cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

~ GrOup DakWah IslaM!ah ~

Sebarkan dakwah. Dakwah kerana Allah. Hidup mengejar Firdausi bukan Duniawi !!!

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
534
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
📖 RAWATLAH HATI... Jika sakit: Berpuasalah dan perbanyakkan beristighfar. Wajah gelap: Bertahajjudlah dan perbanyakkan beristighfar Hati sempit: Bacalah Al-Qur'an dan perbanyakkan beristighfar Tak bahagia: Sembahyanglah diawal waktu dan perbanyakkan istighfar. Emosi terganggu: Berwudhulah dan perbanyakkan beristighfar Rasa gelisah: Berdoalah dan beriadah dan perbanyakkan istighfar. Stress: Perbanyakkanlah membaca لا حول ولا قوة الا بالله Rezeki sempit: Perbanyakkanlah bersedekah dan perbanyakkan beristighfar.
Show all...
.. ✍🏻بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🌱Jangan tertipu dengan MUDAnya usia kerana syarat untuk Mati TIDAK seharusnya TUA. 🌱Jangan terpedaya dengan tubuh yang SIHAT kerana syarat Mati TIDAK semestinya SAKIT. 🌱Jangan TERPEDAYA dengan kayanya HARTA sebab si kaya pun tidak mampu memakaikan kain kafannya sendiri..
Show all...
🌱 _SAHABAT SATU FIKIR, SATU AMAL DAN SATU HATI_ 🌱 ALLAH menjadikan PELANGI, Supaya langit indah BERSERI... ALLAH menjadikan sahabat SEJATI, Supaya hidup lebih BERERTI... Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, Pasti akan mendapat bau harum dan wajah yang berseri... Kalau kita berkawan dengan tukang besi, Pasti akan mendapat panas dan percikan api... Kalau kita berkawan dengan orang yang tabah menghadapi ujian, Pasti akan mendapat pengalaman dan kesabaran... Kalau kita berkawan dengan orang soleh yang ikhlas berbuat amalan, Pasti akan mendapat sedikit kekuatan berbuat ketaatan... Kalau kita berkawan dengan orang yang zuhud dan warak menjaga perintah Tuhan, Pasti akan mendapat kefahaman bahayanya keduniaan dan kita jatuh cinta kepada kematian...
Show all...
.. ✍🏻بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🔥DUNIA YANG KIAN SINGKAT🔥 Kiamat itu datang kepada kita setapak demi setapak setiap hari. Sedangkan kita masih lagi lalai dengan keindahan dunia yang menipu. Tidak ada satu pun persiapan yang kita lakukan. Satu hari nanti, apabila kita telah mati saat itu kita baru akan menyesal dengan segala dosa yang telah kita lakukan diatas Dunia lalu. 🌱MuhasabahDiri🌱
Show all...
SALE 🎊SALE🎉 YEAR END SALE RM40 ,RM45,RM50,RM55 Blouse Tunic, Jubah wanita, Kurta & Baju Kurung (Harga Rujuk pada Gambar) SEMUA FREE POSTAGE READY STOCK & TERHAD!! Jom Join Channel Telegram Murah -murah😍) Klik 👉 http://t.me/Syifajubahmurah Klik👉 http://t.me/tshirtmuslimahodeenmurah Jom Follow Instagram 👉syifajubahmurah 👉tshirtodeenmurah Berminat contact je😘 https://telegram.me/atehsyifajubahmurah 💙 www.wasap.my/601158728540 OPEN SWAP PROMOTE JUMAAT,SABTU,AHAD SEBARKAN BERITA BAIK NI PD RAKAN -RAKAN ANDA 😍 . TQ
Show all...
JALAN PULANG Kadang-kadang dalam sebuah kehidupan. Kita harus melupakan apa yang telah hilang. Kita harus menghargai apa yang masih bertahan. Dan kita mesti mempersiapkan diri untuk apa yang akan datang. Janganlah terlalu memikirkan mengenai masa yang telah meninggalkan kita. Hal itu hanya akan membawa kepada AIRMATA. Janganlah pula terlalu resah gelisah memikirkan masa depan kita. Hal itu hanya akan membawa kepada DUKACITA. Sewajarnya hiduplah saat ini dengan REDHA. Maka hal itu akan membawa kepada BAHAGIA. 📌 Jadikan AL-QURAN sebagai JALAN. 📌 Jadikan SUNNAH sebagai KENDERAAN. 📌 Jadikan TAQWA sebagai BEKALAN. 📌 Jadikan SABAR sebagai KEKUATAN. Kita melangkah menuju AR - RAHMAN Jalan pulang terbentang di HADAPAN... IN SHAA ALLAH.
Show all...
HARGAI PELUANG Semua orang ada PELUANG, Ambil segera jangan DIBUANG.. Ada PELUANG jangan TERLEPAS, PELUANG pergi tinggallah HAMPAS.. PELUANG berada DIMANA-MANA, Gunakanlah PELUANG dengan BIJAKSANA.. Dulu disebut PELUANG KEEMASAN, Jangan sampai ditimpa KECEMASAN.. Rebutlah PELUANG semasa ADA, Tak guna menyesal sesudah TIADA.. PELUANG itu satu KESEMPATAN, Murah REZEKI sumber PENDAPATAN.. PELUANG datang dari SINI SANA.. REZEKI muncul tanpa RENCANA.. PELUANG mungkin dilain TEMPAT, Ada REZEKI InsyaAllah DAPAT.. Jika sungguh nak cari PELUANG, Jangan takut untuk BERJUANG.. Jika tidak diberi PELUANG, Cuba lagi ada masa TERLUANG.. PELUANG hadir pada LAIN MASA, TABAHKAN HATI jangan PUTUS ASA.. HARGAIlah PELUANG yang ALLAH BERI, PELUANG HIDUP SEBELUM MATI.. SENYUM & SYUKUR SELALU...
