana Allah dan malaikat sudahpun berselawat ke atas Baginda, tetapi kitalah yang mengharapkan keberkatan daripada Baginda dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda ﷺ.” [Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid] https://t.me/DakwahIslamiah
Show all...
💎💎💎 " Ingatlah pada kematian tatkala mempunyai masalah dunia, agar dunia tidak mematikn Hati kita untuk mengingati Akhirat."
Show all...
Jangan pernah kata orang yang pernah hadir dalam hidup kita sia-ii 😌 Kenapa? Sebabnya Allah campakkan orang tu dalam hidup kita bersebab. Ada yang Allah hantar sebab nak bagi pengajaran untuk kita. Ada yang Allah hantar untuk bantu kita. Ada yang Allah hantar untuk hilangkan kesedihan. Ada yang Allah hantar untuk pimpin kita ke Jalan-Nya ❤️
Show all...
SALE SALE 😍 TAMAT 5.4.19 👗Jubah plain nasira RM50SM/ RM57SS 👗Jubah aleena RM57SM/ RM63SS 👕👚sets couple kurta iman & kurung sofea RM120SM/ RM135SS 👕Kurta Affan RM55SM/ RM60SS BANYAK LAGI ITEM KITA ADA SALE MURAH-MURAH😍 Nak tengok Jom Join Channel Telegram 👇😍) Klik 👉 http://t.me/Syifajubahmurah Klik👉 http://t.me/tshirtmuslimahodeenmurah Jom Follow Instagram 👉syifajubahmurah 👉tshirtodeenmurah Berminat whatsapp Ateh www.wasap.my/601158728540 telegram.me/AtehNEW2019 SEBARKAN BERITA BAIK NI PD RAKAN -RAKAN ANDA 😍 . TQ
Show all...
🗣 Assalamualaikum jom sertai kami super 🔝 Channel & 🔝Supergroup 🔝 CHANNELS LINK RANDOM 📚ILMIAH📚 ⭐️⭐️ @Annoucement79 ⭐️⭐️ 📚 @PetuaResipi 📚 @Kakijalandotcom 📚 @TeamUmmahBerjaya 📚 @CahayaTinta 📚 @DakwahIslamiah 📚 @QalamIlmu 📚 @CahayaTinta 📊 BISNES/DROSHIP📊 🔛 DAPATKAN BARANGAN BERKUALITI PADA HARGA MURAH DAN BERBALOI², NAK JADI DROPSHIP PUN BOLEH🆙 💖 💖 💙💙 https://t.me/iPhawyFamiliaSmartChoice 💙💙 📊@DRCWardrobeByAdminKakRose 📊 @EdayahBeautyHouse2 📊 @jujue_attire 📊 @bagkasutsupermurah 📊 @orkid_BoutiQue 📊 @marsilaglobalenterprise 📊 @kasut8tcosneakermurah 📊 @GORJESFESYEN97 📊 @setbaranganlelaki 📊 @KoleksiAdiraElia 📊 @yourfirstchoicebag 📊 @twinempire 📊 @BioselezaPad 📊 @gudangchinamurahh 📊 @yayababyshop 📊 @yayapakaianmurah 📊 @yayakasutmurahh 📊 @HANBAG_TRENDY 📊 @nauralViralGoldOnlineDropship 📊 @tshirtmuslimahodeenmurah 📊 @Syifajubahmurah 📊 @pastlecosmetic 📊 @MarineEssenceBambooSalt 📊 @JamuMaharani 📊 @rarehipstershop 📊 @SyafiqahkidsStyle769 📊 @hijabslyna 📊 @Victsecret 📊 @thBerjayaz 📊 @setmakeuprm12 📊 @aromaterapivcoplus 📊 @ETOS_begmurah 📊 @sscpakaian 📊@barangwanitabyanisaisha 📊@baranglelakibyanisaisha 📊 @novel_farhanah 📊 @DressBlouseMurah 📊 @inersnowcapberhantu 📊 @barangmurahfarha 📊 @Handbegmurahbyhana 📊 @tudungbyhana 📊 @kasutmurahbyhana 📊 @kosmetikbyhana 📊 @tailorganu 📊 @rafsyaa_shop_murah2 📊 @setmakeup_murahrm13 📊 @agenjammurah 📊 @SueCollection_Dropship 📊 @PEMBORONGhandbagMURAHjue 📊 @pelbagaibrgjue 📊 @kasutmurahjue 🖥 ADVERTISMENT 🖥 🖥 @EJ_MALL ⭐️⭐️Channel advertising terbaik dan swap for free⭐️⭐️ 🌟🌟https://t.me/KakRoseAdvertising🌟🌟 👫🔝SUPERGROUP 👫 👫 @Koleksimurahby_sya 👫 @IKLANTELEGRAMMALAYSIA 👫 @JomLayparkSantai(Jom meriahkan supergroupgrup iklan) 👫 @Villamadem 👫 @SenyumSabar 👫 @MuslimahBerjaya3 👫@sisyayaadvertising (Jom meriahkan supergroupgrup iklan) 😀 https://t.me/IklanSukaSuki (Jom meriahkan supergroupgrup iklan) 👫 Tazkirah santai boleh iklan dari pukul 8:00 Am-10:00pm https://t.me/joinchat/FEGNhDx3FL88rBRwPYP4_A Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang jujur dalam setiap pekerjaan kami, dan rahmatilah kami. Amiin. 🔛26/03/19 LIST BOLEH DELETE AFTER 24 HOURS
Show all...
Kalau kita sedar bahawa dunia ini tidak kekal, maka apa persiapan kita untuk menuju kehidupan selanjutnya? Kalau kita sedar bahawa tugas kita hanya mengabdi diri padaNya, maka sudahkah kita mengabdikan diri dengan sepenuh hati? Kalau kita sedar bahawa bukan kita yang hebat tapi Allah yang menutup kekurangan kita, maka masihkah kita memiliki kesombongan di hadapan manusia? Kalau kita sedar bahawa tidak ada jaminan keselamatan pada hujung kematian kita, maka apa yang telah kita lakukan untuk tetap istiqomah di jalan-Nya sampai akhir? (Dipetik daripada facebook Zonkuliah)
Show all...
Hindarilah mempamerkan harta, selain untuk menjaga hati supaya tidak sombong dan takabbur, kita juga tidak tahu apakah kita lulus dengan dua pertanyaan Allah swt di akhirat kelak. Dari mana kamu dapatkan harta itu dan ke mana kamu belanjakannya? (Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Show all...
💥 HATI AKAN TENANG BILA DEKAT DENGAN ALLAH💥 Sungguh.. dengan mendekatkan diri kepada Allah, hati kita akan menjadi tenang. Bawalah hati dan diri kita dekat dengan Allah. Di situlah akan hadirnya ketenangan. Jarak antara masalah kita dengan jalan penyelesaiannya sama dengan *jarak dahi kita dengan tempat sujud*. Andai ada masalah. Segeralah bersujud. Serius. Sujudlah. Subhanallah.. walau dengan hanya kita berbisik ke bumi. Tapi suara hati kita sampai ke langit. Sujud dan berdoalah kepada Allah. عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ» Maksud : “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda: “Keadaan paling dekat seorang hamba dari Rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyak doa (di dalamnya).” (HR. Muslim)
Show all...