Show all...
Azam utk thn 2019...elakkan 6 pnyakit di bawah : Untuk berjaya dalam ape jua bidang yg kita ceburi , kita wajib atasi 6 masalah utama KULIT yg mesti kita cegah iaitu :: 1.KUDIS @ Kurang Disiplin 2.KURAP @ Kurang Rapi 3.KUPENG @ Kurang Pengetahuan 4.KUTEL @ Kurang Teliti 5.KUSTA @ Kurang Stamina 6.KUTU @ Kurang Tumpuan Semua berpunca dari :: 1) KUMAN @ Kurang Iman 2) KULAT @ Kurang Solat semoga berjaya semua sahabat.. #sharingiscaring😎
Show all...
JANGAN PERNAH CEMBURU KEPADA WANITA yang suka mendedah auratnya tapi cemburulah kepada wanita yang selalu menutup auratnya JANGAN PERNAH CEMBURU KEPADA WANITA yang lebih cantik dari kita tapi cemburulah kepada wanita yang lebih solehah & beriman dari kita JANGAN PERNAH CEMBURU KEPADA WANITA yang punya suami kaya & berjaya tapi cemburu kepada wanita yang punya suami soleh & bertqwa JANGAN PERNAH CEMBURU KEPADA WANITA yang menjadi pujaan ramai lelaki tapi cemburulah kepada wanita yang dihormati & dihargai para lelaki....
Show all...
.. ✍🏻بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌱Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah dalam GENGGAMAN. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Show all...
🌱HIJRAH🌱 Bukan hanya sekadar apa yang terucap dan bukan sekadar mengubah penampilan, tapi ianya juga tentang berapa jauh kamu meninggalkan masa jahiliahmu dan seberapa gigih kamu mendekatiNYA...... Sementara hayat masih ada, selagi itu anda berpeluang kembali ke jalanNya🤗.. Perbaikilah sisa usiamu, maka Allah akan perbaiki keburukan masa lalu mu.......
Show all...
Redhalah dengan pembahagian dari ALLAH untukmu, Nescaya engkau akan menjadi orang yang paling berkecukupan, Kerjakan apa yang ALLAH wajibkan atasmu, Nescaya engkau akan menjadi orang yang paling baik ibadahnya, Dan jauhilah apa yang ALLAH haramkan atasmu, Nescaya engkau menjadi termasuk orang yang paling warak. - Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud رضى الله عنه -
Show all...
mah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menuntut isteri melakukan perkara tersebut, jika kes itu diadukan oleh suami kepada Hakim. Bahkan Islam membenarkan isteri menuntut kepada suami agar menyediakan pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah. Hal ini merujuk kepada kebiasaan isteri semasa belum berkahwin. Jika isteri berasal daripada keluarga berada yang biasa mempunyai pembantu rumah dan si isteri tidak biasa melakukan kerja-kerja rumah, maka suami bertanggungjawab menyediakan pembantu rumah untuk isterinya. Para ulamak menyatakan, menyediakan pembantu rumah adalah termasuk dalam nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri. Walaupun Islam tidak mewajibkan isteri melakukan kerja-kerja rumah dan berhak menuntut seorang pembantu rumah daripada suami, namun Islam amat menggalakkan agar isteri dengan rela dan ikhlas melakukan kerja-kerja tersebut. Pada suatu hari, Saidatina Fatimah berjumpa dengan ayahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Fatimah mengadu kepada ayahnya kerana terlalu penat melakukan kerja-kerja rumah. Beliau menunjukkan tangannya yang pecah-pecah kerana mengisar tepung. Beliau meminta daripada ayahnya agar diberikan kepadanya seorang wanita yang ditawan ketika perang untuk dijadikan pembantu rumah. Nabi Muhammad berkata kepada anaknya, “Mahukah kamu, ayah tunjukkan satu amalan yang lebih baik daripada mendapat seorang pembantu rumah? Ketika kamu hendak tidur, maka bacalah tasbih (subhanallah) tiga puluh tiga kali. Bacalah tahmid kepada Allah (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Bacalah takbir kepada Allah (Allahuakbar) tiga puluh tiga kali.” Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari. Hadis ini secara jelasnya menunjukkan, alangkah baiknya jika para isteri dengan rela hati melakukan kerja-kerja rumah untuk suami mereka. Walaupun penat melakukan kerja-kerja tersebut, namun pahala yang disediakan oleh Allah untuk para isteri amat besar. Dalam hadis tersebut Nabi Muhammad s.a.w. memberikan tips kepada isteri yang seharian penat melakukan kerja-kerja rumah untuk berzikir sebelum tidur. Dengan mengamalkan zikir-zikir tersebut dengan penuh khusyuk kepada Allah, akan menghilangkan segala kepenatan.
Show all...
ISTERI TIDAK WAJIB MELAKUKAN KERJA RUMAH. 1) Tanggungjawab suami memberikan nafkah kepada isteri iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Makanan yang dimaksudkan ialah makanan yang boleh terus dimakan oleh isteri. Bukan menjadi tanggungjawab isteri untuk memasak. Namun, sekiranya suami meminta isteri memasak dan ia tidak bercanggah dengan mana-mana hukum Islam, maka isteri perlu mentaati permintaan suami. 2) Isteri yang enggan memasak tidak dianggap derhaka (nusyuz) dan tidak boleh menjadi sebab untuk diceraikan oleh suami. 3) Walaupun memasak atau mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri, namun sekiranya suami meminta isteri melakukannya dan ia tidak bercanggah dengan mana-mana hukum Islam, maka isteri perlu mentaati permintaan suami. 4) Suami tidak boleh memaksa isteri memasak dan tidak boleh memarahinya sekiranya isteri tidak mahu memasak. 5) Isteri yang tidak mampu melakukan kerja rumah (memasak, mengemas rumah, dan sebagainya) kerana letih bekerja, perlu berbincang secara harmoni dengan suami. Menjadi tanggungjawab suami, untuk menyediakan pembantu rumah bagi melakukan kerja rumah, sekiranya isteri memintanya. Penjelasan: Isteri biasanya dibebankan dengan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, memasak, membasuh baju, dan sebagainya. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Sehingga apabila ada isteri yang tidak mahu melakukan kerja-kerja tersebut dianggap sebagai ‘nusyuz’ oleh suami. Namun persoalan yang timbul, adakah isteri diwajibkan oleh Syarak untuk melakukan kerja-kerja tersebut? Bolehkah suami menuntut di mahkamah untuk menghukum isteri yang tidak mahu melakukannya? Menurut ulamak bermazhab Syafii, isteri tidak wajib melakukan perkara-perkara tersebut. Imam Abu Ishak asy-Syirazi; seorang ulamak bermazhab Syafii menjelaskan dalam bukunya ‘al-Muhazzab’, “Isteri tidak wajib melakukan perkara berikut untuk suaminya, seperti membuat roti, mengisar tepung, memasak, membasuh pakaian dan sebagainya. Ini disebabkan perkara yang diwajibkan dalam akad nikah ialah isteri melayan suaminya, dan tidak diwajibkan melakukan perkara yang lain.” Syeikh al-Muti’i; seorang ulamak kontemporari bermazhab Syafii, menjelaskan dalam buku ‘Takmilah al-majmu’ syarah al-muhazzab’, “Isteri tidak wajib berkhidmat untuk suami atau rumah, kerana perkara yang diwajibkan dalam akad nikah ialah isteri melayan suami. Namun begitu, kerja-kerja rumah yang dilakukan oleh isteri ada sandaran daripada Syarak, sebagaimana hadis yang dilaporkan oleh Jabir dan direkodkan oleh Imam Ahmad, al-Bukhari dan Muslim. Jabir melaporkan, ‘Rasulullah bertanya kepada saya, ‘Adakah saudara sudah berkahwin?’ Saya menjawab, ‘Ya.’ Baginda bertanya lagi, ‘Saudara berkahwin dengan gadis atau janda?’ Saya menjawab, ‘Dengan janda.’ Baginda berkata lagi, ‘Kenapa saudara tidak berkahwin dengan gadis agar saudara boleh berseronok dengannya dan dia boleh berseronok dengan saudara?’ Saya menerangkan, ‘Wahai Utusan Allah. Ayah saya terbunuh dalam Perang Uhud. Dia meninggalkan sembilan orang anak perempuan. Saya tidak suka jika isteri saya gadis muda seusia adik beradik saya itu. Tetapi saya perlukan seorang isteri yang dapat menguruskan kehidupan mereka.’ Baginda berkata, ‘Saudara melakukan perkara yang betul.’ Hadis ini menjelaskan, jika seseorang itu berkahwin agar isterinya itu dapat membantu menguruskan hal ehwal bapa si suami, adik beradik atau ahli keluarga suami yang lain, maka ia tidak menjadi kesalahan, walaupun ia tidak diwajibkan atas isteri tersebut. Ia dibenarkan jika adat setempat biasa dengan perbuatan tersebut. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad tidak menghalang perbuatan Jabir itu.” Oleh itu, menurut ulamak bermazhab Syafii, urusan rumahtangga selain melayan suami, tidak diwajibkan atas seseorang isteri. Ia hanyalah satu galakan untuk dilakukan oleh seseorang isteri. Ini bermakna, suami tidak boleh memaksa isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Isteri pula tidak boleh dianggap nusyuz jika tidak mentaati arahan suami untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Begitu juga, pihak mahka
Show all...
Taatilah sepenuhnya perintah Allah Sungguh engkau insan yang paling berbakti... Jauhilah semua larangan Allah Sungguh engkau insan zuhud nan suci... Dan terimalah dengan rela pemberian Allah Sungguh engkau insan kaya di bumi... 🌱 Ibnu Mas’ud 🌱
Show all...