*Sayyidina Ali bin Abi Talib telah berkata* ✅Simpan rahsiamu berdua saja: 1. Dirimu 2. Allah swt ✅Jagalah di dunia ini dua keredhaan: 1. Ibumu 2. Bapamu ✅Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal: 1. Sabar 2. Solat ✅Jangan risau dua hal ini: 1. Rezeki 2. Ajal Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt. ✅Dua hal yg tak perlu diingati selamanya: 1. Kebaikanmu terhadap orang lain. 2. Kesalahan orang lain terhadapmu. ✅Dua hal yang jangan dilupakan selamanya: 1. Allah swt 2. Alam Akhirat ✅Selalu dekat dengan 4 orang ini: 1. Ibumu. 2. Ayahmu. 3. Saudara lelakimu. 4. Saudara perempuanmu. ✅Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka: 1. Yatim 2. Miskin 3. Fakir 4. Orang Sakit ✅Empat hal yang memperindah dirimu : 1. Sabar 2. Tabah 3. Tinggi ilmu 4. Dermawan ✅Empat orang yang hendaknya kamu dekati: 1. Orang yg Ikhlas 2. Orang yg setia 3. Orang yg dermawan 4. Orang yg jujur ✅Empat orang yg jangan kamu jadikan teman: 1. Tukang bohong 2. Tukang curi/rasuah 3. Tukang hasut 4. Tukang adu domba ✅Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka: 1. Isterimu 2. anak2 mu 3. Keluargamu 4. Sahabatmu ✅Empat hal yang hendaknya kamu kurangi: 1. Makan 2. Tidur 3. Malas 4. Bicara berlebih2an/gosip ✅Empat hal yang jangan kamu putus : 1. Sholat. 2. Qur'an. 3. Zikir. 4. Silaturrahimi.
Show all...
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 💥 *PESAN PADA DIRI*💥 💦Bersyukur walaupun tak cukup. 💦Redha walaupun tak rela. 💦Taat walaupun berat. 💦Sabar walaupun rasa dibebani. 💦Jujur dan setia pada pasangan. 💦Memberi walaupun tak seberapa. 💦Mengasihani walaupun disakiti. 💦Tenang walaupun dilanda badai.
Show all...
💥IMAN 💥 💕Tanda hati beriman adalah gembira dengan taat, sedih dengan maksiat. 💕Walaupun sekadar gembira itu soal rasa, bukan boleh dipaksa akan kehadirannya. 💕Ia muncul tanpa dipanggil dan difikir. 💕Ya Allah, didiklah hati kami agar sentiasa serasi dengan perintah dan TAKDIR MU.
Show all...
💥SAHABAT💥 💦Menariknya... 💦Arah kehidupan kita mengikut arus kelakuan kita. 💦Susahnya sabar tapi manisnya hasil dari sabar. 💦Peritnya berlapang dada tapi bahagia sangat tuaiannya. 💦Sukarnya redha tapi amat bermakna. 💦Bila kita senang, ada yang tak senang dengan kita. Kadang2 kawan disebelah kita. 💦Bila kita susah, ada yang nakkk kita lagi susah. Kadang2 itulah kawan disebelah kita. 💦Maka, sangat penting memilih/menilai kawan yang bakal menjadi sahabat sejati kita.
Show all...
SALE MURAH KAW-KAW😍 SALE MURAH KAW KAW😍 MURAH NYAAA😱 DAH LA MURAH FREE POSTAGE LAGIII BERMULA DARI HARGA RM33 SEHELAI FREE POSTAGE TAMAT 18 FEBRUARY 2019 TSHIRT MUSLIMAH MUSLIM JENAMA ODEEN XS HINGGA 7XL 👖PALAZZO SMALL & FREE SIZE Jom Ajak Kawan-kawan Join Channel Telegram Murah - murah😍👇 Klik👉 http://t.me/tshirtmuslimahodeenmurah Klik 👉 http://t.me/Syifajubahmurah Jom Follow Instagram /Shopee 👉syifajubahmurah 👉tshirtodeenmurah 📲Berminat whatsapp Ateh www.wasap.my/601158728540 telegram.me/AtehNEW2019 📲Whatsapp Ateh 2nd www.wasap.my/60105696583 telegram.me/AtehSyifa2019 SEBARKAN BERITA BAIK NI PD RAKAN -RAKAN ANDA 😍 . TQ
Show all...