#UMRAH_BACKPACKER #UMRAH_ORANG_MUDA *MURAH TAPI SEMUA DAPAT* *DISKAUN RM100* . Jom Backpackers🎒🎒 semua kita pergi Umrah. . Harga Backpackers tapi semua dapat dan apa yang bestnya ialah Ibadah Umrah anda akan terbimbing. InShaAllah Umrah Mabrurah wal Maqbulah. #Mudah - #Senang - #Selamat - #Yakin - #Telus -#Berbaloi . Saya bagi #HADIAH #ISTIMEWA lagi... Quechua Arpenaz 30L Backpack Flap Fastening... . *PAKEJ EKONOMI ISTIMEWA* "Hotel 5 Bintang, Harga Mampu, Bimbingan Sempurna" ••••••••••••••••••••••••••• 11 hari 9 malam *_Harga_RM4,999_* . • JAN : 19 Jan 2019 • FEB : 19 Feb 2019 • MAC : 09 Mac 2019 • APR : 09 Apr 2019 • OKT : 10 Okt 2019 • NOV : 11 Nov 2019 . •••••••••••••••••••••••••• Hotel Mekah : Kiswah Tower [5 Bintang, 1500m disediakan shuttle ke Masjidilharam pergi dan balik 24 jam] •••••••••••••••••••••••••• Hotel Madinah : Jauharat Rasheed [3 Bintang, 150m] •••••••••••••••••••••••••• Detail Jenis Bilik : Bilik 4 org : RM4,999 Bilik 3 org : RM5,399 Bilik 2 org : RM5,599 Bilik Sekeluarga 4 org : RM5,199 ••••••••••••••••••••••••• ~ Dibimbing oleh 2 orang Mutawif terlatih, mesra dan berpengalaman dari Malaysia ~ MAS Airlines, Saudi Airlines, Emirates Airlines ~ 3 x Umrah dibimbing penuh Mutawif ~ Madinah : 3 x Makan Sehari ~ Mekah : 3 x Makan Sehari ~ Ziarah Dalam Madinah ~ Ziarah Luar Madinah (Bas) ~ Ziarah Dalam Mekah ~ Ziarah Manasik Haji (Bas) ~ Ziarah Hudaibiyah (Bas) ••••••••••••••••••••••••• *FREE GIFT* : ~ Beg Bagasi 20 inci ~ Beg Selimpang ~ Uncang Kasut ~ Beg Telekung ~ Tag Beg ~ Bas Johor - KLIA pergi dan balik ~ Air Zam Zam 5 Liter ~ Insuran Perjalanan *DAFTAR SEKARANG SEHINGGA 31 JANUARI 2019* dan dapatkan *#DISKAUN #RM100 + ZIARAH BUMI TAIF SECARA #PERCUMA* (TERMASUK HIDANGAN #NASI #ARAB DAN MANISAN #KUNAFA DI TAIF) . EL IZZAH TRAVEL & TOURS SDN BHD Klik link ini untuk maklumat lanjut dari mutawif anda www.wasap.my/601120577022/umrahayu www.wasap.my/601120577022/ELZ20190073 Dan nyatakan kod diskaun anda *#ELZ20190073* #cari_bukan_hanya_yang_murah #cari_yang_berbaloi #Allah_x_panggil_siapa_yang_mampu #Allah_panggil_siapa_yang_rindu
Show all...
SUKA TAK SUKA ~ Setiap KESAKITAN yang kita terima Kadang sebagai PENGHAPUS dosa Maka ingatlah ALLAH sentiasa Waktu GEMBIRA waktu BERDUKA Apabila kita mendapat situasi yang kita tidak SUKA Maka ingatlah DUA Perkara : Pertama : Apa PENGAJARAN yang dapat kita AMBIL daripadanya Kedua : Jadikan semuanya sebagai HIKMAH untuk MENDEKATKAN diri kita kepada NYA.
Show all...
Ada orang, tak pernah langsung rasa nikmat bersahabat. Penat dia mencuba mencari, Namun masih tak ketemu. Selalu dia melontar kata, Cuma yang tikam belakang sahaja pernah menjadi kawannya. Lagi dia berkata, Kawannya itu kebanyakan talam dua muka. Laju menilai, Selalu merungut, "Aku takpernah rasa nikmat bersahabat." Sebab kenikmatan dalam bersahabat bukan ada dalam sahabat yang sempurna, tetapi apabila kamu dan dia bersama-sama belajar menjadi sempurna. Bukan semata-mata dia yang perlu jadi baik, Tapi kau pun perlu beri yang terbaik. Fikir!
Show all...
CARILAH SAHABAT (TEMAN) YANG BILA BERSAMANYA AKAN MENAMBAH TIGA PERKARA... 1. Melihat dirinya mengingatkan kita kepada ALLAH SWT. 2. Duduk bersamanya menambahkan ILMU. 3. Melihat amalnya meningkatkan semangat kita untuk BERAMAL. --Kitab Al Hikam Sheikh Ibnu Athaillah--
Show all...
✅ ANGKA 5 DALAM ISLAM ▶ 5 waktu solat fardhu WAJIB didirikan. 🔺 Suboh 🔺 Zohor 🔺 Asar 🔺 Maghrib 🔺 Isya ▶ 5 Solat Sunat Muakkad 🍁 Tahajjud 🍁 Fajar 🍁 Dhuha 🍁 Awwabin 🍁 Witir ▶ 5 Rukun ISLAM. 🔻 Mengucap dua kalimah syahadah 🔻 Solat fardhu 5 waktu 🔻 Berpuasa di bulan Ramadhan 🔻 Mengeluarkan zakat 🔻 Mengerjakan haji ▶ 5 Hukum syariah Islamiah; 🔺 Wajib 🔺 Haram 🔺 Sunat 🔺 Makruh 🔺 Mubah (Harus). ▶ Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara: 📌 Masa sihat sblm sakit; 📌 Masa kaya sblm miskin; 📌 Masa lapang sblm sibuk; 📌 Masa muda sblm tua; 📌 Masa hidup sblm mati. ▶ 5 peperangan besar dlm ISLAM; 🍄 Perang Badar 🍄 Perang Uhud 🍄 Perang Khandak 🍄 Perang Muktah 🍄 Perang Hunain ▶ 5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI ✔ Nabi Nuh a.s ✔ Nabi Ibrahim a.s ✔ Nabi Musa a.s ✔ Nabi Isa a.s ✔ Nabi Muhammad SAW ▶ 5 Perkara yang WAJIB disegerakan. ✏ 1) Wajib segerakan memberi makan apabila tetamu datang ke rumah. ✏ 2) Wajib segerakan urusan ke atas jenazah. ✏ 3) Wajib segerakan anak gadis nikah jika baligh. ✏ 4) Wajib segerakan bayar hutang jika telah mampu. ✏ 5) Wajib segerakan TAUBAT atas pelbagai dosa lepas. ▶ 5 Dosa Besar yang Utama; 🎈 Syirik kepada Allah, 🎈 Derhaka pada ibubapa 🎈 Tinggal Solat Fardhu 🎈 Makan Harta Anak Yatim 🎈 Bunuh jiwa yang Islam & terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan. ▶ 5 perkara yang dicintai & 5 perkara yang dilupakan di Akhir Zaman. ☂ Mencintai Dunia & lupakan Akhirat. ☂ Mencintai Hidup & lupakan Mati. ☂ Mencintai harta benda & lupakan Hisab. ☂ Mencintai beli belah & lupakan Kubur. ☂ Mencintai Makhluk & lupakan Khalik yakni Allah SWT
Show all...
WAKTU KITA 🕯Waktu sedang  Jaya,  kita merasa banyak teman di sekeliling kita 🕯Waktu sedang  Berkuasa,  kita percaya diri melakukan apa saja 🕯Waktu sedang  Tak Berdaya,  barulah kita sadar siapa saja sahabat sejati yang ada 🕯Waktu sedang  Jatuh,  kita baru sadar selama ini siapa saja teman yang memperalat dan memanfaatkan kita 🕯Waktu sedang  Sakit,  kita baru tahu bahwa sehat itu sangat penting,  jauh melebihi harta 🕯Manakala  Miskin,  kita baru tahu jadi orang harus banyak memberi/menderma dan saling membantu 🕯Masuk  Usia Tua,  kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan 🕯Saat  di Ambang Ajal,  kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia 🕯**Hidup tidaklah lama** Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA : Saling menghargai, Saling membantu, Saling memberi, Saling mendukung dan Saling mencintai 🕯Jadilah teman setia tanpa syarat Tunjukkanlah bahwa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus Apa yang ditabur itulah yang akan dituai 🕯Allah tidak pernah menjanjikan bahawa : langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar. 🕯Tapi ketahuilah bahawa Allah : Selalu memberi pelangi di setiap badai. Memberi senyum di setiap air mata. Memberi kasih sayang dan berkah di setiap cubaan,  dan Jawaban di setiap doa. 🕯Jangan pernah menyerah,  Terus berjuanglah, Life is so beautiful and colourful. 🕯Hidup Bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan 🕯Saudaraku Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita,  namun berapa banyak orang yang bahagia kwrana kita. ✂Jangan pernah menjadi  gunting. Kerana gunting dapat memotong sesuatu menjadi terpisah,  jadilah jarum,  meskipun tajam tetapi akan menyatukan apa yang sudah terpisah. Semoga bermanfaat..😊
Show all...
#hebahan | JAWATAN KOSONG AMAN PALESTIN Assalamualaikum wbt. Aman Palestin (Kota Damansara) ingin mengalu-alukan individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut: 1. PEMBANTU TADBIR EKSEKUTIF (KEWANGAN)) 2. PEMBANTU TADBIR EKSEKUTIF (PROGRAM & JUALAN) 3. PEMBANTU TADBIR EKSEKUTIF (TABUNG) Sila rujuk butiran yang disediakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Sila hantarkan resume anda sebelum atau pada 20 Disember 2018 ke email [email protected] Sebarang pertanyaa hubungi: 03-61431335 (Pejabat AP Damansara) 013-3675052 (Encik Hanif) #AmanPalestin
Show all...
ISTIGHFAR Merupakan Pembuka Pintu REZEKI ====== Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seorang lelaki datang ke hadapan baginda dan mengadu akan kemiskinan yang dialaminya.. Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki tersebut, "Hendaklah kamu beristighfar." . Tidak lama kemudian seorang lelaki lain juga datang ke hadapan baginda serta kemudian mengadu bahawa dia belum juga dikurniakan anak (keturunan). Lalu Rasulullah SAW, kemudian berkata kepadanya: "Hendaklah kamu beristighfar." Dan Abu Hurairah kemudian berkata, "Wahai Rasulullah, berbagai jenis penyakit yang ada, namun ubat serta penawar kepada seluruh penyakit itu hanya satu.." Maka Rasulullah SAW berkata, bacalah firman Allah SWT yang berbunyi: "Maka aku berkata (kepada mereka): "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu." (Surah Nuh: 10-12) . . Kemudian Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Sesiapa yang membiasakan diri untuk beristighfar, maka Allah SWT akan memberikan jalan keluar pada segala kesukaran yang dihadapi dan memberi jalan keluar daripada segala kegelisahan serta kegelisahan yang dialami, lalu Allah SWT akan memberikannya rezeki melalui jalan (cara) yang tidak disangka-sangka." (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Ibny Abbas) . . . Semoga perkongsian ini bermanfaat..dan kita amalkan bersama-sama untuk mendapatkan keampunan dan keredhaan Allah SWT.
Show all...
Pemberian Dajjal Waktu Tu Emas Dan Perak..Sapa Yang Tak Berebut Kan? - Ustaz Wadi Anuar https://business.facebook.com/ceramahustazdanustazah/videos/269274047273481/ #TazkirahPendek #MohonShare
Show all...
SALE 🎊SALE🎉 YEAR END SALE RM30,RM35,RM40 ,RM45, RM50,RM55 Blouse Tunic, Jubah wanita, Kurta & Baju Kurung (Harga Rujuk pada Gambar) SEMUA FREE POSTAGE READY STOCK & TERHAD!! Jom Join Channel Telegram Murah -murah😍) Klik 👉 http://t.me/Syifajubahmurah Klik👉 http://t.me/tshirtmuslimahodeenmurah Jom Follow Instagram 👉syifajubahmurah 👉tshirtodeenmurah Berminat contact je😘 https://telegram.me/atehsyifajubahmurah SEBARKAN BERITA BAIK NI PD RAKAN -RAKAN ANDA 😍 . TQ
Show all...