TERGELINCIR PADA SEBUAH KEBAIKAN Ada sebahagian orang dahulunya rajin menghadiri majlis ilmu, suka untuk buat amal kebaikan, dan bersemangat membantu kerja dakwah. Tetapi makin kelamaan, semakin pudar dia dipandangan, membawa diri sendiri melalui jalan yang lain daripada kebiasaan. Ini merupakan suatu penyakit yang boleh menimpa sesiapa sahaja. "Futur" pada jalan kebaikan dan merasa sudah cukup terhadap agama. Ini merupakan suatu bahaya, kerana manusia itu tidak kuat apabila bersendirian. Pengaruh buruk dan kelalaian berada di mana-mana. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: « لِكُلِّ عملٍ شِرَّةٌ، ولِكُلِّ شرَّةٍ فَترةٌ، فمن كانَت فَترتُهُ إلى سنَّتي، فَقد أفلحَ، ومَن كانت إلى غيرِ ذلِكَ فقد هلَكَ» "Setiap perbuatan itu akan ada waktu semangat, dan setiap semangat akan ada waktu futur (lesu dan tiada semangat), Maka sesiapa yang pada keadaan futurnya masih berada pada sunnahku sesungguhnya dia telah berjaya, dan sesiapa yang (pada waktu futurnya) berada pada selain itu sesungguhnya dia telah binasa" [Riwayat Ahmad: 6764] Sebenarnya untuk mengekalkan kebaikan dahulu dan konsisten dalam ketaatan adalah sangat sukar apabila bersendirian. Itu sebabnya dalam hadis disebutkan, sekiranya dalam keadaan futurnya itu dia masih tetap berada pada sunnah dan ketaatan dia telah berjaya. Sampai bila kekuatan tersebut boleh bertahan? Walau sesibuk dan malas mana sekalipun, paksa diri untuk keluar ke majlis ilmu atau peruntukan masa untuk khidmat kepada agama. 'Penat' pada sebuah kebaikan adalah rahmat dalam kehidupan.
Show all...
.. ✍🏻بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🌿Orang-orang soleh di dalam hatinya sentiasa takut pada 4 perkara ini, 1- Takut amal solehnya tidak diterima oleh Allah. 2- Takut dipalingkan hatinya dari suka ibadat kepada suka maksiat. 3- Takut mati dalam su’ul khatimah. 4- Takut dihisab dengan sehalus-halusnya di negeri akhirat. Ya Allah kurniakanlah rasa takut kami kepada-Mu sehingga kami meninggalkan maksiat. 🌿Ustaz Mustaffa Kamal🌿
Show all...
🌿NASIHAT ITU ILMU🌿 "Ada orang rumah BESAR, sayang sekali TIDAK ada satu ruang pun yang dia gunakan untuk SUJUD ... "Ada orang ada KERETA banyak, Sayang sekali tidak ada satu pun yang jejak parking depan masjid untuk solat berjemaah di MASJID ... "Ada orang ada duit beribu dalam bank, Sayang sekali tidak ada satu sen pun yang masuk ke dalam tabung derma... "Tetapi orang ini hidup senang.Tak pernah sakit.Duit TAK PERNAH SIKIT ... ENJOY setiap hari..“ Kenapa..❓❓ "Itulah namanya ISTIDRAJ.🔥 Dia semakin bertambah nikmat tetapi hakikatnya itu adalah hukuman.Semakin jauh,dan jauh daripada Allah... "Apabila kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba,sementara dia masih bergelumang dengan maksiat,maka itu hakikatnya adalah istidraj daripada Allah... 🌿Riwayat Ahmad🌿
Show all...
BERMUHASABAH demi Membaiki Diri: Tidak ada erti Kehidupan Jika tidak bersyukur Nikmat pemberian Tuhan, Tidak ada erti Kekayaan Kalau tiada sifat Dermawan, Tidak ada erti Kejujuran Kalau tidak menepati Perjanjian, Tidak ada erti Ilmu yang banyak Jika tiada Sifat Tawadhuk, Tidak ada erti Kedudukkan tinggi Jika tidak peduli pada orang sekeliling, Tidak ada guna Takbir disebut Jika diri takutkan Hudud, Tidak ada erti menyebut Islam Jika Hukum hakam dipermainkan, Tidak ada erti kebaikan dilaung Jika diri bersifat Sombong.