RABU 💕27 RABI’UL AWAL 1440H ( 5/12/ 2018) Assalamualaikum dan Selamat Pagi🌷 KAU YANG MANA? 😏 • Ada orang bangun pagi, dia terus mandi ready nak pergi solat Subuh. • Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tengok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat cepat lari pergi ambil wudhuk. • Ada orang dah bangun tapi tidur balik. • Ada orang subuh memang tak bangun bangun 😏. • Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya. • Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu. • Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik 😏. • Ada orang, subuh gajah pun TAK bangun lagi!! • Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya. • Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar je, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang ulang buat benda yang sama. • Ada orang, dia tak buat apa apa pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak ngan member. • Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya. • Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan. • Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa apa. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui. Begitulah rutin harian setiap orang. Masing-masing memainkan watak tanpa disuruh sesiapa. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya. Bila ajal menjemput secara mengejut. 🤔 Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang. Ada orang yang akan mati ketika dia khusyuk main game. Ada orang yang akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi. Dan ada orang yang mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat. Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita? Sad ending ke OR Happy ending ? Semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan. Ur time is up ! Bila Ajal Kau dah sampai 😏. Harap kita semua habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan dah untuk kita ke syurga? 😎😎😎 💚HARGAIMASA💚
Show all...
🔥"Jangan sekali-kali kalian terkagum dengan bagusnya seseorang dalam menyampaikan ucapan, tetapi seseorang yang menunaikan amanah dan menahan diri daripada membicarakan tentang kehormatan orang lain itu, dialah orang yang benar-benar mulia." 🔥 Umar bin Khathab radhiyallahu - As-Sunan al-Kubra, karya al-Baihaqy, jilid 6 halaman 288 📚 Jangan tertipu dengan kepandaian orang dalam berbicara. ✨
Show all...
GAN DGN ORG PEREMPUAN BUKAN MAHRAM. KITA BERI SALAM,DIA TAK JAWAB,APAKAH DIA BERDOSA? Dia berdosa,jika kita beri salam,dia tak jawab. Dia tanggung dosa permusuhan. BOLEHKAH BERI SALAM PADA MAKHLUK LAIN ATAU PADA BINATANG(cth pada semut utk menghalaunya)? Kita hanya dibenarkan beri salam pada malaikat sahaja. Tak perlu beri salam pada binatang. Ucapan salam adalah ucapan keselamatan. BERI SALAM KETIKA SOLAT ADALAH UTK PARA MALAIKAT. MALAIKAT JAWAB DAN MALAIKAT AKAN MENDOAKAN KESEJATERAAN UTK KITA. BOLEH SAMPAIKAN SALAM KAWAN KITA YG BUKAN ISLAM(cth dia kirim salam pada mak ayah kita)? Kita boleh kata In Shaa Allah tapi tak perlu pun sampaikan pada mak ayah dan tak perlu jawab. BILA ORG BERI SALAM KITA JAWAB WAALAIKUMUSSALAM ATAU ALAIKUMUSSALAM BUKAN MUALAIKUMUSSALAM. BAGAIMANA NAK MENEGUR SAHABAT BUKAN ISLAM? Tak dibenarkan ucap assalamualaikum. Boleh ucap selamat sejetera. UCAPAN SALAM HANYA UTK ORG ISLAM DAN UCAPAN SALAM AKAN KEKAL SAMPAI AKHIRAT. ORG² SYURGA BILA BERJUMPA SESAMA MEREKA,MEREKA AKAN UCAP ASSALAMUALAIKUM. INILAH UCAPAN YG HEBAT DAN UCAPAN PENGHUNI SYURGA. #InShaaAllah_Aamiin #BiarTahuJanganKeliru ➡Tanyalah Ustaz ini SIARAN ULANGAN.
Show all...
السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ TANYALAH USTAZ TV9 (Da'i Hilman&Ustaz Datuk Seri Abu Hasan Din) *SALAM* •••••••••••••• Pernah seorang tanya Rasulullah,Apakah perkara yg paling baik dalam islam? Nabi jawab,buat kenduri(jamu org makan)dan beri salam. Ini perkara yg Nabi galakkan. Memberi salam itu sunat dan menjawab salam itu wajib. Yg memberi salam itu lebih baik dari yg menjawab salam. ADA TAK SALAM YG PERLU KITA JAWAB? Bila diberi ucapan penghormatan (salam),jawab dgn yg lebih baik. ADA 5 KETIKA SALAM TAK DIBENAR JAWAB: 1)Jika kita yakin org yg beri salam itu bukan org islam. 2)Ketika sedang solat. 3)Ketika org yg buat ceramah dia berucap dulu baru beri salam,tak perlu jawab. Nak beri ceramah atau berucap,berilah salam dulu. 4)Dalam tandas. 5)Apabila salam dipermain~mainkan(cth mat rempit buat² main beri salam pada perempuan) BILA SESEORANG MEMBERI SALAM,APAKAH WAJIB JAWAB DGN KUAT SAMPAI ORG YG BERI SALAM ITU DENGAR? Beri salam dgn suara yg lembut. Kita jawab dgn lebih lembut. Sekurang~kurangnya didengari oleh org yg beri salam. Serta berjabat tangan. Inilah ucapan salam dgn perbuatan bersalam. APAKAH CARA YG BETUL BERKIRIM SALAM DGN SESEORANG DAN APA HUKUM JIKA TERLUPA NAK SAMPAIKAN SALAM? Tak jadi kesalahan nak berkirim salam. Seribu org boleh berkirim salam dgn seorang. Seorang tak boleh berkirim salam dgn seribu org. JIKA ADA ORG KATA KIRIM SALAM DGN ORG KAMPUNG,JAWABLAH SAYA MINTA MAAF,ORG KAMPUNG SAYA RAMAI. TAK BOLEH BERKIRIM SALAM MACAM NI KERANA AMANAH INI BERAT SEBAB ORG KAMPUNG TERLALU RAMAI DAN TAK MUNGKIN KITA BOLEH NAK SAMPAIKAN SALAM KEPADA SEMUA. BILA BERSELISIH PENDAPAT,MEREKA BERSALAM TAK PANDANG MUKA DAN ADAKAH "TAALA" KETIKA BERI SALAM? Konsep salam itu utk hentikan perselisihan. Tak halal seorang islam tak bertegur siapa lebih dari 3hari. Jika kita beri salam dan dia tak jawab,dia tanggung dosa permusuhan. Jika dia jawab salam dan pegang tangan bersalaman maka selesailah permusuhan. TAPAK TANGAN BERTEMU TAPAK TANGAN MAKA BERGUGURLAH DOSA². Ucapan salam yg paling lengkap ialah Assalamualaikum warah matuwahi wabarakatu. DALAM SALAM TAK ADA PERKATAAN "TAALA". BAGAIMANA BERI SALAM DALAM WHATSAPP CTH SALAM ATAU ASKUM? Konsepnya adalah jawab salam dgn yg lebih baik. Seelok~eloknya tulislah dgn penuh ASSALAMUALAIKUM. DI ANTARA TANDA² KIAMAT KECIL ADALAH ORG ISLAM HANYA BERI SALAM PADA ORG YG DIA KENAL SAHAJA. JANGAN BERI SALAM PADA ORG BUKAN ISLAM. TAK DIBENARKAN BERI SALAM PADA ORG BUKAN ISLAM. BAGAIMANA BERI SALAM YG PALING BETUL DALAM SOLAT? Dalam rukun sembahyang yg akhir adalah beri salam. Assaalamualaikum warahmaturallah. APAKAH ADAB² MASUK RUMAH? Wahai org² beriman jangan sekali~kali kamu masuk rumah org sehinggalah kamu minta izin dan beri salam. Beri salam 3kali sahaja. Jika tak jawab salam,wajib balik. Jika balik ke rumah kita sendiri,buka pintu rumah dah masuk ke dalam rumah,baru beri salam. Kalau rumah kita banyak malaikat,malaikat akan menjawab salam kita. Kalau rumah itu banyak syaitan(cth ada patung² atau anjing)syaitan akan lari dari rumah. BOLEHKAN BERI SALAM DIRUMAH ORG LEBIH DARI 3KALI KERANA NAK BERITAHU KEMATIAN? Ulamak² sepakat beri salam hanya 3kali sahaja. BAGAIMANA KAEDAH BERSALAMAN? Cara sebenar berjabat salam ialah telapak tangan bertemu telapak tangan. Jika berjabat salam hanya dihujung jari sahaja tak akan menggugurkan dosa. PERLUKAH PEGANG BATU NISAN KETIKA BERI SALAM? Anak Rasulullah,Fatimah baru balik dari melawat kubur dan Nabi ajar sampai kawasan kubur hendaklah beri salam pada semua ahli kubur. Org dalam kubur ada dua jenis. Mayat yg dapat nikmat dan mayat yg disiksa. Mayat yg disiksa akan jawab salam dulu. Malaikat berhenti seksaannya ketika ada org beri salam. BOLEH BERI SALAM PERKENALAN KEPADA ORG YG BARU BERKENAL~KENALAN. ORG LELAKI BOLEH BERI SALAM PADA ORG PEREMPUAN DAN ORG PEREMPUAN JUGA BOLEH BERI SALAM PADA ORG LELAKI. MESTI BERI SALAM DGN IKHLAS BUKAN TUJUAN MAIN². BERI SALAM DAPAT MENGERATKAN SILATURRAHIM. NABI TAK PERNAH BERJABAT TAN
Show all...
Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya merupakan pusat pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia. Bagi meraikan ulang tahun pertama pembukaan, Nasyrul Quran akan mengadakan Hari Terbuka seperti berikut: 🌸 Hari Terbuka 🌸 Sempena Ulang Tahun Pertama Kompleks Nasyrul Quran Tarikh : 2 Disember 2018 Masa : 9.00 pagi sehingga 9.00 malam Tempat : Kompleks Nasyrul Quran Presint 14, Putrajaya Masuk adalah percuma ‼ Penurunan Harga Produk Sehingga 70% 💕Aktiviti Keluarga: 1. Klinik Al-Quran Bersanad 🔅10.00 pagi - 11.00 pagi 2. Klinik Salin Al-Quran 🔅11.00 pagi - 12.30 tengah hari 3. DIY – Aktiviti untuk Kanak-kanak 🔅9.00 pagi - 5.00 petang 4. Berjalan di dalam kilang (Matba’ah) 5. Klinik Solat 🔅2.00 petang 6. Food Truck 🔅9.00 pagi - 9.00 malam 7. Maulid/Berzanji/Burdah/Qasidah 🔅8.00 malam - 9.00 malam Website : www.nasyrulquran.com
Show all...