Show all...
Assalamualaikum selamat pagi sahabat SUDAH SENYUM HARI INI? 🤗 💞ADA 15 RAHSIA SENYUM: 1. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” -HR Muslim- 2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 3. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak. 4. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 5. Senyuman bukan hanya reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri. 6. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dedupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa. 7. “Tawa Rasulullah saw hanyalah senyuman.” -HR Tirmidzi- 8. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 9. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit). 10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. 11. Senyuman yang di akhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthiris dan ulser. 12. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen, merangsang kedua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan perncernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. 14. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhwah. 15. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah saw, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga adalah sedekah.” -HR Tirmizi dan Abu Dzar-
Show all...
Tak perlu sibuk mencari yang terbaik, Sibuklah menjadi hamba yang terbaik di sisi-NYA. Sibuklah mencari cinta dan kasih sayang dari-NYA. Sibuklah meraih rahmat dan kebahagian dari-NYA. In shaa Allah, bila kita sibukkan diri dan hanya berharap cinta dari-NYA, maka ALLAH akan berikan yang terbaik sebagai pelindung di sisi mu. Berusaha lah menjadi yang terbaik...
Show all...
MUHASABAH DIRI Keringnya pokok tidak disirami air, keringnya hati tidak disirami ilmu. Manfaatnya pokok apabila menghasilkan buah, manfaatnya ilmu apabila menghasilkan amal. Hati yang bersih dan suci, akan mengeluarkan kata-kata yang bersih dan suci. Hati yang kotor akan mengeluarkan kata-kata yang jijik dan kotor. Kerana apa yang tersemat di dalam hati. Itulah yang akan keluar di dalam lisan. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." Selama hidup di dunia ini, yang terbaik adalah menyelamatkan hati dari buruk sangka. Ketika kamu jujur dengan dirimu sendiri, kamu akan mudah jujur dengan orang lain. Kejujuran adalah akhlak terpuji dan akan membuat hidup kamu tenang. Bila Allah pilih kita untuk nak rasa dekat dengan Islam, nak faham Islam, nak jadi seorang yang soleh, Walaupun waktu itu kita hanyut dalam maksiat, kita rasa jijik dengan dosa, kita rasa tak layak dapat pengampunan dari Allah... Percayalah. ALLAH TAK PERNAH SALAH MEMILIH KITA! Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Allah SWT nak kita kembali pada Dia dengan apa cara sekali pun sebab Dia tahu kita mampu Walaupun kita tengah hanyut dalam dosa dan maksiat. Kembalilah pada Allah! Wallahu'alam. #katanasihatagamadansyair
Show all...
Sekiranya seseorang itu meninggalkan sesuatu amalan kerana takut dikatakan riak, itu adalah riak sebenarnya. Cara untuk mengubati penyakit ini adalah dengan meneruskan amalan. Istiqamah. Apabila seseorang yang meninggalkan amalan kerana takut dikatakan riak , dia sebenarnya memudahkan kerja syaitan. - Maulana Iqbal Zain #islamitu_indah
Show all...
BILA HATI TIADA HUBUNGAN DENGAN الله : MATA HATI TIDAK NAMPAK الله Bila الله sembuhkan sakit kita melalui ikhtiar ubat dan doktor, kita nampak doktor dan ubat yang menyembuhkan, kita tak nampak الله yang berkehendak menyembuhkan. Bila الله membuatkan kita berjaya dalam pelajaran melalui kepandaian kita, kita nampak betapa pandainya kita, kita tak nampak الله yang memberi kejayaan untuk kita. Bila الله beri kita pekerjaan yang baik dan selesa melalui kecemerlangan kita dalam bidang yang diceburi, kita nampak hasil kecemerlangan kita, kita tak nampak الله yang mengizinkan. Bila الله memberi kekayaan (harta) melalui hasil usaha gigih kita, kita nampak kegigihan kita, kita tak nampak الله Bila الله beri kita pasangan hidup yang soleh solehah dan keluarga yang bahagia, kita nampak kita ni yang baik, soleh. Kita tak nampak الله yang mengizinkan situasi begitu. Bila الله mengeluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia atau makhluk الله sekeliling, kita nampak baiknya manusia atau makhluk tersebut, kita tak nampak الله Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata di dunia melalui asbab kelebihan kita, kita nampak kehebatan kita. Kita tak nampak الله Bila الله beri segala jenis nikmat yang tak pernah diminta membayarnya dan tak terhitung. Kita hanya nampak indahnya nikmat tersebut. Kita tak nampakالله Begitulah sifat manusia, mata hati kita sentiasa kabur dan buta dengan duniawi. Kita angkuh dan sombong untuk melihat الله lah Yang Maha Mencipta dan Berkuasa di atas setiap kejadian. Hakikat hidup ini adalah: Kita datang dari الله Untuk الله Kepada الله pula kita akan dikembalikan. "Semoga mata hati kita bersih untuk nampak الله dalam setiap aspek kehidupan kita." #islamitu_indah
Show all...
Sahabat sekalian. Pastinya kita akan berasa gembira sekiranya diberikan satu peluang keemasan dalam hidup kita. Peluang keemasan tersebut merupakan satu jangka masa yg diberikan Allah supaya kita beribadah kepada-Nya. Namun malangnya, kita jarang beribadah dan terleka. Malah lebih teruk lagi jika kita tidak langsung memanfaatkan peluang hidup yang diberikan Allah S.W.T tersebut sebagai sebuah peluang yang mesti direbut oleh setiap manusia yang mempunyai akal fikiran sempurna. Alangkah malangnya jika saat kematian sudah menjemput kita, barulah kita berasa rugi dengan setiap saat hidup yang telah dibazirkan begitu sahaja. Ingatlah, masa tidak akan berundur dan sekiranya kita terlambat, masa tetap akan meninggalkan kita. #islamitu_indah
Show all...
🌹🌹 Sehari SATU Hadith 🌹🌹 عن عمرو بن شُعْيب ، عن أَبيه ، عن جَدِّهِ رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « مُرُوا أَوْلادكُمْ بِالصَّلاةِ وهُمْ أَبْنَاءُ سبع سِنِينَ ، واضْرِبُوهمْ علَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ ، وفرَّقُوا بيْنَهُمْ في المضَاجعِ » (رواه أبو داود) Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya : " Rasulullah ﷺ bersabda : " Perintahlah anak-anakmu untuk menjalankan solat di waktu mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka, jikalau melalaikan solat di waktu mereka berumur sepuluh tahun. Juga pisahkanlah antara mereka itu dalam masing-masing tempat tidurnya. " (HR Imam Abu Dawud) 🌷 Cinta Rasul Community 🌷 🌷 Malaysia Cinta Rasul 🌷
Show all...
🌷 Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dalam dirinya. 🌷 Sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah nilai nyawanya. 🌷 Sesiapa yang mengikuti tuntutan nafsunya maka hilanglah akal dari dirinya. 🌷 Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya. 🌷 Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga. 🌷 Untuk kekayaan yang sebenar ialah :- 🌱 Akal. 🌱 Kepapaan. Yang sebenar ialah rosak akal. 🌱 Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yang baik. (Saidina Ali bin Abi Talib)
Show all...