DUNIA telah menggoncangkan hati sehingga kita lupa bahawa ia adalah sementara. DUNIA juga telah menipu kita dengan hiburan yang melalaikan. Wahai HATI. Tidakkah kau merasa DUNIA ini sedang melalaikan kita? Tidakkah kau sedari DUNIA ini mahu menghanyutkan kita? Tidakkah kau ketahui DUNIA ini pasti akan musnah? Mari kita renungi ayat ini Firman Allah yang bermaksud: Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir. (Surah Al-An'am, ayat 32) Cukuplah peringatan firman Allah diatas menjelaskan kepada kita perihal DUNIA yang melalaikan...
Show all...
20 TIP TENANG 1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InshaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai. 2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja. 3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna. 4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. 5. Banyakkan senyum dan ketawa. Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya. 6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit. 7. Sentiasa menjadi insaf pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam. 8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan. 9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci. 10. Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri. 11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat. 12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki. 13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat. 14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas. 15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi. 16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita. 17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia. 18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah. 19. Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar. 20. Banyakkan riadah dan bersukan.
Show all...
JADILAH ORANG YANG SUKA MEMBERI: Satu Permulaan Untuk Kehidupan. Memberi bererti mengurangkan Apa yang kita miliki pada luaran. Tapi memberi akan menambahkan Kekayaan dalaman kita. Orang yang memberi adalah Seorang yang kaya. Jika dia memberi dengan harta, dia kaya harta. Jika dengan rasa, dia kaya rasa. Jika dengan ilmu, dia kaya ilmu. Memberi untuk orang lain merasa dan Orang yang memberi turut merasa. Merasa kepuasan, menikmati ketenangan dan beroleh ganjaran. Memberilah untuk memiliki hati yang hidup. Pepatah KITA mengatakan: Jangan jadi “Tahi Hidung Masin”. Bakhil dan kedekut untuk MEMBERI
Show all...
DIANTARA SIFAT-SIFAT MULIA RASULULLAH SAW😊😍 1. Baginda Rasulullah SAW selalu diam. 2. Berbicara ketika perlu. 3. Perbicaraannya Fasih, Ringkas tetapi Padat . 4. Menghadapkan seluruh Tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. 5. Hatinya selalu sedih (Inginkan Umatnya dalam Kebaikan dan terlepas dari Azab Allah SWT). 6. Selalu menundukkan pandangan kerana Tawaddu’. 7. Berfikir terus-menerus. 8. Menghargai Nikmat sekecil apa pun. 9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan, jika tidak maka ditinggalkannya tanpa mencelanya. 10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan Dunia. 11. Marah bukan kerana Nafsu. 12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. 13. Apabila marah Baginda akan memalingkan Wajah. 14. Apabila suka Baginda akan memejamkan Mata. 15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji yang melampaui batas. 16. Tidak pernah berteriak-teriak(menjerit-jerit). 17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda Memaafkan dan berlapang Dada. 18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk Berjihad(mempertahankan bukan berlawan) di Jalan Allah SWT. 20. Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara Ma'siat. 21. Di rumah, Baginda adalah Manusia biasa yang mencuci pakaian, memerah susu(haiwan) dan membuat sendiri segala keperluan Diri. 22. Ketika Duduk ataupun Berdiri, Baginda selalu Berdzikir. 23. Raut Wajahnya selalu ceria, Perangainya boleh menjadi Suri Tauladan dengan mudah, Lemah Lembut dan Peramah. 24. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak(menjerit-jerit) , lebih-lebih lagi mencela orang lain. 25. Tiga perkara yang dijauhi Baginda : perselisihan, perdebatandebat dan segala yang tidak diperlukan. 26. Tidak pernah mencela dan memaki orang lain. 27. Tidak pernah mengetahui rahsia orang lain. 28. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang mendatangkan Pahala. 29. Cara berbicaranya menarik dan siapapun yang mendengarnya terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas Kepala mereka. 30. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas, maka ia akan tertarik dan Hormat terhadapnya. 31. Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, maka ia akan menyayanginya sepenuh Jiwa Raga. 32. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan di kalangan mereka. 33. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang Lemah Lembut. 34. Tangan Baginda selalu terbuka kepada siapa saja tanpa pilih kasih. Baginda adalah Ayah bagi mereka semua(umat). 35. Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar Cahaya Ilmu, sikap Malu dan Sabar serta Amanah. 36. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana Kewibawaan Baginda. 37. Semua mengakui keutamaannya karena Ketaqwaannya : Menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing. 38. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri. 39. Paling berlapang Dada. 40. Paling tepat dalam Berbicara. 41. Paling halus Keperibadiannya. 42. Paling ramah dan Beradab dalam pergaulan dan Muamalah(kemasyarakatan)nya. (Dipetik dari Biografi Lengkap Rasulullah SAW oleh Prof Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) Allahumma Shalli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad.
Show all...
BAGAIMANA MENCARI RAHMAT DISEBALIK MUSIBAH Rahmat disebalik kesedihan dan kesusahan..melihat semua ini dengan hati... 🍀Siapa tahu? Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari.. 🍀Siapa tahu? Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga makayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya. 🍀Siapa tahu? Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya.. 🍀Siapa tahu? Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar.. 🍀Siapa sedar? Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini...mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia.. 🍀Siapa sangka? Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat.. 🍀Siapa sangka? Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti.. 🍀Siapa sedar? Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja. 🍀Siapa perasan? Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha. 🍀Siapa sangka? Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan.. 🍀Paling mulia? Tidak dikenali didunia, tidak dipandang didunia, orang biasa sahaja tapi dikenali disisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga.. Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti. (Oleh Ustaz Ebit Lew)
Show all...