.. ✍🏻بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 💞Wahai MATA yg pernah melihat maksiat, menangislah bersunguh2 hingga mengalir air mata taubat. 💞Bagi TELINGA yg pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat, sucikanlah ia selalu dgn alunan munajat dan nasihat. 💞Wahai JIWA yg hitam dan berkarat, perbanyakn lah istigfar dan memohon taubat. 💞Wahai DIRI yg tidak ada arah tujuan, kembalilah ke pangkal jalan.. "Sesungguhnya ALLAH itu maha penerima taubat, manisnya kita akan rasa di negeri AKHIRAT.." اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Show all...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Membantu Orang Lain Mendapat Ganjaran Besar عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا Dari Ibnu ‘Umar, Nabi SAW bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh (HR. Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453. Status hadis hasan dalam Sahih Al Jaami’ no. 176). Pengajaran: 1. Muslim yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain. 2. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat orang lain bahagia antaranya dengan cara meringankan kesusahan seseorang, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. 3. Orang yang menemani saudara Muslim yang lain untuk membantu bagi memenuhi keperluannya, maka itu lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi. Jadilah Muslim yang bermanfaat pada orang lain. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 14hb Januari 2019 08hb Jamadil Awal 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
Show all...
.. ✍🏻بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ SEDIKIT PERKONGSIAN... 1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat, 2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah, 3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya, 4. Makin kita berumur, solat sunat Rawatib jangan tinggal, 5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat 4 rakaat, 6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur, 7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal. 8. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun, 9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari. 10. Makin kita berumur, zikir kena banyak, 11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak, 12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
Show all...
Allah S.W.T. memberi tahu kepada kita bahawa, Dialah yang memberikan segala-galanya kepada kita. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Dan Dialah juga memberi rezeki kepada kita. Dialah yang menggerakkan hati-hati semua manusia. Dialah juga yang mengerakan hati seseorang untuk menasihatkan apabila kita lalai. Kalau kita nampak semuanya pekerjaan Allah. Maka hati kita akan lembut. Mudah untuk menerima nasihat. #CoretanMaut
Show all...
Allah mencintai kita... Allah taala mendatangkan UJIAN untuk menguatkan kita. Tidak sesekali untuk membinasakan kita. Bahkan sebenarnya jika kita berdosa, ujian itulah kaffarah (pembersih) dosa-dosa kita. Allah Taala takkan pernah zalim terhadap hamba-Nya bahkan sentiasa dekat dan melindungi setiap gerak geri kita. Lalu mengapa kita selalu kecewa dan berburuk sangka dengan ujian yang Allah beri? Fahami cinta-Nya dengan ilmu bukan dengan nafsu. #CoretanMaut
Show all...
.. ✍🏻بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Akan tiba suatu masa nanti. Aku khawatir terhadap masa itu : 1. Masa dimana keyakinan hanya tinggal di dalam pikiran 2. Akan tiba masa dimana keimanan tak berbekas dalam perbuatan 3. Akan tiba masa dimana banyak orang baik tapi tak berakal 4. Akan tiba masa dimana yang berakal tapi tak beriman 5. Akan tiba masa dimana banyak lidah yang fasih tapi hatinya lalai 6. Akan tiba masa dimana ada yang khusyuk tapi sibuk menyendiri 7. Akan tiba masa dimana ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis 8. Akan tiba masa dimana para ahli maksiat tapi rendah hati 9. Akan tiba masa dimana ada yang bahagia tertawa tapi hatinya berkarat 10. Akan tiba masa dimana ada yang sedih menangis tapi kufur nikmat 11. Akan tiba masa dimana ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat 12. Akan tiba masa dimana ada yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut 13. Akan tiba masa dimana ada yang berlisan bijak tapi tidak memberi teladan 14. Akan tiba masa dimana ada pelacur yang justeru menjadi ikutan ramai 15. Akan tiba masa dimana ada yang memiliki ilmu tapi tidak paham 16. Akan tiba masa dimana ada yang paham ilmu tapi tidak mengamalkannya 17. Akan tiba masa dimana ada yang berilmu tapi membodohi sesamanya 18. Akan ada masa dimana ada yang bodoh tapi tidak tahu diri 19. Akan ada masa dimana akan ada yang beragama tapi tidak berakhlak 20. Akan ada masa dimana ada yang berakhlak tapi tidak ber-Tuhan" 🌷Saidina Ali🌷
Show all...